Wednesday, April 15, 2015

CHOUPETTE PUN PAKAI JET PERIBADI



Choupette menjana pendapatan sebanyak 2.18 juta pound (RM11.90
Choupette menjana pendapatan sebanyak 2.18 juta pound (RM11.90 juta) dengan hanya terlibat dalam dua iklan tahun lepas. AGENSI

Memiliki dua orang pembantu dan sering mengembara menggunakan jet peribadi, Choupette, seekor kucing siam milik seorang pereka fesyen di sini, diiktiraf sebagai haiwan paling kaya di dunia.

Mail Online melaporkan, pemilik kucing berkenaan yang merupakan ketua pereka fesyen rangkaian jenama Chanel, Karl Lagerfeld berkata, sepanjang tahun lalu, Choupette menjana pendapatan sebanyak 2.18 juta pound (RM11.9 juta) dengan hanya terlibat dalam dua iklan.
“Choupette dipilih menjadi model dalam iklan kereta buatan Jerman, Opel dan produk kecantikan Jepun, She Uemura. Ini sesuatu yang unik. Choupette terlibat dalam kempen mempromosikan kereta jenama Opel bersama dua supermodel terkenal iaitu Kate Moss dan Naomi Campbell.

“Dia terlalu `hebat’ dan unik untuk terlibat dalam mana-mana iklan produk makanan kucing. Saya boleh katakan Choupette merupakan kucing paling terkenal dan kaya di dunia,” jelas Lagerfeld.

Tambah Lagerfeld, Choupette yang turut memiliki akaun laman sosial Twitter dan Instagram hidup dalam keadaan serba mewah dan sentiasa mendapat rawatan terbaik bagi menjaga penampilannya.

“Dia memiliki dua orang pembantu yang akan membersihkan bulu dan matanya setiap hari, Choupette juga tinggal di hotel mewah dan makan makanan yang berkualiti tinggi,” ujarnya.

MUSTAFA ALI BAYAR RM100 RIBU KERANA MENFITNAH FELDA



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".


Keghairahan PAS yang kononnya ingin membela nasib peneroka akhirnya menjadi igauan buruk kepada parti yang berlebel Islam. Keebenaran akhirnya menjadi milik FELDA apabila Setiausaha PAS Pusat Datuk dan empat lagi lagi diperintah membayar ganti rugi RM100,000 kerana disabit kesalahan oleh mahkamah menfitnah FELDA. Pemimpin-pemimpin PAS ini bukan sahaja merosakkan imej PAS bahkan nama Islam yang mereka bawa melalui parti PAS. Sebaiknya kerajaan "cabut" sahaja perkataan Islam pada parti perosak umat itu.


Sebelum ini mereka begitu ghairah menuduh FELDA dan kerajaan Malaysia menjalankan urusan jualan minyak dengan Israel. Sedangkan Setiausaha Agong PKR,  Datuk Saifuddin Nasution sendiri terpaksa menarik "hand break" mengakui dan menerima hakikat bahawa FELDA tidak pernah berurusan dengan Regim Israel. FELDA hanya berurusan dengan negara Palestin, FELDA tidak pernah  menghantar minyak sawit atau menjalan urusan perniagaan dengan mana-mana syarikat di Israel. Lupa ke yang negara Palestin ini dijajah oleh Israel...???


Kejayaan FELDA membuktikan ia tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Lee Heng Cheong mendapati dua artikel dari akhbar rasmi PAS HARAKAH menfitnah FELDA dan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan keistimewaan bersyarat serta komen yang adil.


Bukan sahaja Mustafa yang dikenakan tindakan saman, turut "mengiringi" beliau adalah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, pengarangnya, Taufik Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak, Angkatan Edaran Ent Sdn. Bhd. Kesemua mereka diperintah membayar kos RM30,000 kepada plaintif.

Saya yakin fitnah terhadap FELDA ini tidak akan berhenti walaupun segala tindakan mahkamah telah diambil. Pebangkang akan terus menerus menaburkan fitnah terhadap kejayaan kerajaan Barisan Nasional membangunkan tanah rancangan FELDA dan mengubah hidup peneroka.

Semoga kejayaan ini membuka mata rakyat terhadap usaha kerajaan Barisan Nasional membela nasib mereka dan jangan mudah terpedaya dengan segala fitnah yang dibuat oleh pembangkang.

sumber rujukan.
http://www.bnbbc.my/?p=12840








Thursday, April 9, 2015

AIDANA ULANGI TRADEGI IBU-utusan

KUALA LUMPUR 8 April – Takdir yang meragut nyawa Aidana Baizieva, 25, wanita warga Kyrgyzstan dalam kemalangan helikopter di Semenyih Sabtu lalu, umpama mengulangi tragedi ngeri 17 tahun lalu yang membunuh ibunya.

Ibunya terbabit dalam kemala­ngan ngeri apabila dirempuh kereta api di tanah airnya pada tahun 1998, ketika Aidana baharu berusia 8 tahun dan tarikh 4 April 2015 pula menjadi saksi gadis cantik itu maut di bumi Malaysia.

