Wednesday, June 10, 2015

JASA PEMIMPIN UMNO KEPADA ANAK BANGSA

UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. 

Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. 

Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. 

Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.



Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).
Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah melangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965. Menurut Y.A.B. Tun Abdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasa RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan MARA.

MARA, nama singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila British Institute of Management memansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh atau “External Exam”, kolej MARA mula menjalankan program Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Program tersebut telah mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh Ealing Technical College of London yang turut menjadi pemeriksa luar.

Hasil dari kajian dan penyelidikan yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1965 menyatakan bahawa negara menghadapi masalah kekurangan pekerja terlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah ini, 300 ekar tanah di Shah Alam telah diluluskan untuk menjadi tapak kampus kolej MARA. Pada 14 Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak dan dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.

Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerja pada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITM telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. Pembangunan ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secara keseluruhannya. Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badan bebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengan kemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976 yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan. Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambil tempat berikutan dari keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti-universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuah universiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999. Berikut adalah penukaran yang telah dibuat :
  1. Badan pentadbiran ITM, Lembaga Majlis, telah ditukar kepada Ahli Lembaga Pengarah dengan pembabitan lebih ramai perwakilan dari sektor swasta;
  2. Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa untuk menggubal bagi pihak institut;
  3. Senat telah ditubuhkan;
  4. Ramai ketua pegawai ITM mengalami proses pertukaran lantikan. Pengarah ditukar kepada Rektor, Ketua Pegawai kepada Provos, manakala Ketua dan Pensyarah Senior ditukar kepada Profesor dan Profesor Madya;
  5. Setiap jabatan diberi nama Fakulti;
  6. ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran;
  7. ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luar negara dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan;
  8. ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibat dalam pelaburan, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkan komersial.
  9. Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepada Lembaga Pengarah.
  10. Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj;
  11. Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplin diperketatkan. Ketika itu, ITM telah menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri. Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang terakhir adalah di Kuala Pilah, Negeri sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawangan memulakan operasi di premis sementara, namun, penubuhan ini memunyai strategi dan pelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah berpindah ke lokasi yang tetap kecuali kampus Kuala Pilah.

Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini semua dibuktikan melalui pencapaian dan anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Antaranya ialah menawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub Utara, serta kejayaan memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi di Geneva, juara dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, serta terkini kejayaan ekspedisi solo berbasikal menjelajah 7 benua.


Akta 173 telah digubal sempena penubuhan UiTM. Akta ini dianggap penting kerana ia menyediakan garis panduan untuk penyelenggaraan dan kelancaran pentadbiran serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Akta ini juga bertindak sebagai perakuan peralihan institusi dari sebuah institut kepada sebuah universiti, beserta kuasa yang diberi untuk membolehkan ia berfungsi seperti universiti-universiti lain, termasuklah penawaran kursus-kursus pengajian dan penganugerahan ijazah pada semua peringkat.

DAP BERI KATA DUA KEPADA AZMIN

DAP Selangor hari ini memberi kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk memilih sama ada meneruskan kerjasama dengan parti itu atau pun dengan Pas dalam pentadbiran negeri itu.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh Mohamed Azmin berikutan tindakan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP pada muktamar lalu.
Kenyataan Tony itu adalah selaras dengan kenyataan Ahli Parlimen Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut menyarankan perkara sama.
“Saya setuju jika Pas mahu Mohamed Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan.
“DAP akan bercakap dengan Mohamed Azmin untuk melihat kedudukannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, amat mustahil untuk DAP, Pas dan PKR mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kedudukan dalam kerajaan negeri itu.
“Bagaimana anda mahu kita berdamai? Melainkan Pas mengadakan muktamar lain dan menarik balik resolusi memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP itu,” katanya.
Beliau berkata, konflik dalaman pakatan pembangkang itu tidak seharusnya berterusan kerana dikhuatiri akan menjejaskan peluang kemenangan gabungan parti pembangkang berkenaan dalam pilihan raya akan datang.
Muktamar yang berlangsung minggu lepas menerima usul tanpa bahas Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

LANGSUNG TIDAK PERNAH BAYAR CUKAI...???

KUALA LUMPUR 9 Jun - Kira-kira 10 pe­ratus daripada 380,000 buah syarikat yang berdaftar untuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), didapati tidak pernah memiliki sebarang rekod percukaian.

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T. Subromaniam berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah entiti yang ‘lari’ daripada pembayaran cukai sedangkan mereka mengaut keuntungan beratus ribu ringgit setiap tahun.

“Situasi ini disebut sebagai hidden economy di mana kelemahan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan yang sepatutnya diperoleh.

