Thursday, October 31, 2013

HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN DI KELANTAN


 Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan semalam antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.

Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.

Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.

"Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya,” katanya di dewan Teratai Kompleks Darulnaim, di sini.

Selain beliau, wacana tersebut turut menampilkan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohammad Daud Iraqi dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abd Aziz Bari.

Tambah beliau lagi, Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
Mengulas dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, Daud pula berkata, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.

Malah, ujarnya sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

“Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana,” katanya.

Wednesday, October 23, 2013

HUDUD BRUNEI VERSI MANA ?

Sedikit respon terhadap Hudud Brunei. Pertama saya mahu ucapkan jutaan tahniah kepada kerajaan Brunei kerana berjaya melaksanakan Hudud sebagai undang-undang negara. Namun apa yang saya gusarkan adalah apakah versi hudud yang cuba diaplikasi kedalam negara brunei. Sudah pasti bukan Hududullah. kerana Hududullah adalah keterbatasan manusia dari melanggar tata-susila agama dan sosial bukan sekadar perundangan negara.

Hudud sendiri telah mengalami inovasi banyak versi. Sejak Umar al-khattab sehinggalah Sulayman al-kanuni (otthoman empire). Bahkan sulaiman sendiri telah gagal melihat kaum minoriti bermazhab syaife sehingga puak kuridsh bermazhab syaife memberontak dengan hudud versinya. Secara peribadi saya tidak menolak hudud secara total . saya juga mengimpikan undang-undang ini diimpimentasi kedalam negara kita ,cuma mekanisme hudud terbuka kepada ijtihad yang perlu diteliti secara emprikal mengunakan katu ukur Asas pertama : فقه النصوص- فقه الواقع- فقه الموازنات- فقه الاولويات- فقه التغيير. Namun, versi hudud perlulah jelas dengan meneliti ke-5-5 perkara ini supaya ia releven , kompetetif dengan perundangan lain dan jauh dimanipulisi seperti yang berlaku di zaman yazid dan kerajaan saudi hari ini. 


Tatkala melaungkan dengan GAH tentang hudud perlu juga dipastikan hudud yang diimpimentasi adalah versi siapa dan bagaimana, apakah versi Saudi atau Iran ?. Pada dunia yang menglobalisasi ini, hudud tidaklah seharusnya terikat dengan mana-mana ijtihad ulama sahaja, hudud perlu dirangka dengan penilitian pakar undnag-undang, sosial dan politik. Pindaan dalam beberapa hukum juga wajar agar tidak kita terperangkap dalam hudud mazhab atau literal al-quran semata-mata. Boleh juga diguna-pakai beberapa perundangan lain dari sumber islam jika ia releven dengan semasa dan setempat.

Hudud adalah wasail sesungguhnya. Dan maqasid adalah lebih utama. Bahkan terkadang apabila dengan menjalankan hudud tidak membawa kepada Maqasid lebih baik ia ditangguhkan seperti yang pernah dilakukan umar. Bahkan apalah ertinya hudud jika negara hudud mendapat anugerah tangga bawah negara bebas korupsi dalam Indeks Persepsi Korupsi (2011), sedangkan singapore tangga ke5, Hong Kong mendapat tangga ke 15 bersih, Jepun 17, dan Isarel 34 berbanding iran 105 dan Saudi 83. lebih memalukan merujuk kepada GPI (Global Peace index 2011) negara seperti Iceland , New zealand, Jepun dinobatkan negara yang selamat dan aman diduduki berbanding negara-negara Islam seperti Iran 119, somailia 153 dan iraq 152.

saya bukan meperleceh hudud tetapi sebelum hudud dilaksana pelbagai aspek perlu diteliti. Islam adalah negara berkonsepkan madani (modern) dan wasaty (moderate) perlu berjaya mengambarkan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin yang menjaga kebajikan rakyat,membebaskan pendidikan, menjamin nyawa, memperkasakan ekonomi sosial dan negara, yang bersih dan terdidik institusi kekeluargaan, kebebasan beridealogi, dan hak beragama, berjaya mengatasi permasalahan korupsi dan kemiskinan melarat, sebuah negara aman dan kuat suara politiknya. 