Menurut Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov, ha­kikat itu menyebabkan bapa Aida­na sukar untuk menerima hakikat bahawa anaknya itu sudah mati, sebaliknya masih mempercayai gadis tersebut masih hidup.

“Kami sudah pun memaklumkan kepada keluarganya di Kyrgyzstan. Bapanya juga sudah dimaklumkan, tetapi sukar baginya menerima berita itu, sebaliknya percaya Baizieva masih hidup. Aidana merupakan anak tunggal.

“Apa yang kami tahu ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 8 tahun dalam kemalangan keretapi di Kyrgyzstan. Sebab itu bapanya, tidak dapat menerima hakikat apa yang berlaku,” katanya sebagaimana dipetik daripada portal.

Dalam pada itu, Kylychbek menambah, kali terakhir Aidana bertemu dengan bapanya ialah tiga bulan lalu ketika beliau datang melawat Kuala Lumpur.

Mengenai status hubungan Ai­dana dengan Kapten Clifford Fournier, beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, gadis itu memang kenalan rapat kepada juruterbang helikopter jenis AS365 Dauphin tersebut.

Wednesday, April 8, 2015

ANGKA BUKAN PENGUKUR KEJAYAAN, MEJORITI BUKAN ASAS KEBENARAN



Manusia memilih angka sebagai satu takrifan mereka kepada kemenangan atau kelebihan mereka dalam sesuatu pekara, contohnya,

apabila mendapat markah yang tinggi didalam peperiksaan, 
apabila dipilih menjawat sesuatu jawatan kerana mendapat undi mejoriti,
apabila mendapat gaji / upah yang tinggi,
apabila ukuran tingginya melebihi orang lain,
apabila memiliki umur yang panjang dari orang lain,
apabila mempunyai jumlah pengikut yang ramai,
dan pelbagai lagi angka-angka yang mereka cipta untuk mengembirakan hati mereka.

Itulah indikator mereka dalam mentakrifkan sesuatu kelebihan mereka miliki. Pada mereka jika ramai orang bersetuju dengan pendapat mereka bermakna mereka brada dipihak yang benar. 

Pembangkang di Malaysia menyatakan bahawa jumlah undi popular yang mereka perolehi 52% menunjukkan mereka mereka menang dan berada di pihak yang benar. Mereka mendesak diberi tampuk pemerintahan kerana jumlah undi popular mereka lebih dari Barisan Nasional, walaupun sistem pengundian di Malaysia tidak mengamalkan cara undi popular. Namun pada mereka, mereka lah juara sebenar.

Saya mempunyai banyak hujah untuk menyanggah pendapat ini dalam pelbagai cara, namun saya yakin mereka tidak akan menerimanya. Bukan kerana apa yang saya sampaikan itu tidak benar, tetapi kerana keegoan dan ketaksuban mereka kepada ideologi yang mereka yakini.

Saya suka mengambil contoh dalam peperangan Badar, tentera Islam hanyalah berjumlah 313 orang sahaja berbanding dengan tentera musyrikin Mekah yang berjumlah 1000 orang. Jika mengikut dalam kertas, logiknya tentera Islam kalah. Namun kehendak Allah berbeza.

Begitulah juga adalah kurang tepat andai kita mentakrifkan kebenaran itu berdasarkan  mejoriti manusia mengangkat kita sebagai pemimpin mereka. Ini kerana Nabi Nuh a.s mempunyai pengikut paling sedikit walaupun usaha dakwahnya menghampiri seribu tahun ...???

Nabi Allah Lut a.s juga mempunyai kisah yang hampir sama, mejoriti kaumnya yang lelaki lebih suka seks sesama jenis. Adakah kerana mejoriti memilih untuk seks sesama jenis mereka boleh dianggap betul...??? sudah tentu tidak. Suara Mejoriti tidak menjadikan ianya benar.

Adakah kemenangan Amerika ke atas Iraq membuktikan mereka benar ? Sehingga hari ini setelah membunuh beratus ribu rakyat Iraq, senjata pemusnah besar-besaran yang dicanangkan mereka kesantero dunia masih tidak kelihatan. Kejayaan mereka menumbangkan Regim Saddam Hussain di Iraq tidak membuktikan mereka di pihak yang benar. 

Wallahualam, 










Tuesday, April 7, 2015

IS BAKAL MENGANCAM KESELAMATAN MALAYSIA ?



Jika mereka ada perancangan untuk menyerang balai polis dan kem tentera bermakna mereka ada kekuatan dan persediaan rapi.
Siapa dibelakang mereka dan Apa perancangan mereka seterusnya ?

Keganasan yang dilakukan atas nama agama ini perlu dibenteras dari awal. Jangan sesekali leka kerana ianya boleh mengancam keselamatan awam. Mereka yang mabuk dan gilakan pertumpahan darah ini bukan jenis yang bleh dibawa ke meja perundingan. Cukup-cukuplah rakyat terseksa dengan keganasan komunis satu masa dahulu. 



