Saya Sokong Ds Najib posted a photo to Sue Yusof's timeline.
Pencerobohan pihak bersenjata Sulu ke Lahad Datu melibatkan bilangan anggota bersenjata yang kurang daripada 200 orang. Bilangan yang sangat kecil kalau diukur dengan kemampuan pihak keselamatan Malaysia. Namun, mereka mempunyai keberanian untuk mencabar kekuatan pihak keselamatan Malaysia walaupun jika dibandingkan dengan kekuatan pihak keselamatan Malaysia, mereka tidak akan mampu. Ada sesuatu yang kurang jelas di situ iaitu ‘apa’ yang membuatkan mereka berani?
Pasti ada pihak yang memberikan jaminan kemenangan kepada mereka, atas sebab itu mereka berani berbuat serangan demikian. Jaminan itu mungkin berupa bantuan sokongan ketenteraan sekiranya mereka tidak lagi mampu menghadapi pihak keselamatan Malaysia. Siapakah dalang boleh berikan bantuan ketenteraan pada mereka?
Jadi, sekiranya modul Arab Spring (berdasarkan the quail drop job) tidak berjaya dilaksanakan di lain-lain negara Islam yang bukan Arab, maka the quail drop job mereka perlu laksanakan dengan con-play jenis lain. Ia juga masih dalam ruang lingkup new world order war bucks atau skim wang perang yang berfungsi meminimakan kos perang. Kata lain, mereka membiarkan marks berperang sesama mereka sambil the shadow menunggu masa sesuai untuk mengutip segala hasilnya.
Manakala, proksi-proksi juga sedang menunggu untuk babak seterusnya. Jika keadaan di kepulauan Borneo semakin menular, ia menyebabkan skala sarang puyuh juga berubah menjadi lebih besar. Lebih buruk, jika di semenanjung Malaysia juga menghadapi situasi yang sama iaitu sarang puyuh diusik bagi membuatkan puyuh-puyuh berterbangan menunggu ditembak.
Bagaimana pula kemungkinan sarang burung puyuh di semenanjung akan diusik? Ia mungkin akan dicetuskan melalui huru-hara yang tidak mustahil berlaku selepas pilihan raya. Siapa tahu? Segala kemungkinan boleh berlaku. Huru-hara di semenanjung boleh sahaja digerakkan apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya untuk memulakan pemberontakan.
Apabila keadaan itu berlaku, ia menandakan seluruh Malaysia termasuk di Malaysia Borneo (Sabah dan Sarawak) berada dalam keadaan tidak stabil. Ia juga menandakan seluruh sarang burung puyuh sudah diusik sepenuhnya.
Mungkin sekali, itu adalah peluang yang ditunggu-tunggu oleh the shadow selepas menggerakkan dua babak penting iaitu babak pertama, pencerobohan pihak bersenjata Sulu di Borneo untuk menganggu sarang puyuh di Sabah dan Sarawak serta babak kedua iaitu keadaan huru-hara selepas pilihan raya di semenanjung untuk mengusik sarang burung puyuh di semenanjung.
Selepas sarang burung puyuh itu diganggu, apa yang akan terjadi kepada puyuh-puyuh itu semua?
Malaysia baharu sahaja memperbesar hubungan ekonominya dengan China baru-baru ini melalui Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Pahang (menghadap Laut China Selatan) pada 15 Januari lalu. Tambahan pula, langkah itu dilihat berpotensi untuk menjadikan China sebagai naga ekonomi terbesar di dunia apabila Malaysia yang berada di laluan perdagangan terpenting dunia membuat usahasama dengan China. Langkah itu pastinya menjejaskan musuh-musuh ekonomi China.
Isu kesultanan Sulu sudah lama berlarutan, tetapi mengapa kemuncaknya tercetus pada ketika MCKIP terlaksana? Adakah kemungkinan hubung kait di antaranya? Bagaimanapun, sudut ini mungkin tidak cukup kuat untuk memperjelas mengapa semua ini berlaku. Namun, kita pada saat ini tidak boleh menolak sebarang kemungkinan ini kerana Malaysia terletak di laluan perdagangan laut terpenting dunia. The shadow juga mungkin mempunyai kepentingannya dalam hal kedudukan Malaysia dalam laluan perdagangan dunia. Manakala proksi-proksi pula semestinya bekerja untuk the shadow selepas dijanjikan kuasa, wang atau sebagainya sebagai ganjaran selepas melaksanakan con-job.
