Monday, July 29, 2013
“Arkitek” Scorpene Mula Berbicara!
Dalam satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang kononya penuh kontroversi itu. Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene.
Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.
“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.
Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.
Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM 452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.
Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori.Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood.Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.
April ini, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.
Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini.Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut.Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.
Sebelum perjumpaan ini dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat dimana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.
Semasa berkunjung kerumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia, dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.
Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Bagnda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.
Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002.Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.
Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006. Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.
Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ianya adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis .”
Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004.Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002. Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.
Pihak pro-pembangkang menyatakan kononya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis.Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.
Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis.Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu menggunakan khidmat penterjemah luar, dan pastinya bukan seorang Mongolia yang tidak diketahui asal usulnya.
Di dalam satu kenyataan kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS untuk Malaysia dan SIngapura pada ketika itu, Fredric Faura, telah memberitahu para penyiasat bahawa tidak perlu untuk mendapatkan khidmat penterjemah kerana rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris.
“Anda bertanya kepada saya mengapa blog-blog mengatakan bahawa budak perempuan ini (Altantuya) ada kaitan dengan Razak Baginda.Anda perlu bertanya kepada penulis blog-blog tersebut”.
Chahl juga berpendapat bahawa mengapa tiada pihak yang mempersoalkan kredibiliti pihak pembangkang yang telah memaparkan sekeping gambar palsu (yang mereka juga akui sebagai palsu) kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya.Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.
Siapakah Jasbir Singh Chahl?
Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda.Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan.Disana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.
Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia.Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia. Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.
Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan.Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia.Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan. Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan.Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.
SATU daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.
Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dan Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.
“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marahk.
Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas ; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.
Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT, dan syarikat industri, Boustead dimana kedua-duanya juga telah diaudit.
Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat.Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan
selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.
Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitang TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol, untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang. Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini.
“Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan, dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan,” kata Chahl.
Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.
“Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”
“Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian."
“Scorpene merupakan kapal selam tanpa nuklear terbaik yang telah negara kita pilih".
PERSAUDARAAN MEMBANGUNKAN EKONOMI
Apabila saya menyebut tentang keperluan umat Islam tolong menolong antara satu sama lain dalam bidang ekonomi , ada yang akan menyatakan hal ini tidak boleh disebut , nanti akan difahami oleh sesetengah oihak yang lain sebagai perkauman. Apa yang ingin saya nyatakan ialah galakkan kepada masyarakat muslim membantu sedaya mungkin membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh saudara- saudara muslim kita.
Saya katakan , saya tidak menyuruh memboikot barangan "orang lain". Saya cuma mengajak agar diberikan keutamaan disebabkan beberapa faktor . Antaranya keadaan ekonomi umat Islam yang agak ketinggalan terutama dari sudut sebagai kuasa pengeluaran.
Sedangkan kita mempunyai kuasa beli yang agak tinggi. Juga seperti yang kita sedia maklumi , pembabitan umat Islam di tanah air kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh.
Para peniaga Muslim menghadapi cabaran yang kuat dari sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya besar dimiliki oleh Muslim atau memasar barangan keluaran Muslim.
Hal ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu yang memerlukan kajian luhur tentang hal tersebut. Di samping itu , kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad.
Demikian juga barangan produk muslim agak terhad. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli produk Muslim di gerai, kedai atau pasaraya yang dimiliki oleh orang muslim sendiri.

SENYUM MAMPU MENGISLAMKANNYA
Seorang Atheis Amerika yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di penjara Guantanamo memeluk islam kerana melihat tahanan muslim selalu tersenyum.
Terry Holdbrooks tiba di Guantanamo pada tahun 2003.Ketika itu beliau berusia 19 tahun datang sebagai seorang atheis namun setahun kemudian menjadi seorang Muslim yang taat.
Holdbrooks mengaku yang beliau merasa kagum dengan tahanan-tahanan penjara yang boleh bangun setiap hari dalam keadaan tersenyum walaupun tak berdaya dan terpasung di sebuah kem penjara dengan tipisnya harapan untuk mendapat kebebasan..
Beliau memeluk Islam setelah menghabiskan banyak masa berbincang dengan beberapa tahanan yang boleh berbahasa Inggeris.Beliau merasakan ada sesuatu yang tidak diketahui melainkan perkara itu hanya ada di dalam islam.Maka Terry Holdbrooks mula bertanya mengenai islam sehingga berjam-jam,Kemudian Seorang dari tahanan penjara memberikan kepadanya salinan al Quran untuk dipelajari.Alhamdulillah beliau telah islam ditangan salah seorang tahanan di penjara tersebut.
Sunday, July 28, 2013
JANGAN MENDAHULUI ALLAH
Kadangkala amat menakutkan apabila kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut: "Dosa~dosa si polan tidak akan diampuni Tuhan."Ringan sungguh lidah kita menuturkannya, tapi amat berat sekali kesalahannya disisi Allah.
Sejak bila pula kita dilantik menjadi wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau melaknat di kalangan hamba~hambaNya.
Kita menolak manusia yang ingin kembali ke dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengistiharkan keluasan RahmatNya untuk semua. Marilah kita berkempen untuk manusia mendapat rahmat keampunan Allah ini.
Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi untuk semua muda~mudi di jalanan, artis , pemimpin politik dan seterusnya seluruh umat Islam.
Usahlah menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan Roh masih di jasadnya dan hukuman Allah pun kita sendiri pun belum tahu.
Jangan lebih sudu dari kuah. JANGAN MELEBIHI TUHAN.

SATU SLOGAN YANG BENAR TETAPI UNTUK TUJUAN YANG BATIL "
SATU SLOGAN YANG BENAR UNTUK TUJUAN YANG BATIL
Tidak lama dahulu , kerana perbalahan politik , kafir mengkafir, pulau memulau antara sesama Islam, solat dua imam, memutuskan silaturrahim antara keluarga, mengharamkan sembelihan dan ucapan-ucapan yang seakan menghalal darah sesama kita banyak berlaku di negara kita .
Ianya disebabkan perbezaan parti politik yg ditubuhkan oleh kita sendiri. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah orang awam. Mereka tidak tau menilai lalu mereka bertindak dgn tindakkan yg disangka arahan Allah dan RasulNya, padahal ia hanya kempen politik. Kafir itu pun hanya "kafir politik" bukan "kafir hakiki" .
Menjatuhkan hukuman kafir kepada sesuatu individu bukan semudah mengupas kacang tanah, ia ada kaedah dan prinsipnya.
Perbuatan mengkafirkan sesama Islam secara borong adalah suatu kejahatan atas nama agama.
Walaupun keadaan itu sudah hampir reda , namun kesannya masih ada. Masih ada penceramah yang meneruskan ucapan yang sama. Cuma masyarakat kita yang brpendidikan mulai sedar bahawa perbalahan politik tidak sepatutnya sampai ke kancah kafir-mengkafir.
Bukan saya menafikan seseorang Islam mungkin murtad atau terbatal syahadahnya jika melakukan perkara-perkara tertentu. Namun hukuman hendaklah berdasarkan peraturan syarak. Menghukum manusia lain secara melampaui batas atas sentimen perbalahan adalah perbuatan terkutuk yg di benci Allah.
Dalam sejarah, kafir mengkafir secara rambang ini selalunya berakhir dgn pertumpahan darah atau perpecahan yg meruncing. Itulah yang berlaku kepada Saidina Uthman bin Affan RA sehingga beliau dibunuh atas fitnah pemberontak politik yang mengunakan isu agama, yang akhirnya membentuk mazhab Syiah. Ia diikuti dgn kemunculan puak khawarij yang mengkafirkan sesiapa sahaja yang melakukan dosa khususnya pemimpin politik seperti Ali bin Abi Talib, Mu'awiyah bin Abi Suufyan, Amr bin al As . Khawarij mengangat slogan "Tidak ada hukum melainkan hukuman Allah" Slogan yang kelihatannya berteras alQuran tetapi dengan tujuan ynag buruk. Kata Saidina Ali kepada mereka " SATU SLOGAN YANG BENAR TETAPI UNTUK TUJUAN YANG BATIL "

KESELURUHAN ISLAM
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Apabila kita memasuki Islam secara keseluruhan, kita akan dapati didalamnya ada akidah , ibadah , ekonomi , politik, akhlak dan sebagainya. Maka kita akan brusaha supaya setiap tuntutan Islam itu ditunaikan, juga menilai setiap pekara dengan keluasan Islam itu.