Tatkala itu maka sesuailah hudud dilaksanakan, kerana hudud seharusnya memberi penyelsaian alternatif dan bukan pembebanan keatas rakyat. Maka pesan saya kepada gerakan Islam terutama yang berorentasikan demokrasi dan political willing usahlah terlalu teruja dengan apa yang berlaku di Brunie, masih terlalu awal untuk memberi pingat atau kalungan tahi. Jika semua aspek telah diteliti Brunie maka kita sanjung dan hargai dan mungkin boleh saja kita belajar dari modul mereka , jika tidak.....usahlah kerana nila settik rosak nama islam sebelanga, usahlah ia menconteng arang kemuka kita. cukuplah saudi dan Iran sahaja. kita muslim demokrat, rahmatan lilalamain sama sekali bukan pemaksaan , fasis dan atorian. 

Muhammad Al-mahdi Abdullah 
*seorang liberal kecil di dunia yang Maha*
*saya bertanggungjawab atas tulisan ini sedia menerima teguran*

Tuesday, October 22, 2013

SUDAH MUNCULKAH IMAM AL-MAHDI , SUDAH TURUNKAH ISA IBNU MARYAM ?

Konflik Syria petanda akhir zaman
22 Oktober 2013



Nazmi menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam.

KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku, maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita, rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”. Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.


BERSAMBUNG ESOK

DAKWAH ATAU POLITIK ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 

Sidang sahabat FB yang saya muliakan, 

Dalam mengupas berkenaan isu Dakwah Islamiah, ramai masyarakat kita keliru dan dikelirukan. Mereka tidak dapat membezakan antara politik orang dakwah dan dakwah orang politik. Barangkali bagi pembaca dan rakan fb ini hanya mainan bahasa, namun apa yang penting ialah maksud dan tujuan sesuatu ungkapan. Mungkin maksud "politik orang dakwah" adalah dengan mengunakan kaedah strategi yang diizinkan oleh syarak untuk kepentingan dakwah. Manakala "dakwah orang politik" pula dia menjadikan ajakkannya kepada Islam dengan tujuan politik tertentu yang di cita-citakannya. Saya tidak menafikan kemungkinan orang politik juga jujur dalam dakwahnya. Namun, jika hanya kedudukan politik yang menjadi fokus dalam dakwahnya, maka dia bukanlah pendakwah sebenar yang menjulang syiar Islam yang syumul dan lengkap. 

Umat Islam disuruh memasuki Islam secara syumul , apabila kita memasuki dan memahami Islam secara syumul, kita akan dapati di dalamnya ada di bicarakan tentang ekonomi, politik, ibadah , akhlak dan yang paling penting akidah. Oleh itu kita akan berusaha supaya setiap tuntutan Islam itu ditunaikan, juga menilai setiap pekara dengan keluasan Islam itu. Jika kita cuba lihat Islam dari pintu ekonomi sahaja, tanpa melihat soal akidah , ibadah, akhlak, politik dan sebagainya, maka perbincangan ekonomi kita itu akan tersasar dari sudut akidah, ibadah dan akhlak. Sehingga jangan nanti panel-panel syariah bank hanya cekap "meluluskan" produk-produk bank atas nama Islam , namun tidak memikirkan soal roh keadilan dan kebebasan dari unsur-unsur penindasan ekonomi ke atas pengguna yang merupakan cabang daripada akhlak Islam. Maka ramai mulai meraskan sesetengah produk perbankan Islam itu lebih membebankan dibandingkan dengan konvensional.

Oleh itu , jangan lah dalam keghairahan berpolitik, kita melihat segala-gala dengan nilaian politik sahaja. Hingga kita melupai soal-soal akidah dan akhlak muslim , persaudaraan Islam dan semua yng menjadi tuntutan agama. 

DEGIL, BODOH SOMBONG KAUM ISRAIL ...

Pengajaran Penting dari Kisah Lembu

Dikisahkan pada zaman Nabi Musa AS, dikalangan bani Israel terdapat seorang lelaki yang tua namun tidak mempunyai zuriat. Dia hanya mempunyai anak-anak saudara yang miskin. Suatu hari orang kaya itu dibunuh namun tiada siapa tahu siapa pembunuhnya.