--
Di atas tadi adalah sebahagian kanta yang boleh digunakan untuk melihat keseluruhan permainan con-play ini. Kita tidak boleh melihat sesuatu perkara hanya melalui satu arah dengan satu kanta semata-mata. Sesuatu perkara itu wajar dilihat melalui pelbagai arah dengan menggunakan pelbagai jenis kanta. Jadi, apa sebenarnya yang sedang berlaku di Lahad Datu?
Kita juga tidak boleh mengatakan apa yang disampaikan Umat Terakhir ini sebagai fakta. Bukan. Tidak sama sekali. Jika ada yang mengatakan apa yang disampaikan Umat Terakhir ini sebagai fakta, maka anda silap.
Kita hanya menyediakan kaedah untuk anda berfikir mengenainya menggunakan sudut pandang dan membantu anda menggunakan kanta yang sewajarnya sekiranya anda mahu melihat perkara ini melalui kaca mata seorang con-artist yang mengetahui ia dilakukan oleh con-artist yang lain. Namun, kita tidak tahu siapakah the shadow atau unknown con-artist yang merekacipta con-play itu.
Jika ada yang mengatakan Kerajaan Malaysia mendalangi tragedi itu, maka anda silap. Jika anda kata tiada pihak lain yang berada di belakang pihak bersenjata Sulu, maka anda sekali lagi silap. Kalau anda berkata ia didalangi Pemerintah Filipina, anda sekali lagi silap. Semua entiti itu diheret untuk masuk ke dalam situasi tersebut tanpa mereka sedari.
Semua pihak itu sedang dijadikan alat dalam permainan ini. Sudah tentulah ada sesuatu yang ‘unknown’ di sebalik perkara ini. Jika anda melihat dari kaca mata yang sewajarnya, maka anda akan mampu melihat semuanya dengan tenang lagi jelas.
Dalam perkara ini, ada juga makhluk politik di Malaysia yang mengatakan ia adalah konspirasi yang dijalankan oleh musuh politik yang tidak sehaluan dengan mereka. Kita melihat kenyataan makhluk politik itu dari sudut yang sebaliknya.
Berhubung tragedi pencerobohan pihak bersenjata Sulu ke Lahad Datu, kita melihat pihak bersenjata Sulu sebagai mangsa yang dipergunakan oleh pihak yang tidak diketahui. Bahkan, pihak Kesultanan Sulu juga menafikan pasukan bersenjata yang menceroboh Sabah itu sebagai mewakili mereka, Kesultanan Sulu menafikan kumpulan itu mewakili mereka.
Maka, sudah mungkin pihak bersenjata Sulu itu memasuki Lahad Datu atas dorongan pihak lain yang mahu mempergunakan mereka. Dalam hal ini, mereka adalah mangsa yang mahu memangsakan kedaulatan Malaysia. Kedua-dua pihak ini dijadikan mangsa oleh pihak yang tidak diketahui. Kita tidak berkata bahawa ini adalah fakta, ini kemungkinan tetapi bukan spekulasi, dan hanya sekadar mengajak anda berfikir.
Bagi Malaysia, sudah tentulah Malaysia sedaya upaya mempertahankan kedaulatannya dengan menyerang balas terhadap pasukan bersenjata Sulu di Lahad Datu. Manakala bagi pihak bersenjata Sulu, mereka bermati-matian berjuang selepas dijanjikan jaminan untuk memiliki Sabah.Namun, adalah mustahil pihak bersenjata Sulu itu akan mampu memiliki Sabah secara sah dengan cara bersenjata seperti itu tanpa mengikut prosedur/prosiding sepatutnya di ICJ.
Illuminati pencatur ekonomi dunia akan terus berusaha untuk memusnahkan negara Islam...mereka akan terus merancang dengan penipuan, tapi Allah adalah sebaik2 perancang. Maka berdoalah kita supaya apa yang mereka rancang tidak akan terlaksana....
Dah tau konspirasi con play, buat apa lawan pakai senjata, kena lawan pakai con play lah jugak
ReplyDelete