“Melalui pelaksanaan GST, kita dapat mengesan dan memastikan mereka memberikan sumbangan kepada negara melalui sistem percukaian seperti syarikat-syarikat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ketiga GST di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Dewan Perundangan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Steward J. Forbes.

Dalam pada itu, Subromaniam menyifatkan beliau amat berpuas hati dengan pelaksanaan GST setakat ini.

“Kita mempunyai tiga penanda aras bagi mengukur keberkesanan sistem percukaian baharu iaitu dari segi pendaftaran, penghantaran balik penyata cukai dan proses tuntutan bayaran balik.
“Saya sangat berpuas hati kerana kita mempunyai antara sistem tercanggih, proses tuntutan pembayaran balik yang sangat cepat dan penguatkuasaan yang baik,” katanya.

Tuesday, June 9, 2015

ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA

ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA (ASBF)

Aliran Yang Ditawarkan Di Asrama Bakti Felda.
1•ALIRAN BIASA (ASBKL, ASB, ASSBKTN)
2• ALIRAN TAHFIZ (ASSBKTN)

Syarat Kelayakan Kemasukan Aliran Biasa.
1• Anak Peneroka / Anak Kakitangan FELDA dan Kumpulan FELDA.
2• Cucu Peneroka.
3• Status Peneroka Setia Bersama FELDA.
4• Keputusan UPSR minima 3A 2B (Matematik & Sains A).
5• Aktif Ko-Kurikulum.
6• Sihat Tubuh Badan.
7• Berjaya Dalam Temuduga.

Syarat Tambahan Kemasukan Aliran Kelas Tahfiz.
1• Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
2• Keutamaan diberi jika mempunyai sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) atau yang setaraf dengannya.
3• Berakhlak mulia dan mematuhi peraturan asrama.
4• Mendapat markah yang tinggi dalam temuduga.
5• Berminat dalam hafazan Al-Quran.

Faedah Kemasukan dan Faedah Di Asrama Semai Bakti Felda.
1• Penempatan sekolah adalah di sekolah-sekolah yang terpilih.
2• Menyediakan guru-guru tuisyen yang berpengalaman dalam mengajar dan menyediakan kertas peperiksaan.
3• Menyediakan kemudahan pembelajaran.
4• Dorm Penginapan Pelajar
5• Surau.
6• Gelanggang Sukan dan Riadah.
7• Pengangkutan Bas Sekolah dan Van.

Untuk maklumat lanjut ;
☎ 0321912058
📧 edu.unit@felda.net.my
💻 asbfonline.felda.net.my

JABATAN PENDIDIKAN MENENGAH DAN RENDAH FELDA.
TINGKAT 37, MENARA FELDA, PLATINUM PARK, NO 11 PERSIARAN KLCC, 50088 KUALA LUMPUR.


Mohammad Firdaus Hasnel
www.pemudaselempangmerah.blogspot.com

Friday, June 5, 2015

IMAM MUDA FELDA 2015

Dalam usaha meningkatkan ekonomi penoroka-peneroka, FELDA tidak pernah lupa tanggungjawab sosial dan agama kepada masyarakat terutama kepada generasi baru FELDA. 

Hal ini diusahakan oleh Hal Ehwal Pembangunan Islam FELDA iaitu dengan mengambil inisiatif mengadakan Kursus Imam Muda FELDA yang bertempat di Latihan Islam Malaysia (ILIM). 

Kursus ini bertujuan melahirkan imam pelapis dikalangan para belia dikalangan warga peneroka FELDA. Kursus ini telah disertai oleh 33 peserta dari 10 wilayah FELDA.

Selain dari mendedahkan para peserta tentang peranan dan kaedah yang betul sebagai pemimpin dan imam, kursus ini juga dapat membentuk golongan belia yang berakhlak mulia, insan berkualiti dan role model kepada rakan sebaya mereka. 


Menurut Pegawai Unit Pendidikan Islam dan Masjid, Shafie Muda, dalam mempersiapkan dan memperkukuhkan syiar Islam di kalangan generasi baru FELDA bagi menghadapi cabaran arus era globalisasi yang semakin mencabar, pihaknya akan terus memastikan pembangunan modal insan diberi lebih perhatian dan diperkemaskan dari masa ke semasa.

Mereka bukan saja dibentuk untuk menjadi imam, tetapi juga dibekalkan dengan ilmu untuk menjadi pemimpin dimasa akan datang. 

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kursus ialah mengadakan bacaan Al-Quran, membetulkan sebutan bacaan, teknik menyampaikan khutbah, teknik berdakwah dan pelbagai lagi.

Semoga ilmu yang mereka perolehi disini dapat membantu mereka semua menjadi pemimpin yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair.

Penolong Pengarah Kanan ILIM, Tajul Urus Ismail mewakili Pengarah ILIM di majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta-peserta. 

