Tuesday, November 14, 2017

BINA SEMULA PULAU PINANG



Pulau Pinang perlu diselamatkan ! Pulau Pinang perlu di Bina Semula. Banjir besar pada dan kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang sewajarnya membuka mata semua pihak terutama kerajaan negeri bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang telah dibuat dan disembunyikan. 

Namun alam ini tidak pandai berbohong, bumi dan tanah di Pulau Pinang tidak pandai berdusta bahawa tangan-tangan yang mentadbir di bumi Mutiara ini ada sesuatu yang tidak kena. 

Pulau Pinang telah mengalami 119 kejadian banjir sejak 2013 hinggalah Oktober ini. Lim Guan Eng boleh mengalih dan berseloroh kononnya sebab hujanlah jadi banjir. Sedangkan dahulu bukan main lagi mendabik dada kononnya mampu selesaikan masalh banjir dalam masa sepenggal. Ini dah masuk dua penggal -bukannya bertambah baik, makin teruk lagi adalah. 

21 Oktober yang lepas, 11 pekerja binaan terbunuh selepa mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di satu tapak projek di Tanjung Bungah. Adakah semua ini menjadikan Lim Guan Eng dah kuncu-kuncu sedar ? Tidak sama sekali - mereka tidak pernah tahu erti insaf dan sedar diri. Bahkan lebih angkuh kononnya ini hanya kemalangan di tempat kerja. 

Akhirnya Kerajaan paling angkuh ini melutut menyembah meminta pertolongan dari Kerajaan Pusat yang mereka tuduh tidak cekap, tidak efisyen dan penuh rasuah apabila Pulau Pinang dilanda banjir terburuk dalam sejarah. Banjir ini juga telah meragut tujuh nyawa yang kebanyakkannya adalah warga emas akibat lemas dan ada yang dihempap pokok. 

Akhirnya manusia bongkak ini menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi memohon bantuan pasukan penyelamat Angkatan Tentera Malaysia. 

Manusia yang tak tahu malu ini akhirnya melutut, kalah ....berhadapan dengan musibah yang dia sendiri undang. Di zamannya projek di lereng-lereng bukit ini berganda-ganda banyaknya berbanding di zaman pentadbiran Barisan Nasional. 

Tak hairanlah rakyat yang selama ini sabar naik berang dengan beberapa wakil rakyat DAP. Mereka meluahkan kemarahan terhadap sikap pemimpin DAP yang cakap tidak serupa bikin. 

Antaranya dalam video, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo terdiam seribu bahasa apabila dimarahi oleh penduduk setempat. Dala m satu lagi video yang tular menunjukkan penduduk melepas kemarahan kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugur daripada DAP, Ramkarpal Singh Deo kerana tidak menyediakan jet air untuk mereka membersihkan rumah. 

Amarah rakyat tidak lagi dapat dibendung, semua ini berpunca dari sikap tamak, sombong dan angkuh kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah pentadbiran Dinasti Lim. 

Rakyat Pulau Pinang rata-rata menyedari punca banjir terburuk kali ini adalah dari kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang. Sebab itulah apabila Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin BN yang datang mereka disambut dengan deraian air mata kesedihan dan penyesalan. Mereka sedar hanya kerajaan yang prihatin dengan rakyat seperti Barisan Nasional yang mampu menjaga dan memelihara Pulau Pinang dengan baik. 

Gerakan pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Rafizi kononnya untuk bina semula Malaysia perlu ditempeleng oleh rakyat dengan MEMBINA SEMULA PULAU PINANG dibawah kerajaan yang bertanggungjawab iaitu BARISAN NASIONAL. 

GRAB CAR, UBER PUN SUDAH BERJANGKIT PENYAKIT CAJ LEBIH



Sudah di beri peluang untuk menambah pendapatan, masih tak berpuashati - nak dapat lebih pendapatan sehingga sanggup menipu pelanggan. Inilah yang berlaku  kepada pemandu grabcar dan Uber. Sebelum ini kita selalu mendengar kecaman masyarakat terhadap pemandu teksi yang mencekik darah, kini penyakit ini berjangkit pula. Mereka yang terkena jangkitan penyakit tamak ini adalah 153 pemandu yang ditahan oleh penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Oktober tahun lalu kerana menipu pelanggan. 

Menurut Pengurus Besar Kanan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad kesalahan mereka ialah mematikan aplikasi dan mengenakan caj tinggi kepada pelanggan. Ada sebahgian mereka sengaja yang membawa pelanggan ikut jalan jauh semata-mata ingin mengenakan caj yang lebih. 

Kepercayaan yang masyarakat berikan kepada mereka dikhianati oelh segelintir mereka yang tamak haloba. Sikap tamak mereka telah memberi imej negatif kepada pemandu Grab Car dan Uber yang lain. Sepertimana yang berlaku kepada  pemandu teksi dulu. Perbuatan ini tidak adil kepada mereka yang berkerja mencar irezeki yang halal. 

