12,000 penduduk Syria cari perlindungan di Algeria.
DULU, SYRIA ADALAH SEBUAH NEGARA YANG KAYA DAN AMAN. ITU DULU , TAPI SEKARANG KEAMANAN DAN KEMAKMURAN ITU SUDAH HILANG, SUDAH TINGGAL KENANGAN. SYRIA KINI BERDEPAN DENGAN HARU HARA PEMBERONTAKKAN DAN PERANG.
INILAH HASILNYA BILA NEGARA BERGOLAK, RAKYAT YANG TIDAK BERSALAH MENJADI MANGSA. PEMBUNUHAN DILAKUKAN DIATAS NAMA DEMOKRASI DAN HAK ASASI MANUSIA. NEGARA-NEGARA KAPITALIS BARAT BERPELUK TUBUH SAMBIL MENUNGGU UNTUK MENUAI HASIL. SEDANGKAN UMAT ISLAM BARBUNUHAN SESAMA SENDIRI.
AGAKNYA BILAKAH MELAYU MUSLIM DI MALAYSIA AKAN MENGAMBIL IKTIBAR APA YANG BERLAKU DI SANA...???
NAK TUNGGU NEGARA HANCUR DULU KE BARU NAK BERSATU ???
Monday, July 30, 2012
AGENDA RAKUS KAPITALIS BARAT. DUNIA TANPA SEMPADAN.
"GLOBALISASI", atau DUNIA TANPA SEMPADAN, mereka memilih untuk 'memaksa' negara-negara dunia ketiga, negara miskin untuk menerima pakai sistem baru mereka tanpa prejudis.
Mana-mana negara yang kelihatan menentang atau tidak bersetuju akan diberi tekanan dan di "disiplinkan" dengan pelbagai cara. Samaada mata wang negara tersebut diturunkan nilainya, atau melancarkan sekatan ekonomi , bahkan jika perlu kekuatan tentera akan mendidik negara yang degil tersebut. Inilah nilai-nilai "INDAH" demokrasi yang dilaung-laungkan oleh Negara barat.
Adakah ini nilai-nilai demokrasi yang kita mahu terima dalam kehidupan seharian kita di Malaysia. ?
Hari ini , di negara tercinta ini sudah ada yang berani secara terang-terangan untuk membawa bukan sekadar aset perniagaan, bahkan budaya KUNING BARAT yang bebas tanpa sekatan. Istilah Free Sex , LBGT , Liwat dan pelbagai lagi yang tidak pernah kita dengar sebelum ini di tuntut oleh golongan ini sebagai HAK mereka. Kemuliaan institusi keluarga tidak lagi dipandang mulia. Undang-undang yang menghalang perbuatan ini dianggap LAPOK dan perlu di tukar oleh sesetengah pemimpin.
Malangnya ada sesetengah pemimpin Islam "menghalalkannya" demi agenda politik peribadi mereka. Kerana hasutan negara luar dan keinginan nafsu untuk berkuasa, pemimpin ini sanggup untuk mengkianati agamanya sendiri bahkan sanggup bersekongkol dengan negara luar bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada untuk ditukar dengan kerajaan yang lebih demokratik mengikut acuan barat.
Justeru itu , rakyat dihasut supaya bangun menentang kerajaan yang kononya tidak demokratik, bagi mencapai cita-cita politik pemimpin tersebut. Jika mereka gagal melalui peti undi didalam pilihanraya, mereka mencubanya dengan menghasut rakyat supaya menjatuhkan kerajaan melalui demontarsi. Kebebasan akhbar digunakan untuk menyebar fitnah. Media masa, internet dan laman sosial digunakan sepenuhnya untuk menyebar maklumat palsu , fitnah dan serangan peribadi terhadap permimpin- pemimpin negara untuk menimbulkan kebencian rakyat.
Jika kerajaan bertindak tegas ,kerajaan dituduh sebagai zalim , kuku besi dan ditaktor. Inilah taktik-taktik yang diguna pakai oleh kuasa BARAT terutama proksi Zionist untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang "murtad" pada sistem KAPITALIS .
Ternampak jelas kuasa-kuasa luar ini begitu rakus sekali dalam mengatur agenda mereka. Mereka memasang "BONEKA-BONEKA" yang akan menurut apa sahaja kemahuan mereka. Walaupun sesetengah boneka mereka terpalit dengan skandal-skandal kotor, asalkan sahaja boleh menguntungkan, mereka tidak peduli. Satu demi satu kerajaan di Timur Tengah di jatuhkan atas alasan kerajaan lama korup dan perlu di tukar. Regim Change ini bukanlah sesuatu kebetulan, bahkan ianya telah dirancang dengan begitu teliti agar tidak kelihatan "tangan-tangan ghaib dibelakangnya". Atas nama kuasa rakyat, kerajaan Libya , Mesir, Tunisia, Iraq, Afganistan dan saya yakin tidak lama lagi Syria dan Iran akan di gulingkan.
Rakyat Malaysia harus sedar dan bangkit dari dikhayalkan dengan pelbagai janji-janji indah pemimpin-pemimpin yang "desperate", mahu berkuasa. Ingatlah kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi ini bukan datang dengan sendirinya. Ianya hasil dari usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang bertungkus lumus siang dan malam dengan penuh ikhlas berkerja untuk kesejahteraan rakyat. WASPADALAH, KEMERDEKAAN NEGARA KITA INI BOLEH TERGADAI SEKELIP MATA , ANDAI KITA SILAP MEMILIH PARTI YANG AKAN MEMIMPIN NEGARA.
"ORDER BARU DUNIA"
Friday, July 27, 2012
KITA HANCURKAN TENTERA AHZAB MODEN.
Antara 29 pekara yang DAP akan ubah apabila dapat Memerintah Malaysia ialah , laungan Azan tidak dibenarkan di waktu Subuh.
Adakah Pakatan Ahzab dari 3 golongan yang menentang Islam ini akan di pilih rakyat pada PRU13 ini nanti...???
Nyata sekali kebencian mereka kepada Syiar Islam yang telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak beratus tahun yang lalu.
Allah SWT telah menghancurkan Pakatan Ahzab di zaman Rasulullah tatkala mereka cuba melenyapkan syiar Islam di bumi Madinah.
