Thursday, March 26, 2015

DAP DIANGGAP PUTUS DENGAN PAS - Utusan

KUALA LUMPUR 25 Mac - Keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap amat melampau sekali gus memberi isyarat hubungan pakatan pembangkang bakal berkecai.

Harun Din
Perkara itu disua­rakan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang turut menyelar tindakan DAP menggelarkan Abdul Hadi sebagai pengkhia­nat kerana ia tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu parti sendiri sedangkan orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran DAP berbuat demikian seperti mahu mengajar Pas seolah-olah mengarahkan parti itu untuk menukarkan Presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.
Adakah pada saat-saat seperti ini ketika kita semua mahu per­ba­i­ki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu, memutuskan hubungan dengan Presiden mengisyaratkan kepada pakatan akan berpecah.

“Apa yang nyata bukan kita memulakan masalah keretakan ini, tidak fahamkah DAP bahawa Pre­siden adalah sebahagian dalam parti dan parti merupakan sebahagian Presiden, jadi mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan Pre­siden nak berhubung dengan siapa?

“Parti di bawah arahan Presiden, amat pelik tindakan DAP itu, kita nampak isyaratnya adalah ke arah itu (berpecah). Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

DAP semalam mengambil keputusan untuk memutuskan hubu­ngan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan Pas bertegas mahu me­laksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama, parti itu turut menuduh Abdul Hadi sebagai pe­mimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, keputusan sebulat suara dibuat oleh DAP kerana menganggap Abdul Hadi ‘pengkhia­nat’ dalam pakatan pembangkang kerana membentangkan usul rang undang-undang persendirian ber­kenaan hudud ke Parlimen tanpa pengetahuan parti itu.

Dalam pada itu, tokoh ulama berpengaruh itu berkata, Pas sudah berkali-kali menyatakan kepada DAP bahawa jika mereka merasakan tidak perlu lagi kepada pakatan, maka parti itu dipersilakan keluar daripada gabungan kerjasama antara mereka. Menurut beliau, DAP perlu membuat keputusan sebegitu tanpa lagi berdolak-dalik mencari pelbagai alasan dengan menjadikan isu hudud sebagai modal pekikan mereka.

Sedangkan Pas, katanya, meng­anggap pakatan masih lagi berguna dan boleh dipertahankan buat ketika ini sehingga keadaan menentukan sebaliknya.
“Kalau DAP rasa mahu keluar, keluar sahaja dan kita tunggu senario politik baharu,’’ katanya.
Mengulas lanjut, Haron berkata, DAP diminta merujuk semula keputusan pakatan pembangkang dalam soal hudud iaitu ketiga-tiga parti bersetuju dalam tidak bersetuju tentang agenda perjuangan Pas tersebut.

“Tidak mengapalah kalau mereka menentang hudud tetapi ja­nganlah sampai buat tuduhan begitu yang kurang sopan,” katanya.

Wednesday, March 25, 2015

HASIL CUKAI TIDAK LANGSUNG


Cukai tidak langsung adalah cukai yang dibayar secara tidak langsung oleh penguna.Beban cukai tidak langsung boleh dipindahkan sebahagian atau kesemuanya oleh pihak yang membayar (peniaga) kepada pihak lain (Kerajaan).
Hasil cukai tidak langsung adalah komponen terkecil daripada keseluruhan hasil kerajaan.
Pada tahun 2008, dianggar dari hasil cukai tidak langsung berjumlah 27,080 milion ringgit Malaysia iaitu 18.4% daripada jumlah keseluruhan hasil kerajaan.
Komponen cukai tidak langsung adalah terdiri daripada:-
1- Duti import
2- Duti Eksport
3- Duti eksais
4- Cukai jualan
5- Cukai perkhidmatan
6- lain-lain Cukai.
CUKAI JUALAN.
Merupakan cukai keatas barang akhir atau barang yang hendak dijual kepada para pengguna.
Cukai ini dikenakan keatas barangan keluaran tempatan dan yang diimport kecuali barangan kawalan dan keluaran kilang bertaraf perintis.
Cukai jualan juga merupakan penyumbang kedua terbesar iaitu 27.2% daripada jumlah hasil cukai tidak langsung atau RM7.4 bilion.
CUKAI PERKHIDMATAN.
Merupakan cukai yang dikenakan keatas perkhidmatan yang diberikan oleh hotel, restoran, pengiklanan, pusat servis kereta, insurans dll.
Kadarnya ialah 5% atau 6% daripada jumlah bil sesuatu perkhidmatan, jumlah ini ditanggung sepenuhnya oleh pengguna.
Menyumbang 13% kepada jumlah cukai tidak langsung atau RM3.5 bilion.