Jika kita cuba melihat Islam hanya dari pintu ekonomi sahaja umpamanya, tanpa melihat soal akidah , ibadah , akhlak dan sebagainya , maka perbincangan ekonomi kita itu akan kontang dari sudut akidah , ibadah dan akhlak.
Sehingga jangan nanti panel-panel Syariah bank hanya cekap "meluluskan" produk-produk bank atas nama Islam, namum tidak memikirkan soal roh keadilan dan kebebasan dari unsur penindasan ekonomi keatas pengguna yang merupakan cabang daripada akhlak Islam.
Maka ramai mulai merasakan sesetengah produk perbankan Islam itu lebih membebankan dibandingkan yang konvensional.
Demikian juga janganlah dalam keghairahan berpolitik, kita melihat segala-galanya dengan nilaian politik semata-mata . Hingga kita melupai soal-soal akidah dan akhlak Muslim , persaudaraan Islam dan sebagainya yang menjadi tuntutan agama.
Saturday, July 27, 2013
KRONOLOGI PROSES PERMOHONAN KELANTAN UNTUK LAKSANA HUKUM HUDUD (SEJAK TAHUN 1993)

Kronologi :
1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan rakyat.
3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.
Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.
4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.
5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.
7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.
8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.
9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...
10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.
11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.
12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.
13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.
14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.
15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).
16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.
17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud....

CEDERA DI BELASAH BAPA
BUKIT BERUANG - Padah melakukan persetubuhan haram dengan seorang gadis bawah umur, seorang pemotong rumput cedera dibelasah bapa gadis berkenaan, dalam kejadian di sebuah rumah di Bukit Katil, di sini.
Menurut sumber, bapa remaja berusia 13 tahun itu bertindak demikian apabila menemui anaknya di Peringgit, kelmarin selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah di Merlimau, Jasin sejak 11 Julai lalu.
“Hasil soal siasat, anaknya mengaku melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki berusia 36 tahun yang sudah berumahtangga itu di sebuah rumah di Bukit Katil.
“Mangsa kemudian membawa bapanya bersama orang kampung ke rumah suspek kira-kira 12 tengah malam untuk mendapatkan penjelasan sebelum tercetus pergaduhan melibatkan kedua-dua belah pihak,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa dan keluarganya kemudian membuat dua laporan di Balai Polis Ayer Keroh, kira-kira 5.30 pagi, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan mengesahkan kejadian dan menerima laporan berkenaan.
“Suspek ditahan selepas mendapat perintah reman tujuh hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

PEMIMPIN UMNO SENYAP ....???
Kenapa ramai ahli UMNO yang benar-benar terasa dengan pemimpin UMNO yang sombong dan melupakan jasa orang yang pernah membantu mereka.
Bila lepas PRU atau sesuatu kempen, jangan harap pemimpin yang kita angkat tu mahu membela orang bawahanya. Kalau ada pun, seribu dalam satu. Itulah yang terjadi pada Guru Besar SK Sri Pristina.
"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.
Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.
Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.
Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.
Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.
Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.
Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.
Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.
Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.
"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.
Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.
Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.
"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.
Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.
Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.
Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.
Tuesday, July 23, 2013
SYIAH LEMAHKAN UMAT ISLAM
ALOR SETAR - Penularan fahaman Syiah melemahkan lagi umat Islam di negara ini dan mewujudkan perpecahan selepas berlaku perpecahan disebabkan faktor politik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila wujudnya dua kelompok antara Syiah dan Sunni, berlakunya permusuhan sehingga berperang serta saling berbunuhan.
Beliau berkata, keadaan sedemikian dapat dilihat berlaku di Pakistan dan Iran.
“Kita di sini bernasib baik kerana semua berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Kita orang Sunni pengikut mazhab Imam Shafie.
“Jadi sepatutnya, tak adalah perbezaan agama antara kita (umat Islam)... tak ada permusuhan. Bila masuk fahaman yang berbeza ini akan berlaku perpecahan,” katanya ketika meluangkan masa untuk membeli-belah di Pekan Rabu, semalam.
Dr Mahathir berkata, umat Islam adalah bersaudara sebaliknya apabila wujud fahaman berlainan akan membawa pelbagai masalah.
“Tak eloklah kalau kita tengok di Malaysia ada masjid untuk orang berfahaman Syiah dan ada masjid untuk mereka yang Sunni. Sehingga kini kita pergi ke masjid yang sama, kita tidak harus berpecah.
“Mereka (Syiah) nak faham agama mereka begitu, mereka punya masalah tetapi jangan sampai bawa ke negara kita,” katanya.
Ditanya pendapat beliau agar fatwa anti-Syiah diwartakan di negeri-negeri lain seperti yang dicadangkan Kerajaan Kedah, Dr Mahathir berkata, pihak berkenaan perlu membuat kajian teliti.
“Mereka patut kaji. Saya fikir alasan yang saya berikan perlu dipertimbangkan. Ini kerana kalau berlaku perpecahan kalangan orang Islam, mereka akan menjadi lebih lemah.
“Sekarang dah lemah dah... berpecah sebab politik, ini mai satu lagi pecahan dalam agama habis bergaduhlah kita,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Kedah mencadangkan untuk menggazet fatwa anti Syiah di negeri ini selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan pada 5 Mei 1996.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu dibuat berikutan Kedah juga tidak bebas daripada penularan fahaman itu.
Sebelum ini, muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

JDT AMBIL PABLO AIMAR ?
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) semakin hampir mendapatkan khidmat bekas bintang Valencia, Pablo Aimar.
Perkara itu dinyatakan sendiri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden PBNJ.
“Dalam pada itu, kita juga sedang dalam proses rundingan dengan beberapa pemain untuk beraksi dengan pasukan Johor DT.
“Selari dengan prinsip PBNJ yang sentiasa akan membawa nama-nama besar dalam industri bola sepak untuk berkhidmat dengan pasukan Johor, kami semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak bersama Pablo Aimar,” katanya.
Aimar pernah beraksi di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin ketika mewakili Argentina pada Piala Remaja Dunia Fifa 1997 dan pasukannya muncul juara.
Beliau juga pernah beraksi pada Piala Dunia FIFA pada tahun 2002 dan 2006.
Pemain ini juga pernah muncul di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru, bulan lalu dan disambut sekumpulan penyokong skuad Harimau Selatan selain pekerja hotel berkenaan.
Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, pihak pengurusan juga telah mendapat persetujuan daripada lima pemain baru untuk menyarung jersi Johor DT bagi musim akan datang.
Pada masa sama, Tunku Ismail mengesahkan, PBNJ dalam usaha untuk mendapatkan khidmat pengurus pasukan yang baru dari Sepanyol.
Menurutnya, pengurus berkenaan adalah seseorang yang berpengalaman, selain pernah menerajui pasukan Valencia dan Atletico Madrid.
“Saya sebagai Presiden PBNJ ingin mengumumkan kepada penyokong Johor, bahawa langkah-langkah positif telah diambil oleh PBNJ bagi memperkukuhkan lagi pasukan kita untuk musim depan.
“Fandi Ahmad akan terus bersama pasukan Johor DT sebagai penolong jurulatih,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dalam laman sosial.
Tunku Ismail turut menegaskan bahawa sumber kewangan PBNJ adalah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dirinya sendiri dan juga rangkaian penaja yang melabur dalam negeri Johor, dan tidak melibatkan wang rakyat.