Adakah kali ini Pakatan Ahzab moden , akan mengalami nasib yang sama ?
Sudah tentu para Mujahidin Islam UMNO tidak akan membiarkan tentera Iblis ini menjejak kaki mereka di bumi bertuah ini. Bumi ini akan dpertahankan sehabis habisan. Musuh Allah akan dihalau keluar dengan penuh kehinaan.
SEMOGA ALLAH BERKATI PERJUANGAN KITA MEMPERTAHANKAN KALIMAHNYA YANG SUCI DI BUMI TERCINTA INI.
ALLAHUAKBAR....!!!!
Adakah Pakatan Ahzab dari 3 golongan yang menentang Islam ini akan di pilih rakyat pada PRU13 ini nanti...???
Nyata sekali kebencian mereka kepada Syiar Islam yang telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak beratus tahun yang lalu.
Allah SWT telah menghancurkan Pakatan Ahzab di zaman Rasulullah tatkala mereka cuba melenyapkan syiar Islam di bumi Madinah.
Adakah kali ini Pakatan Ahzab moden , akan mengalami nasib yang sama ?
Sudah tentu para Mujahidin Islam UMNO tidak akan membiarkan tentera Iblis ini menjejak kaki mereka di bumi bertuah ini. Bumi ini akan dpertahankan sehabis habisan. Musuh Allah akan dihalau keluar dengan penuh kehinaan.
SEMOGA ALLAH BERKATI PERJUANGAN KITA MEMPERTAHANKAN KALIMAHNYA YANG SUCI DI BUMI TERCINTA INI.
ALLAHUAKBAR....!!!!
Tuesday, July 24, 2012
KP PAS KENA DEBIK ....!!!! ..HILANG AKAL ...???
“I will NEVER compromise,”. “I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?"
Nampaknya kegilaan PAS nak berdebat akhirnya memakan diri, ini berlaku apabila keterlanjuran KP PAS Nasrudin Tantawi mengeluarkan kenyataan bahawa sudah ada kesefahaman antara PAS dan DAP dalam memahami isu Hudud. DAP terutama Karpal Singh dikatakan sudah berlembut dengan isu hudud dengan menyindir lawan debatnya dari Ulama UMNO iaitu Ustaz Fathul Bari supaya "update"kan info tentang karpal Singh.
Malangnya selepas ditempelak KERAS oleh Karpal singh dengan kenyataan pedas diatas, sampai sekarang Nasrudin Tantawi senyap terkunci mulut. Nampak KP PAS pun " HILANG AKAL" apabila kena sergah dengan si OKU ni.
Sehubungan dengan itu Ustaz Fathul Bari menyarankan rakan debatnya ustaz Nasruddin dan sahabat-sahabat PAS serta semua rakyat Malaysia perlu KEMASKINI MAKLUMAT bahawa DAP masih lagi dengan pegangan mereka iaitu tidak ada kompromi dalam isu seperti ini,".
PANAS TELINGA dengan kecaman dari Karpal Singh, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man lantas menyanggah dan mahu "OKU TUA " itu menutup mulutnya dari menyibuk tentang dasar parti PAS. "PAS harap Karpal menghormati dasar dan perjuangan PAS yang sudah diketahui umum. Kita tidak akan sekali-kali berhenti daripada menegakkan Islam."
Monday, July 23, 2012
BAHANA MENGUTAMAKAN ISTERI MELEBIHI IBU.
Anas r.a. menceritakan: “Pada masa Rasulullah s.a.w. ada seorang pemuda bernama Alqamah. Alqamah sangat rajin beribadat dan banyak bersedekah, tiba-tiba ia sakit dan tenat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w. dan menyatakan bahawa suaminya sakit keras didalam keadaan nazak sakaratal maut dan saya ingin menerangkan kepadanya keadaan Alqamah. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi ke tempat Alqamah dan memperhatikan bagaimana keadaannya. Apabila sampai di rumah Alqamah mereka terus menuju kepada Alqamah dan mengajarnya supaya membaca: Laa ilaha illallah, tetapi lidah Alqamah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah itu. Para sahabat itu merasa bahawa Alqamah pasti akan mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberitahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. langsung bertanya: "Apakah ia masih mempunyai ibu dan ayah?" Jawabnya: "Ayahnya telah meninggal, manakala ibunya masih hidup tetapi terlalu tua." Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Bilal: "Ya Bilal, pergilah kepada ibu Alqamah dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: JIka kau dapat berjalan, datanglah menemui Rasulullah s.a.w., dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w. akan pergi menemuimu." Jawab ibu Alqamah: "Sayalah yang lebih layak pergi kepada Rasulullah s.a.w.” Lalu ia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk ke rumah Rasulullah s.a.w. dan sesudah memberi salam ia duduk di depan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqamah?" Jawab ibu Alqamah: "Alqamah rajin bersembahyang, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?" Jawab ibu Alqamah: "Saya murka kepadanya." Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa?" Jawab ibu Alqamah: "Kerana ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan menurut isterinya lebih dariku”
Rasulullah kemudiannya meminta ibu Alqamah supaya memaafkan anaknya agar dia boleh mengucap syahadat. Bagaimanapun, ibunya enggan kerana hatinya sangat terguris akibat peristiwa tempoh hari
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: ""Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah." Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqamah. Ibu Alqamah bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w, puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api di hadapanku? bagaimana aku akan dapat menerimanya?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai ibu Alqamah, siksaan Allah s.w.t. lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah s.w.t. mengampunkan dosanya, maka maafkanlah dia, demi Allah s.w.t. yang jiwaku ada ditanganNya tidak akan berguna sembahyang dan sedekahnya selama engkau murka kepadanya." Lalu ibu Alqamah mengangkat kedua tangan da n berkata: "Ya Rasulullah, saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dilangit dan kau ya Rasulullah, dan siapa yang hadir ditempat ini bahawa saya telah redha kepadanya."
Maka terus Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal pergi melihat hal keadaan Alqamah, apakah sudah mengucap Laa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Alqamah mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w. dan tidak pada hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqamah tiba-tiba terdengat suara Alqamah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata: "Hai orang-orang, sesungguhnya murka ibu Alqamah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan redhanya telah melepaskan lidahnya, maka matilah Alqamah pada hari ini."