BELANJAWAN NEGARA



 

BELANJAWAN NEGARA

Belanjawan Negara bermaksud satu anggaran yang dibuat oleh kerajaan mengenai hasil dan perbelanjaannya untuk satu tahun yang akan datang.


Sumber hasil kepada kerajaan datangnya daripada kutipan hasil cukai. Hasil cukai ini terbahagi kepada Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai.


Hasil Cukai

Terbahagi kepada 2 iaitu:-

Cukai Langsung
bermaksud cukai langsung dibayar secara langsung oleh individu atau institusi berkenaan dan beban cukai langsung tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.

-Cukai Langsung terdiri daripada:-

  • cukai pendapatan perseorangan - dikenakan pada pendapatan perseorangan

  • cukai pendapatan syarikat - dikenakan pada syarikat sdn bhd dan syarikat bhd

  • cukai pendapatan petroleum - dikenakan pada syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia

  • cukai pendapatan koperasi - dikenakan ke atas semua koperasi di Malaysia

  • cukai-cukai langsung lain seperti duti setem, cukai keuntungan hartanah, cukai tanah dan cukai pintu

Cukai Tidak Langsung
bermaksud cukai yang dikenakan ke atas barangan dan dibayar secara tak langsung oleh pengguna. Beban cukai tidak langsung boleh dipindahkan sebahagian atau kesemua beban cukai berkenaan oleh pihak yang membayar kepada pihak lain.
-Cukai Tidak Langsung terdiri daripada:-

  • duti import - cukai yang dikenakan ke atas barangan import tertentu dari luar negara

  • duti eksport - cukai yang dikenakan ke atas komoditi utama yang dieksport

  • duti eksais - cukai yang dikenakan ke atas barangan keluaran tempatan untuk pasaran dalam negeri

  • cukai jualan - cukai yang dikenakan ke atas barang akhir atau barangan yang hendak dijual kepada para pengguna

  • cukai perkhidmatan - cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh hotel, restoran dan sbgnya

  • cukai tidak langsung lain - cukai perjudian

Hasil Bukan Cukai
Hasil bukan cukai seperti hasil sewa rumah-rumah kerajaan, royalti daripada syarikat petroleum, pendapatan daripada pelaburan, selain hasil pengeluaran lesen dan permit termasuk bayaran denda.

Perbelanjaan Kerajaan terbahagi kepada 2 komponen iaitu:-
1. Perbelanjaan Mengurus
2. Perbelanjaan Pembangunan

Perbelanjaan Mengurus
merupakan perbelanjaan semasa yang ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun bagi memastikan pengurusan & dan pentadbiran kerajaan berjalan lancar.
Perbelanjaan mengurus terbahagi kepada 7 komponen iaitu:-
a) Emolumen - perbelanjaan bagi pembayaran gaji & elaun kakitangan kerajaan.
b) Bayaran Khidmat Hutang - bayaran balik pinjaman sama ada hutang dalam negeri ataupun luar negeri.
c) Bekalan & Perkhidmatan - membeli segala bekalan keperluan dan bahan yang digunakan oleh pentadbiran kerajaan.
d) Pencen & Ganjaran - bayaran kepada kakitangan awam yang bersara.
e) Pemberian & Serahan Kepada Kerajaan Negeri - peruntukan di bawah sektor bayaran pindahan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.
f) Perbelanjaan lain - pemberian subsidi, pemberian kepada badan berkanun dll.