Ibn Kathir menjelaskan dalam Qasas al-Anbinya’ bahawa apabila tiba waktu pagi, anak-anak saudara si mati datang ke tempat kejadian, menangis dan mengutuk perbuatan si pembunuh. Mereka bertengkar sesama sendiri menuduh antara satu sama lain. Akhirnya mereka bertemu Nabi Musa AS bagi mengadu kejadian tersebut.

Lantas Musa AS berkata, “Siapakah antara kalian mahu bersumpah dengan nama Allah? Mengetahui tentang pembunuhan ini, nescaya aku akan ajar dia.” Ternyata tiada siapa yang mengetahui perkara tersebut. Akhirnya mereka mengambil keputusan meminta Musa AS berdoa memohon keputusan dari Allah SWT.

Lantas Musa pun berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Allah SWT menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina. Namun mereka berkata: “Apakah kamu hendak mempermainkan kami? Kami minta diberitahu kami siapa pembunuh namun tuan meminta kami menyembelih lemu pula.”

Kisah mereka ini diceritakan dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 67 bermaksud ;
Dan (ingatlah), ketika Musa Berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina." Mereka berkata: "Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?" Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil".

Namun ianya tidak terhenti disitu sahaja. Mereka kemudian bertanya pula mengenai sifat lembu betina yang dimaksudkan ; bagaimana warna kulit dan usianya. Perkara yang mudah akhirnya menjadi sukar akibat pertanyaan-pertanyaan mereka.

Ibn Abbas mengatakan jika mereka segera melaksanakan perintah menyembelih lembu betina itu tanpa banyak pertanyaan, pasti semuanya mudah. Namun mereka menyusahkan diri mereka dengan menanyakan pelbagai soalan yang akhirnya menyusahkan diri mereka sendiri.

Kisah pertanyaan mereka diterangkan dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 68 hingga 71 yang bermaksud ;

Mereka menjawab: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar dia menerangkan kepada Kami; sapi betina apakah itu." Musa menjawab: "Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu; Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu".

Mereka berkata: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar dia menerangkan kepada kami apa warnanya". Musa menjawab: "Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya."

Mereka berkata: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar dia menerangkan kepada kami bagaimana hakikat sapi betina itu, Karena Sesungguhnya sapi itu (masih) samar bagi kami dan Sesungguhnya kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk memperoleh sapi itu)."

Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak bercacat, tidak ada belangnya." mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.

Dikatakan mereka hampir-hampir sahaja tidak menemui cirri-ciri seperti yang dipinta. Setelah berusaha mencari, akhirnya lembu tersebut Berjaya dijumpai. Pemiliknya seorang yang saat patuh kepada orang tuanya.

Mereka berjumpa dengan pemuda itu lantas menceritakan hajat mereka mahu membeli lembu tersebut. Pada mulanya, pemilik lembu tersebut tidak mahu menerima tawaran tersebut, namun setelah dipujuk dan ditawarkan dengan harga yang tinggi, dia menerima tawaran tersebut.

Al-Suda mengatakan bahawa pada asalnya mereka menawarkan harga emas yang sama beratnya dengan berat lembu tersebut, tetapi ia ditolak. Akhirnya mereka menawarkan harga emas dengan sepuluh kali berat lembu tersebut. Pemilik lembu tersebut akhirnya bersetuju menjual lembunya itu kepada mereka.

Berdasarkan kisah diatas, terdapat pengajaran dan iktibar penting yang perlu kita ambil.

Perkara yang senang pada mulanya akhirnya menjadi sukar akibat pelbagai persoalan diutarakan. Hanya perlu mencari lembu betina yang mudah dicari dimana-mana akhirnya menjadi lembu betina yang hanya ada satu sahaja didunia. Akibatnya ia menyusahkan diri mereka sendiri.