Maka datanglah Rasulullah s.a.w. dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah s.a.w. Sesudah dikuburkan, Rasulullah s.a.w. berdiri di tepi kubur sambil berkata: "Hai sahabat Muhajir dan Ansar, siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t. dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya."
PARTI POLITIK REBUT DR MAZA
Apabila menjelang PRU banyak pihak mengajak kita menyertai mereka..pelbagai parti dan nama..pelbagai janji dan cara..sedangkan mereka lupa kita hanya rakyat biasa..kedua, kita tiada dalam negara..ketiga, kita tiada berharta kaya untuk membelanja sepanjang pilihanraya..keempat, kita bukan juga bijaksana untuk menabur janji dan kata..itulah jawapan kepada anda bertanya dan wartawan yang asyik menelefon seadanya..kos telefon itupun mahal harganya..terpaksa dibayar oleh yang bertanya dan menjawabnya.. DR MAZA.
DR. MAZA KALAU TAK PANDAI BERJANJI BOLEH BELAJAR DENGAN KETUA UMUM PKR....DIA TERER DALAM BAB NII, TERUTAMA JANJI 16 SEPT, JANJI MINYAK NAK DI TURUNKAN HARGA, JANJI NAK BAGI KIT SIANG JADI TPM DAN SERIBU SATU LAGI JANJI DIA BOLEH BUAT.
CUMA DIA TAK BOLEH BERJANJI UNTUK TIDAK LIWAT LAGI...!!!
..TAPI KALAU NAK BELAJAR MENUNAIKAN JANJI....BERGURULAH DENGAN PERDANA MENTERI KITA. DATO SERI NAJIB TN ABDUL RAZAK.
JANJI DITEPATI.
DR. MAZA KALAU TAK PANDAI BERJANJI BOLEH BELAJAR DENGAN KETUA UMUM PKR....DIA TERER DALAM BAB NII, TERUTAMA JANJI 16 SEPT, JANJI MINYAK NAK DI TURUNKAN HARGA, JANJI NAK BAGI KIT SIANG JADI TPM DAN SERIBU SATU LAGI JANJI DIA BOLEH BUAT.
CUMA DIA TAK BOLEH BERJANJI UNTUK TIDAK LIWAT LAGI...!!!
..TAPI KALAU NAK BELAJAR MENUNAIKAN JANJI....BERGURULAH DENGAN PERDANA MENTERI KITA. DATO SERI NAJIB TN ABDUL RAZAK.
JANJI DITEPATI.
PSM: JANJI ROCK KENA TANYA SAIPUL APEK.
AKHLAK MULIA. JALAN MENUJU KE SYURGA.
“Penyebab utama masuknya manusia ke syurga adalah bertakwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah ).
Islam merupakan satu agama atau ad din yang syhumul dalam kehidupan seharian. Bermula dari kelahiran seorang bayi , makan-minum, tidur , berkahwin sehinggalah kepada pentadbiran sesebuah Negara. Namun begitu kesempurnaan dan keindahan Islam tidak akan terjelma jika ianya tidak dihiasi dengan AKHLAK dan budi pekerti mulia umatnya. Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. pernah berkata, Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab(AKHLAK) itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
Ketakwaan dan AKHLAK mulia tidak dapat dipisahkan, tidak dapat direnggangkan , ianya mesti selari dan sepadu. Bagai isi dengan kuku. Bagaikan aur dengan tebing. Matlamat asas keperluan manusia ialah memakmurkan bumi dan menpertingkatkan kehidupan manusia ke tahap yang tinggi tanpa alpa mentauhidkankan Allah dan menjadikan Al-Quran dan Assunnah sebagai panduan dan garis hidup.
Pembentukan AKHLAK bertujuan untuk mendidik manusia berinteraksi dengan Allah melalui ibadah yang sempurna dan ibadah yang sahih. Iaitu dapat berhubung dengan Allah melalui manhaj Allah SWT yang hak, jelas dan rasional melalui perlaksanaan hak kepada yang berhak berdasarkan kepada kebertanggunjawaban syarak dan akal agar jiwa manusia menjadi redha dengan AKHLAK Islam.
Menurut Imam Al Ghazali AKHLAK baginya ialah mengenai cara-cara suluk, mengenai jalan mendekatkannya kepada Allah sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dan ahli-ahli feqah. Imam Al Ghazali juga mengambarkan AKHLAK sebagai satu sifat yang tertanam didalam jiwa, daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbagan terlebih dahulu. Oleh itu mereka yang berakhlak ialah mereka dapat menundukan hawa nafsu, bijaksana dalam membuat penilaian, adil dalam pertimbangan dan dapat memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik. Ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup bermasyarakat dan bersilaturahim, berani mempertahankan agama, senantiasa bersyukur dan berterima kasih, sabar dan rida dengan kesengsaraan, berbicara benar dan sebagainya.
AKHLAK merupakan keindahan jiwa dan kecantikan batin yang terhasil dengan sempurna apabila asas-asasnya cantik dan baik. Ia dapat dicapai melalui ILMU , iaitu mendidik jiwa untuk mengetahui dan membezakan antara benar dan bohong dalam percakapan, antara hak dan batil dalam iktikad dan antara baik dan buruk dalam perbuatan. Kecantikan budi pekerti juga dapat dilihat dari individu yang boleh mengurus dan menjuruskan kemarahannya selaras dengan tuntutan syarak. Akal yang sihat dapat mengawal diri daripada mengikut kata hati dan nafsu syahwat supaya menurut dan patuh kepada syarak. Oleh itu kita boleh klafikasikan ciri-ciri AKHLAK Islam bersifat mutlak dan meyeluruh, melengkap dan meyempurnakan, bersederhana dan seimbang serta mencakupi larangan dan suruhan.
Kadang-kadang kita terkeliru antara AKHLAK dengan perilaku. AKHLAK adalah merupakan sifat maknawi (rohani) manakala perilaku adalah terjemahan dari kesan AKHLAK maknawi tadi. Kadangkala perilaku datangnya daripada pengaruh dari luar atau dibuat-buat dan bukan terjelmanya dari pantulan AKHLAK. Oleh itu prasyarat utama untuk memastikan bahawa perilaku itu adalah lantunan dari AKHLAK ialah ianya berlaku secara berterusan (istiqomah), tiada ada unsur luar yang mempengaruhinya dan ianya mestilah bertepatan dengan Al-Quran dan AsSunnah.
