Thursday, October 10, 2013

ADAKAH SAYA KE NERAKA KERANA TIDAK MENUTUP AURAT ?

SAUDARA , ADAKAH SAYA AKAN MASUK NERAKA KERANA TIDAK MENUTUP AURAT , SEDANGKAN SAYA SOLAT DAN MELAKUKAN IBADAH-IBADAH YANG LAIN ?

ENTAH, SAYA TIDAK TAHU . Saya bukan malaikat penjaga neraka. Bah kan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan di masukkan atau di keluarkan daripada neraka. Di Akhirat , Allah lah yang menentukan siapa yang akan dimasukkan kedalam neraka atau syurga berdasarkan amalan-amalan mereka di dunia ini. ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD :

"Dan barang siapa yang ringan timbangan amalan (kebaikan) nya .Maka tempat kembalinya ialah Neraka Hawiyah .Dan tahukah engkau apakah Neraka Hawiyah itu ? .Itulah Neraka yang apinya sangat panas membakar " Ai Qaariah ayat 6~11.

Saya yang tak pandai ni tak tahu apa nasib saudari diakhirat kelak. Bahkan nasib saya sendiri pun saya tak tau, jadi macam mana saya boleh tahu nasib orang.
Namun jika saudari tanya saya " ADAKAH PERBUATAN SAUDARI SALAH ATAU BETUL? jawapannya, "Ia satu kesalahan" dan perbuatan itu merupakan faktor yang membawa ke neraka berdasarkan dalil- dalil alQuran dan asSunnah.

Namun , timbangan amalan manusia di akhirat bukan hanya terbatas kepada sesuatu bab sahaja tetapi merangkumi segala bentuk kebaikan dan kburukan."Sesiapa yang beramal dengan kebaikan atau keburukan seberat biji sawi semuanya akan dinilai. Kemudian jika natijah daripada nilaian ini menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan , maka selamatlah dia . Jika sebaliknya , rugilah dia. 

Dalam hidup ini ada ujian dan cubaan. Siapa yang sabar dengan ujian dan cubaan diberi ganjaran pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadi pahalanya dipindahkan kepada kita atau dosa kita di beri kepadanya. Jadi keputusan syurga atau neraka adalah hak Allahg terhadap hamba-hambaNya.
Apa yang pasti dosa menymbang kepada neraka manakala pahala menyumbang kearah syurga. 

MESEJ SAYA ADALAH UNTUK TUAN-TUAN MELIHAT SETIAP INSAN MENERUSI KERANGKA ISLAM YANG MENYELURUH , BUKAN SEKADAR SENTIMEN EKONOMI DAN POLITIK . oLEH ITU KITA AKAN LEBIH ADIL DALAM MENILAI DAN MENGHUKUM.jANGAN LAH KEBENCIAN KITA KEPADA SESEORANG ATAU PUAK DALAM SATU PEKARA MENYEBABKAN KITA TIDAK ADIL KEPADANYA;
firman Allah , maksudnya ;
Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan, 
(Surah Al-Maa'idah 5:8).

No comments:

Post a Comment