Thursday, June 25, 2015

PAS SELANGOR KEKAL TAAT PADA MB

Adun PAS Selangor diarah kekal taat pada MB. 

Silat Hadi Awang dengan DAP makin menarik dan membelit. Apa tindakan DAP pula selepas ini ?




SHAH ALAM - Kesemua Adun Pas di Selangor diarahkan supaya terus setia bersama Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi mengekalkan kedudukan kerajaan negeri yang memerintah pada hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, Pas Pusat sudah pun memberi arahan kepada Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk menyampaikan perkara itu kepada semua Adun Pas di negeri ini.

"Ingin saya pertegaskan bahawa, kerjasama Pas dengan komponen dalam PR di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat," katanya.

Abdul Hadi dalam kenyataan media sama turut menegaskan “Pas akan terus dan tetap melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah”; dan juga nyata termaktub dalam Perlembagan Pas [Fasal 7(1)] bahawa hukum tertinggi dalam perlembagaan Pas ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ ulama dan Qiyas".

"Pas sesungguhnya menyedari bahawa iklim kerjasama yang dibina dalam PR pada waktu ini adalah pada tahap yang paling mencabar dan berdepan dengan perbezaan prinsip yang memerlukan penyelesaian yang adil bagi memenuhi aspirasi seluruh rakyat yang mahukan perubahan.

“Bagi Pas, muafakat asal yang dibina adalah kebersamaan dalam perkara yang dipersetujui dan menjadi kepentingan bersama, manakala dalam masa yang sama mengiktiraf kewujudan perbezaan pandangan dan prinsip perjuangan parti masing-masing di kalangan parti dalam PR," tegas Abdul Hadi lagi.

DAP Selangor baru-baru ini menyarankan pembentukan kerajaan gabungan di negeri Selangor sebagai alternatif sekiranya Pas bertindak menarik diri daripada memberi sokongan kepada kepimpinan Azmin.

Wednesday, June 24, 2015

DUA JUTA PERKERJA ASING HILANG , PERTAMBAHAN TIDAK MASUK AKAL.


Dua Juta pekerja asing "GHAIB" selepas masuk sebagai buruh pembinaan tetapi menyertai sektor lain secara haram untuk tinggal lebih lama di negara ini.

Tindakkan menambah jumlah pekerja asing pada jumlah yang sama selepas 20 tahun adalah tidak masuk akal kerana pertambahan sebelum ini sudah melebihi keperluan.
‪#‎Imigresen‬ ‪#‎KDN‬ mohon bertindak sebelum masalah menjadi lebih besar.

Kita bina negara bukan untuk menyusahkan rakyat.

Sejumlah 2.07 juta pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara direkodkan berada di negara ini setakat 31 Disember tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
  
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kemasukan warga asing itu khususnya didorong kebergantungan negara terhadap pekerja asing bagi sektor-sektor yang dikategorikan sebagai kritikal.
   
"Kekurangan minat pekerja tempatan menceburi sektor pekerjaan yang tiada nilai komersial dan kebolehtahanan pekerja tempatan yang tidak kekal juga menyebabkan tenaga kerja asing menjadi sandaran pelbagai sektor di negara ini," katanya.
   
Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) tentang statistik pekerja asing serta usaha yang diambil kerajaan bagi menempatkan semula pekerja tempatan dalam pelbagai sektor pekerjaan serta langkah mengurangkan pekerja asing secara berperingkat.
   
Berhubung usaha untuk menarik minat pekerja tempatan, Ismail berkata beberapa inisiatif diambil antaranya mewujudkan Standard Latihan Pekerjaan Kebangssan sebagai standard melatih pekerja bagi sesuatu bidang mengikut keperluan industri.
 
Kerajaan juga memperkenalkan Sistem Latihan Dual Nasional untuk menyediakan tenaga kerja mahir negara melalui kaedah latihan industri yang komprehensif dan
terkini bagi memastikan kemahiran tenaga kerja dipertingkat, katanya.
   
Menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) tentang penyediaan tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan sektor industri dan gas, Ismail berkata kerajaan telah menyediakan program latihan dengan jumlah terkini pelajar yang sedang mengikuti latihan kemahiran di 14 buah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia adalah seramai 1,518 orang.
   
"Terdapat 19 program latihan ditawarkan termasuk Megatronic, Quality Assurance Engineering dan Computer Neumerical Control," tambahnya.
   