Perbelanjaan Pembangunan
perbelanjaan yang melibatkan perbelanjaan terhadap projek sosial ekonomi yang akan meningkatkan tingkat sosio ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Perbelanjaan pembangunan terbahagi kepada 4 sektor iaitu:-
a) Keselamatan - pertahanan & keselamatan dalam negeri
b) Perkhidmatan Sosial - bina sekolah, hospital, poliklinik dsbgnya
c) Perkhidmatan Ekonomi - kemudahan awam, pengangkutan dsbgnya
d) Pentadbiran Am

Belanjawan Negara
bertujuan untuk membiayai aktiviti kerajaan persekutuan, mewujudkan kestabilan ekonomi dan pembangunan negara.




Jenis-jenis Belanjawan Negara
1. Belanjawan Seimbang
- hasil kerajaan = perbelanjaan kerajaan
2. Belanjawan Lebihan
- hasil kerajaan > perbelanjaan kerajaan
3. Belanjawan Defisit
- perbelajaan kerajaan > hasil kerajaan


Inflasi bermaksud sebagai suatu keadaan apabila tingkat harga umum naik secara berterusan dan tidak terhad.


Kemelesetan ekonomi berlaku apabila keluaran negara menurun secara berterusan dan kadar pengangguran meningkat untuk jangka masa panjang.


Cara Belanjawan Negara Mengatasi Inflasi

a) Menaikkan kadar cukai
b) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

Cara Belanjawan Negara Mengatasi Kemelesetan
a) Mengurangkan kadar cukai
b) Menambahkan perbelanjaan kerajaan



Hutang Negara merupakan pinjaman kerajaan persekutuan sama ada dari sumber dalam negeri atau luar negara untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan kerajaan.

Sumber Pinjaman Kerajaan terbahagi kepada 2 iaitu:-
1. Sumber Pinjaman Dalam Negeri
2. Sumber Pinjaman Luar Negara

Sumber Pinjaman Dalam Negeri
  • Sekuriti Kerajaan / Surat Jaminan Kerajaan
  • Bil Perbendaharaan
  • Sijil Pelaburan
  • Pinjaman Lain
Sumber Pinjaman Luar Negara
  • Pinjaman Pasaran
  • Pinjaman Projek
  • Kredit Pembekal


Tujuan Pinjaman Kerajaan
  1. Menampung kekurangan hasil kerajaan
  2. Membiayai pembangunan ekonomi
  3. Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai
  4. Pengagihan pendapatan melalui projek tertentu


Kelebihan Meminjam dari Sumber Dalam Negeri berbanding Sumber Luar Negara
  1. Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing
  2. Tidak melibatkan pengaliran keluar wang
  3. Lebih mudah dan fleksibel
  4. Kadar faedah lebih rendah