Al-Quran dan Sunnah merupakan dua sumber AKHLAK Islam yang menjadi dasar untuk Umat Islam berfikir dan bertindak. Dalam surah al-Qalam ayat 4 , Allah SWT brfirman; Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai AKHLAK yang sangat mulia. Umat Islam juga disuruh berlaku adil, berbuat kebaikan ,memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang melakukan perbuatan keji dan mungkar. Umat Islam juga digalakan memberi kemaafan dan kelonggaran kepada orang yang bersalah. Pekara ini ada Allah SWT nyatakan dalam surah al-Maidah ayat 13. Manakala di dalam surah Fussilat ayat 34 , Allah SWT berfirman yang membawa maksud supaya orang-orang beriman menolak kejahatan dengan cara yang sebaik-baiknya. Hadith riwayat Baihaki Rasulullah SAW ada menyebut bermaksud sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkanAKHLAK yang mulia. Pepatah Arab ada menyatakan yang bermaksud: “Termasuk cara untuk mencari kebaikan adalah dengan menjauhi keburukan.”Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan, falsafah dan khurafat serta ajaran-ajaran palsu akan menerbitkan keimanan yang sebenar.
Diri yang terdidik dengan AKHLAK yang bertunjangkan AKIDAH Islam akan mendidik akal, hati atau nafsu secara positif ke arah memberikan kepimpinan terhadap diri dan perkara di luar diri.
Sunday, July 22, 2012
OSTAD DAN OSTAZAH MEE SEGERA 2 MINIT.
Agaknya sudah menjadi kebiasaan orang yang baru kenal sejadah, baru kenal tasbih, baru kenal masjid, baru belajar sikit hukum -hakam agama, bersemangat nak ceramah kat orang ni , orang tu, orang ni tak kena, orang tu tak kena......(PSM pun macam tu ler dulu masa remaja).
Untuk menyatakan sesuatu tentang hukum mestilah ada dalil samada aqli atau naqli. Jangan sesuka hati menjatuhkan hukum kat orang lain jahillah, tak dapat hidayah, bila nak taubat, bila nak pakai tudung dan bermacam lagi tuduhan liar. Usah sesuka hati menghina orang. Islam bukan agama yang dikutip di tepi jalan. Islam agama yang diturunkan oleh Malaikat jibrail dan di sampaikan kepada Nabi SAW.
Namun kita hari ini , tak kira apa latar belakang pendidikan , baru 2 , 3 hari pakai tudung dah panggil ustazah, baru dua tiga hari pegang kitab cakap ada bunyi arab sikit, ada janggut sejemput dan panggil ostad. Ohh tidakk...!!! ISLAM tidak semurah itu. Mengaji pun tak pernah , menadah kitab pun tak pernah, tauhid, fekah pun merangkak ada hati nak ceramah kat orang. Kalau iapun BERHIJRAH atau BERTAUBAT pergilah belajar, tambahlah ILMU. Carilah guru yang mursyid , yang muktabar,dan berkelayakan.
Kononnya nak bina negara ISLAM mesti menukar kerajaan terlebih dahulu. Kerajaan sekarang tidak "fully Islamik". Apa yang kerajaan buat sekarang tidak cukup Islam,hudud tak ada kata mereka. Kerajaan BN dan UMNO dituduh menolak HUDUD. Sedangkan ADUN UMNO lah yg mennyokong penuh Hudud dilaksanakan di Kelantan suatu masa dahulu, Namun hudud tetap tidak dilaksanakan.
Mereka yang kononnya lebih Islamik ini sebenarnya merupakan yang paling kuat menentang ISLAM. Mereka juga yang kuat menentang sekolah Agama Islam, mereka jugak orang konsisten dalam nak menghapuskan keistimewaan orang Melayu dan keistimewaan Islam sebagai agama Persekutuan. Malah yang paling merisaukan ...didalam kumpulan mereka juga terdapat fahaman Syiah , khawarij , LBGT segala jenis kemungkaran ada didalamnya termasuklah PLURALISME - (semua agama adalah sama).
Bayangkanlah ...kepada orang sebegini kita nak serahkan negara....??? Apa nak jadi kepada generasi kita akan datang...??? INI KAH YANG DI MAKSUDKAN OLEH KP PAS , SEMUA ITU BOLEH DIBINCANGKAN....??? katanya dalam memberi komen "kenyataan Karpal Singh semasa program Debat antara Ustaz Fathul Bari.
Friday, July 20, 2012
KAMI TIDAK PERNAH LUPA.....!!!
AIR MATA DI BUMI MEMALI :-
Di atas meja, penuh dengan pinggan serta cawan-cawan bekas makan. Masih banyak lagi kuih kuih yang belum disentuh. Betul-betul dihadapan kami yang boleh dicapai bila2 masa. Mungkin mereka baru selesai jamuan, agaknya. Dato Hisyamudin sedang meneguk minuman. Tanpa membuang masa Ustaz Idris membuka majlis dengan memberitahu tujuan kami di panggil. Saya hairan juga sebab tidak kelihatan Yusuf Hussain, ustaz Awang Lanai, Ustaz Abdullah Shaari. Ustaz Md. Juki Ahmad dan Ustaz Hasan Saad yang patut hadir mewakili kawasan MID. Macamana pun dalam perjalanan tadi, bila berbual tentang kehadiran wakil kawasan kami telah agak mereka tidak akan datang. Telahan kami itu memang benar apabila Ustaz Idris Omar menjelaskan wakil kawasan tidak dapat datang atas sebab2 tertentu. Setelah itu Ustaz Idris omar serah agenda seterusnya pada Dato Hisyamudin.
Tanpa memberi salam, Dato Hisyamudin (bekas peguam) meyebut nama saya dan meminta menjawab soalannya , samaada 'ya' atau 'tidak'. Soalan pertama, tentang laporan polis yang saya buat pada 27 july 2000.
* Benarkah pada 27 july 2000 kamu ada membuat repot polis berkaitan Tabung Mangsa Memali?"
"Ya'
Jadi kamu mengaku membuat laporan itu?"
'Ya tapi.....