Sehingga Februari lepas, katanya Jabatan Pengurusan Kemahiran telah mentauliah enam buah pusat bertauliah kerajaan yang menawarkan program bagi industri minyak dan gas. - 

MALAYSIA AKAN SAMBUT ULANG TAHUN MEMPERINGATI NAHAS MH17


Tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh pada 18 julai 2014 masih lagi segar dalam ingat semua rakyat Malaysia. Tragedi kedua selepas kehilangan MH370 empat bulan sebelum itu telah meragut nyawa 298 termasuk krew penerbangan. 

Sehingga hari ini rakyat Malaysia masih lagi trauma dan meratapi kisah sedih tragedi yang menjadi ingatan seluruh dunia.

Oleh itu, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat, kerajaan Malaysia akan mengadakan ulang tahun pertama memperingati tragedi nahas pesawat Penerbangan Malaysia yang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine, di Kuala Lumpur bulan depan.

Selain Malaysia, Belanda dan Australia juga akan mengadakan ulang tahun tersebut di negara masing-masing. Belanda telah tetapkan pada tarikh 17 Julai ini sebagai tarikh sambutan tersebut manakala Malaysia dan Australia belum lagi membuat keputusan. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pihaknya sedang menyediakan laporan untuk melaksanakan sambutan ulang tahun memperingati nahas itu kepada kabinet dan akan membentangkannya rabu depan.


Tiong Lai juga mengalu-alukan kehadiran waris mangsa nahas yang ingin turut sama menyambutnya di Belanda. Segala kos tiket penerbangan waris nahas akan ditanggung oleh MAS.

Berkenaan tarikh yang difikirkan sesuai untuk sambutan tersebut, beliau berkata, " kabinet sendiri akan putuskannya kerana ia akan menjadi acara di peringkat kebangsaan. Kabinet akan meneliti laporan berkenaan nahas itu sebelum menentukan tarikhnya. 


Pesawat Boeing 777 ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 julai 2014, semua penumpang dan anak kapalnya terkorban. 




JAKEL SASAR JUAL SEJUTA PASANG KOLEKSI



SYARIKAT tekstil terbesar, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) menyasarkan jualan sebanyak sejuta pasang koleksi pakaian mereka sepanjang Ramadan tahun ini.

Dengan mengekalkan harga berpatutan dan murah, Jakel turut menawarkan pelbagai promosi termasuk diskaun sehingga 70 peratus. 

Pengarah Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel berkata, pelbagai koleksi pakaian disediakan untuk pilihan pelanggan dengan dengan promosi harga runtuh dan lelongan.

“Saya percaya jualan tahun ini meningkat dengan kempen terbaharu kami 'Penjunam Harga' yang diadakan di seluruh negara.



“Selain promosi yang diadakan, sempena musim perayaan ini, harga-harga pakaian dan koleksi lain dijual dengan harga lebih murah berbanding biasa,” katanya.

Mohamed Nizam berkata, Jakel sentiasa menekankan kualiti jahitan dan fabrik supaya pelanggan akan berpuas hati ketika membeli.

“Setiap tahun, kami lakukan peningkatan dan menjaga kualiti. Kami akan pastikan tahun ini akan lebih baik berbanding tahun sebelum-sebelum ini selain jualan pada harga cukup murah.

“Kami menyediakan pelbagai fabrik mengikut keselesaan pelanggan, paling penting kalis peluh,” katanya.

Mohamed Nizam berkata, koleksi Baju Melayu Aaron Aziz dijual sebanyak 1,500 pasang dalam tempoh 30 minit dan ia merupakan kejayaan yang amat membanggakan Jakel.

"Seperti saya katakan, kami yakin dengan sasaran kami untuk meningkatkan jualan kami setelah melihat momentum pembelian setiap tahun yang memberangsangkan, dan menyasarkan jualan lebih tinggi daripada tahun lalu," katanya.

Rekaan lebih trendy

Bukan hanya Aaron Aziz, malah Jakel melantik seorang lagi duta baharu iaitu pelawak popular, Nabil Ahmad.

Pemilihan Nabil adalah untuk menarik lebih ramai golongan muda.

"Baju Melayu Nabil Ahmad dijual bermula pada harga RM89 dan ia direka khas untuk golongan muda dan hipster.

"Koleksi tersebut mempunyai empat kualiti dengan 126 warna yang menarik," katanya.

Dalam pada itu, koleksi baju kurung Rozita Che Wan tampil dengan 39 rekaan dilengkapi 147 warna serta pelbagai saiz.


"Jakel meraikan semua golongan, daripada lelaki, wanita hinggalah kanak-kanak. Untuk koleksi terkini baju kanak-kanak pula, kami memilih karakter Upin Ipin.

"Didatangkan untuk lelaki dan perempuan, ia bermula dari saiz kosong sehingga 13 tahun dan harga mengikut saiz serendah RM75 sepasang,” katanya.