Selain terpaksa mencari lembu, mereka juga perlu membayar harga lembu tersebut dengan harga yang sangat mahal. Menyebabkan kesusahan kepada mereka sendiri. Hendak mencari lembu satu hal, ditambah lagi terpaksa membayar harga yang mahal untuk lembu tersebut.

Akhirnya, kita sebagai seorang muslim yang taat dan patuh kepada Islam perlu menjadikan kisah ini sebagai pengajaran. Janganlah menyusahkan diri kita sendiri bertanyakan soalan yang akhirnya menyusahkan diri kita sendiri.

Janganlah mempersoalkan perkara yang sudah jelas. Kerana kelak ia akan menyusahkan diri kita sendiri. Lakukan perkara yang sudah dipertanggungjawabkan keatas kita tanpa perlu banyak bertanya demi kebaikan kita sendiri.

Monday, October 21, 2013

LELAKI DITAHAN DIPERCAYAI BELI KERETA CURI



Tawau, 21 Okt - Polis Tawau menahan seorang lelaki dalam sekatan jalan raya di Jalan Bombalai-Merotai kerana disyaki membeli kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai kenderaan curi. 

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan ketika dia dalam perjalanan dari pusat bandar ke Merotai kira-kira jam 10.25 pagi. 

"Lelaki itu mengaku baru membeli kenderaan berkenaan dan polis kini menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada dia terbabit dalam kes ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya semasa ditahan kenderaan itu bukan sahaja menggunakan cukai jalan palsu tetapi semakan lanjut juga mendapati nombor pendaftaran yang digunakan turut palsu.

Awang Besar berkata sesiapa yang didapati memiliki kenderaan curi boleh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau menasihati orang ramai yang ingin membeli kereta supaya sentiasa memastikan kesahihan dokumen dan status mana-mana kenderaan sebelum membuat sebarang pembelian. - BERNAMA

BOT LAJU BAWA PENDATANG TANPA IZIN TERBALIK KETIKA ELAK DITAHAN PASUKAN POLIS MARIN



Sandakan, 21 Okt - Sebuah bot laju membawa lima pendatang tanpa izin terbalik ketika dikejar bot peronda Pasukan Polis Marin di sungai Pitas Nunuyan Darat dekat sini hari ini.

Kelima-lima wanita Filipina berusia 24 hingga 36 tahun itu terhumban ke sungai dan diselamatkan anggota polis marin, manakala juragan bot melarikan diri.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata polis marin terserempak dengan bot laju itu pada pukul 12.45 pagi dan dipandu laju sebaik sahaja cuba dihampiri.

Juragan bot terjun ke sungai menyebabkan bot hilang kawalan lalu terbalik.

"Kesemua wanita itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati bot laju itu dalam perjalanan membawa masuk wanita berkenaan secara haram ke daerah ini.

BERNAMA

ISLAM DI CABAR

Kedudukan Islam Dicabar....Sedarlah Umat Islam..JAngan ASyik Berpolitik Saja???– NGO Islam membantah laporan yang dikemukakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini pada proses Semakan Berkala Universal di Geneva, Switzerland 24 Oktober ini...Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad berkata, Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (Muslim UPRo) telah menyuarakan pelbagai pandangan balas terhadap kekeliruan yang cuba ditimbulkan pihak Comango.

“Kita juga telah memutuskan untuk menghantar delegasi ke Geneza untuk memantau dan menyampaikan pandangan dalam ruangan yang dibenarkan dalam proses tersebut.

“Hari ini (semalam), gabungan kami ingin mengemukakan memorandum berkenaan isu ini dan akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad; Penasihat Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kuala Lumpur, Mohd Gunawan Che Ab Aziz dan wakil delegasi NGO, Aris Zawadi Ahmad.

Beliau berkata, Muslim UPRo menanggap kenyataan jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean di dalam sebuah portal online yang menafikan dakwaan mengancam Islam, sebagai usaha untuk mengalih perhatian.

“Ini adalah percubaan tidak jujur pihak Comango untuk berdalih dan mengalih perhatian daripada hakikat sebenar laporan mereka itu.

“Sesiapapun yang merujuk kepada laporan tersebut akan menemukan secara hitam dan putih beberapa kandungan mengancam Islam dan umat Islam di Malaysia,” katanya.

