Monday, March 25, 2013

PAKATAN BERI PINJAMAN PELAJARAN

PR kononnya akan mewujudkan satu dana bagi memberi pinjaman kepada pelajar IPTS untuk menanggung kos sara hidup dan yuran. 
Tabung ini adalah sama seperti konsep PTPTN iaitu memberi pinjaman untuk kos yuran dan kos sara hidup. PR memperuntukkan sebanyak RM900 juta bagi tabung ini. Namun, berdasarkan anggaran pelajar IPTS semasa iaitu seramai 700,000 pelajar, sekiranya dana berjumlah RM900 juta disediakan, setiap pelajar di IPTS hanya boleh meminjam sebanyak RM1,285 setahun atau RM107 sebulan.
Jumlah ini adalah tidak mencukupi untuk membayar yuran apatah lagi untuk menampung kos sara hidup pelajar di IPTS. Sekiranya elaun sara hidup setara pelajar IPTA diberikan, PR perlu memperuntukan sebanyak RM3.5 bilion setahun (700,000 x RM5,000).

No comments:

Post a Comment