“Oleh itu, kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas, adalah lebih baik berdiam diri daripada menjatuhkan maruah diri sendiri,” katanya.
Difahamkan, individu yang dikaitkan untuk menerajui Johor DT adalah Cesar Ferrando Jimenez yang pernah mengurus pasukan Athelico Madrid dan Valencia.
Selain itu PBNJ dikatakan juga dalam rundingan dengan Juan Manuel Lillo Diez yang merupakan pereka formasi 4-2-3-1 dan mentor kepada Pep Guardiola.

Monday, July 22, 2013
SAYA MAHU KEBENARAN
Bapa kepada seorang pemuda yang ditemui mati tersepit di palang besi tingkap dapur ketika cuba menceroboh masuk rumah jirannya, bercadang membuat demonstrasi bagi menyangkal keputusan bedah siasat bahawa anaknya itu mati disebabkan oleh sesak nafas.
Mohd. Damanhuri Mohd Fuat, 50, berkata, dia akan melantik seorang sukarelawan yang berbadan sama saiz seperti anaknya untuk 'melakonkan semula' aksi pecah masuk rumah tersebut bagi membuktikan seseorang itu tidak boleh mati dengan hanya sesak nafas akibat tersepit, melainkan teruk dipukul.
"Saya telah melantik peguam untuk mendapatkan perintah mahkamah esok bagi menjalankan bedah siasat kali kedua. Saya akan melihat kepada keputusannya dahulu sebelum membuat demonstrasi ini.
"Sekiranya keputusan adalah sama (mati disebabkan sesak nafas akibat tersepit), saya tetap tidak akan berpuas hati kerana kenapa ada kesan lebam di badan seperti dipukul dengan objek keras termasuk di perutnya seperti dipijak serta dicekik di leher dan diikat di pergelangan tangan?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, tindakan anak sulung Mohd. Damanhuri iaitu Sherol Aizan, 27, yang didapati cuba menceroboh masuk sebuah rumah jiran berakhir apabila dia ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Ketua Polis Daerah, Asistem Komisioner Sum Chang Keoong berkata, hasil bedah siasat mendapati suspek meninggal dunia disebabkan postural asphyxia iaitu sesak nafas akibat tersepit.
Namun, Mohd. Damanhuri bertegas tidak mahu mengebumikan jenazah anaknya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat tersebut.
Ekoran itu, Mohd. Damanhuri berkata, dia telah membuat satu laporan polis di pondok polis Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira pukul 11 pagi semalam kerana percaya terdapat unsur jenayah atas kematian anaknya.
"Saya perlukan bukti gambar untuk menunjukkan bahawa anak saya mati disebabkan sesak nafas akibat tersepit di tingkap.
"Yang pasti saya tidak kebumikan jenazah anak selagi tidak dapat kebenaran. Mayat anak saya masih lagi disimpan di rumah mayat HRPB ketika ini," katanya yang turut berhasrat untuk membuat satu lagi laporan polis selepas ini.
3 PEKARA YANG BUAT ANWAR GUSAR
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.
Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.
"Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.
"Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.
Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.
"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.
"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.
"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.
Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.
Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.
"Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat.
"Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah dilakukan," tegasnya.
Sunday, July 21, 2013
BLACK 505 GAGAL , BERSIH 4.0 GALANG GANTI
BERSIH 4.0 Untuk Tebus Kegagalan Black 505
BY BISWARDI
DESAS-DESUS mengenai satu lagi demonstrasi jalanan bakal diadakan oleh puak pembangkang kini semakin jelas kedengaran. BERSIH 4.0 dikatakan sedang digerakkan sebagai membantah persempadanan semula sekiranya dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.
Ambiga, Tian Chua, Mahfuz, Tukar Tiub dan Malaysiakini kini sedang sibuk mempromosi BERSIH 4.0. Di masa yang sama, kita yakin mereka sedang mencongak-congak sambutan penyokong mereka bagi memastikan ‘bencana’ yang berlaku dalam Black505 tidak berulang.
Dalam Black505 yang sepatutnya menjadi kemuncak bantahan ‘rakyat’ terhadap keputusan PRU-13, Pakatan Rakyat hanya mampu menggerakkan sekitar 5,000 orang sahaja. Jumlah ini amatlah memalukan jika dibandingkan dengan sasaran 1 juta.
Lebih memalukan ialah selepas penyokong mereka berguling-guling di dalam jerebu membantah keputusan PRU-13, esoknya juga pemimpin pembangkang mengangkat sumpah menerima keputusan PRU yang sama.
Oleh yang demikian, Black505 dengan tidak semena-mena menjadi bahan ketawa seluruh rakyat Malaysia.
Mungkin kerana itu, pembangkang yang tidak berpuas hati, merasakan perlu untuk mengadakan demonstrasi lagi.
Mereka berazam untuk memastikan BERSIH 4.0 menyaksikan kehadiran yang lebih ramai. Dengan menggunakan alasan persempadanan semula dan dakwat kekal, BERSIH terus memburuk-burukan imej SPR.
Hairan sekali kenapa BERSIH tidak memanjangkan isu pengundi hantu dan ‘blackout’ dalam himpunan kali ini?
Walhal, di waktu PRU berjalan dan beberapa hari selepasnya, kedua-dua isu ini dimainkan dengan begitu giat siap dengan gambar dan bukti-bukti kotak-kotak undi yang ‘hilang’.
Tetapi, entah kenapa mereka-mereka yang mempunyai bukti-bukti ini tidak pula membuat laporan dan tidak pula memasukkannya dalam petisyen. Mungkin SPR sendiri perlu memulakan siasatan menjejaki semua yang menyebarkan ‘bukti-bukti’ ini bagi membersihkan namanya.
Sebagai pemerhati, kita melihat PR bakal berhadapan dengan tekanan hebat untuk memastikan BERSIH 4.0 dapat mengumpul lebih ramai peserta dari himpunan-himpunan yang lepas. Kali ini, tiada lagi alasan jerebu bagi menjustifikasi kehadiran yang memalukan.
Jika dilihat dari ‘mood’ peserta-peserta Black505, kita mendapati kebanyakan mereka bosan dan ramai juga yang pulang separuh jalan. Mereka juga kedengaran merungut kerana ceramah yang panjang serta membuang masa.
Dari rungutan itu, kita dapat memahami bahawa sebahagian besar dari mereka inginkan ‘aksi’ iaitu cabar-mencabar dan pertempuran dengan polis.
Manakala, sebahagian lagi pula benar-benar menjangkakan himpunan aman dan santai sehingga berani membawa anak-anak kecil menyertainya.
Di sini saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyokong PR keliru dengan pendekatan yang ingin diambil oleh kepimpinan mereka.
Ada yang terpedaya bahawa PR benar-benar inginkan himpunan aman, dan ada yang berpegang kepada desakan untuk mencetuskan anarki.
Di penghujung drama komedi ‘slapstick’ Black505, kita melihat segelintir dari peserta telah memilih untuk ‘berjuang ke titisan darah terakhir’ dengan cuba merempuh Parlimen.
Tetapi akhirnya mereka membuat keputusan untuk berbaring saja di atas jalan beramai-ramai, mungkin cuba menghilangkan keletihan dan mengantuk akibat dihalau dari khemah jam 4.00 pagi oleh DBKL.
Dan apa yang tercatat dalam sejarah kini ialah Black505 berakhir dengan Anwar bergelak ketawa mesra dengan Perdana Menteri di dalam Parlimen.
Berdasarkan apa yang berlaku, bagaimana PR boleh yakin akan mendapat penyertaan yang lebih ramai dalam BERSIH 4.0? Dan agak-agak, berapa ramaikah agaknya penyokong mereka masih tidak sedar atau tidak serik menjadi bodoh?
Atau, berapa kali gandakah upah perlu dinaikkan bagi mendapatkan peserta yang sanggup membodohkan diri sekali lagi?