Thursday, June 4, 2015

DAKWAAN TONY PUAKA TERNYATA BENAR, 1MDB TIADA SKANDAL SEPERTI DAKWAAN RAPIJI


MENTERI KEWANGAN ll, DS Ahmad Husni Hanadzlah dalam wawancara TV1 menjelaskan usahasama dengan Petrosaudi tiada kaitan dengan Jho Low dan tiada kehilangan dana, sebaliknya mendatangkan pulangan. Katanya:

1. Dalam usahasama 1MDB-Petrosaudi, Petrosaudi mempunyai pegangan sebanyak 60% dan 1MDB 40%.

2. Petrosaudi telah meletakkan aset, iaitu 2 telaga minyak yang berada dalam peringkat cari gali. Petrosaudi juga telah memberi pinjaman sebanyak USD 700 juta bagi menyokong operasi cari gali yang sedang dilaksanakan.

3. Apabila 1MDB melabur USD 1 bilion ke dalam usahasama ini, 1MDB diminta membayar balik pinjaman berjumlah USD 700 juta.

4. Petrosaudi meletakkan jumlah tersebut di dalam Good Star, iaitu 100% milik Petrosaudi. Laporan media menyebut syarikat Good Star adalah milik Jho Lo, tetapi tiada pengesahan mengenai perkara ini. Petrosaudi telah membuat laporan kepada Fraud Division Polis London menyatakan laporan akhbar itu tidak betul.

5. Pokok persoalannya, adakah pelaburan USD 1bilion itu lesap? Tidak. Tiada kehilangan dana dan pelaburan pokok diperolehi semula bersama pulangan, iaitu sebanyak USD 2.3 bilion yang kemudiannya dipindahkan dari Cayman Island ke BSI Singapura melalui firma pelaburan Brazen Sky limited.

6. Pengeluaran pertama USD 1.2 bilion telah dikeluarkan bagi membayar hutang dan faedah. Pengeluaran kedua mengambil masa untuk dicairkan dan
Aabar Investment PJS, sebuah firma pelaburan Abu Dhabi bersetuju untuk suntik dana sebagai tukaran kepada instrumen pembayaran semula Brazen Sky, iaitu dalam bentuk unit dana di BSI. Aabar sepatutnya membuat pembayaran dalam bulan Ogos, tetapi bersetuju untuk membayar lebih awal kerana proses rasionalisasi 1MDB.

7. Kenapa BSI bukan bank lain? BSI merupakan penjaga atau custodian yang dipersetujui bersama oleh Brazen Sky dan 1MDB.

8. Tidak timbul soal dana hilang atau dana 'lesap' kerana dibayar kepada Jho Low. Terbukti, Tony Pua DAP yang kerap mengelirukan rakyat sebenarnya PENIPU.

Wednesday, June 3, 2015

BELI BROWNFIELD - FGV LUASKAN LADANG DAN JIMATKAN KOS



Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kluster Perladangan FGV, Abdul Halim Ahmad menyatakan bahawa FGV  sedang meneliti beberapa ladang kelapa sawit untuk dibeli dengan keutamaan kepada ladang yang telah dibangunkan (brownfield).

Selain untuk menjimatkan kos, pembelian ini juga dapat meluaskan ladang sedia ada dan seterusnya meningkatkan pendapatan syarikat. Kos dapat dijimatkan dengan mengelak dari membeli atau membuka ladang baru.

Menurut Abdul Halim lagi,"Pembelian melalui brownfield amat penting kerana ianya dapat membantu menstabilkan aliran tunai kumpulan memandangkan FGV  sedang melaksanakan program tanam semula sawit secara agresif bermula 2012 dikawasan seluas 15,000 hektar.

Justeru itu, FGV lebih mengutamakan membeli ladang yang sudah ditanam. Terdapat beberapa ladang sawit didalam dan luar negara yang difikirkan sesuai untuk FGV . Walaupun begitu FGV juga mengkaji untuk meneroka ladang baru jika ia mampu memberi pulangan yang memuaskan jika diusahakan. 

Dalam pada itu, pengambilalihan dua syarikat perladangan iaitu Asian Plantations Ltd. (APL) dan Pontian United Plantations (Pontian) akan mengukuhkan lagi pendapatan syarikat berikutan tanam semula yang dilaksanakan, tambah Abdul Halim lagi.

Dalam memastikan program tanam semula memberi pulangan yang maksima, FGV telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program agar dapat melonjak kedudukan FGV dalam kedudukan yang tinggi menjelang 2020. 

Antaranya termasuklah penggunaan biji benih kelapa sawit yang berkualiti tinggi serta menggunakan teknologi UAV - pesawat tanpa juruterbang bagi memantau kawasan tanaman sawit