Antara kandungan yang dimaksudkan seperti kebebasan beragama, seks luar tabii bukan lagi dianggap jenayah, hak-hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputra dipersoalkan, mempersoalkan enakmen kesalahan jenayah Syariah dan perkara menyentuh kebebasan beragama dan bersuara.

Pada masa sama, Yusri turut menasihati sesetengah pihak agar menghormati keputusan Mahkamah mengenai isu kalimah ALLAH dalam majalah The Herald, 14 Oktober lalu.

“Tindakan mereka seakan mengancam kredibiliti mahkamah sebagai jalan penyelesaian konflik yang semakin tidak dihormati sehingga membuka pintu kepada ancaman kedudukan Islam dan kesejahteraan negara.

“Pembela menyeru agar semua pihak menghormati kebebasan hakim untuk membuat keputusan. Pihak yang berdegil tidak menghormati hakim dan sistem mahkamah harus dikenakan tindakan sewajarnya,

PARTI ATAU KALIMAH ALLAH DIUTAMAKAN ?

Mana Lagi Penting Kepada Haron Din – Parti atau Kalimah Allah???Tindakan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu bahawasanya kalimah Allah S.W.T tidak boleh digunakan oleh agama bukan Islam jelas menunjukkan sudah tiba masanya parti Islam, PAS keluar dari Pakatan Rakyat. 


Ini berikutan keputusan parti PAS yang terus menegakkan kebenaran kalimah Allah hanya untuk agama Islam tidak dipersetujui oleh parti PKR dan DAP. Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian beliau menyatakan pandangan dari PAS adalah tidak diterima dalam konteks perjuangan PR demi membolehkan kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai oleh penganut agama Kristian. “Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pernah dikeluarkan kenyataan tahun lalu.


 Kita mohon kebijaksanaan, ketenangan pihak semua rakyat. “Jadi ini adalah keadaan yang sangat susah untuk kami menafikan penggunaan kalimah Allah ini oleh bukan Islam,” kata Anwar ketika mengadakan sidang media menyatakan mahu menegakkan hak masyarakat bukan Islam baru-baru ini. Anwar Ibrahim juga menyatakan menyokong sepenuhnya usaha Gereja Katolik Malaysia yang mahu mengemukakan rayuan sekali lagi kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.


 Berbeza dengan pendirian dari Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang mempertahankan kalimah Allah S.W.T hanyalah ekslusif untuk agama Islam sahaja. Justeru, sekali gus membenarkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawasanya agama lain tidak boleh meneruskan niat dan kemahuan mereka mahu menggunakan nama Tuhan umat Islam dalam kitab Bible mereka. Haron Din menegaskan, semua pihak harus memahami erti kalimah Allah S.W.T yang merujuk kepada Tuhan Yang Esa (Tunggal) dan bukanlah punyai bilangan yang banyak seperti kepercayaan penganut Kristian. Kehendak Haron Din yang mahu semua umat Islam bangkit dan mempertahankan kalimah suci itu ternyata tidak disambut baik oleh Anwar dan juga parti PKR. 


Jelas, fungsi dan perjuangan PAS sudah tidak diterima pakai lagi dalam parti gabungan PKR dan DAP di bawah nama Pakatan Rakyat. Seharusnya parti PAS perlu sedar sekarang ini, matlamat PAS yang sentiasa mahu menegakkan agama Islam dan membina sebuah negara berlandaskan Islam sudah tidak relevan di mata pemimpin mereka, Anwar Ibrahim. Namun Pas juga sudah berpecah. Orang yang pernah mengkafirkan UMNO kerana tidak melaksanakan hudud hari ini menyokong Kristian menggunakan kalimah Allah. Beberapa pemimpin kanan Pas juga menyokong permintaan Kristian ini. Jadi haron Din tunggu apa lagi? Apakah parti lebih penting daripada agama Islam?

AMANAT HAJI HADI DALAM KENANGAN ...