Saturday, July 20, 2013
BATU DARI LANGIT BANDAR SERI ALAM
Suasana di Jalan Bukit 2, Bandar Seri Alam dekat sini, umpama 'hujan batu' apabila ketulan dan bongkah batu sehingga sebesar kereta berterbangan di udara petang ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan suasana kelam-kabut apabila pekerja beberapa kilang berhampiran bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada dihempap bongkah batu yang berterbangan ekoran kerja-kerja meletupkan batu di sebuah tapak kuari yang terletak di atas sebuah bukit.
Lebih malang, seorang pekerja kilang warga Nepal maut manakala 10 lagi mengalami kecederaan selepas terkena serpihan batu yang terpelanting akibat letupan kuat itu.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Rizal Buang berkata, kejadian itu turut memusnahkan sebuah substesen Tenaga Nasional Berhad (TNB), manakala 18 kenderaan dan 14 kilang di kawasan berhampiran turut mengalami kerosakan teruk.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 1.14 petang dan tiba di lokasi kejadian dalam masa 30 minit dengan kekuatan 37 anggota dibantu 16 anggota polis serta dua kakitangan TNB.
"Insiden ini berpunca daripada letupan kuat di kawasan kuari berhampiran dan serpihan batu itu kemudiannya terpelanting dalam jarak lingkungan satu kilometer.
"Dalam kejadian ini, pekerja Nepal berusia dalam lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena serpihan batu, manakala 10 orang yang lain turut mengalami kecederaan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat kemudiannya dihentikan selepas mendapati kawasan berkenaan bebas daripada sebarang ancaman dan kerja-kerja syarikat kuari berkenaan turut dihentikan serta-merta.
Sementara itu, seorang pekerja kilang di kawasan itu, Sahwanda Sunoto, 24, berkata, ketika kejadian dia sedang menjalankan kerja-kerja rutin di bahagian pentadbiran sebelum terdengar bunyi gegaran yang kuat.
Katanya, ketika letupan pertama dia masih meneruskan kerjanya sebelum kedengaran bunyi letupan dan disusuli gegaran yang lebih kuat sebelum menyelamatkan diri ke bahagian bawah kilang kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada waktu itu.
"Apabila saya turun, dua batu bersaiz besar menembusi bahagian siling dan menghempap kerusi serta meja kerja saya. Saya sangat bernasib baik kerana sempat turun, kalau tidak saya sudah meninggal dunia," katanya.
Seorang lagi pekerja, Mohd. Zaidi Chik, 36, memberitahu, sebelum kejadian, dia berada di kawasan luar kilang sedang berehat sebelum terdengar letupan sebanyak dua kali dan bunyi kali kedua lebih kuat berbanding sebelumnya.
"Selepas letupan kali kedua itu, saya nampak batu-batu berterbangan di langit sebelum jatuh ke bumi seperti hujan batu. Kejadian itu menyebabkan empat pekerja lain yang berada di luar mengalami kecederaan di bahagian kepala, kaki dan anggota badan lain.
"Saya kemudiannya terus melarikan diri ke dalam kawasan bangunan bagi mengelakkan diri terkena serpihan batu-batu yang berterbangan itu," katanya.
Friday, July 19, 2013
SEJARAH KERAJAAN MAMLUK
1.0 PENGENALAN
Kerajaan Mamluk merupakan sebuah kerajaan Islam yang banyak mengecapi kejayaan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, muncul di Mesir pada pertengahan abad ke 7H/13M. Majoriti pemerintahan Mamluk terdiri daripada kumpulan hamba yang menggantikan pemerintahan Kerajaan Ayubiyah (Poole. 1966: 74-75). Kejayaan terbesar yang dicapai oleh tentera Mamluk apabila mereka berjaya menghalau tentera Salib di Palestin di bawah pimpinan al-Zahir Rukn al-Din Baybars al-Bunduqdari (658H/ 1260M), Sultan Mamluk yang keempat. Al-Zahir Baybars telah mewujudkan satu peristiwa penting selama pemerintahannya dengan melakukan bai’ah terhadap al-Muntasir (1226M-1242M) sebagai khalifah boneka. Baybars telah menjalinkan hubungan dengan Konstantinople, Cicilia dan Berke. Mamluk di bawah pemerintahan Baybars telah menyambung pemerintahan kerajaan khilafah Islamiyah Abbasiyah. Maka bermulalah pemerintahan Mamluk yang bersultankan para hamba yang telah dimerdekakan dalam kerajaan Islam buat pertama kalinya dalam sejarah dunia.
Read more
2.0 DEFINISI MAMLUK
Mamluk dari segi bahasa menurut Lisan al-Arab ialah العبد iaitu hamba atau hamba yang dimiliki. Manakala menurut Ibn al-Arabi, Mamluk ialah hamba yang dimiliki oleh tuannya dan bukannya dimiliki oleh ibu bapanya (Ibn Manzur. 1996: 383). Mamluk juga bererti sesuatu yang dimiliki (شئ ممتلك ( dan kata jamaknya ialah Mamalik (ممالك) dan Mamlukun (مملوكون) iaitu para budak. Perkataan ini berasal daripada kata kerja malaka (ملك) “yang dimiliki” iaitu hamba yang mempunyai tuan (M.Sobernheim. 1987: 216).
Manakala menurut Sa’id al-Khuri al-Syartuni al-Lubnani, (t.t: 1341) Mamluk adalah Isim Maf’ul yang membawa makna hamba, merujuk kepada penduduk Sham berkulit putih yang terdiri daripada kalangan hamba. Manakala Mamluk Mesir pula merupakan sekumpulan hamba yang mendapat kuasa pemerintahan. Hamba-hamba ini menurutnya berasal dari Syarakisah. Oleh itu beliau menyimpulkan Mamluk ini berasal daripada maksud kuat atau berani.
Manakala dari segi istilah, Mamluk merupakan askar-askar yang terdiri daripada golongan hamba sahaya (Ibrahim. 1998: 9638). Menurut Ibn Khaldun, Mamluk ialah golongan hamba abdi yang berkulit cerah yang telah dibesarkan dalam kemewahan sebagai golongan yang memerintah di dalam lindungan kerajaan. Pada dasarnya Mamluk ini ialah orang yang dinaungi (Ibn Khaldun. 2000: 164).
Sementara itu, dalam pengertian moden menurut ‘Abd Hamid Yunus, (1911: 1171) telah menjelaskan istilah Mamluk menurut aspek kesusasteraan Islam dengan sejarah Islam telah menggunakan pengertian Mamluk kepada sekumpulan hamba lelaki berkulit putih yang dijadikan hamba sahaya sama ada untuk berkhidmat dalam peperangan atau berjual beli dalam aktiviti perdagangan. Mereka dibawa beramai-ramai ke negara Islam untuk meningkatkan harga perdagangan.
Secara kesimpulannya, Mamluk merupakan sebuah kerajaan yang didirikan oleh para hamba berkulit putih yang pada dasarnya dibawa untuk menguatkan barisan pertahanan Islam sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi kerajaan dunia Islam pada ketika itu. Walau bagaimanapun, Mamluk dalam pengertian sejarah sama ada dari sudut bahasa mahupun istilahnya tidak dapat lari daripada maksud asalnya iaitu golongan hamba berkulit putih yang bertujuan untuk menguatkan kestabilan negara Islam khususnya.
3.0 ASAL-USUL MAMLUK
Sejarah kemunculan golongan Mamluk telah pun bermula sejak pemerintahan khalifah al-Ma’mun dimana kerajaan ‘Abbasiyah menyangka kerajaan Tulun di Mesir berusaha untuk menggugat kewujudan mereka di Baghdad. Mulai dari saat dan ketika itulah golongan Mamluk Turki banyak dibeli untuk memperkasakan kerajaan ‘Abbasiyah dan pemerintahan mereka (Yunus. 2000: 1171).
