Marilah kita bersatu bagi menjatuhkan Khalifah Makmun. Dia seorang pemerintah yang lemah. Tambahan pula sudah lama dia menjadi khalifah," kata Ali Ridha pemimpin puak Syiah atau Alawiyen.
Beliau mengambil kesempatan mengajak orang ramai membantu puak Syiah bagi menjatuhkan Khalifah Al-Makmun . Orang Syiah pernah membantu Bani Abbasiyah menjatuhkan Khalifah Bani Umaiyah . Tetapi selepas mereka berkuasa puak Syiah diketepikan . Malahan pada masa pemerintahan Khalifah Abu Jaafar Al Mansur puak Syiah diperangi habis-habisan. Namun perjuangan kaum Syiah yang mahu mengembalikan kuasa kepada keluarga Saidina Ali tetap diteruskan. Dalam diam-diam mereka mengumpulkan kekuatan. Peluang itu terbuka apabila orang ramai marah terhadap Khalifah al Makmun kerana menyeksa Imam Hanbali.
Satu-satunya cara bagi melepaskan Imam Hanbali dari penjara adalah dengan menumbangkan Khalifah al Makmun. Jika dia terus berkuasa maka Imama Hanbali akan terus dipenjara. Setiap hari dia akan diseksa. Akhirnya nanti dia akan terpaksa tunduk serta berubah pendiriannya dengan menyokong fahaman muktazilah , " kata Ali Ridza si Kepala Syiah.
Imam Hanbali tidak akan berubah . Dia sanggup mati demi mempertahankan pendiriannya ," kata Yasir.
"Jika begitu dia akan dibunuh dan mayatnya akan dibuang entah kemana. Bukankah sebelum ini sudah ramai ulama yang menentang fahaaman Muktazilah ditangkap dan hilang begitu saja?"Hasut Ali Ridza yang sengaja mahu membangkitkan kemarahan pengikut setia Imam Hanbali.
"Kami tidak akan berdiam diri , kami akan bertindak ," kata Muhammad bin Nuh , kata seorang ulama yang juga sahabat Imam Hanbali.
Kamu tidak mampu untuk bertindak bersendirian , keranaitu marilah bersatu dengan kami . Jika kita bersatu dalam satu pakatan , kita akan menjadi kuat dan Khalifah Al Makmun dapat ditumbangkan ," kata Ali Ridha pula.
Jika kamu berkuasa nanti, apakah jaminan Imam Hanbali akan dilayan dengan baik dan diberi penghormatan ," tanya Nasir pula.
"Kami akan bebaskan Imam Hanbali dan melantik beliau menjadi Mufti Baghdad mengantikan Ahmad Bin Abu Daud," jawab Ali Ridha . Dia berjanji apa sahaja asalkan dapat sokongan dari pengikut-pengikut Imam Hanbali.
Kami tidak mahu bertindak terburu-buru . Mengangkat senjata adalah jalan terakhir kami. Sebelum itu kami usahakan dulu jalan perdamaian.
Ali Ridha amat kecewa kerana hasutan terhadap pengikut ahli Sunnah Wal Jamaah pimpinan Imam Hanbali tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment