Ketika saya bersara pada oktober 2003, kerajaan sedang membina landasan berkembar dari Rawang ke Ipoh. Saya mahukan sesuatu yang berbeza. Pada pendapat saya, kenaikan taraf patut meliputi keseluruhan landasan dari Johor hingga ke sempadan negeri Thai. Dengan Cara itu, kita dapat mempopularkan semula perjalanan keretapi dan pada masa yang sama mengurangkan kesesakan di lebuhraya. Orang ramai mungkin tidak tahu perjalanan dengan keretapi lebih cepat daripada kapal terbang bagi jarak tidak melebihi 400km. Ini kerana keretapi membawa kita terus dari satu bandar ke bandar lain tanpa perlu memandu pergi balik ke lapangan terbang, disampaing memerlukan masa untuk pemeriksaan keselematan dan pendaftaran masuk.
Sejumlah besar muatan berat, termasuk pengangkutan kereta dan kontena keluar masuk di pelabuhan juga boleh diambil alih oleh keretapi, sekaligus megurangkan kesesakan lebuhraya. Malangnya, pemimpin yang mengantikan saya mentakrifkannya sebagai "projek mega" atau dalam pengertian lain, "gajah putih". Alasannya kerajaan tidak ada duit lagi untuk meneruskan projek itu yang kononnya disebabkan tindakkan pembaziran saya. Namun begitu saya gembira kerana sekurang-kurangnya sempat memodenkan landasan diantara Seremban dan Rawang. Hari ini, keretapi komuter elektrik sentiasa sarat tetapi jalanraya sekitar Kuala Lumpur masih juga sesak. Kadar pembinaan jalanraya baru tidak dapat menanmpung pertambahan kenderaan bermotor di ibu negara. Pencemaran udara di Kuala Lumpur tidak lagi disebabkan oleh pembakaran hutan di Indonesia semata-mata tetapi juga oleh asap kenderaan. Mutu udara di Kuala Lumpur tidak akan bertambah baik apatah lagi apabila kereta asing dibenarkan di import dengan harga yang murah.
(TUN MAHATHIR MOHAMAD).
Saturday, August 31, 2013
Tuesday, August 27, 2013
Elehhh.... sudah lah , jagalah kau punya parti dulu .
MCA mahu pengarah Tanda Putera bertanggungjawab jika berlaku ketegangan kaum...Satu Ugutan Nampak?????MCA menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba bertanggungjawab sekiranya khalayak yang menonton filem berkenaan tidak berpuas hati dan mencetuskan ketegangan kaum....Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, adegan sekumpulan pemuda Cina kencing di laman Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun akan menyebabkan penonton berasa kurang senang dan pihak penerbitan harus bersedia menerima kritikan.
Wee berkata, meletakkan kesalahan sesuatu kaum dengan menggambarkan babak yang tidak tepat berhubung tragedi 13 Mei 1969 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.
"Pihak penerbitan Tanda Putera membantutkan usaha pendamaian nasional yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apatah lagi dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Pengarah tidak sewajarnya menggunakan alasan sejarah bagi membuat penipuan dan kebencian antara kaum di Malaysia. Filem cereka atau berdasarkan kisah benar seharusnya boleh dibezakan oleh pengarah filem itu," katanya.
Hari ini DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 dalam mesyuarat Kabinet esok.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata filem Tanda Putera mendapat pembiayaan kerajaan bagi menerbitkan filem sejarah berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei namun gambaran tidak tepat mampu mencetuskan ketegangan kaum.
Beliau berkata, Tanda Putera seharusnya dijadikan medan menyampaikan kebenaran dengan memaparkan peristiwa sebenar 13 Mei 1969 namun filem berkenaan memberi gambaran tidak tepat menyebabkan generasi muda terkeliru apa sebenarnya yang berlaku semasa peristiwa berdarah itu.
"Shuhaimi tidak seharusnya menjadikan Tanda Putera sebagai sebuah filem pontianak yang pernah diarahkannya dahulu dengan memberi gambaran tidak tepat berhubung rusuhan kaum berkenaan kepada generasi muda.
"Pengarah mesti menyenaraikan babak cereka atau peristiwa yang tidak tepat berhubung kejadian 13 Mei dalam filemnya supaya tidak terus menyelewengkan kebenaran peristiwa 13 Mei.
“Perakuan ini penting kerana Shuhaimi mengakui Tanda Putera sebagai sebuah filem fiksyen yang berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata, berdasarkan pandangan penonton yang menonton filem berkenaan, mereka mendapati filem berkenaan terdapat unsur cereka atau kejadian tidak benar mengenai 13 Mei yang boleh memberi kecelaruan dalam masyarakat dan menyemarakkan api kebencian antara kaum.
Katanya, berdasarkan pandangan mereka yang telah menonton filem itu, beberapa babak rekaan dikenal pasti antaranya beberapa pemuda kencing di tiang bendera di laman rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Idris Harun dan babak kekecohan di pawagam yang meminta kaum Cina meninggalkan tempat itu.

Friday, August 23, 2013
BEGINI KISAHNYA ...
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bas yang meragut 37 nyawa di Genting Highlands semalam beberapa minit sebelum kemalangan maut itu hampir terbabit dalam satu kemalangan kecil beberapa ketika sejurus tiba di tempat kejadian sebelum terjunam ke dalam gaung.
Nor Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, mangsa yang duduk di belakang kerusi pemandu terbabit memberitahu Utusan Malaysia, sebaik sahaja turun dari stesen bas Genting kira-kira pukul 2 petang, bas berkenaan yang berada di laluan sebelah kanan cuba masuk ke laluan kiri tetapi nyaris berselisih dengan sebuah kereta yang mahu ke tokong berhampiran di sebelah kanan jalan.
"Pemandu bas bagaimanapun sempat brek. Kalau tidak dari awal lagi terjunam ke gaung lebih dalam lagi. Kemudian berlaku pertengkaran antara mereka. Selepas itu, bas teruskan perjalanan. Tiga minit kemudian pemandu bas itu berhenti. Waktu hidupkan enjin, terdengar bunyi 'krek', mungkin bas ada masalah.
"Perjalanan kemudian diteruskan tetapi kali ini bas bergerak laju, habis kereta di depan dia langgar...dalam dua tiga kereta, pemandu itu nampak macam kelam-kabut cuba kawal ke kiri dan kanan. Waktu itulah penumpang yang lain menjerit-jerit ketakutan sebelum bas terhumban dalam gaung," katanya.
Nor Maizatul, kerani di sebuah syarikat swasta di Batu Caves patah kaki dengan luka di dahi dan berdekatan mata ditemui di Hospital Sungai Buloh dekat sini.
Menurut Nor Maizatul, dia yang naik ke Genting Highlands bersama seorang rakan untuk ke Theme Park sebelum itu hairan kerana semasa di stesen lagi, bas berkenaan mengambil lebih muatan, kira-kira 10 orang lagi.
"Ada yang berdiri dan ada juga yang duduk di tangga bas," katanya.
Nor Maizatul berkata, selepas bas terhumban dalam gaung, dia tersedar bas berkenaan berada di depannya dan dilihatnya 'ada beberapa mangsa bertindan-tindan'.
"Saya tercampak ke luar dalam keadaan meniarap dan tidak dapat bergerak. Seingat saya, dekat saya ada seorang lelaki berasal dari Kelantan manakala rakan saya tadi tercampak ke bahagian bawah gaung lagi.
"Lelaki itu sempat menenangkan saya dan meminta menjaga diri. Lebih kurang sejam saya menunggu dan hanya ingat mati sahaja," jelasnya.
Sementara itu, seorang penumpang yang terselamat mendakwa pemandu bas itu mengabaikan keselamatan apabila masih memandu kenderaan itu walaupun mengetahui berlaku kerosakan brek.
Tan Ming Shing, 26, mendakwa, sebelum kemalangan itu, bas berkenaan memotong sebuah kereta jenis Honda dalam keadaan berbahaya menyebabkan pemandunya berang.
Menurut Ming Shing, pemandu bas dan kereta Honda terbabit masing-masing berhenti di tepi jalan dan bertengkar.
"Saya dengar pemandu kereta Honda itu bertanya kenapa memandu bas dalam keadaan berbahaya.
"Pemandu bas kemudian memaklumkan kenderaannya mengalami masalah brek dan selepas itu kedua-dua mereka meneruskan perjalanan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meluangkan masa melawat dan bertanya keadaan kesihatan Ming Shing yang mengalami patah tangan kiri.
Ming Shing yang bekerja di bahagian dapur di Genting Highlands mendakwa, dia hairan kenapa pemandu bas itu mengambil risiko meneruskan perjalanan walaupun tahu kenderaannya mengalami masalah brek.
Sementara itu, seorang mangsa kemalangan yang terselamat merupakan rakyat Korea, dipercayai masih kritikal.
Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Genting Highlands semalam adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.
TIMBALAN MENTERI (HINDRAF) JANGAN MENYIBUK BOLEH ... ? ? ?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy dinasihatkan supaya berhenti daripada memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).
"Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk.
"Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO). Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Penggajian Luar Negara Bangladesh, Khandaker Mosharraf Hossain di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antaranya mempersoalkan kenapa polis tidak memberi amaran sebelum menyerbu pangsapuri di tempat kejadian.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan Waythamoorthy bahawa polis perlu memberi amaran sebelum menyerbu masuk ke tempat kejadian sebagai sesuatu yang tidak berasas.
"Manalah ada amaran, kalau polis beri amaran, penjenayah akan menembak polis terlebih dahulu," katanya.
"SAYA PERDANA MENTERI YANG BOROS", TUN MAHATHIR
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.
Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.
Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.
Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.
"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.
"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.
Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.
Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.
"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.
"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.
Thursday, August 22, 2013
KJ: PTPTN tidak teruskan CCRIS
SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri.
"Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.
"Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda," tulisnya.
Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.
Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh .
Langkah kerajaan untuk tidak menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dianggap satu tindakan bijak dan mampu memulihkan imej kerajaan.
Presiden Kelab Gerak 1Malaysia (KG1M), Datuk Mohd Shukur Shamsudin berkata, pelaksanaan cadangan itu jika dilaksanakan juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kerajaan kerana bakal dijadikan bahan politik oleh pihak tertentu.
“Saya memuji usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Kementerian Pendidikan yang peka dengan kebajikan golongan peminjam PTPTN.
"Tindakan pantas ini juga menunjukkan kerajaan sentiasa mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat yang membantah cadangan PTPTN itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam yang menyatakan kerajaan bersetuju untuk tidak akan meneruskan cadangan menyenaraikan peminjam ingkar di bawah CCRIS.
Kelmarin, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut membantah tindakan menyenaraikan peminjam PTPTN disenaraikan di bawah CCRIS.
Sehubungan itu, Khairy telah menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu kepada Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh .
Menurut Mohd Shukur lagi, sekiranya cadangan itu diteruskan juga, ia lebih banyak menjurus kepada kesan negatif berbanding aspek positifnya.
Katanya, PTPTN akan dilihat terlalu terdesak untuk mendapatkan balik pinjaman daripada peminjam mereka sehingga menggadaikan elemen kebajikan.
“Malahan kerajaan juga akan menerima tempiasnya kerana mungkin dilihat tidak mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, ini bukan bermakna PTPTN perlu terus mengalah dengan peminjam PTPTN yang tegar namun mungkin ada mekanisme lain yang lebih praktikal serta harmonis supaya mereka membayar balik pinjaman berkenaan.
“Mungkin PTPN boleh bekerjasama dengan Jabatan Sumber Manusia untuk mengesan peminjam yang sudah bekerja dan seterusnya berbincang dengan majikan untuk membuat bayaran balik pinjaman melalui pemotongan gaji.
“Manakala bagi peminjam baru ataupun yang masih menganggur, PTPTN boleh memberi tempoh masa tertentu atau sehingga mereka mendapat pekerjaan untuk mula melangsaikan hutang berkenaan,” katanya.
Mohd Shukur juga percaya, pihak yang tidak bertanggungjawab tidak boleh lagi menjadikan isu ini sebagai polemik politik dan cuba mencetuskan kebencian golongan muda kepada kerajaan.
“Kes PTPTN akan sentiasa panas dan pihak terbabit sering mencari peluang untuk menyerang kerajaan dan mempengaruhi golongan muda supaya mengecam tindakan kerajaan,” katanya.
Menurutnya, beliau juga bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak agar kerajaan mewujudkan satu agensi seperti mana Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit kepada mana-mana peminjam PTPTN yang bermasalah.
“Masih banyak cara lain sebelum laksana drastik untuk menyelesaikan isu hutang PTPTN ini.
“Perkara ini perlu diperhalusi lagi supaya peminjam tidak tertindas, PTPTN mendapat faedah dan kerajaan pula tidak dipersalahkan,” katanya.
Namun Mohd Shukur juga menasihatkan peminjam supaya menunaikan tanggungjawab mereka melangsaikan pinjaman dan bukannya bersikap lepas tangan.
“Setiap hutang mesti dibayar dan peminjam PTPTN perlu mempunyai kesedaran melaksanakan kewajipan mereka apabila sudah berkemampuan,” katanya.
KENAPA DIA MENANGIS...???
Tak tau kenapa tiba-tiba hati ni tergerak nak on blog migonline. Tujuannya cuma nak tengok perkembangan artis kesukaan saya, Farid Kamil. Nak tau jugak apa perkembangan lepas mendirikan rumah tangga ni kan. Tapi, saya terbaca info yang dikeluarkan oleh migonline tentang sebuah rumah yang dipanggil Villa Nabila. Rasanya tak ramai yang tau pasal kisah disebalik Villa Nabila ni.
Saya ada pengalaman yang saya takkan lupakan sepanjang hayat ni tentang Villa Nabila. Lima tahun yang lepas, ketika tu umur saya baru menjangkau 20 tahun. Saya dan empat lagi kawan-kawan sekolej tergerak nak buat kerja gila (memang kami selalu buat) untuk pergi ke Villa Nabila memandangkan waktu tu kami berlima tengah cuti sem dan jalan-jalan ke rumah salah sorang dari kami yang tinggal di Johor. Nama kawan saya ni S.
Pada suatu malam, S menceritakan tentang kisah disebalik Villa Nabila. Kami semua tertarik dengan kisah yang terjadi dalam villa tersebut (walaupun tak tau betul ke tidak). Teman lelaki saya (sekarang dah jadi suami saya) D mencadangkan kami semua ke villa tersebut kerana S ada cerita tentang beberapa peristiwa yang dialami oleh orang ramai yang ada minat yang sama dengan kami. S cakap, barang siapa yang masuk ke villa tersebut dan menyahut nama Nabila sebanyak tiga kali sememangnya akan nampak bayangan seorang kanak-kanak perempuan di situ.
D dengan terujanya ajak kami semua ke villa tersebut. Keesokan harinya, S bawa kami semua ke villa tersebut. Suasana takdelah seperti gambar yang ditunjukkan oleh migonline (5 tahun yang lepas villa tu takdelah bersarang sangat). Kami lalu kat semua kawasan yang dikeluarkan oleh migonline. S bawa kami semua masuk ke dalam villa tersebut. Oleh kerana kami semua pergi pada waktu siang jadi takde la rasa takut yang amat sangat. Cuma teruja sebab nak tau betul ke tidak kisah Nabila ini atau sekadar urban legend.
D mula menyahut nama Nabila. D memanggil nama Nabila sebanyak tiga kali tapi tiada apa yang berlaku. D dan saya merasakan bahawa ini semua hanya gurauan penduduk setempat sahaja. Kami semua duduk di situ dan bersembang tentang hal-hal biasa seperti apa nak buat lepas cuti sem, tentang subjek yang bakal kami ambil sem depan dan tentang lecturer-lecturer yang meminta-minta!!!!!!
Hati saya tergerak tentang kesahihan kisah Nabila. Begitu banyak persoalan dalam fikiran saya masa tu. Alang-alang dah sampai ke situ, takkan takde apa-apa. Tiba-tiba saya rasa meremang. Bulu roma saya menegak. Tubuh saya rasa seram sejuk. Saya fikir ianya cuma perkara biasa saja sebab kita masuk ke tempat keras. Jadi, saya tak beritahu hal ini pada D, S mahupun kawan-kawan yang lain. Sedang kami bersembang lagi (saya dah tak menyampuk apa-apa) tiba-tiba saya terdengar suara kanak-kanak sedang ketawa tapi bunyinya tidak terlalu jelas di telinga saya cuma sayup-sayup. Saya jadi confuse tiba-tiba. Siapa pulak yang gelak macam kanak-kanak ni? Saya pandang ke arah kawan-kawan saya. Tapi semuanya masih bersembang dan bergelak ketawa macam biasa. Takde pula kedengaran seperti gelak kanak-kanak.
Saya mula rasa tidak sedap hati. Saya seperti dapat merasakan sesuatu yang berbeza di situ. Tubuh saya meremang dan seluruh badan saya rasa sakit (rasa macam demam urat). Saya bangun dari situ dan mula berjalan-jalan. Saya berdiri tidak jauh dari kawan-kawan saya berada. Saya melihat sekeliling kawasan. Tiada apa yang pelik.
Tiba-tiba, ada satu perkara yang terlintas di fikiran saya. Saya period ketika itu. Perasaan saya mula tidak menentu. Saya dapat rasa kehadiran Nabila di situ (jika bukan Nabila pun tentunya ada makhluk lain). Saya menuju ke arah D dan ajak D pulang. Kawan-kawan yang lain mula pelik. Saya beritahu D dan yang lain bahawa saya period dan tak sesuai untuk ada di kawasan seperti itu. D dan yang lain setuju untuk pulang demi mengelakkan sebarang kejadian pelik berlaku.
Semasa kami berjalan menuju ke luar dari kawasan tersebut, saya sempat menoleh ke arah perigi yang terletak di dalam villa tersebut. Saya nampak seorang kanak-kanak yang memakai gown berwarna biru (putih maybe sebab nampak kotor dan pudar), bertocang dan mengangkat tangan pada saya. Saya terasa seluruh badan saya kejang dan seram sejuk.
Saya yakin kanak-kanak tersebut adalah Nabila. Mata saya tidak lepas dari memandang matanya. Matanya nampak sayu dan bergenang. Wajahnya nampak macam baru lepas menangis. Tiba-tiba rasa takut dalam hati saya hilang dan timbul rasa sedih. Tak tau kenapa. Saya terus berjalan keluar dari villa tersebut (walaupun tak mampu nak berjalan dah).
Saya tidak menceritakan hal ini pada sesiapa selepas kejadian itu sehinggalah hari pertama saya berkahwin dengan D barulah saya menceritakan hal ini padanya. Kisah ini saya akan bawa hingga akhir hayat saya. Cuma yang menjadi persoalan saya adalah, kenapa kanak-kanak secomel itu kelihatan begitu sedih? Apa yang telah terjadi padanya? Apakah kisah sebenar di sebalik Villa Nabila ini? Hanya tuhan yang tahu. Al-Fatihah untuk Nabila dan semoga rohnya dicucuri rahmat tidak kira dimana ia berada.
Sekian,
Faten.
Semenyih.
MEREKA TELAH TIBA...
Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;
-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.
-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.
-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).
- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).
-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.
-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.
LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......
SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya..... satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH g MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKIj BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!.
PERBANDINGAN 100 HARI BERJAWATAN MENTERI BESAR/KETUA MENTERI DIANTARA DATUK MUKHRIZ DAN DATUK WIRA IR IDRIS HARON
Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Wira Ir Idris Haron ditemubual oleh pemberita sempena 100 hari menjawat jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri baru baru ini. Kedua duanya bercakap mengenai keluarga tetapi nada mereka berlainan.
Datuk Mukhriz berikrar tidak akan mempertimbangkan dan meluluskan projek ekonomi negeri Kedah kepada keluarganya. Ikrar ini melonjakkan imej beliau dan BN pada kacamata rakyat Kedah.
Datuk Wira Ir pula pun bercerita mengenai keluarganya. Beliau berkata pada kebiasaannya akan makan tengahari dan malam dengan anak anak beliau, Luqman Hakim dan Amira. Sejak dilantik ke jawatan tertinggi Melaka, anak anak beliau mula memahami kesibukan bapanya mensejahterakan rakyat Melaka sehinggakan tidak dapat makan bersama.
Dutuk Mukhriz telah mengumumkan 2 pelaburan besar di Kedah termasuklah Ranbaxy dari India di Kulim. Datuk Wira Ir belum berkesempatan untuk mengumumkan pelaburan baru atau tambahan. Mungkin dalam masa terdekat, beliau atau Pengerusi MTEN, Datuk Seri Mohd Ali akan berbuat demikian. Pelaburan baru `FDI’ memberikan indikator kepercayaan dan keyakinan pelabur terhadap peneraju negeri selain daripada dasar pelaburan yang `condusive’.
Datuk Mukhriz berjaya memikat PM Datuk Seri Najib berkunjung ke Kedah untuk merasmikan majlis nasional. Pada 16 hb Ogos yang lalu, Kedah menganjurkan Hari Peneroka FELDA peringkat Kebangsaan. Malamnya PM melancarkan Majlis Kibar Jalur Gemilang peringkat nasional. Sebelah petangnya perasmian bangunan dan khidmat UTC Alor Setar.
Datuk Wira Ir juga tidak ketinggalan di dalam menarik penganjuran majlis nasional. Melaka telah ditetapkan menjadi Penganjur Rumah Terbuka Aidil Fitri peringkat Kebangsaan. Majlis ini akan menjadikan Melaka menjadi kunjungan para Menteri Kabinet dan Parti BN juga orang ramai. Jalanraya akan menjadi sesak dan hotel penginapan akan penuh.
Di bidang bolasepak pula, KFA akan berkerjasama dengan Cardiff City menubuhkan Akademi Bolasepak dan pasukan bolasepak negeri. Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Mukhriz telah menandatangani perjanjian memajukan sukan bolasepak Kedah. Penulis ingin melihat kebangkitan Kedah seperti mana zaman Allahyarham Datuk Basri Akil dahulu.
Datuk Wira Ir dan MAFA mungkin sedang merancang sesuatu merancakkan perkembangan bolasepak Melaka. Diberitakan MAFA akan mengadakan mesyuarat akhir bulan ini untuk membincangkan masa depan bolasepak Melaka. Datuk Wira Ir ada kawan kawan yang boleh bercakap dengan pengurusan Cardiff City untuk tujuan kerjasama.
Penulis rasa Melaka kena cuba Kelab Professional selain Cardiff City dan Queen Park Ranger. Jika penulis ada bajet, penulis ingin menjalinkan kerjasama dengan Kelab dari Portugal dan Belanda. Kedua negara ini pernah `berada’ di Melaka dan melalui sentimen tersebut, adalah wajar mereka membantu Melaka. Penulis, yang mengendalikan Sepadu Soccer (kelab sukan remaja), berangan angan untuk berkommunikasi dan mepengaruhi Christiano Ronaldo mengadakan kerjasama dengan Kelab Remaja Bolasepak yang pelatih remajanya meliputi anak anak portugis. Bajet RM250,00 setahun bagi Christiano Ronaldo terlalu kecil.
Penulis dengan seikhlasnya ingin mengingatkan KM baru kita agar memerhatikan perkembangan Menteri Besar Kedah dan Johor. Mereka seangkatan dengan Datuk Wira Ir sebagai ketua pentadbiran negeri yang baru. Kecekapan dan dasar baru senantisa diperhatikan dan dinilai oleh rakyat dan politikus. Jika boleh jadilah ahli politik yang boleh memimpin dan memotivasi pegawainya kearah pencapaian matlamat. Ramai ahli politik yang boleh menjalankan tugas (implementor) daripada memimpin (leader). You are the implementor or a leader?
Beberapa dasar dan polisi kerajaan didapati memperbaiki imej Kerajaan dan sokongan ahli UMNO. Menteri Besar Johor mengumumkan kadar cukai harta dan tanh yang berbeza diantara rakyat Malaysia dengan bukan rakyat Malaysia. Beliau juga membuat keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh pajakan tanah perindustrian Larkin.
Penulis ada menyarankan Kerajaan Melaka berhati hati di dalam memberikan pajakan tanah kerajaan kerana terlalu ramai broker UMNO/BN yang ingin membuat duit panas dan cepat.
Anjing selamatkan kucing
NEW ZEALAND 21 Ogos - Kita sering digambarkan bahawa anjing dan kucing merupakan dua haiwan yang saling bermusuhan.
Namun, seekor anjing di sini menyangkal pepatah itu apabila menyelamatkan seekor kucing yang hampir mati akibat termakan racun tikus menerusi prosedur pemindahan darah.
Keputusan itu diambil oleh doktor di Klinik Haiwan Tauranga, Kate Heller yang menyedari bahawa kucing bernama Rory itu tidak akan hidup melainkan ia menerima darah serta-merta.
Namun begitu, ketika pemilik Rory, Kim Edwards tiba di klinik itu, makmal ujian darahnya telah ditutup dan ini menyebabkan doktor tidak mengetahui jenis darah kucing tersebut sama ada A, B atau AB kerana jika tersilap langkah, ia boleh membawa maut.
Selepas berunding dengan doktor-doktor haiwan lain, Heller memutuskan untuk menjalankan pembedahan terhadap kucing itu dengan menggunakan darah anjing.
"Jika kami tidak lakukannya, kucing itu akan mati, kami tidak akan rugi apa-apa jika mencuba, ia antara hidup atau mati, ini juga sangat luar biasa.
"Berdasarkan prosedur, pemindahan darah di antara dua spesies berbeza adalah tidak digalakkan,'' katanya.
Jelas Heller, dia kemudian menghubungi rakannya yang juga pemilik seekor anjing bernama Macy, untuk mendapatkan darah haiwan itu.
Kajian menunjukkan kucing tidak akan memberi sebarang tindak balas negatif terhadap apa juga jenis darah yang dimasukkan ke dalam badan haiwan tersebut. -
TENTERA SYIAH BASHAR BUNUH MEREKA SECARA SENYAP
AMMAN 21 Ogos - Ketika dunia tertumpu kepada pergolakan di Mesir, Syria hari ini digegarkan dengan kejadian pembunuhan 'senyap' besar-besaran dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,300 kematian.
Lebih menyedihkan, serangan dipercayai menggunakan gas saraf itu dilakukan ketika penduduk sedang tidur dan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan bayi tidak berdosa.
Menurut kumpulan aktivis, pasukan tentera Syria melancarkan roket yang dilengkapi dengan gas saraf ke beberapa kawasan pinggir bandar termasuk Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta.
Rangkaian berita Shaam News Network, turut memaparkan gambar-gambar mayat mangsa termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi yang ditempatkan di atas lantai bilik di sebuah hospital di Douma.
Keadaan semua mayat mangsa yang seolah-olah sedang nyenyak tidur tanpa titisan darah, menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka maut akibat terhidu bahan kimia.
Sekiranya laporan tersebut disahkan benar, tragedi terbaharu itu merupakan insiden terburuk sejarah kemanusiaan berhubung penggunaan senjata kimia dalam perang saudara yang telah berlanjutan selama dua tahun di Syria.
Terdahulu, seorang jururawat di sebuah hospital, Bayan Baker berkata, jumlah kematian akibat serangan itu adalah sebanyak 650 orang.
"Kebanyakan mangsa korban adalah wanita dan kanak-kanak.
"Kesemua mayat mangsa mengalami tanda-tanda terkena gas saraf iaitu salur darah mengembang, kaki sejuk dan mulut berbuih," katanya.
Serangan itu berlaku ketika sepasukan pegawai pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di Syria bagi melakukan siasatan terhadap dakwaan tentera negara itu menggunakan senjata kimia ketika bertempur dengan pemberontak.
Seorang anggota majlis perbandaran Ain Tarma, Khaled Omar berkata, dia melihat sekurang-kurangnya 80 mayat diletakkan di Hospital Hajjah dan di sebuah sekolah yang dijadikan klinik.
"Serangan itu berlaku pada pukul 3 pagi (8 pagi waktu Malaysia).
"Amat menyedihkan apabila kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.
Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah sebelum ini percaya kerajaan Assad pernah menggunakan gas beracun termasuk gas sarin untuk menentang kumpulan pemberontak. - REUTERS
JANGAN CABAR ...!!!
PULAU PINANG 21 Ogos - Polis memberi amaran kepada semua pihak termasuk kumpulan kongsi gelap supaya tidak cuba mencabar pasukan keselamatan itu berikutan operasi membanteras jenayah secara besar-besaran yang sedang dilaksanakan.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) berkata, terdapat pihak cuba mempertikaikan tindakan pasukan itu menembak mati lima penjenayah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pantai Jerejak kelmarin.
Beliau turut memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti identiti mereka yang mencabar polis termasuk mempamerkan kain rentang dengan lambang kongsi gelap ketika upacara pengebumian lima penjenayah terbabit semalam.
"Kita memperoleh maklumat melalui risikan yang dilakukan termasuk rakaman video ketika mereka berarak semasa pengebumian itu.
"Selain itu, kita juga menerima beberapa laporan berkaitan perarakan terbabit dan tindakan lanjut akan diambil mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966," katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa meninjau operasi sekatan jalan raya di Lebuh Farquhar sempena Op Cantas Khas, awal pagi ini.
Operasi lebih empat jam itu melibatkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah di 12 lokasi di seluruh negeri ini.
Beliau berkata, polis akan menahan suspek yang dikehendaki termasuk individu yang pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).
Menurut Abdul Rahim, sejak operasi berkenaan dilaksanakan di negeri ini Sabtu lalu, sebanyak 16 suspek yang terlibat dalam pelbagai jenayah berjaya ditahan di negeri ini.
"Kesemua mereka kini ditahan reman mengikut Akta Pencegahan Jenayah sebelum pihak polis melakukan pendakwaan di mahkamah," ujarnya.

Wednesday, August 21, 2013
KEMBALI KE PERSADA KEGEMILANGAN DENGAN MENGIKUT MANHAJ SAYIDINA UMAR DAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI
Ini ialah pesanan daripada As-Syeikh al-Habib Umar bin Hafiz di Shah Alam dalam pertemuannya dengan para ulama pada bulan Safar 1428 H. Renungilah dengan mendalam apa yang beliau sampaikan. Semoga kita mendapat hidayat. Tajuk asal ceramah ini ialah, “Menyingkap Masalah yang Terjadi di Kalangan Umat Islam”.
1. Tugas dakwah ialah tugas yang menggembirakan hati Rasulullah SAW. Dakwah tersebar sehingga ke Nusantara berkat daripada usaha dakwah dan keberkatan ahlul bait. Mereka menerapkan pemahaman al-Quran dan as-Sunnah melalui para ulama secara berantai dari satu generasi ke generasi. Rantaian emas ini bersambung kepada Baginda SAW. sebab itulah kita tidak menemui dalam ajaran mereka kesesatan, bidaah, penyimpangan, ekstrem, konservatif dll. Mereka membawa agama yang bersih daripada sumber yang asli. Daripada furuq fikah, bersandarkan kepada mazhab Syafie. Dalam akidah, bersandar kepada mazhab Abu Hasan al-Asyaari (keturunan ulama Abu Musa al-Asyaari). Beliau merupakan anggota delegasi daripada Yaman yang bertemu Rasulullah SAW. daripadanya, lahirlah mazhab ASWJ.
2. Sebagaimana Allah menetapkan bagaimana Islam ini tersebar ke seluruh pelusuk, maka, Allah juga menentukan adanya mujaddid. Sebagaimana Islam tersebar melalui tangan ahlul bait, maka kami optimis meneruskan hubungan ini (dengan penduduk nusantara).
3. Sesungguhnya Allah akan memperbaharui urusan agama ini setiap kali mereka mengalami kelesuan agama (waktu fatrah).
4. Sesungguhnya segala masalah yang terjadi kepada umat Islam hari ini, yang merosakkan fikir, aqidah dan akhlak mereka adalah disebabkan:
Ø kita lalai dalam menjalankan tugas dakwah dan menyelamatkan umat.
Ø berfikiran sempit dalam perbezaan fikrah
Ø tiada kerjasama yang serius di kalangan ulama
Ø konsentrasi kita hanya tertumpu kepada urusan yang tidak terlalu penting namun ia memalingkan pandangan orang ramai terhadap masalah yang sebenar.
Ø Setiap orang bertindak mengikut persepsi masing-masing dan tidak berupaya memahami punca masalah yang sebenar.
6. Maka, kami menyeru supaya kita tumpukan kembali perhatian kepada tugas-tugas kita yang sebenar. Setiap kali kita menunda atau mengabaikan tugas tersebut, maka kita akan disibukkan oleh urusan rekayasa yang dirancang oleh musuh-musuh Allah.
7. Musuh Allah sentiasa mem-provok masalah baharu setiap hari kepada kita silih berganti. Kita sering dimomokkan dengan kepincangan akidah, moral untuk melarikan fikir kita. maka, umat Islam pun tersentak lalu terikut-ikut untuk menyelesaikan isu itu. Habis satu isu, dibawa pula isu yang lain. Maka, kita pun memberikan pandangan kita masing-masing di muktamar, rapat umum dll namun masalah tidak juga selesai. Ada solusi pun, kita tidak serius untuk melanjutkannya. Maka, isu baharu pun muncul dan kita lupa kepada isu lama. Padahal kita sudah bermuktamar, menginsafi sikap tetapi masalah umat tidak juga selesai. Begitulah yang terjadi tatkala muncul isu-isu seterusnya. (semuanya bertindak bergantung kepada isu tetapi gagal menyelesaikan masalah akar yang menimbulkan isu itu.) Akhirnya, kita disibukkan dengan isu yang dimomokkan oleh musuh-musuh Allah itu.
8. Semua ini adalah kesan daripada kelalaian kita menjalankan kerja yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
9. Kami di sini berhasrat untuk membangkitkan kembali semangat kepada kerja-kerja ini supaya semua masalah umat dapat diselesaikan. Kita juga perlu sedar bagaimanakah caranya untuk kita berhadapan dengan masalah-masalah ini. Tugas-tugas itu ialah konsentrasi terhadap proses pembinaan jiwa dengan cara mensucikannya (tazkiah). Ia menjadi barometer kepada perubahan umat ini menurut al-Quran, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri. Tidak ada satu pendekatan yang dapat mengubah manusia selain pendekatan TAZKIYATUN NUFUS seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Proses ini kemudian bersambung-sambung sehingga sampai kepada kita. Inilah method yang dibawa oleh segolongan manusia yang digelar sebagai kaum sufi. Nilai-nilai pentarbiyahan seperti ini sememangnya sudah ada pada zaman Sahabat kemudian Tabiin dan seterusnya sehingga datang zaman cintakan dunia dan kerakusan kuasa. Generasi selepas itu semakin jauh dengan zaman Nabi.
10. Umat sekarang ini perlu kepada ulama yang komited terhadap method pentarbiyahan ini (tazkiyah). Sebab itulah munculnya golongan Sufi dan tasawuf yang komited melestarikan nilai-nilai ini. Melalui jasa mereka, dakwah tersebar ke seluruh pelusuk dunia (lanjutan daripada usaha dakwah Sahabat). Dalam sejarah Islam, kita mendapati bahawa tidaklah masuk Islam ke dalam satu-satu negeri melainkan ketua jemaah jihad fisabilillah itu diketuai oleh tokoh besar tasawuf dan tazkiyah. Keadaan ini ada setiap zaman dalam Islam. Kita tidak akan menjumpai sesebuah negeri yang begitu utuh melainkan peranan itu dimainkan oleh tokoh tasawuf, golongan sufi. Tidak mungkin kita temui dalam sejarah Islam, gerakan jihad tanpa tokoh tasawuf.
11. Tazkiyah Para Sahabat diserap secara langsung daripada Nabi SAW. Merekalah para sufi sejati, pemimpin para sufi dan tokoh-tokohnya.
12. Cermatilah sejarah Islam. Pada zaman Sahabat, Islam tersebarnya hingga ke Timur di sempadan China dan Russia dan negeri-negeri sekitarnya. Para panglima mereka terdiri daripada para pemuka tasawuf pelbagai aliran dan guru-guru besarnya. Mereka semua keluar berjihad di jalan Allah.
13. Baitul Maqdis dibebaskan oleh Sayidina Umar al-Khattab r.a. Kemudian, datang pasukan salib merampasnya. Semenjak itu, Baitul Maqdis tidak dapat diselamatkan semula kecuali peranan ahli tasawuf. Di situ, tampillah Salahudin al-Ayubi, seorang tokoh tariqat tasawuf, pengasas program Maulidur Rasul dan majlis-majlis zikir yang banyak diambil daripada kitab Imam Al-Ghazali (Ihya Ulumuddin). Terbina jiwanya melalui kitab tersebut dan dia memimpin umat Islam dengan kekuatan imannya, ketaqwaannya, kebeningan jiwanya dan kebersihan hatinya. Maka, Baitul Maqdis pun dapat dibebaskan.
14. Hari ini, orang ramai melaungkan, - Bebaskan Baitul Maqdis! Bebaskan Baitul Maqdis! – tidak ada cara untuk membebaskannya kecuali dengan cara yang pertama iaitu manhaj Sayidina Umar r.a. dan Salahudin al-Ayyubi rah. Yang merupakan intisari daripada ajaran tazkiyah oleh Rasulullah SAW. Hal inilah yang membebaskan Baitul Maqdis. Tidak boleh dengan cara selain itu.
15. Mereka sibuk bikin organisasi, pernyataan politik mahupun mengadakan kongres, Baitul Maqdis tetap tidak mampu dibebaskan sampai bila-bila pun (abadan abada) kecuali melalui peranan golongan ini (tasawuf dan sufi) dan dengan cara ini (tazkiyah dan tasawuf). Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri.