'Saya tidak minta apa2 penjelasan'
'Mana boleh, saya perlu memberi penjelasan......'
Berlaku sedikit pertelagahan antara kami berdua. Pak Njang Mi mula merah muka, dia gelisah. Tapi masih boleh bersabar. Dato Hisyamudin tidak beri laluan untuk saya memberi penjelasan, dia meneruskan soalan kedua.
*Benarkah kamu ada membuat kenyataan akhbar tentang Tabung Memali ?'
'Ya . Ada tetapi.....'
* Habis , kalau ta kmahu mendengar penjelasan, buat apa panggil kami datang ke sini. Kami minta bawa bahan bukti dan saksi untuk apa...?
" Sedarkah perbuatan awak boleh memudharatkan parti"
Ustaz Harun Taib mencelah, " Cikgu sepatutnya utamakan kepentingan jemaah, bukan diri"
"Saya faham ustaz...."Dato Hisyamudin memotong percakapan saya.
"Soalan yang ketiga.....Belum habis Dato' kemuka soalan ketiga saya lantas bangun.
"Saya minta maaf , setakat ini saja. Terpulanglah pada Dato nak ambil tindakan apa dekat saya.
Saya keluar dar bilik dan duduk di ruang tamu bersama balu-balu (Memali) dan Awang pemandu van kami.....
Untuk mendapatkan Buku tersebut, sila buat pesanan terus kepada Pengarang:
En. Zainon Ismail.
A/C No.: 02048010048801 (BIMB)
Warisan Syuhada 1510, Kampong Memali,
Baling, KEDAH.
Atau Hantarkan Money oder/Wang Pos
TEL:019-424-2597
Sila SMS Setelah membuat bayaran Harga RM 20 + Penghantaran Rm 6.00 = RM 26.00
sumber : Helang Kedah
C.N Alafgani.
Wednesday, July 18, 2012
BOIKOT SEMUA PRODUK UMNO...!!! KASI HABIS SAMA MELAYU.
Nampaknya DAP betul-betul isytihar perang kepada ekonomi Umat Islam. Cuma dengan mengunakan nama UMNO mereka cuba sembunyikan helah dan niat sebenar mereka. Mereka cuba mempermainkan sentimen orang melayu yang tidak meny
okong UMNO, yang sebenarnya ekonomi keseluruhan Umat Islam Malaysia terutama melayu menjadi ancaman kekayaan mereka yang telah mereka kuasai selama ini menjadi agenda hasad dengki mereka. Selagi empayar UMNO tidak ditumbangkan , cukup sukar ekonomi bumiputera di jatuhkan.
MEREKA MAHU TERUS MENJADI TUAN DI DALAM EKONOMI MALAYSIA. Kejayaan ekonomi orang melayu menjadi ancaman penguasaan mereka selama ini. ingatlah , mereka tidak akan berhenti disini. Mereka akan terus meyerang selagi ORANG MELAYU ISLAM TIDAK TUNDUK KEPADA KEKAYAAN MEREKA.
ADAKAH KITA SEDIA DI TUNDUKKAN OLEH KUASA BUKAN ISLAM DI NEGARA INI...???
okong UMNO, yang sebenarnya ekonomi keseluruhan Umat Islam Malaysia terutama melayu menjadi ancaman kekayaan mereka yang telah mereka kuasai selama ini menjadi agenda hasad dengki mereka. Selagi empayar UMNO tidak ditumbangkan , cukup sukar ekonomi bumiputera di jatuhkan.
MEREKA MAHU TERUS MENJADI TUAN DI DALAM EKONOMI MALAYSIA. Kejayaan ekonomi orang melayu menjadi ancaman penguasaan mereka selama ini. ingatlah , mereka tidak akan berhenti disini. Mereka akan terus meyerang selagi ORANG MELAYU ISLAM TIDAK TUNDUK KEPADA KEKAYAAN MEREKA.
ADAKAH KITA SEDIA DI TUNDUKKAN OLEH KUASA BUKAN ISLAM DI NEGARA INI...???
UMNO WAJIB KALAH PRU13, KALAU TAK KAMI BUAT DEMO LAGI.
Saya kurang faham , adakah ini cara fikir seorang "Sasterawan Negara" ...???
Andai BN menang , dikatakan tipu..., Jika Kalah baru betul....!!!
ADAKAH SASTERAWAN NEGARA cuba memperolok-olok pilihan rakyat...???
Apakah demokrasi bermaksud hanya PAKATAN sahaja yang boleh menang....???
RAKYAT KENA MENILAI SEMULA PILIHAN MEREKA, KEBEBASAN BAGI MEREKA IALAH MEMASTIKAN HANYA MEREKA SAHAJA YANG BERKUASA. SUATU REJIM PAKSAAN KEATAS RAKYAT.
NILAIKAN SENDIRI:-
"Itu saja jalannya,” jawab beliau ringkas terhadap soalan sekiranya PRU13 memihak kepada Barisan Nasional (BN) apakah tindakan rakyat selanjutnya yang ditanya oleh seorang peserta Program Rakyat: Ke Arah Pilihanraya Bersih yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth semalam.
Katanya, daripada lapan tuntutan Bersih 3.0 hanya satu tuntutan ditolak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) iaitu berkaitan masa kempen yang panjang kepada 21 hari dengan alasan tempoh tersebut terlalu lama.
Walau bagaimana pun tempoh kempen yang sebelum ini 7 hari dilanjutkan kepada 10 hari.
Namun, ujarnya cadangan yang dikemukakan oleh PSC ke Parlimen seolah-olah tidak mendapat perhatian, maka tiada jalan lain melainkan rakyat beramai-ramai turun ke padang atau jalan raya bagi menyatakan tidak setuju dengan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.
Tuesday, July 17, 2012
MELAYU TIDAK BOLEH DIBIARKAN KAYA.
BOIKOT APA SAHAJA BARANGAN KELUARAN ORANG MELAYU....!!!
INILAH CARA KOTOR PEMBANGKANG YANG MENANAM KEBENCIAN KEPADA KEJAYAAN TOKOH PERNIAGAAN MELAYU. TIDAK BOLEH LANGSUNG MELIHAT KEJAYAAN ORANG ISLAM MELAYU, BANGSA INI AKAN BERUSAHA MENJATUHKANNYA. SEKALI-KALI MEREKA TIDAK AKAN IZINKAN ORANG MELAYU BERJAYA LEBIH DARI MEREKA. SEDANGKAN MEREKALAH PALING BANYAK MENGUASAI EKONOMI MALAYSIA.