4U9525 CRASH: Black box has 1st clues to Alpine jet crash that killed 150 - NST

SEYNE-LES-ALPES: 
Helicopters surveying the scattered debris of a German jetliner lifted off at daybreak on Wednesday as investigators sought clues in the wreckage and the black box from the plane that lost radio contact, went into a dive and slammed into the Alpine mountainside. All 150 aboard were believed dead.
Victims on the flight from Spain to Germany included two babies, two opera singers, an Australian mother and her adult son vacationing together, and 16 German high school students and their teachers returning from an exchange trip to Spain.
While investigators searched through debris from Flight 9525 on steep and desolate slopes, families across Europe and beyond reeled in shock. French authorities set up a chapel in a gymnasium as a space to mourn.
“The site is a picture of horror. The grief of the families and friends is immeasurable,” German Foreign Minister Frank-Walter Steinmeier said after being flown over the crash scene. “We must now stand together. We are united in our great grief.”
Pierre-Henry Brandet, spokesman for France’s Interior Ministry, says investigators are working to recover information from the black box retrieved from the scene of the crash. Brandet told French network iTele that recovery crews are expected to reach the site where the Germanwings went down sometimes Wednesday morning.
He said no causes had been ruled out in the crash.
The White House and the airline chief said there were no sign that terrorism was involved, and German Chancellor Angela Merkel cautioned against speculating on the cause.
The Airbus A320 operated by Germanwings, a budget subsidiary of Lufthansa, was less than an hour from landing in Duesseldorf on a flight from Barcelona when it unexpectedly went into a rapid 8-minute descent on Tuesday. The pilots sent out no distress call and had lost radio contact with their control center, France’s aviation authority said.
Germanwings said 144 passengers and six crew members were on board. Authorities said 67 Germans were believed among the victims, including the 16 high school students and two opera singers, as well as many Spaniards, two Australians and one person each from the Netherlands, Turkey and Denmark. In Japan, the government said two Japanese citizens were believed to be on the plane.
It took investigators hours to reach the site, led by mountain guides to the craggy ravine in the southern French Alps, not far from the Italian border and the French Riviera.
Video shot from a helicopter and aired by BFM TV showed rescuers walking in the crevices of a rocky mountainside scattered with plane parts. Photos of the crash site showed white flecks of debris across a mountain and larger airplane body sections with windows. A helicopter crew that landed briefly in the area saw no signs of life, French officials said.
“Everything is pulverized. The largest pieces of debris are the size of a small car. No one can access the site from the ground,” Gilbert Sauvan, president of the general council, Alpes-de-Haute-Provence, told The Associated Press.
“This is pretty much the worst thing you can imagine,” said Bodo Klimpel, mayor of the German town of Haltern, rent with sorrow after losing 16 tenth graders and their two teachers from a local high school.
Merkel, French President Francois Hollande and Spanish Prime Minister Mariano Rajoy were to visit the crash site Wednesday.
French Interior Minister Bernard Cazeneuve said one of two black boxes was retrieved from the site and “will be immediately investigated.” He did not say whether it was the flight data recorder or the cockpit voice recorder.
The two devices — actually orange boxes designed to survive extreme heat and pressure — should provide investigators with a second-by-second timeline of the plane’s flight.
The voice recorder takes audio feeds from four microphones within the cockpit and records all the conversations between the pilots, air traffic controllers as well as any noises heard in the cockpit. The flight data recorder captures 25 hours’ worth of information on the position and condition of almost every major part in a plane.
Lufthansa Vice President Heike Birlenbach told reporters in Barcelona that for now “we say it is an accident.”
Germanwings is low-cost carrier owned by Lufthansa, Germany’s biggest airline, and serves mostly European destinations. Tuesday’s crash was its first involving passenger deaths since it began operating in 2002. The Germanwings logo, normally maroon and yellow, was blacked out on its Twitter feed.
Authorities faced a long and difficult search-and-recovery operation because of the area’s remoteness. Temperatures early Wednesday hovered just above freezing, and snow coated nearby mountaintops.
French Interior Ministry spokesman Pierre-Henry Brandet said the crash site covered several acres, with thousands of pieces of debris, “which leads us to think the impact must have been extremely violent at very high speed.”
The last time a passenger jet crashed in France was the 2000 Concorde supersonic jet accident, which left 113 dead. -- AP

DAP TIADA HUBUNGAN LAGI DENGAN HADI

KUALA LUMPUR 24 Mac - DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan ne­geri Selangor.

“DAP kesal dengan pengkhianatan Abdul Hadi. Kami telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepemimpinan beliau dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan sebarang kerjasama dengannya.

“Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman ini berlaku. Beliau tidak jujur dan bermaruah.