Tuan Guru Pakcik Haji Hadi sememangnya terjerat dengan kata-katanya sendiri akibat dari kegairahan mengejar cita-cita menjatuhkan pemerintah negara yang sah! Sekarang haji Hadi amat terdesak dengan asakan demi asakan dari pelbagai sudut termasuk karya Zulkifli Nordin dan C.N Al-Afghan yang benar-benar memberi tamparan hebat hingga terdesaknya Haji Hadi mencari helah mengelak menjawap apa jua persoalan.

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981!

“Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

“Percayalah saudara-saudara sekalian.

“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Inilah teks apa yang dikenali sebagai “Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

“Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk ‘Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan.’

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), Pas mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka Pas membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; “Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai “kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas “peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na‘uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na‘uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa “Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:
1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:
1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu.

"Takut Mati Pun Mati' Tak Takut Mati Pun Mati"...
-UnSeenMan@PenembakTepat1 (Bekas Reformis PKR.)

Sunday, October 20, 2013

APA CINA CHINA KATA TENTANG CINA MALAYSIA ?

BACA APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA MALAYSIA:

1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

2.Pengiktirafan orang cina:
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

3.Keangkuhan orang cina:
"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4.Perkauman orang cina:
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5.Penghinaan orang cina:
"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6.Sikap negatif orang cina:
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7.Isu Tuan Rumah:
"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 

KEPUTUSAN TIDAK RASMI NAIB PRESIDEN UMNO

Ketiga-tiga penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kekal sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti pada Sabtu. 
Setakat pukul 11 malam, Hishammuddin secara tidak rasmi memperoleh 92 undi mendahului pencabar terdekatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan 77 undi.

Kiraan setakat 10 malam menunjukkan Zahid memperoleh 153 undi, diikuti Shafie (142), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (84), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (67), Tan Sri Mohd Ali Rustam (8) dan Tan Sri Isa Samad (7).

Ahmad Zahid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota parti di peringkat akar umbi dan bahagian Bagan Datoh di atas kepercayaan terhadapnya untuk kembali menjadi Naib Presiden Umno.

"Saya berterima kasih kepada semua jentera, teman-teman saya yang banyak membantu saya dan para perwakilan yang meletakkan saya membarisi kepimpinan Umno," katanya dalam satu kenyataan selepas beliau secara tidak rasmi mempertahankan jawatan naib presiden parti.

Shafie berkata, beliau berasa rendah diri di atas sokongan kuat yang diterima, sambil menambah bahawa Umno perlu maju dalam membantu presiden dan timbalan presiden parti dalam menghadapi cabaran akan datang.

"Ia juga penting bahawa apapun yang dihadapi dalam pemilihan, kita semua bersatu, mengekalkan perpaduan supaya Umno lebih kukuh daripada sebelum ini," katanya.

Beberapa bahagian yang mengundi Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah Gerik, Beruas, Paya Besar, Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Tapah, Batu Gajah dan Bukit Bendera.

Manakala Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperoleh undi dari bahagian Raub, Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah dan Batu Gajah.

Sementara itu, seorang lagi penyandang naib presiden iaitu Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memperoleh 73 undi dengan sebahagian undinya dari bahagian Padang Rengas, Pagoh, Bentong, Tapah, Cheras dan Bukit Bendera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berada di tempat keempat dengan 57 undi.

Dua lagi calon naib presiden iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad masing-masing berada jauh di belakang dalam merebut jawatan itu.

Dua jawatan tertingi yang dimenangi tanpa bertanding adalah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengekalkan jawatan sebagai presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.

Penyandang jawatan naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie.

Friday, October 18, 2013

Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu

Muadz bin Jabal bin Amr bin Aus al-Khazraji, dengan nama julukan “Abu Abdurahman”, dilahirkan di Madinah. Ia memeluk Islam pada usia 18 tahun, Ia mempunyai keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar dan berdedikasi tinggi. Dari segi fisik, ia gagah dan perkasa. Allah juga mengaruniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta tutur kata yang indah, Muadz termasuk di dalam rombongan yang berjumlah sekitar 72 orang Madinah yang datang berbai’at kepada Rasulullah. Setelah itu Muadz kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah Islam di dalam masyarakat Madinah. Ia berhasil mengislamkan beberapa orang sahabat yang terkemuka seperti misalnya Amru bin Al-Jamuh.