Beliau berkata, koleksi Baju Melayu Aaron Aziz yang kini sudah tiga tahun di pasaran antara yang mendapat sambutan paling menggalakkan.

“Ternyata pemilihan Aaron Aziz sebagai duta Jakel berbaloi kerana dia seorang yang komited terhadap kerjanya.

“Bahkan dia juga memenuhi kriteria dan ciri-ciri pihak Jakel mahukan selain mempunyai bilangan pengikut yang sangat ramai,” katanya.

FILEM BUKIT KEPONG BERWAJAH BARU



Filem Bukit Kepong diberi nafas baru dalam bentuk HD. Mengambil masa selama 3 bulan dengan kos RM100,000 untuk membaik pulih, ditambah dengan kesan bunyi, warna dan kualiti gambar seolah-olah filem ini baru habis pengambaran. 

Bakal ditayangkan pada hari kemerdekaan ke 58 di panggung wayang dan pawagam.

Jom saksikan filem yang menjadi igauan ngeri Parti Komunis Malaya dan keturunan mereka.

KUMPULAN Syarikat KRU mengambil inisiatif membaik pulih dan memberi nafas baru kepada filem epik Bukit Kepong yang bakal ditayangkan menerusi versi definisi tinggi (HD) pada bulan kemerdekaan ke-58.

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim berkata, filem itu akan ditayangkan di pawagam serta wayang di dalam taman.

“Kita berusaha menyelamatkan kandungan filem tersebut. Kerja rumit ini dijalankan dengan penuh teliti selama tiga bulan dengan proses pemulihan filem yang menelan kos kira-kira RM100,000,” katanya.

Norman berkata, pihaknya juga melakukan kerja ‘digital remastering’ bagi visual dan audio filem yang diterbitkan oleh Jins Shamsudin Productions pada tahun 1981.

“Kami mendapati keadaan filem negatif berkenaan tidak begitu baik dimana filemnya telah melekat dan tidak boleh diimbas.

“Ia perlu melalui beberapa proses yang agak lama di makmal bagi membersihkannya dengan menggunakan bahan kimia,” katanya.


Menurutnya, selain filem ini dinaik taraf ke HD, mutu audio juga dipertingkatkan dengan proses adunan semula dari mono ke stereo.

“Kita turut menambah kesan khas bunyi, selain itu kualiti warna turut dipertingkatkan seolah-olah filem ini baru menjalani penggambaran,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman tayangan filem Bukit Kepong versi HD, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Filem Bukit Kepong melambangkan semangat juang anggota polis yang terkorban dalam mempertahankan maruah dan menyelamatkan tanah air daripada dijajah oleh pengganas komunis pada 23 Februari 1950.

Filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya meraih tujuh anugerah termasuk Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 3.  

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, filem ini mampu menarik minat generasi muda bagi memupuk semangat patriotik.

“Pada masa yang sama ia dapat memberi kefahaman kepada orang muda tentang pengorbanan anggota polis dari dahulu sehingga kini,” katanya.

Tuesday, June 23, 2015

SELANGOR WAJAR SERAH SEMULA KEPADA RAKYAT

Perang mulut antara  DAP dan PAS kini mula berjangkit dengan PKR di Selangor dan Pulau Pinang. Tatkala Lim Guang Eng menyatakan Pakatan sudah berkubur, ketua AMK Pulau Pinang pula bertegas pakatan mereka masih wujud. Manakala Menteri Besar Selangor Azmin Ali kelihatan bingung dengan kemelut baru pakatan yang dilihat mendesak beliau membubarkan DUN Selangor. "Pilih antara PAS dan DAP, atau Bubar DUN Selangor ...!!!" desak Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, berpendapat adalah lebih baik kerajaan Selangor menyerah semula pentadbiran kepada rakyat negeri Selangor. Ini kerana sudah tidak ada kesepakatan dalam pentadbiran dan pengurusan negeri Selangor.

 Bahkan mereka tidak berjaya mewujudkan polisi bersama dalam usaha mereka menawan Putrajaya. PAS tegas dengan undang-undang hududnya dan DAP pula menentang perlaksanaannya. Jika mereka berjaya pun memerintah, negara tidak akan stabil dan kucar kacir. "Negara ini ada pelbagai jenis kaum maka satu konsensi yang di persetujui bersama di perlukan” tegas Liow Tiong Lai.

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai lagi, kedua-dua parti ini DAP dan PAS tidak ikhlas menjaga kebajikan rakyat, masing-msing hanya menjaga kepentingan parti masing-masing dan bukannya kepentingan rakyat.