“Tindakan yang diambil sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) juga akan menyebabkan kedudukan majlis pimpinan pakatan pembangkang dalam keadaan terawang-awang namun kami akan bertemu dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membincangkan masa depan kami nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat tergempar CEC malam tadi diadakan bagi membincangkan kedudukan serta pendirian parti itu dalam pakatan pembangkang selepas Pas meneruskan pembentangan Rang ­Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Kelantan pada Rabu lalu yang diluluskan sebulat suara sehari selepas itu.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, partinya tetap berkeras menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana bercanggah dengan Perlembagaan.

“Pengundi yang menyokong Pas dalam pilihan raya umum lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Yang melanggar dasar ini adalah Pas,” tegasnya.

Dalam pada itu, ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini, Guan Eng turut mendesak Abdul Hadi me­ninggalkan pakatan pembangkang sekiranya masih bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di Parlimen.

Menurut Guan Eng, sekiranya Abdul Hadi masih berdegil untuk meneruskannya, beliau harus melaksanakannya di atas kapasiti peribadi sebagai Ahli Parlimen dan bukan sebagai anggota pakatan pembangkang.

DAP TAK AKAN PERNAH SETUJU DENGAN HUDUD - Datuk Mashitah Ibrahim



"Menurut Kit Siang, apabila Pas dan Umno saling berjuang menegakkan agama Islam, ini tidak baik untuk demokrasi dan hak asasi rakyat, boleh menjejas kemajuan ekonomi dan persaingan antarabangsa serta membantut usaha mengekalkan Malaysia sebuah negara sekular"
Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

Penentangan DAP kepada perlaksanaan hudud di Malaysia bukan pekara baru. Sudah sekian lama DAP menwar-warkan penentangannya kepada apa sahaja yang berkaitan dengan Islam terutama hudud.  DAP juga mengulangi pendirian bahawa semua parti komponen Pakatan Rakyat hanya perlu berpegang kepada aspirasi DAP sahaja yang telah diubah suai menjadi "semangat Dasar Bersama" melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR. DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana  kononnya ia bercanggah dengan Perlembagaan. Bagi DAP seinci pun tidak akan mengubah pendiriannya terhadap perlaksanaan hudud di Malaysia.

Kelulusan sebulat suara Rang Undang- Undang (RUU) Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan khamis lalu bagaikan menyimbah minyak keatas api yang selama ini telah merebak dalam sekam Pakatan Pembangkang. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP melemparkan tuduhan terhadap PAS sebagai pengkhianat, tidak jujur dan tidak bermaruah kepada Aspirasi Pakatan Rakyat kerana berkerjasama dengan UMNO merealisasikan perlaksanaan hudud di Kelantan. 

DAP yang selama ini dilihat membuli dan memperkadukkan PAS kita telah di "checkmate" oleh tindak berani PAS. Dalam masa yang sama Tuan Guru Hadi Awang turut memberi kata dua kepada DAP agar jangan masuk campur urusan PAS atau DAP boleh keluar dari pakatan. Bagi PAS, DAP bukan sahaja bersikap kurang ajar malah tidak menghormati dasar perjuangan parti Islam. 

 Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Mashitah Ibrahim, Hubungan "cinta" PAS dan DAP ini bukan hari ini saja bergelora. Sebelum ini dalam Barisan Alternatif bersama Semangat 46, PAS dan DAP bertelagah dalam isu yang sama, ketika itu PAS dibawah pimpinan Dato Ustaz Fadhil Noor bergabung dengan Parti Semangat 46 dan DAP dibawah Lim Kit Siang. 

Menurutnya, PAS ketika itu menolak satu persefahaman yang dipanggil "Pendirian Lima Perkara". Antara intipati lima pekara tersebut ialah; 
1)Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu 
2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam  
3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu 
4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan 
5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.

"Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam.

Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.

Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir". tambah Datuk Mashitah Ibrahim didalam akhbar sinar harian.


Apa yang lebih mendukacitakan PAS masih lagi sangsi dengan ketulusan UMNO menyokong penuh perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Dalam satu kenyataan AJK PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan dalam KENYATAAN dalam akaun FBnya berkata, berdasarkan rekod lama UMNO, PAS tidak boleh bergantung harap kepada mereka (UMNO).