MEREKA AKAN TERUS MENYERANG APA SAJA KEGIATAN EKONOMI YANG BOLEH MENGANCAM KEJAYAAN MEREKA. BAGI MEREKA, HANYA MEREKA SAHAJA YANG LAYAK UNTUK BERJAYA ....BUKAN ORANG MELAYU.
Monday, July 16, 2012
MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT
Add caption |
Serangan kepada umat Islam pada abad ke 21 ini makin mencabar, Umat Islam tidak sahaja ditentang melalui senajata api , bom , roket dan sebagainya, tetapi Umat Islam kini di serang melalui pemikiran dan ideologi2 ciptaan manusia. Melalui media sosial, Media electronik dan lain2 lagi medium yang membawa seribu kemusnahan.
Di Malaysia, walaupun kerajaan sekarang masih di pegang oleh Melayu Islam, namun masih ada lagi bangsa melayu yang cuba menjatuhkan kerajaan Islam yang sedia ada. Dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal, kerajaan ini dihalalkan oleh mereka untuk dijatuhkan dengan apa cara sekalipun. Bahkan mereka sanggup bersekongkol dengan musuh Islam untuk menjayakan misi JIHAD JAHAT mereka. Dengan melebelkan musuh politik dengan kafir , munafik dan sebagainya , mereka menghasut rakyat supaya benci kepada kerajaan walaupun apa saja kebaikan yang telah dibuat.
Hari ini, bukan melayu sudah berani bersuara meminta yang bukan-bukan. Berani mempertikai hak -hak istimewa orang melayu,berani memperlekehkan institusi Raja- Raja melayu dan paling biadap berani mempertikai Islam sebagai agama persekutuan Tanah Melayu. Kenapa ini berlaku...??? Ini kerana ada segelintir pengkianat-pengkianat bangsa dan agama yang membenarkannya. Malah mereka menyokong agar sistem negara Raja berperlembagaan di tukar kepada Republik. Begitulah onar yang terpaksa dihadapi oleh kita.
Umat Islam, terutamanya bangsa melayu di Malaysia tiada jalan lain melainkan kembali bersatu dalam jemaah Umat Islam serta melupakan sengketa yang sesama sendiri, kerana ia bisa menghancurkan kekuatan Islam. Samada kita suka atau tidak , musuh Islam menunggu masa untuk menghancurkan sisa-sisa Islam di bumi bertuah ini.
Ingat! Sesungguhnya Melayu dan Islam tak boleh dipisahkan. Kesejahteraan negara Malaysia tercinta adalah pada kekuatan bangsa Melayu dan kemuliaan bangsa Melayu adalah dengan sebab mereka menjadikan Islam sebagai panduan dan pedoman hidup.
Monday, July 9, 2012
MASJID KOSONG, DEMO "BERSIH" PENUH, AHLI PAS DIMANA...???
Jika tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mampu mengarah ahlul - ahlul PAS menyertai "BERSIH" yang ber"imam"kan AMBIGA ,termasuk dari Kelantan sejauh (lebih kurang) 450km.
Kenapa tidak mampu mengarahkan ahlol-badigol PAS untuk bersolat di Masjid-masjid, suarau dan mussolla disebelah rumah yang jauhnya hanya "sejengkal" dan sekangkang kera-kera PAS.
BERSIH - Diwajibkan.
SOLAT.....macamana....???
Adakah ini salah satu tanda-tanda akhir zaman bahawa manusia makin meninggalkan agama demi cita-cita politik sehingga sanggup mengabaikan dan memperlekehkan pekara-pekara asas Akidah Islam.
Diantara tanda-tanda kecil akhir zaman yang pernah Nabi SAW khabarkan :-
-sembahyang diabaikan dan diringan-ringankan.
-ramai orang muslim yang hanya tahu bercakap mengenai agama tetapi tidak mengamalkannya.
Apakah pemimpin-pemimpin PAS akan memekakan telinga mereka dan menganggap ini hanya isu pinggiran....???
atau ini hanyalah pendapat peribadi Ketua Dewan Ulama Kelantan...???
Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud kesal dengan sikap kebanyakan pimpinan dan ahli Pas yang ghairah untuk ke Putrajaya sedangkan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan. Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.
"Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.
"Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita berkuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?
"Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara," katanya.
Thursday, July 5, 2012
AL-QURAN DI KELIRUKAN DENGAN PELBAGAI TAFSIRAN.
Al-Quran tidak berubah. Walaupun ada yang cuba menulisnya semula tetapi umat Islam tidak menerima sebarang pindaan kepada Al-Quran. Demikian juga percubaan untuk memansuhkan ayat-ayat tertentu di tolak oleh masyarakat Islam. Selagi kita dapat kekalkan teks Al-Quran tanpa diubah apa-apa, kita dapat mengurangkan kesesatan hasil daripada tafsiran Al- Quran oleh orang-orang yang berkepentingan atau orang yang jahil. Al-Quran tidak silap. Tetapi pentafsir, sebagai manusia biasa, walaupun terpelajar dalam bidang agama dengan mendalam masih boleh membuat tafsiran yang salah. Perpecahan di kalangan umat Islam sekarang bukan disebabkan oleh ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang sahih tetapi kerana tafsiran yang berbagai-bagai dan bertentangan oleh orang-orang yang terpelajar. Pentafsir yang salah, bukan Islam, bukan Al-Quran yang salah. Pentafsir yang takbur yang mendakwa dia sahaja yang tahu agama Islam, dan tafsiran serta ajaran orang lain tidak betul dan dianya tidak boleh ditegur, pentafsir seperti inilah yang kerap menyebabkan umat Islam keliru, sesat dan berpecah. Mereka ini suka menjual ayat Al-Quran dengan harga yang murah sedangkan Allah berfirman dalam Al-Quran supaya tidak melakukan perbuatan ini.