Sepatutnya pemandu Grab Car dan Uber ini bersyukur, setelah beberapa lama mereka menajalankan perkerjaan ini tanpa perlindungan undang-undang, hari ini setelah mendapat peluang ini mereka menyalahgunakan pula. 

Dalam perlembangan teknologi hari ini yang menggunakan aplikasi tempahan secara online melalui aplikasi pintar yang lebih cepat dan mudah mendapatkan pelanggan mereka sewajarnya menggunakan sepenuhnya untuk mendapat pendapatan yang halal dan bersih dengan menjalankan perkhidmatan yang terbaik dan jujur. 

Menurut Che Hasni lagi, SPAD banyak menerima laporan berkaitan penyalahgunaan aplikasi di kawasan yang mempunyai persaingan tinggi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2. 

Mereka yan didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara da tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 2015 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. 

Ingatlah, susah payah SPAD dan kerajaan berhadapan dengan pelbagai desakan dari pengusaha dan pemandu teksi dahulu berkenaan membenarkan Grab Car dan Uber beroperasi secara sah, hari ini mereka pula buat hal yang boleh merosakkan imej mereka dan negara. 

Carilah rezeki yang halal, jangan ambil jalan mudah untuk kaut keuntungan yang cepat tapi sementara. Semoga perbuatan ini menjadi yang terakhir dan tidak berulang lagi.

Monday, November 13, 2017

CEC 2017 - LAKONAN SEMULA PEMILIHAN 2013



Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menyaksikan keputusan seperti yang dijangka apabila Lim Guan Eng mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung parti itu selama lapan tahun sejak 2004 hingga 2012.

Meskipun memegang jawatan itu secara tidak sah hampir lima tahun selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan pemilihan CEC DAP pada Disember 2012 dan pemilihan semula pada September 2013 tidak sah, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tetap memperoleh undian ketiga tertinggi iaitu 1,080 undi dalam pemilihan semula jawatankuasa itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.


Ini bermakna, Guan Eng akan terus memegang jawatan itu hingga tahun 2020 walaupun beliau berada di belakang Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang memperoleh 1,198 undi dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP.

Sementara itu bapanya, Lim Kit Siang yang memperolehi undi tertinggi iaitu 1,199 undi sekali gus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Parlimen DAP.

Bagi jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP pula, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang memperolehi 1,021 undi dipilih untuk memegang jawatan itu.

Wakil Nama Melayu dalam jawatankuasa CEC DAP 2017 pula ialah Ahli Parlimen Bukit bendera, Zairil Khir Johari yang dipilih menjadi Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP selepas memperoleh 649 undi manakala Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang merupakan antara 10 calon lantikan dipilih sebagai Naib Pengerusi parti pembangkang itu.

Keputusan itu diumumkan Speaker Kongres Khas DAP untuk pemilihan semula CEC itu, Hannah Yeoh selepas berakhirnya proses pengiraan undi dan pemilihan jawatankuasa berkenaan.

Terdahulu, dalam pemilihan semula CEC hari ini menyaksikan kebanyakan barisan kepimpinan lama kekal dengan hanya dua muka baharu dipilih.

Mereka yang baharu ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu Tian Khiew dengan undi 688 dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar (586).

Sebanyak 1,346 kertas undi dikeluarkan dengan 1,310 adalah undi manakala 36 lagi adalah undi rosak.



Saturday, November 11, 2017

PULAU PINANG DILANDA BENCANA - BILA KIT SIANG NAK PECAT ANAKNYA ?




Ada sesiapa dengar Lim Kit Siang kecam Kerajaan DAP Pulau Pinang diatas kelalaian dan kerakusan mereka mentadbir Pulau Pinang ? Tak ada ! Sekali pun tak ada. Sedangkan apabila berlaku kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat bulan Sepetember lepas, belum sempat habis siasatan dilaksanakan, kit Siang terus menyerang Tan Sri Noh Omar dan kerajaan  kononnya bertanggungjawab diatas kematian lebih 20 pelajar Tahfiz. 

Semasa Pulau Mutiara itu di bawah pentadbiran Barisan Nasional, Ketua Menterinya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hanya meluluskan empat projek di Tanjung Bunga berbanding DAP yang meluluskan  10 kali ganda projek dikawasan tersebut tanpa memikirkan keadaan tanah dan keselamatan rakyat di kawasan tersebut. 

Kit Saing pada ketika itu bukan main lagi mengkritik dan memperli Ketua Menteri Pulau Pinang agar tidak menjadikan Pulau Pinang seperti Venice, kononnya memikirkan banjir yang tak terkawal, kononnya berdasarkan pembangunan tak terkawal. Jangan sampai Pulau Pinang tenggelam , sindir Kit Siang pada Koh Tsu Koon dahulu. 