Anakanda Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, YB Nik Abduh Nik Aziz pula melahirkan hasratnya untuk melihat ketulusan UMNO menyokong RUU ini. 

Seluruh muslim Malaysia mengharapkan UMNO ikhlas memberi sokongan kepada RUU pindaan di parlimen nanti yang akan membolehkan pelaksanaan kanun jenayah syariah (hudud) di Kelantan.
Doakan UMNO ikhlas menyokong. Anda tahu PAS takkan rugi apa-apa jika UMNO hanya bersandiwara. Peranan PAS adalah pada tahap dan upayanya. Allah tidak menuntut lebih daripada itu.
Istiqamah adalah jalan PAS. Tiada putus asa menyeru kesatuan ummah di atas jalan Islam yang dilakar baginda صلى الله عليه وسلم.
Doakan UMNO ikhlas menyokong. Walau benci, anda sia-sia jika harapkan UMNO mungkiri janji semata-mata kerana kepentingan politik, politik, politik." Nik Abduh Nik Aziz.

Dalam kepelbagaian pendapat PAS dan UMNO, diharap titik pertemuan yang baru berputik ini janganlah disia-siakan. Usahlah diharapkan kepada mereka yang membenci Islam untuk menyokong usaha murni ini. UMNO telah lama membela Islam ketika PAS sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah bersama DAP. UMNO juga yang mengejutkan PAS dari lamunan dan khayalan di siang hari. Setelah pelbagai hinaan dan kejian melampau DAP kepada PAS dan peribadi Presiden seharusnya PAS celik dan sedar diri bahawa "mereka tidak sesekali redha dengan agama Islam". Kembalilah kepada Islam yang sebenar, kukuhkan penyatuan Ummah.

Wallahualam.







Saturday, March 21, 2015

KABINET DIMAKLUMKAN MENGENAI HUDUD - Utusan

MOHD. SHAFIE APDAL bersama Naib Prinsipal Royal Agricultural University
MOHD. SHAFIE APDAL bersama Naib Prinsipal Royal Agricultural University United Kingdom (RAU), Prof. Dr. Paul Davies pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan RAU di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya, semalam. BERNAMA
PUTRAJAYA 20 Mac – Kabinet telah dimaklumkan mengenai pelaksanaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hukum hudud di Kelantan dan bersetuju dengan sokongan yang diberikan wakil UMNO di Kelantan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perkara tersebut tidak boleh diulas panjang kerana UMNO telah bersetuju supaya ada jurucakap yang dilantik untuk membicarakan perkara berkenaan kepada umum.

"Kita memang amat setuju supaya hudud dijadikan sebagai undang-undang yang diluluskan kerana ia adalah hukum Allah, jadi kita sememangnya memberi sokongan (terhadap hudud).

"Tiada persoalan bahawa kita menentang hukum Allah, cuma cara pelaksanaannya perlu ditingkatkan lagi. Pendirian kita selaku pimpinan yang ada adalah bersetuju dengan suara yang diberikan oleh wakil UMNO di Kelantan," katanya dalam sidang akhbar sini hari ini.
Semalam Kelantan mencipta sejarah sekali lagi apabila pindaan kepada Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Ini merupakan kali kedua rang undang-undang yang lebih dikenali dengan hukum hudud itu diluluskan di Dewan tersebut selepas kali pertama dibawa pada 1993.

Kesemua 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada Pas, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika ia diluluskan.
Keputusan itu juga menunjukkan kesepakatan kesemua ADUN yang beragama Islam biarpun berbeza fahaman politik untuk meluluskan hukum Allah itu biarpun ada di antaranya terpaksa dipapah untuk datang ke sidang DUN dan dihalang oleh partinya sendiri.

ADUN Guchil, Roslan Puteh daripada PKR paling menarik perhatian apabila tetap hadir walaupun diarah supaya tidak berbuat demikian oleh kepimpinan tertinggi parti itu.