Saya ingin berpesan kepada orang ramai jangan sama sekali di perdaya oleh DAP”,  Liow Tiong Lai.

DAP yang selama ini kita kenal tidak pernah menunjukkan keikhlasan mereka membantu rakyat, sebelum berjaya memerintah mereka menjanjikan pelbagai kebaikan untuk rakyat tetapi selepas berjaya mencapai hasrat mereka memerintah barulah wajah sebenar mereka muncul.  Mereka sentiasa menyembunyikan hasrat mereka asalkan dapat memerintah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha MCA, Datuk Wee Jeck Seng dalam satu kenyataan berkata," Parti-parti Pakatan tidak berperinsip dan tidak bertanggungjawab, walaupun  Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan Pakatan tidak lagi wujud, tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan Datuk Mohd Salleh Man sebagai wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang.

Apa yang mereka tunjukkan bukanlah satu usaha untuk membela rakyat tetapi lebih kepada kepentingan diri untuk terus berkuasa. 

Bagi penulis, pertelagahan ketiga-tiga parti jelas menujukkan mereka gagal dalam menunjukkan ciri-ciri pemerintah yang cekap, telus dan berintigriti. Rakyat mahukan kerajaan yang stabil dan boleh mejamin ekonomi yang baik untuk mereka. Jalan terbaik ialah rakyat perlu tolak parti yang menyusahkan mereka. 





Monday, June 22, 2015

BERANI GAGAL - KISAH JUTAWAN THAILAND MUFLIS 1997 KEMBALI BANGKIT


Disini saya ingin berkongsi salah satu kisah ISPIRASI kejayaan seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali. Pada tahun 1997, berlaku kegawatang ekonomi di Asia, Sirivat Voravetvuthikun seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dengan sekelip mata semua kekayaannya hilang di sebabkan kejatuhan pasaran sahan dan pasaran hartanah di Thailand.
Banggunan Kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebab dia gagal membayar balik pinjaman bank.Disamping itu juga bagaimana seorangn jutawan berhadapan dengan pekerja kira-kira 40 orang . Beliau juga terpaksa menanggung pembelajaran 3 orang anaknya di England dan New Zealand.

Seorang jutawan , kini bergelar penjual sanwich dijalanan.
Walaupun sudah diistihar muflis menanggung beban hutang yang besar, beliau terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki keadaan dan tabah untuk membina kembali empayar bisnes yang sudah lenyap. Perkara yang paling gigih dilaku dengan menjual sanwich dijalanan . Makanan yang dibawa dengan berjalan kaki seberat 2 kilo dibahu. Bayangkan seorang bekas jutawan melakukan kerja bergitu.
Pada hari pertama pernigaan sanwich berpeolehi keuntungan sebanyak 14 dollar hanya 6 kotak sahaja yang terjual. Lebihan sanwich tersebut pula di sumbangkan kepada badan kebajikan. Beliau tidak menjualnya kembali, keesokan beliau mencuba kembali dan apa yang pasti makan yang dijual mestilah segar dan bermutu. Saban hari peniagaan semakin maju dengan sikap ketekunan beliau.

Isteri Sirivat bukan seorang tukang masak, apa yang dihasilkan adalah dari usaha yang gigih untuk memastikan apa yang dihasilkan adalah yang terbaik. Usaha keras Sirivat menjadi pendorong pengusaha lain untuk berkerjasama dengan beliau dan Sirivat dapat mengetuai penjual-penjual sanwich jalanan di Kota Bangkok. Di sini juga Sirivat telah mengambil pekerja jalanan tersebut untuk berkerja dengan beliau dan menjadi pekerja mahir dalam pembuatan sanwich.
Di Samping itu juga dia juga mengambil pekerja lamanya untuk sama-sama berniaga. Apa yang paling menyedihkan , kenalan yang sama-sama kaya dahulu hanya membunyikan hon kereta saya. Terlintas dalam fikirannya " kenapa kawan tidak beli Sanwich aku sedangkan mereka tahu bahawa sekarang aku susah ?. Pernah juga dia dihalang untuk berniaga kerana berniaga dikawasan larangan.
Namun Sarivat tidak pernah putus segala halangan yang dihadapi menjadi semangat yang untuk terus berjaya. Ada yang mengatakan menjual sanwich adalah perniagaan yang sukar memperolehi keuntungan kerana rata rakyat Thai perlu nasi sebagai makanan harian mereka.Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.

14 tahun KINI !!!!
Kini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.
Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi seorang penceramah (speaker) jemputan yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.
Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap,
"Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah,
bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong. KEKUATAN SAYA ADA DI DALAM DIRI IATU SEMANGAT JUANG YANG TINGGI.” Jawab beliau