"Balai polis dan kem tentera dipercayai antara yang menjadi sasaran serangan oleh 17 individu yang ditahan polis semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia disyaki untuk memperoleh senjata api.
Beliau berkata, mereka yang berumur antara 14 dan 44 tahun itu juga disyaki merancang melakukan penculikan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.
“Mereka juga merancang membuat bom kerana terdapat nota yang memperincikan proses pembuatan bom yang diperoleh daripada Imam Samudra dari Indonesia,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Zahid berkata, antara yang ditahan ialah bekas anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia dan bekas tahanan ISA selain ada yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Sulawesi.
Menteri itu seterusnya berkata, ada juga yang pernah terlibat dalam cubaan merompak senjata api dari Balai Polis Guar Chempedak, Kedah pada 2001, selain ada yang baru sahaja pulang dari Syria selepas menyertai kumpulan militan IS.
Katanya, dua daripada mereka merupakan anggota tentera, dua pelajar, seorang pengawal keselamatan dan dua juruwayar.
“Ancaman ini adalah ancaman yang benar dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan,” tegasnya. – BERNAMA

Sunday, April 5, 2015

GST- PERBETULKAN KEPINCANGAN - ELAK DITIPU PENIAGA

Desakan yang dilakukan terhadap kerajaan sekarang adalah untuk memperbetulkan kepincangan akibat pelaksanan GST. Penambahbaikan atau kaedah kawalan perlu dilakukan dengan kadar segera.
Contohnya kadar cukai GST dikenakan keatas servis charge. Saya juga melihat bebanan rakyat yang setiap hari perlu membayar untuk baranagan keperluan selain makanan. Rakyat bukan hanya perlu makan, sebaliknya rakyat perlu mandi, mencuci pakaian, memakai pakaian, servis kereta, baiki kenderaan, tukar tayar, barangan hardware, membeli top up, mengguna khidmat atm dan beribu jenis keperluan lain.
Contoh lain, apabila pemegang kad medical syarikat insurance mendapatkan rawatan dan perlu menjalani pembedahan dan menginap di hospital...caj GST tidak dikenakan keatas sebilangan besar ubat tetapi untuk perkhidmatan lain, rakyat tetap perlu membayar GST. Caj GST ini tidak ditanggung oleh syarikat insurance, sebaliknya pesakit perlu membayar cash. Ini antara keluhan rakyat yang sampai ke telinga saya.
Tak perlulah cerita satu muka surat penuh surat khabar tentang harga kereta kerana rakyat tidak beli kereta setiap tahun atau setiap hari. Rakyat membeli spare part sepanjang tahun...spare part ini yang dikenakan cukai GST.
Jika seorang penduduk di Kuala Lumpur perlu membayar caj GST purata sehari rm5, ini bermakna sebulan rm150. Mereka ini bukan dari golongan senang bandar, sebaliknya hanya orang biasa.
Kerajaan mengutip cukai GST dari pengguna supaya kerajaan boleh mengutip lebih banyak cukai dari peniaga. Tetapi sedarkah kerajaan, peniaga juga menipu rakyat dan kerajaan...akibatnya, peniaga yang mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Yang menjadi mangsa adalah rakyat.
Salam maghrib,

Thursday, April 2, 2015

KENAPA MYDIN KENAKAN GST DAN RON 97 ADA GST


Jawapan Ringkas Lokman Adam


Ramai yang keliru kerana Ron 97 dan Mydin yang dikatakan tidak ada kenaikkan harga, mengenakan GST hari ini. Untuk makluman anda, harga di Mydin dan Harga Ron 97 telah diturunkan terlebih dahulu sebelum GST dikenakan.
Sebagai contoh, sebelum ini harga Ron 97 adalah RM 2.25 seliter. Maka untuk mengekalkan harga Ron 97 ditahap harga bulan Mac, kerajaan telah menurunkan harga Ron 97 kepada RM 2.1226 sebelum mengenakan GST 6% iaitu RM 0.1271 bagi membolehkan Ron 97 dikekalkan pada harga RM 2.25 seliter.
Begitu jugalah apa yang berlaku di Mydin, DrFIY dan syarikat-syarikat lain yang telah mengumumkan hasrat mereka untuk menurunkan harga atau mengekalkan harga barang selepas perlaksanaan GST. Syarikat-syarikat ini masih wajib mengenakan GST seperti syarikat lain. Bezanya mereka tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan mereka sanggup bersusah payah menuntut semula cukai jualan ke atas stok lama mereka dari Kastam. Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar kita bantu war-warkan nama syarikat-syarikat yang tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang selepas perlaksanaan GST ini.
Harga sesuatu barang ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Katakanlah ada 100 buah syarikat, 80 daripadanya mengambil kesempatan untuk menaikkan harga, manakala 20 yang lain menurunkan harga barang bila kos pengeluaran mereka berkurangan kerena elemen cukai dikeluarkan dari rantaian awal perniagaan sebelum ini. Yakinlah, dalam masa beberapa bulan sahaja, dengan hebahan yang kita buat, jumlah syarikat yang menurunkan harga barang ini akan bertambah dari hari kehari sehingga mengakibatkan syarikat yang mengambil kesempatan tadi akan gulung tikar jika mereka gagal menyaingi harga syarikat yang tidak mengambil kesempatan tadi.