Samada kita suka atau tidak suka, hakikatnya ialah kita yang tidak berbahasa Arab, memahami ajaran Islam dalam bahasa kita sendiri. Mereka yang mendakwa mereka faham isi kandungan Al-Quran kerana mereka fasih dalam bahasa Arab masih terpaksa jelaskan tafsiran mengikut fahaman mereka dalam bahasa yang difaham oleh kita iaitu bagi orang Melayu dalam bahasa Melayu. Apa yang disampaikan kepada kita ialah fahaman orang yang fasih dalam bahasa Al-Quran dan terjemahan fahaman ini kepada bahasa kita. Jika salah fahamannya atau terjemahannya maka salahlah fahaman kita akan ajaran Islam yang sebenar. Sebab itu kita sering bersengketa sesama kita kerana kelainan fahaman, kelainan tafsiran dan kelainan terjemahan oleh mereka yang menyampaikan ajaran Islam kepada kita. Mungkin tidak ada niat buruk, tidak ada kepentingan lain tetapi Islam yang kita amali adalah Islam pentafsir. Jika pentafsir tidak boleh ditegur, dan segala-gala yang disampaikan oleh mereka diterima bulat-bulat tanpa di rujuk kepada pihak lain maka kemungkinan kita sesat amatlah besar. Sebab itu terdapat orang yang mendakwa mereka adalah orang Islam tetapi keIslaman mereka dinafikan oleh orang Islam lain.
Al-Quran menjadi panduan kita sebagai umat Islam. Apabila kita keliru atau sesat atau kita tidak bersaudara dan bersahabat dengan orang Islam lain, tidak aman dan selamat, kita perlu rujuk kepada Al- Quran. Tetapi haruslah kita ingat bahawa oleh kerana ayat-ayat dalam Al-Quran boleh ditafsir secara berbeza- beza oleh pentafsir-pentafsir, rujukan kita mungkin menghasilkan panduan yang salah, kerana sebenarnya kita rujuk kepada pentafsir dan bukan kepada Al-Quran.
Yang jelas ialah individu yang membuat tafsirannya sendiri walaupun ianya alim tidak semestinya benar dan betul. Untuk menjadikan Al-Quran sebagai tempat rujukan, tafsiran hendaklah dibuat oleh sekumpulan ulama yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain daripada kepentingan umat Islam dan agama Islam, dan mereka tidak takbur dengan anggapan bahawa mereka sebagai pewaris Nabi, tidak mempunyai kecacatan atau kelemahan apa-apa seperti yang ada pada manusia lain. Mereka yang sering mendakwa mereka adalah pewaris Nabi tetap tidak mempunyai sifat-sifat ulama yang sebenar.
Islam bukan sahaja agama ibadat tertentu untuk diri sendiri tetapi ia adalah Ad-din, atau cara hidup. Segala urusan kehidupan kita tertakluk kepada ajaran Islam. Dan kehidupan melibatkan makan minum, berpakaian dan berteduh di bawah bumbung. Selain daripada itu ia melibatkan pengeluaran bahan makanan, keluaran kain pakaian, bahan binaan. Ia juga melibatkan kegiatan menguasai ilmu dan perniagaan serta perusahaan. Sudah tentu ia juga melibatkan keselamatan dan pertahanan, pemerintahan yang cekap, penjagaan keamanan dan penguatkuasaan undang-undang. Dan beribu macam lagi usaha untuk menentukan cara hidup Islam membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada umat Islam.
Samada kita suka atau tidak suka, hakikatnya ialah kita yang tidak berbahasa Arab, memahami ajaran Islam dalam bahasa kita sendiri. Mereka yang mendakwa mereka faham isi kandungan Al-Quran kerana mereka fasih dalam bahasa Arab masih terpaksa jelaskan tafsiran mengikut fahaman mereka dalam bahasa yang difaham oleh kita iaitu bagi orang Melayu dalam bahasa Melayu. Apa yang disampaikan kepada kita ialah fahaman orang yang fasih dalam bahasa Al-Quran dan terjemahan fahaman ini kepada bahasa kita. Jika salah fahamannya atau terjemahannya maka salahlah fahaman kita akan ajaran Islam yang sebenar. Sebab itu kita sering bersengketa sesama kita kerana kelainan fahaman, kelainan tafsiran dan kelainan terjemahan oleh mereka yang menyampaikan ajaran Islam kepada kita. Mungkin tidak ada niat buruk, tidak ada kepentingan lain tetapi Islam yang kita amali adalah Islam pentafsir. Jika pentafsir tidak boleh ditegur, dan segala-gala yang disampaikan oleh mereka diterima bulat-bulat tanpa di rujuk kepada pihak lain maka kemungkinan kita sesat amatlah besar. Sebab itu terdapat orang yang mendakwa mereka adalah orang Islam tetapi keIslaman mereka dinafikan oleh orang Islam lain.
Al-Quran menjadi panduan kita sebagai umat Islam. Apabila kita keliru atau sesat atau kita tidak bersaudara dan bersahabat dengan orang Islam lain, tidak aman dan selamat, kita perlu rujuk kepada Al- Quran. Tetapi haruslah kita ingat bahawa oleh kerana ayat-ayat dalam Al-Quran boleh ditafsir secara berbeza- beza oleh pentafsir-pentafsir, rujukan kita mungkin menghasilkan panduan yang salah, kerana sebenarnya kita rujuk kepada pentafsir dan bukan kepada Al-Quran.
Yang jelas ialah individu yang membuat tafsirannya sendiri walaupun ianya alim tidak semestinya benar dan betul. Untuk menjadikan Al-Quran sebagai tempat rujukan, tafsiran hendaklah dibuat oleh sekumpulan ulama yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain daripada kepentingan umat Islam dan agama Islam, dan mereka tidak takbur dengan anggapan bahawa mereka sebagai pewaris Nabi, tidak mempunyai kecacatan atau kelemahan apa-apa seperti yang ada pada manusia lain. Mereka yang sering mendakwa mereka adalah pewaris Nabi tetap tidak mempunyai sifat-sifat ulama yang sebenar.
Islam bukan sahaja agama ibadat tertentu untuk diri sendiri tetapi ia adalah Ad-din, atau cara hidup. Segala urusan kehidupan kita tertakluk kepada ajaran Islam. Dan kehidupan melibatkan makan minum, berpakaian dan berteduh di bawah bumbung. Selain daripada itu ia melibatkan pengeluaran bahan makanan, keluaran kain pakaian, bahan binaan. Ia juga melibatkan kegiatan menguasai ilmu dan perniagaan serta perusahaan. Sudah tentu ia juga melibatkan keselamatan dan pertahanan, pemerintahan yang cekap, penjagaan keamanan dan penguatkuasaan undang-undang. Dan beribu macam lagi usaha untuk menentukan cara hidup Islam membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada umat Islam.
