Thursday, May 30, 2013

JANGAN LAYAN KEPARAT JAHANAM DAP

Buang masa saya layan kritikan'

PUTRAJAYA 29 Mei - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching tidak akan melayan kritikan dua buah pertubuhan Cina yang mempersoalkan kekurangannya yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

Katanya, pertubuhan terbabit berhak menyuarakan apa sahaja, namun tindakan tersebut tidak akan mengganggu tumpuan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepadanya.

‘‘Biarlah mereka nak kata apa pun kerana itu adalah hak mereka dan saya fikir tidak perlulah lagi saya layan kerana sudah banyak kali saya menjawab isu tersebut.

‘‘Lagipun, mereka juga tidak adil kepada saya kerana tidak memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mary Yap berkata, beliau tetap bersikap terbuka sekiranya mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina, termasuk yang mempertikaikan pelantikannya itu ingin mengadakan perbincangan tentang sekolah dan pendidikan Cina.

‘‘Saya bukan Timbalan Menteri Pendidikan untuk sekolah Cina sahaja tetapi semua aliran sekolah yang ada di negara ini," katanya.

Baru-baru ini, pertubuhan Cina yang ekstrem, Hua Zhong dan Dong Zong mendakwa kekurangan Mary Yap yang tidak memahami bahasa Mandarin dengan baik memungkinkan pendidikan Cina di negara ini tidak dipedulikan.

Mary Yap menegaskan, meskipun beliau tidak fasih berbahasa Mandarin, kekurangan itu bukan penghalang untuknya memahami sistem pendidikan Cina.


1 comment:

  1. tak semestinya tak fasih tu tak tahu. tapi elok juga tu. DS Najib dah masuk tahap wajib tukar semua sek cina dan india tu kepada sek aliran perdana sahaja.pada muka kita yang selama ini beri muka pada puak bengong tu.

    ReplyDelete