Rata-rata sejarawan menggambarkan golongan Mamluk ini ialah hamba dan lebih khusus lagi ialah seorang yang dibawa dari negara asal mereka, dijaga kebajikan mereka dan dihindari daripada sebarang kesusahan serta keadaan yang membahayakan ketika dalam perjalanan ke negara yang akan ditentukan kepada mereka. Golongan Mamluk ini juga saling bekerjasama seperti satu kumpulan sehingga mereka berasa seperti hidup di negara sendiri dan juga terdapat pertalian yang kuat dalam jiwa masing-masing (Ibrahim. 1998: 9640).
Manakala Muhammad Rizq Salim (1955:13) menerusi kitab ‘Asr Salatin Mamalik berpendapat bahawa khidmat Mamluk yang awal telah digunakan dalam kerajaan awal Fatimiyah. Pada ketika itu mereka disinonimkan kepada Mamluk Turki yang berkhidmat dengan Bani ‘Abbas di Baghdad. Peranan yang dimainkan oleh golongan Mamluk ini ialah mengekalkan kedudukan sultan sebagai pemerintah yang berkuasa penuh. Bagaimanapun fakta yang sebenarnya ialah Ahmad b. Tulun adalah individu yang pertama menggunakan khidmat mereka dan membawa mereka ke Mesir. Golongan Mamluk tersebut kemudiannya telah dibawa ke Mesir dan kemudiannya diberi latihan ketenteraan.
Sejarawan Qalqashandi di dalam kitabnya subn al-‘Asha menerangkan bahawa peristiwa tersebut berlaku ketika Ahmad b. Tulun diiktiraf sebagai raja Mesir sebelum kemunculan kerajaan Fatimiyah lagi. Fakta ini turut dipersetujui oleh Ibn Iyas, sejarawan Mesir di dalam kitabnya Badai’i Zuhur Wa Waqa’i Duhur, bahawa Ibn Tulun telah membeli ramai Mamluk dari Daylam sehingga bilangan mereka mencapai kepada 24 ribu orang.
Faktor yang membawa kepada penglibatan Ahmad b. Tulun membeli sebilangan besar tentera Mamluk di Mesir kerana Mesir merupakan salah satu daripada naungan kerajaan ‘Abbasiyah. Apabila Ahmad b. Tulun mula bercita-cita untuk membebaskan Mesir, beliau melihat Mesir hanya boleh dibebaskan dengan bantuan Mamluk Daylam dari Turki (Yunus. 1911: 1171). Dana yang digunakan untuk membeli hamba Mamluk ini tidak akan dibebaskan sebelum kewafatan seseorang sultan atau selepas sultan itu dipecat. Mereka akan dikembalikan ke Bait al-Mal dan dibeli pula bagi pihak sultan yang baru (Ibrahim. 1998: 9640).
Selepas berakhirnya kerajaan Tuluniyah, muncul pula sebuah kerajaan baru iaitu kerajaan al-Ikshidiyah yang diasaskan oleh Muhammad b. Tufah al-Ikhshidi di Mesir (323-358H / 934-969M). Kerajaan ini juga membangunkan Mamluk daripada keturunan Turki dan Daylam sehingga mencapai bilangan 80 ribu orang sebagaimana yang dilaporkan oleh sejarawan Abu al-Mahasin (813H-874H / 1410M-1470M). Begitu juga dengan kerajaan Fatimiyah (358H-565H / 968M-1171M) yang muncul selepas itu, mempunyai bilangan Mamluk dari Maghribi yang dikenali sebagai al-Saqalibah (‘Audah. 1990: 64).
Mereka menjadikan Mamluk sebagai tunggak untuk meluaskan empayar dan menghadapi serangan musuh (Yunus. 1911: 1171). Keadaan ini berterusan sehinggalah zaman Salih al-Din al-Ayubi (Salim. 1955: 13) (567-648H / 1171-1250M) di mana hampir keseluruhan pembesar-pembesar Islam memiliki Mamluk dalam pentadbiran (Yunus. 1911: 1171).
Boleh dikatakan bukan sahaja sultan yang memiliki pengawal malahan rata-rata amir turut mempunyai pengawal persendirian dan mereka akan membeli dengan wang sendiri (Ziadeh. 1970: 5). Tidak ketinggalan juga pemerintah-pemerintah berusaha membentuk tentera untuk diri mereka dan mempertahan tanah air daripada bahaya musuh.
Golongan Mamluk ini, diberi pendidikan ketenteraan yang dijalankan di tibaq.
Sepanjang mereka menetap di Qal’ah, Kumpulan Mamluk ini ditempatkan dalam satu kumpulan khas bagi mendapatkan dua peringkat latihan pengajian iaitu pendidikan Islam (Syakir. 1991: 21-22) dan seni mempertahankan diri dengan cara berperang (Ibrahim. 1998: 9640). Siri pendidikan Islam dijadikan asas untuk membentuk dan melengkapkan Mamluk sebagai tentera Islam sejati. Mereka memiliki kemahiran dan kepakaran dalam strategi peperangan dan menunggang kuda (Hassan. 1967: 33). Dengan ini populariti mereka semakin bertambah (Yunus. 1911: 1172). Menurut al-Marizi, dengan berbekalkan cahaya keimanan dan pendidikan telah memberi kekuatan kepada tentera Mamluk. Kedua-dua kombinasi ini melahirkan pemanah yang cekap dan tentera yang berdisiplin.
Sultan Salih Najm al-Din Ayubi, iaitu pemimpin Ayubiyyah yang ketujuh telah menambah bilangan tentera Mamluk dan menasabkan mereka dengan gelaran al-Mamalik Salihiyyah. Ini kerana baginda takut pembesar-pembesar Ayubi yang lain berkumpul menentangnya terutama bapa saudaranya sendiri, Ismail. Oleh itu, beliau memberi kebebasan bergerak sesuka hati kepada tentera Mamluknya sehingga masyarakat sering mencemuh perlakuan mereka. Keadaan ini menyebabkan Mamluk salihi membina sebuah kubu khas di jazirah al-Rawdah pada 638H. Semenjak itu, mereka dikenali sebagai al-Mamalik al-Bahriyah dinisbahkan kepada Salihiyyah. Manakala gelaran Bahriyah yang dinisbahkan kepada mereka yang tinggal di Jazirah al-Rawdah. Sebenarnya penisbahan ini bukanlah dikhaskan kepada kubu yang mereka diami sahaja tetapi ianya berkaitan dengan sejarah penghijrahan mereka yang dibawa melalui jalan laut (Syakir. 1991: 22-23).
Apabila Sultan Salih Najm al-Din Ayubi terbunuh dalam perang Salib pada 647H / 1248M, ketika menghadapi serangan tentera–tentera Salib dari Perancis di bawah pimpinan Louis IX, kedudukan Mesir berada di ambang genting. Ini menyebabkan Shajar al-Dur, pada awalnya merahsiakan kematian baginda dan mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir buat seketika (Syalabi. 1998: 232). Tujuan baginda berbuat demikian kerana beliau tidak mahu keadaan Mesir bertambah kecoh berikutan kemaraan Louis IX ke Dimyat. Apabila tentera Salib telah berjaya menawan Dimyat ketika itu mereka dalam perjalanan ke Mansura. Rahsia yang cuba diselindungi oleh Shajar al-Dur, akhirnya sampai kepada pengetahuan kedua-kedua pihak. Tentera Islam berasa amat kecewa dan mereka cuba mengalahkan tentera-tentera Salib yang begitu yakin untuk menawan Mansura. Peperangan ini akhirnya menyaksikan kekalahan teruk tentera Salib sehingga mereka terpaksa berundur (al-Maqrizi. 1957: 339-340). Shajar al-Dur telah menghantar utusan ke Kaifa supaya Turan Shah, anak lelaki Sultan Salih al-Din pulang memegang tampuk pemerintahan di Mesir. Pada masa yang sama , Shajar al-Dur mengarahkan al-Amir Faris al-Din Aqty mengetuai tentera Mamluk mengalahkan Louis IX dan memaksa Perancis menebus raja tersebut dengan harga yang mahal (Syakir. 1991: 23). Bagaimanapun perhubungan Turan Shah dengan tentera Mamluk khasnya Aqtay menjadi dingin. Tambahan pula, Turan Shah mempunyai angkatan tentera Mamluknya sendiri yang begitu setia sehingga membuatkannya tidak memberi perhatian terhadap bekas angkatan Mamluk bapanya. Malah menaruh prasangka buruk terhadap mereka yang dirasakan ingin merampas kekuasaannya. Turan Shah juga dikatakan cuba untuk mengurangkan kuasa Mamluk Bahri dan menjatuhkan mereka. Ini merupakan satu ancaman besar yang dirasai oleh Mamluk Bahri. Kata putus diambil untuk meleraikan ketegangan ini apabila sekumpulan Mamluk yang diketuai oleh Baybars telah membunuh Turan Shah, sebagai titik tolak bagi menyelamatkan kedudukan mereka pada akhir pada 27 Muharram 648H / 1 Mei 1250M (Khowaiter. 1978: 10).