16. Jika pemuda kita di Palestin tidak mengerjakan solat, tidak berpuasa, tidak menutup aurat dan kita berkata – Bebaskan Palestin! Bebaskan Palestin! - Namun apa yang terjadi? Pada masa ini kuffar memerangi kaum Muslimin di sana dan membuatkan politik pecah belah hingga umat Islam saling berperang antara satu sama lain. Apa penyebabnya semua ini? Jawapannya: Pengabaian usaha TAZKIYATUN NUFUS (Pembinaan jiwa) di kalangan umat Islam sehingga munculnya masalah-masalah besar yang menghentam mereka.
17. Siapakah yang berperanan untuk melakukan usaha ini? Inilah tugas utama kita daripada Allah SWT – Sesungguhnya beruntunglah mereka yang telah mensucikan jiwanya dan rugilah orang yang menodainya. Beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya dengan menyebut nama Tuhannya serta menunaikan solat. Musuhmu yang paling berbahaya ialah nafsumu yang ada pada dirimu sendiri.
Bersambung ...
KISAH DARI KUBUR :
Mayat berkuku panjang belit badan
21 Ogos 2013
PENGALAMAN terjumpa mayat yang tidak diterima bumi antara detik yang tidak boleh dilupai oleh Solihin Yusoff, 35, sepanjang bergelar penggali kubur. Ceritanya, pada ketika itu dia sedang menggali sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tokong.
Gara-gara tidak mempunyai batu nisan, dia tidak sangka tanah yang digalinya sebenarnya sudah terdapat jasad lain di dalamnya.
“Pada masa itulah saya terkejut apabila mendapati jasad berkenaan masih ada sedangkan papan keranda sudah pun reput, sementara kain kafan yang membaluti tubuh mayat berkenaan juga sudah tiada.
“Anehnya, saya dapat lihat jasadnya berwarna merah seakan terbakar dan wajah semua tidak ada, cuma jasad sahaja sementara kukunya ibarat hidup.
“Kuku mayat berkenaan memanjang seakan hidup dan membelit badannya sendiri, itu antara pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat,” katanya kepada Sinar Harian.
Kubur bercahaya
Anak kelahiran Kampung Tanjung Tokong itu sudah hampir 25 tahun bergelar penggali kubur. Dia yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah syarikat telekomunikasi turut mewarisi bakat menggali kubur daripada ayahnya.
Seperti mana janji ALLAH SWT, sesiapa yang mengikut ajaran-Nya pasti akan dipermudahkan di alam barzakh. Solihin bertuah kerana melihat sendiri keajaiban berkenaan di hadapan matanya pada suatu malam.
Menurutnya, dia pernah menyaksikan kubur bercahaya pada waktu malam namun kejadian berkenaan tidak dapat dilihat rakan yang lain.
Pada suatu malam ketika dia dan tiga lagi rakan yang lain mahu menggali kubur, tiba-tiba dilihatnya satu kubur bercahaya seakan diterangi lampu yang amat cerah.
Pada ketika itu dia memanggil rakannya untuk melihat kejadian berkenaan namun disanggah rakan-rakan yang lain kerana tidak dapat melihatnya.
“Memang saya sedikit terkejut, tapi itulah kebesaran ALLAH SWT, kubur berkenaan milik seorang yang boleh digelar ustaz kerana dia adalah guru agama yang turut mengajar anak Tanjung Tokong membaca al-Quran.
“Malah arwah juga adalah antara orang penting yang memandikan jenazah sekiranya adanya mayat,” katanya.
Solihin mengakui mula seronok datang ke kubur sejak kecil lagi dan kemudiannya membantu bapanya menggali kubur sejak berusia 12 tahun.
Rasa ada kematian
Mempunyai pengalaman agak luas, lelaki yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ini mempunyai teknik tertentu untuk menggali kubur. Kebiasaannya dia akan mengukur tanah kubur hanya menggunakan cangkulnya sahaja.
Akibat sudah terlalu biasa dengan kematian, Solihin seakan dapat merasa akan ada kematian yang akan berlaku.
Bukan rekaan, namun itulah yang berlaku terhadap dirinya sehingga majikannya sendiri menyedari kelakuannya apabila tiba saat dia akan menggali kubur.
“Ya, saya sendiri dapat rasa diri saya tidak dapat duduk diam dan selepas itu akan ada perkhabaran orang meninggal dunia dan saya akan terus ke kubur untuk menggali.
“Saya sendiri tidak pasti mengapa tapi itulah yang berlaku terhadap diri saya, majikan saya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan saya apabila waktu bekerja untuk ke kubur,” katanya.
Sama seperti orang lain, Solihin akan membaca surah al-Fatihah dan berselawat ketika menjalankan tugasannya di kubur.
“Biasalah orang sentiasa ingat kubur ini tempat menakutkan tetapi kita tidak boleh bersikap demikian kerana inilah tempat kita akan ‘tinggal’ nanti,” katanya.
SH
GAMBAR HANYA HIASAN SAHAJA....

TRAGEDI GENTING HIGLANDS : BAS TERJUNAM DI DALAM GAUNG
JUMLAH KEMATIAN NAHAS BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS MUNGKIN AKAN MENGEJUTKAN???
Nahas bas di Genting Highland dipercayai meragut nyawa sekurang-kurangnya 32 penumpang, seorang disahkan maut dan 16 lagi dilaporkan berjaya diselamatkan setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.
Setakat jam 5.30 petang 16 mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.
Bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 49 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.
Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.
Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan Jalan Genting Karak menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur.

OPERASI CANTAS BERMULA , SERANGGGG...!!!
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan sebanyak 119 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan di seluruh negara sejak kelmarin.
Antara kesalahan yang direkodkan dalam tangkapan itu termasuk memiliki dadah, senjata tajam, membawa kenderaan curi, orang dikehendaki serta menganggotai kumpulan kongsi gelap.
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Jenayah iaitu mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan jenayah boleh ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, jumlah tersebut adalah tangkapan sepanjang dua hari operasi berkenaan iaitu 28 orang pada hari pertama dan 91 orang pada hari kedua.
"Mereka ditahan dalam sekatan jalan raya dan pemeriksaan menyeluruh polis terhadap 1,791 individu dan 1,123 buah kenderaan bermula pukul 10 malam sehingga 6 pagi setiap hari.
