Friday, March 8, 2013

KAMI BENCI PENGGANAS : MASYARAKAT SULUK


PM bangga semangat masyarakat Suluk Sabah

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan ahli-ahli Persatuan Suluk Sabah yang menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Tawau, Sabah, semalam. - UTUSAN/AL UMAR MOHD. YUSOF
LAHAD DATU 7 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangganya dengan semangat ditunjukkan masyarakat Suluk Sabah yang berikrar dan memberi jaminan akan menyokong penuh usaha kerajaan bagi memastikan keamanan dan kedaulatan negara ini terus terpelihara.
Menurut Perdana Menteri, perjumpaannya dengan komuniti masyarakat Suluk di Tawau dekat sini pagi ini telah membuktikan mereka adalah warganegara Malaysia yang taat dan setia.
"Isi utama ikrar itu ialah mereka mengutuk tindakan yang dibuat kumpulan pengganas dari Sulu dan mereka akan memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan Pusat dan negeri.
"Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak akan membantu kumpulan ini malah menyatakan mereka adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian," katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau Op Daulat di sini hari ini.


No comments:

Post a Comment