Berikutan peristiwa tersebut, Shajar al-Dur telah dilantik menjadi Sultanah yang pertama di Mesir pada 648H / 1250M. Bagaimanapun pemerintahannya hanya memakan masa selama 80 hari sahaja. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah dibantu oleh ‘Izzuddin Aybak. Perlantikan seorang wanita sebagai pemerintah telah menimbulkan kedaan huru hara dan pemberontakan terutamanya di Syria. Sebahagian besar para pembesar Ayyubi enggan memberi bay’ah kepada beliau. Begitu juga dengan kerajaan Abbasiyyah di Baghdad turut menolak beliau. Akhirnya ‘Izzudin Aybak yang menjadi Atabek ketika itu berkahwin dengan Shajar al-Dur untuk mengelak fitnah yang menyatakan hubungan baiknya dengan Shajar al-Dur pada Rabi’ul Akhir 648H / 1250M. Selepas berkahwin ‘Izzuddin Aybak telah dilantik sebagai sultan dengan gelaran al-Malil al-Muiz bagi melenyapkan kontroversi yang mempertikaikan kepimpinan Shajar al-Dur sebagai sultanah. Pemerintahan al-Muiz Aybak memakan masa selama 7 tahun. Kedudukan Aybak terancam setelah beliau menaiki takhta. Beliau turut menghadapi ancaman daripada Aqtay yang meminta supaya kedudukannya diangkat dan dibenarkan tinggal di istana bersama-sama dengan Aybak. Permintaan itu dianggap keterlaluan kerana ia mungkin mengancam kedudukannya sebagai sultan. Akhirnya Aqtay dibunuh pada 3 Syaaban 652H / 18 September 1245M (Al-Maqrizi. 1957: 389-390). Pembunuhan yang berlaku ini menyebabkan sekumpulan Mamluk Bahri melarikan diri dari Mesir ke Syria kerana bimbangkan keselamatan mereka. Di Mesir, Aybak telah menghapuskan saki baki Mamluk Bahri yang masih ada di Mesir sehinggakan kuasa mereka di sana mula berkurangan. Situasi ini memudahkan Aybak mengambil kesempatan menggulingkan Sultan al-Malik al-Ashraf Musa iaitu Sultan Syria. Aybak kembali menggelarkan dirinya sebagai sultan pada 652H / 1254-1255M. Keadaan ini disedari oleh Shajar al-Dur yang mendapati Aybak cuba menjatuhkannya sedikit demi sedikit apabila Aybak mengambil keputusan ingin mengahwini anak perempuan pemerintah al-Mawsil. Beliau mengharapkan simpati daripada amir-amir lain membunuh Aybak. Akhirnya Aybak dibunuh (Hassan 1954: 43) oleh Shajar al-Dur pada 24 Rabiul Awal 655H / 11 April 1257M ketika beliau sedang mandi (Khowaiter. 1978: 10).
Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan pengikut setia Aybak iaitu Qutuz. Qutuz telah melantik putera Aybak iaitu Nur al-Din Ibn Aybak yang ketika itu berusia 15 tahun sebagai sultan dengan gelaran al-Malik al-Mansur. Selepas perlantikan itu, Shajar al-Dur dibunuh oleh orang suruhan isteri Aybak iaitu ibu kepada Nur al-Din Ibn Aybak pada 27 Rabi’ al-akhir 655H / 14 Mei 1257M. Selepas kematian Shajar al-Dur, Qutuz yang dilantik sebagai Atabek sultan yang baru membuat keputusan untuk menggulingkan sultan al-Malik Mansur dan melantik dirinya sendiri sebagai sultan. Selepas kejadian itu Qutuz mengakui dirinya sebagai sultan dengan gelaran al-Malik Muzaffar Saif al-Din Qutuz (Al-Maqrizi. 1957: 417). Apabila berakhirnya pemerintahan Qutuz kerajaan Mamluk Bahri ini semakin dikenali oleh masyarakat dunia apabila pemerintah-pemerintahnya mula menjalankan siri-siri peperangan untuk memperluaskan wilayah kekuasaannya (Cook. 1970: 282).
4.0 KERAJAAN MAMLUK BAHRI (648H-784H / 1250M-1382M)
Mesir dan Syria diperintah oleh kesultanan Mamluk Bahri lebih dari 100 tahun. Kerajaan ini mempunyai 24 orang sultan yang memerintah dari 648H-784H / 1250M-1382M. Pemerintahan Mamluk bermula daripada keturunan hamba yang dibeli pada zaman pemerintahan Izzudin Aybak sehinggalah al-Nasir Muhammad b. Qalawun seterusnya diwarisi oleh sultan-sultan yang merupakan pewaris takhta kerajaan Mamluk sendiri. Sultan-sultan peringkat awal kerajaan Mamluk Bahri perlu lebihkan usaha untuk menguatkan kerajaan mereka sama ada dari dalam negeri mahupun luar negeri sebagai batu asas untuk mewujudkan sebuah negara baru. Ini kerana pemimpin kerajaan Mamluk Bahri di peringkat awal masih lagi dipandang sebagai hamba walaupun telah dibebaskan dan kemudiannya mendapat kuasa pemerintahan. Kepercayaan masyarakat penting untuk mengekalkan mereka sebagai pemerintah dan pentadbir (Yunus. 1911: 1173).
Berperang untuk menguasai negara telah diamalkan oleh beberapa orang Sultan Mamluk ketika mentadbir negara. Antaranya ialah semasa pemerintahan sultan Mamluk Bahri yang kelima iaitu sultan al-Zahir Rukn al-Din Baybars al-Bunduqdari al-Salihi (658-676H / 1260M-1277M). Beliau adalah pengasas kerajaan Mamluk Bahri yang utama. Walaupun dikenali sebagai pengasas kepada kesultanan Mamluk di Mesir, Baybars bukanlah sultan kerajaan Mamluk yang pertama kerana masih terdapat takhta, berlaku krisis dalaman Mesir yang menyebabkan pentadbiran menjadi kucar kacir akibat perebutan kuasa dari dalam seperti ancaman dari Faris al-Din Aqtay, Musa Ibn Yusuf, Turan Shah, Aybak dan Saif al-Din Qutuz. Ini membuatkan beliau terpaksa berjuang untuk mengukuhkan kedudukannya dan berusaha menyingkirkan saingannya. Zaman pemerintahan Baybars penuh diliputi oleh suasana peperangan berturut-turut dengan tentera Salib di antara tahun 659H / 1261M dan tahun 669H / 1271M. Peperangan ini memakan masa selama 10 tahun (659H-669H / 1261M-1271M).