"Operasi telah diperhebatkan terutama di kawasan Lembah Klang berikutan lokasi berkenaan banyak berlakunya kes-kes melibatkan jenayah kekerasan," katanya.
PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengambil langkah proaktif menubuhkan satu pasukan khas untuk menggerakkan operasi pencegahan jenayah di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE
umno bakal diremajakan
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Saranan agar lebih ramai bakat baharu, khususnya golongan muda diberi peluang mengisi jawatan penting dalam pemilihan UMNO Oktober ini dilihat mampu meremajakan parti, sesuai dengan keadaan semasa.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, proses meremajakan parti amat penting, apatah lagi dengan jumlah penglibatan kalangan belia berdaftar sebagai pengundi yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan, disebabkan itu lebih ramai calon muka baharu, khususnya golongan muda diperlukan memegang jawatan dalam parti agar dapat mengimbangi jumlah peningkatan pengundi itu.
"Saya juga yakin mereka yang menawarkan diri itu merupakan calon yang layak serta mempunyai kualiti terbaik untuk dilatih sebagai pemimpin pelapis negara pada masa hadapan.
"Dengan cara itu, UMNO dapat memberi pendedahan kepada calon muda yang menang dan seterusnya mengisi pelbagai jawatan dalam pemilihan parti nanti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di ibu pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), di sini hari ini.
Beliau mengulas saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam agar lebih ramai bakat baharu dalam parti diberi peluang mengisi jawatan penting dalam pemilihan Oktober ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.
Mengulas lanjut, Mohd. Shafie mahu mana-mana calon baharu yang ingin bertanding seharusnya berasaskan hasrat mengukuhkan parti.
"Saya juga yakin peringkat akar umbi dapat menilai dan seterusnya membuat pilihan yang bijak dalam memastikan calon yang benar-benar layak mendapat tempat nanti," ujarnya.
RAFIZI SOKONG
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kesediaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik balik saman terhadapnya berhubung satu kenyataan yang saya buat bertarikh 29 Disember 2012 mengenai urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).
“Keputusan itu dicapai setelah berpuas hati berdasarkan penjelasan beliau dan fakta-fakta terkini bahawa beliau tidak terbabit di dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk membayar RM160 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Saya mengalu-alukan kesediaan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menarik balik samannya terhadap saya berhubung satu kenyataan yang saya buat bertarikh 29 Disember 2012 mengenai urusniaga Boustead Holdings Berhad, Awan Megah Sdn Bhd (milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, pimpinan Wanita Umno) dan Astacanggih Sdn Bhd (milik Deepak Jaikishen).
Keputusan itu dicapai setelah saya berpuas hati berdasarkan penjelasan beliau dan fakta-fakta terkini bahawa beliau tidak terbabit di dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk membayar RM160 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd.
Oleh itu, saya bersedia menarik balik kenyataan saya sebelum ini mengenai beliau dan urusniaga tersebut.
Saya berharap bahawa kesediaan kami duduk berbincang dan saling menjelaskan kedudukan sesuatu perkara menjadi perkembangan sihat dalam arus politik negara.
Sebagai seorang ahli politik, adalah menjadi tugas saya mempersoalkan keputusan menteri dan penjawat awam yang saya fikirkan bertentangan dengan kepentingan awam, berdasarkan maklumat yang ada pada ketika itu.
Sehingga saya mempersoalkan peranan menteri dan penjawat awam lain dalam urusniaga itu melalui kenyataan media bertarikh 29 Disember 2012, tidak ada sebarang penjelasan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana penjawat awam.
Hanya setelah perkara itu dibangkitkan, barulah ada sedikit penerangan dan fakta-fakta lain mula didedahkan berdasarkan maklumat yang saya perolehi.
Setelah beberapa penjelasan diberikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi ekoran dari perkara yang saya timbulkan, saya pula berpuas hati bahawa beliau tidak terlibat di dalam keputusan itu.
Di dalam sebuah demokrasi, adalah menjadi tanggungjawab seorang ahli politik atau wakil rakyat untuk menimbulkan isu berkepentingan awam.
Juga menjadi tanggungjawab menteri atau penjawat awam untuk memberi penjelasan sewajarnya.
Setelah penjelasan diberikan, sekiranya ada kenyataan yang tidak tepat dibuat sebelum itu kerana kekurangan maklumat atau tiadanya penjelasan kerajaan, maka adalah satu amalan kenyataan yang tidak tepat itu diperbetulkan atau ditarik setelah penjelasan sewajarnya diberikan.
Itu semangat yang sama-sama dihayati oleh saya dan Dato’ Seri Zahid Hamidi yang mendorong kepada keputusan bersama yang dibuat pada hari ini.
Walau bagaimana pun, keputusan pada hari ini tidak membersihkan nama penjawat-penjawat awam yang lain yang perlu memikul amanah menjelaskan perkara-perkara ini:
1. Anugerah kontrak penswastaan Puspahanas oleh Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Awan Megah Sdn Bhd apabila syarikat itu tidak layak sehingga ia terus bermasalah dan terbengkalai sehingga hari ini. Saya akan terus membawa isu ini supaya sekiranya ada sebarang penyelewengan, ia akan dipertanggungjawabkan sewajarnya.
2. Keputusan Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad meluluskan urusniaga RM160 juta yang menguntungkan Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd sedangkan penilaian urusniaga menunjukkan Awan Megah Sdn Bhd tidak ada hakmilik ke atas tanah seluas 223 ekar yang diurusniagakan.
Keputusan yang dicapai di mahkamah pada hari ini tidak ada prejudis kepada isu-isu ini dan saya akan terus membawa isu ini sehingga ada pertanggungjawaban yang sewajarnya.
Berikut adalah kenyataan yang ditandatangani bersama oleh saya dan Datuk Seri Zahid Hamidi pada hari ini.
IN THE HIGH COURT OF MALAYA
AT KUALA LUMPUR
That I, Mohd Rafizi bin Ramli, the defendant in this matter is satisfied with the explanation given by the plaintiff, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, that the plaintiff had not abused his powers in any matter whatsoever and had no role whatsoever in the decision of Boustead Holdings Berhad to enter into transactions to acquire Astacanggih Sdn Bhd’s shares and development lands from Awan Megah Sdn Bhd as stated in my article dated 29 December 2012.
Therefore I, Mohd Rafizi bin Ramli, hereby unequivocally and unconditionally withdraw the wrongful statements in my article dated 29 December 2012 with reference to the plaintiff.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Subscribe to:
Posts (Atom)