Pada waktu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Muaz senantiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Qur’an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Qur’an dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Qur’an serta paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda, “Yang kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.” (Hadist Tirmidzi dan Ibnu Majah). Ia meriwayatkan hadist dari Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar dan meriwayatkan darinya ialah Anas bin Malik, Masruq, Abu Thufail Amir bin Wasilah. Selain itu, Muadz merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan Al-Qur’an pada zaman Rasulullah.


Setelah kota Makkah didatangi oleh Rasulullah, penduduk Makkah memerlukan tenaga-tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama mereka untuk mengajarkan syariat agama Islam. Rasulullah lantas menyanggupi permintaan tersebut dan meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan penduduk Makkah untuk mengajar Al-Qur’an dan memberikan pemahaman kepada mereka mengenai agama Allah. Sifat terpuji beliau juga jelas terlihat manakala rombongan raja-raja Yaman datang menjumpai Rasulullah guna meng-isytihar-kan keislaman mereka dan meminta kepada Rasulullah supaya mengantarkan tenaga pengajar kepada mereka. Begitupun maka Rasulullah memilih Muaz untuk memegang tugas itu bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat.


Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam mempersaudarakanya dengan Abdullah bin Mas’ud. Nabi mengirimnya ke negeri Yaman untuk mengajar, memberikan pengetahuan agama dan mendidik sampai hapal al-Quran kepada penduduk Yaman. Rasulullah mengantarnya dengan berjalan kaki sedangkan Mu’adz berkendaraan, dan Nabi bersabda kepadanya: ” Sungguh, aku mencintaimu“.


Lantas beliau mewasiatkan kepada Muadz dengan bersabda : “Wahai Muadz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini“, Kemudian Muadz menangis karena terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah Shallalahu alaihi wassalam. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah wafat dan Muadz tidak lagi dapat melihatnya.
Muadz sangat terpukul atas berpulangnya Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. Ia bahkan menangis tersedu-sedu selama beberapa saat. Namun ia segera menyadari tanggung jawab dakwah di pundaknya. Ia senantiasa menjaga ghirah (semangat) keislamannya agar tidak surut. Setelah Umar bin Khattab dilantik menjadi khalifah, ia mengutus Muaz untuk mendamaikan pertikaian yang terjadi di kalangan Bani Kilab. Ia pun sukses menjalankan misi itu.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar pula, gubernur Syam (sekarang Mesir) mengirimkan Yazid bin Abi Sofian untuk meminta guru bagi penduduknya. Lalu Umar memanggil Muaz bin Jabal, Ubaidah bin As-Somit, Abu Ayub Al-Ansary, Ubai bin Kaab dan Abu Darda’ dalam satu majelis. Khalifah Umar berkata kepada mereka : “Sesungguhnya saudara kamu di negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya mengantar siapa saja yang dapat mengajarkan Al-Qur’an kepada mereka dan memberikan pemahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh karena itu bantulah aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu semoga Allah merahmati kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu boleh membuat undian, jika tidak aku akan melantik tiga orang dari kalangan kamu.”


Lalu mereka menjawab : “Kami tidak akan membuat pengundian dengan memandang bahwa Abu Ayub telah terlalu tua, sedang Ubai pun senantiasa mengalami kesakitan, dan yang tinggal hanya kami bertiga saja.” Kemudian Umar berkata kepada mereka : “Kalian mulailah bertugas di Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah seorang diantara kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada kamu hendaknya pergi ke Damsyik, dan seorang lagi pergi ke Palestina.”
Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubaidah bin As-Somit di sana, Abu Darda’ pergi ke Damsyik. Muaz bin Jabal terus berlalu pergi ke negara Urdun. Muaz bin Jabal berada di Urdun pada saat negeri tersebut tengah terserang wabah penyakit menular.


Mu’adz bin Jabal wafat tahun 18 H ketika terjadi wabah hebat di Urdun tersebut, waktu itu usianya 33 tahun .