Apabila politik Mamluk semakin baik, Baybars telah menubuhkan satu kumpulan tenteranya untuk menambahkan kekuatan kubu pertahanannya di syria, membina kubu bawah tanah, mempertingkatkan pelabuhannya, menghubungkan perhubungan pantas antara kaherah dan Dimashq dengan mewujudkan sistem pos yang hanya memakan masa empat hari sahaja. Baybars juga menggalakkan rakyatnya supaya bekerja keras, mencantikkan masjid, menguatkan iman dan mempunyai sikap bermurah hati. Baybars juga telah membina perpustakaan al-Zahiriyah di Dimashq. Beliau merupakan sultan yang pertama melantik empat orang kadi untuk mengendalikan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal keagamaan (Hitti. 1970: 675-676).
Pada tahun 678H-689H / 1279M-1290M, pemerintah Mamluk telah dipimpin oleh Sultan Mansur Sayf al-Din Qalawun al-Alf al-Salihi. Zaman pemerintahan Qalawun merupakan zaman yang dipenuhi dengan kekayaan dan aktiviti perniagaan dalam kerajaan Mamluk. Qalawun juga memainkan peranan dengan memerangi askar Salib, mengusir mereka dari negeri Sham dan menduduki kota Lazisia dan kota Tripoli pada tahun 688H / 1289M. Qalawun telah membentuk seramai 12,000 orang tentera yang dilengkapi dengan disiplin diri dan peraturan yang lebih cekap (Marsot. 1985: 29).
Beliau menghadapi ancaman daripada pihak Mongol pada 679H / 1281M. Mereka telah menangkap askar-askarnya di Syria. Beliau telah merancang strategi yang mengelirukan pihak musuh dengan melakukan pemberontakan di Syria, Euprates dan keganasan di Halab. Qalawun menggunakan perkhidmatan tentera Mamluk dan Turkoman dari Halab dan Karak, tentera-tentera Badwi dari padang pasir, orang-orang Arab dari Hijaz dan Euprates. Keseluruhan mereka dianggarkan seramai 50,000 orang. Sementara tentera-tentera Mongol yang dipimpin oleh Mangutimur (abang kepada Ilkhan Abagha) seramai 50,000 hingga 80,000 orang dari Georgia, Armenia dan Rom Timur. Peperangan di antara kedua-dua puak tentera ini telah berlaku berdekatan dengan Hims pada Khamis 30 Oktober 1281M. Perletakan senjata selama 17 tahun mengakhiri pemerintahan Mongol pada 681H / April 1282M (Poole. 1966: 279-281).
Qalawun mengukuhkan kedudukannya dengan mengadakan hubungan luar dalam aspek perdagangan. Beliau juga telah membentuk satu angkatan tentera baru di Qal’ah Jabal. Beliau mempunyai sikap prihatin terhadap kerajaan barunya (Abd al-Sa’id. 1966: 13). Mereka ini dikenali sebagai kumpulan Mamluk Burji. Pada waktu yang sama, Qalawun juga memastikan didikan agama dan latihan ketenteraan diberikan. Ini kerana cara penggunaan senjata dengan baik dan dikukuhkan dengan didikan agama merupakan asas yang penting kepada pembentukan latihan dalam melakukan peperangan. Justeru itu disiplin diri merupakan aset penting yang perlu disemai. Beliau tidak akan membenarkan Mamluknya meninggalkan kubu secara bebas (Syakir. 1991: 70-71).
Dengan kestabilan pemerintahannya, Sultan Qalawun turut mendirikan hospital yang berkembar dengan sekolah, masjid dan makam diraja yang mempamerkan keistimewaan dan mozek marmar yang baik. Hospital ini dinamakan Hospital al-Maristan al-Mansuri yang merupakan hospital Islam yang pertama dan terkenal dengan keindahan bangunannya. Dikatakan bahawa beliau mendapat inspirasi ketika menghidapi penyakit perut. Hospital ini siap dibina pada tahun 1284M (Hitti. 1970: 678).
Pemerintahan Mamluk, Sultan al-Nasir Muhammad b. Qawalun (693H-741H / 1293M-1340M) menduduki singgahsana Mesir sebanyak tiga kali dalam masa 48 tahun iaitu pada 693H-694H / 1293M-1294M, 698H-708H / 1299M-1309M, 709H-741H / 1310M-1341M. Dalam tempoh ini, selama dua kali beliau diturunkan takhta kerana pada peringkat awalnya beliau masih di bawah umur dan pada kali keduanya berikutan perbuatan para Amir yang merebut kekuasaan penuh dalam kerajaan. Sepanjang pemerintahannya kerajaan Mamluk terpaksa menghadapi serangan besar-besaran daripada tentera Mongol di bawah pimpinan Ilkhan Ghazan Mahmud. Ghazan telah menyeberangi Sungai Euprates pada tahun 698H / 1299M membawa seramai 100,000 orang tentera. Tentera Mongol bertemu dengan tentera Mamluk di Hims pada 23 Disember 1299M. Pertempuran hebat ini menyaksikan kekalahan teruk tentera Mamluk sehingga menyebabkan Dimashq dan beberapa kota Syria telah berjaya diduduki oleh tentera Mongol selama 100 hari. Usaha diteruskan oleh Sultan al-Nasir untuk merebut kembali tanah kekuasaan tersebut dari tangan tentera Mongol dengan mengalahkan mereka dalam satu lagi pertempuran dekat Dimashq pada tahun 702H / 1303M (Hitti. 1970: 679). Kemenangan ini menjadi kebanggaan negara-negara lain dan tali persahabatan telah dijalinkan dengan kerajaan-kerajaan negara Ethopia, Perancis, Aragon dan kerajaan Venice. Zaman ini telah menyaksikan kekuasaan Mesir meluas sehingga ke Afrika Utara, Iraq, Asia Kecil dan Madinah.
Sultan al-Nasir seorang yang pemboros untuk kepuasan dirinya. Beliau telah mengerahkan 100 ribu pekerja bekerja keras membina terusan yang menghubungkan Iskandariah dengan Sungai Nil. Sultan al-Nasir juga membina Sekolah al-Nasiriyah di Kaherah antara tahun 1299M hingga 1304M dan masjidnya di Kaherah pada 1318M. Masjid dan sekolah binaannya menjadi contoh kesenian yang tinggi dalam senibina Islam (Hitti. 1970: 681). Beliau telah membina istana yang sangat indah dipanggil Kasr al-Ablak atau ‘Istana berbelang’ telah memakan kos sebanyak 500,000,000 dirham pada tahun 1313M. Sepanjang pemerintahan beliau dikatakan memperuntukkan sebanyak 8000 dirham sehari untuk pembinaan bangunan kemegahannya (Poole. 1966: 315).
Belanjawan yang tidak sistematik sepanjang pemerintahan Sultan al-Natsir ini telah membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi sehinggakan menyumbang ke arah kejatuhan kerajaan Mamluk. Kesannya rakyat Mamluk kebuluran dan wabak taun telah menyerang penduduk-penduduk Mesir ketika itu. Peristiwa ‘black death’ pada 1348M-1349M telah meragut nyawa ramai rakyat Mesir seramai 900,000 orang ketika itu. Sebanyak 22,000 orang meninggal dunia dalam satu bulan di ibu kota (Hitti. 1970: 681).
Saat-saat kelemahan keluarga Mamluk Bahri telah dipergunakan oleh Mamluk Burji untuk merebut kuasa dan akhirnya berjaya dirampas oleh Sultan Barquq dari Sultan Hajji, iaitu Sultan Mamluk Bahri yang terakhir. Dengan ini telah berdirilah kerajaan Mamluk Burji dan bermulalah era pemerintahan baru di bawah pimpinan keturunan Mamluk kedua dalam kerajaan Mesir (Cook. 1970: 282).
5.0 KERAJAAN MAMLUK BURJI (784H-923H / 1382M-1517M)
Mamluk Burji atau Circassian Mamluk atau Mamluk Jarakishah disinonimkan kepada kumpulan Mamluk yang kedua memerintah Mesir pada tahun 784H / 1382M hingga 923H / 1517M. Mereka wujud rentetan daripada keperluan dan idea Sultan Qalawun untuk merealisasikan satu kumpulan baru yang dapat membantunya menubuhkan sebuah kerajaan baru. Antara sebab-sebab yang dinamakan mereka sebagai Mamluk Burji kerana kawasan penempatan mereka terletak di menara kubu di Qal’ah Jabal semasa mereka berkhidmat dalam bidang ketenteraan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Qalawun.