Wednesday, July 4, 2012
JOM BUKA CAWANGAN BARU....!!!
10 sifat calon suami yang baik:
(1)Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
(2)Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
(3)Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
(4)Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
(5)Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
(6)Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
(7)Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
(8)Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
(9)Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
(10)Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
PASTI ANDA MEMENUHI SEMUA KRETERIA DIATAS.
Tuesday, July 3, 2012
SIAPA PAS UNTUK BER TAHALLUF SIYASIYY....???
Bolehkah Tahalluf Siyasiy diguna pakai oleh parti yang bukan menguasai pemerintahan negara , PAS tidak mengusai kerajaan, jadi untuk apa berkongsi kuasa...??? kuasa apa..??? siapa yang berkuasa...???
Salehuddin al-ayubi pernah menerima bantuan tentera salib yang BERPALING TADAH, tetapi siapakah Salehuddin Ayub..??? Bukankah dia pemerintah Umat Islam yang Sah. Adapun Salehuddin ayub yang menguasai kerajaan, bukan tentera Salib.
Di zaman Nabi SAW, bilakah nabi menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam (Yahudi dan musyrikin) ?
Semasa di Mekah atau Madinah?
Di Mekah siapa yang menjadi pemerintah?
Di Yatrib , siapa pula yang menjadi pemerintah?
Asas hubungan antara Islam dan kafir ialah berdasarkan al-bara’ (lakum dinukum waliyadin).
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali-’Imraan: 118)
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali-’Imraan: 28)
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (Al-Anfaal: 39)
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” ( Al-Mumtahanah: 8 )
Membantu orang kafir
Dalam hal ini Sheikh al-Rasyid menyebut dua kaedah:
1- Haram bagi muslim berperang dalam saf menyebelahi pihak kafir menentang golongan muslimin yang lain dan haram juga meramaikan bilangan mereka jika dia menyebelahi pihak kafir walaupun ia tidak berperang atau memanah. Beliau memetik firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nisa’ ayat 97 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”
Dalam sahih Bukhari, dari Ikrimah menjelaskan: Ibn Abbas memberitahuku tentang ada kalangan orang-orang Islam yang bersama orang-orang musyrikin bagi menambahkan bilangan mereka untuk menentang Rasulullah s.a.w. yang datang membawa panah dan memanahkannya sehingga salah seorang daripada mereka tercedera dan terbunuh dalam peperangan tersebut. Turunlah ayat al-Quran yang membicarakan soal itu. “Sesungguhnya orang yang dimatikan oleh malaikat menzalimi diri mereka”. Dalam ayat itu Allah mencela mereka yang meramaikan bilangan orang musyrikin walaupun hati mereka tidak bersetuju dengan mereka.
2- Fatwa tidak harus seorang muslim itu berada dalam saf non muslim bagi memerangi non muslim yang lain melainkan terpaksa atau darurat seperti diugut bunuh, begitu juga tidak harus berada dalam safkhawarij bagi memerangi khawarij yang lain melainkan darurat, harus berada dalam saf khawarij bagi memerangi non muslim.
Tahaluf siasi dan ijtihad maslahi
Tahaluf siasi atau kerjasama politik adalah sebahagian dari tidak tanduk imam atau pemerintah Islam. Tahaluf adalah sebahagian dari dasar hubungan luar yang wujud dalam Islam. Selain dari tahaluf, kaedah lain yang sering digunakan ialah hudnah iaitu gencatan senjata dan juga kaedah musolahah / muwadaah yakni perdamaian. Setiap satu kaedah mengikut situasi tertentu, pemerintah secara asas boleh menggunakan salah satu kaedah ini sesuai dengan keadaan dan maslahah untuk umat Islam mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama.
Masalah ini bersamaan dengan hukum tawanan perang. Pemerintah boleh memilih antara perang, damai (gencatan senjata), musolahah dan tahaluf.
Berkata Ibnu Qayyim (Zadul Ma’ad 266); “Adalah Rasulullah s.a.w membebaskan setengah mereka (tawanan perang) dan membunuh setengah yang lain, mengambil tebusan dari setengah yang lain dengan harta dan setengahnya dengan tawanan Islam. Baginda lakukan semua itu berdasarkan maslahah”.
WALLAHUALAM.
Monday, July 2, 2012
PAS TAK ADA MARUAH: BAGAIKAN HAMBA ABDI
Kelantangan Dato Hassan Ali dalam mempertahankan AKIDAH cukup tidak disenangi oleh pemimpin PAS yang selama ini mengambarkan mereka adalah pembela dan pejuang Islam.
I.M.R. iaitu Islam Melayu dan Raja menjadi igauan dan mimpi ngeri pemimpin PAS yang ketandusan isu sejak tidur sebantal dgn DAP dan PKR.
Cinta sejenis LBGT antara PAS , PKR dan DAP memerlukan PAS menoleh kepada teman-teman sebantal mereka sebelum membuat apa-apa kenyataan, ini boleh dilihat tatkala Dato Hassan Ali mempertahankan JAIS yang yang melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.
Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad yang berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu menunjukkan pucuk pimpinan PAS perlu mendapat restu PKR dan DAP dalam memberi sesuatu kenyataan.
PAS SUDAH TIDAK ADA MARUAH.
I.M.R. iaitu Islam Melayu dan Raja menjadi igauan dan mimpi ngeri pemimpin PAS yang ketandusan isu sejak tidur sebantal dgn DAP dan PKR.
Cinta sejenis LBGT antara PAS , PKR dan DAP memerlukan PAS menoleh kepada teman-teman sebantal mereka sebelum membuat apa-apa kenyataan, ini boleh dilihat tatkala Dato Hassan Ali mempertahankan JAIS yang yang melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.
Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad yang berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu menunjukkan pucuk pimpinan PAS perlu mendapat restu PKR dan DAP dalam memberi sesuatu kenyataan.
PAS SUDAH TIDAK ADA MARUAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)