Friday, May 3, 2013

TUN BANTU KELANTAN SECARA SEMBUNYI

INDAHNYA KERAJAAN PERPADUAN ISLAM JIKA DAPAT DIREALISASIKAN.


Bekas PM, Dr. M membantu Pas Kelantan RM300j setahun secara diam-diam.

Seorang aktivis politik, D
atuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Kerajaan Pusat beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh Kerajaan Pusat.Segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh.Perlunya jawapan bagi pencerahan supaya jurang perpecahan Umat Islam dapat diredakan.

Ya Allah jauhilah hati kami drp kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman, bersihkan hati kami dari benih perpecahan, pengkhianatan, kedengkian dan permusuhan.Ya Allah Sallimna! Amin Ya Rabbal a'alamin.

No comments:

Post a Comment