Kerajaan Mamluk Bahri mewariskan takhta kerajaan kepada ahli keluarga. Apabila zaman beralih kepada pemerintahan kerajaan Mamluk Burji, sistemnnya tidak lagi berpegang kepada sistem warisan malah memberi peluang kepada para amir untuk merebut takhta pemerintahan (Poole. t.t: 325). Dalam pentadbiran Mamluk Burji, seorang sultan akan memerintah apabila dilantik sebagai pemerintah berlandaskan tempoh yang diberi. Pemerintahan seterusnya akan ditetapkan kepada sultan yang kebanyakan anak-anak sultan ketika itu masih kecil. Fenomena ini akan dianggap sebagai wasiat. Selain itu juga, sultan akan membuat perlantikan dari kalangan Mamluk yang merupakan seorang penolong sultan atau hanya ditugaskan sebagai pengurus dalam segala urusan kerajaan sahaja. Mereka ini tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam urusan pentadbiran dan akan dipecat apabila tidak dikehendaki ataupun dibunuh sahaja (Syakir. 1991: 72).
Kerajaan Mamluk Burji telah diperintah oleh 23 orang sultan dalam tempoh selama 134 tahun (784H-922H / 1382M-1517M). Daripada bilangan pemerintah tersebut, sembilan orang sultan telah memerintah selama 103 tahun manakala 14 orang lagi telah memerintah selama 9 tahun sahaja. Hanya 4 orang daripada mereka memerintah dalam tempoh yang agak panjang. Antaranya ialah al-Asyraf Barsbay, selama 16 tahun (825H-841H / 1422M-1437M), al-Zahir Jaqmaq selama 15 tahun (842H-857H /1438M-1453M), al-Asyraf Kait Bay selama 29 tahun (872H-901H / 1467M-1496M), dan al-Asyraf Qansawh al-Ghawri selama 17 tahun (906H-922H / 1501M-1516M) (Ibn Taghri Birdi. 1992: 83).
Pemerintahan Mamluk Burji bermula pada akhir kurun ke-14 selepas jatuhnya kerajaan Mamluk Bahri. Permulaan pemerintahan Sultan Barquq pada 784H-791H / 1382M-1389M, 792H-801H / 1309M-1399M, menyaksikan peristiwa perebutan kuasa oleh Sultan Hajji, sultan Mamluk Bahri yang terakhir. Akan tetapi Sultan Hajji dapat merebut kuasanya kembali dan menyebabkan Sultan Barquq melarikan diri ke Syria hingga tahun 792H / 1390M. Sultan Barquq dapat merebut singgahsana kembali dan memusnahkan kekuasaan Mamluk Bahri sama sekali. Pada awal pemerintahan, keadaan politik negara tidak stabil disebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh golongan Mamluk Bahri yang ingin mengguling kuasa beliau atas alasan mereka tidak dapat menerima pemerintahan yang berketurunan berlainan dengan mereka. Walau bagaimanapun, beliau dapat menanganinya pada zaman pemerintahannya pada kali kedua melalui pembaharuan dalam pentadbiran dengan berusaha meramaikan pegawai pemerintahan dikalangan Mamluk Burji dalam pemerintahannya. Sementara itu juga Sultan Barquq telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Uthmaniyah pada masa pemerintahan Khalifah Murad dan Bayazid (Ibn Taghri Birdi. 1992: 83).
Al-Ashraf Qaytbay merupakan sultan Mamluk Burji yang paling lama memegang tampuk pemerintahan. Beliau memerintah selama 29 tahun iaitu pada 873H-901H / 1468M-1496M (Poole. t.t: 343). Al-Ashraf Qaytbay mempunyai pengalaman luas dalam bidang peperangan dan terlalu berani untuk berperang berbanding dengan sultan-sultan terdahulu (Audah. 1990: 124). Untuk menjamin kestabilan kerajaan Mamluk, Qaytbay telah meninggalkan ibu kota untuk melakukan tinjauan di Iskandariah, Fayyum atau Syria selama 4 bulan. Kekemasan pentadbirannya membuatkan beliau dengan pantas mengutuskan amir Yashbak sebagai Kashif di Utara Mesir untuk meninjau (Audah. 1990: 295). Yashbak dihantar ke Halab pada 877H / 1472M. Peperangan tercetuus antara Yashbak dan Hasan Tawil yang menyaksikan kekalahan Hasan Tawil di Sungai Furat. Ini memasyhurkan Qaytbay dan berkuasa di sebelah utara (Audah. 1990:125). Qaytbay pula terpaksa menghadapi ancaman kecil daripada kerajaan Uthmaniyah yang berkemungkinan mencetuskan peperangan. Oleh itu beliau melatih sebahagian besar para tenteranya supaya bersatu untuk menghalang penceroboh Uthmaniyah. Atas kesungguhan beliau, askar-askarnya ini mula mencari keuntungan rentetan daripada penglibatan mereka dalam peperangan yang mereka sertai. Mereka menjadi lebih kejam kerana mereka tidak dibayar gaji bulanan yang ditetapkan. Oleh itu, askar-askar ini mula menjadi askar upahan kepada mereka. Walau bagaimanapun, sultan melatih mereka semula dan berusaha mencari sumber pendapatan yang berlebihan dengan memperkenalkan sistem cukai yang luar biasa. Beliau mengambil jalan pintas dengan mengenakan iqta’ secara paksaan mengikut undang-undang yang ditetapkannya pada tahun 1488M dan sistem awqaf pada tahun 1491M meskipun mendapat tentangan daripada rakyat (Garcin. 1998:302).
Walau bagaimanapun, pada tahun 1492M, wabak taun telah menyerang Mesir dan meragut nyawa 12,000 orang sehari. Di Kaherah kebanyakan yang terkena jangkitan penyakit ini terdiri dari kalangan para Mamluk sendiri berbanding dengan rakyat tempatan (Marsot. 1985: 36). Pemerintahan kerajaan Mamluk diteruskan oleh al-Ashraf Qansuh al-Ghawri pada tahun 906H-922H / 1501M-1516M selama 15 tahun.
7.0 KESIMPULAN
Mesir terletak di jalan pertemuan tiga benua antara Afrika, Asia dan Eropah. Oleh yang demikian, Mesir terkenal sebagai pusat perdagangan yang terpenting di zaman pertengahan. Fenomena ini menyebabkan negara ini dapat mencapai kekayaan dan kemajuan teristimewa di zaman pemerintahan keluarga Bani Fatimah, Bani Ayub dan di zaman kesultanan Mamluk. Bekas peninggalan raja-raja daripada keluarga masing-masing telah membuktikan kebenarannya. Selain itu, Mesir bukan sahaja mempunyai hasil buminya yang subur, malah juga terdapat dalam bidang perusahaan pertukangan dan perdagangan. Ini dapat dibuktikan di masa pemerintahan Mamluk.
Jika dinilai dari perkataan Mamluk itu sendiri jelas menunjukkan bahawa golongan tersebut berasal dari kalangan hamba. Mereka bukanlah seperti hamba biasa yang bekerja di istana ataupun di rumah-rumah pembesar tetapi Mamluk merupakan gelaran yang diberikan kepada golongan hamba yang diserap masuk ke dalam tentera Islam. Kewujudan golongan hamba ke Timur Tengah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi tetapi perkembangannya masih belum meluas seperti yang berlaku pada zaman pemerintahan Abbasiyah. Hasil dari kemasukan hamba-hamba ini telah muncul pelbagai bangsa yang mendiami wilayah Islam di Timur Tengah. Ini kerana golongan ini bukanlah terdiri daripada satu kelompok hamba sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)