Namun selepas anaknya Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri, Kit Siang terus jadi bisu. Bencana runtuhan tanah di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa pun dia tak berani keluarkan apa-apa kenyataan. Sepatutnya dia suruh anaknya letak jawatan sepertimana yang diperkatakannya kepada Tan Sri Noh Omar. 

Sikap Kit Siang yang diam diri ini kita tak heran sangat pun, sudah pastilah dia akan membela habis-habisan anaknya itu. Itu sahaja negeri yang DAP boleh buat untung. Walaupun sejak DAP mentadbir Pulau Pinang dilanda banjir yang begitu luar biasa teruk. 

Semua ini kerana kerakusan mereka menjarah bukit bukau sampai gondol, pembersihan hutan secara haram, penambakan tanah untuk projek dasar laut dan  pencemaran udara.  Paras banjir kali ini cukup membimbangkan, iaitu separas dada. Paling tinggiyang pernah dicatatkan ialah para pinggang, iaitu ketika banjir pada tahun 1998. 

Nampaknya ramalan Kit Siang benar, pembangunan yang tidak diuruskan dengan amanah dan telus akan membawa bencana besar kepada Pulau Pinang. 

Friday, November 10, 2017

SEMUA MIMPI NGERI GUAN ENG JADI KENYATAAN



Terbayang kata-kata mutiara anak lelaki Lim Kit Siang ketika banjir lumpur melanda Kelantan satu ketika dulu. Pengurusan tak cekap, tak efisyen, ada unsur-unsur rasuah dan sebagainya. 

Bukan main berlagak dan sombong Lim Guan Eng ketika itu. Bawa bantuan untuk mangsa banjir pun tak melalui Menteri Besar Kelantan. Terus bagi kepada mangsa-mangsa banjir yang terpilih. 

Hari ini kata-kata itu telah menjadi senjata yang menikam tuannya. Mimpi ngeri Guan Eng pun bermula. Episod pertama Kejadian Tanah runtuh mengorbankan 11 nyawa. Kerjaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar saling salah menyalah. JAS berkata mereka tidak pernah benarkan projek ini dilaksanakan, manakala pula di pihak kerajaan negeri berkata sebaliknya. Pi pi mai ....tang tu. Tak guna bertekak lebih. 

Semua falsampah indah Guan Eng hancur berkecai seperti mana runtuhnya tanah di Tanjung Bungah. 4 November 2017 membawa pesanan kepada Lim Guan Eng agar beringat, kuasa kau tu sudah tidak lama. 

Lumpur yang di lemparkan kepada Kelantan 3 tahun lepas hari ini dia terpaksa terima bahawa semua yang berlaku adalah hasil kerakusan dirinya. 

Lebih 80 peratus kawasan Pulau Pinang di tenggelami air. Apa tidaknya tengok sajalah tanah dekat tanjung bungah, siapa yang merosakkannya ? 



1. Berasa lega kerana tiada sebarang kematian akibat daripada banjir, kini terdapat kematian disebabkan oleh banjir yg melibatkan seorang penunggang motosikal yg dihanyutkan

2.  Kalau banjir di kawasan tersebut tak melibatkan keseluruhan taman, itu “bukan banjir”namanya, pd 5/11/17, 80% kawasan Penang ditenggelami air

3.  Tiada Bukit yang “DIBOTAKKAN” di Penang, lihat gambar yg ditunjukkan “ Betulkah??”

4. Tanah Runtuh di tapak pembinaan yang rata bukan slop, dari gambar tsb jelas menunjukkan kawasan tanah tinggi

Kesimpulannya, apa yg LGE nafikan sebelum ini, kini semua menjadi kenyataan

BERI KAMI SEPENGGAL, KAMI AKAN SELESAIKAN MASALAH BANJIR - GUAN ENG



Itulah kata-kata Lim Guan Eng, Ketua Menteri paling tak guna dalam sejarah Pulau Pinang. Dulu bukan main sombong dan angkuh lagi si Lim Guan Eng dan bapaknya mengelar Malaysia ni negara yang gagal. Jika disoroti, sejak 47  tahun yang lalu lagi bapaknya pun pernah Kit Siang melaungkan Malaysia sebuah negara yang gagal. Namun hari ini kita sendiri dapar melihat betapa anaknya sendiri gagal mentadbir dan menjaga sebuah negeri yang kecil. Itu pun sembang besar nak tadbir negara. 

Segala macam bencana yang melanda cukup membuktikan Guan Eng seorang Ketua Menteri yang GAGAL. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, banjir bukanlah isu yang membuktikan kerajaan DAP Pulau Pinang gagal, tetapi kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah merupakan bukti jelas kerajaan negeri tidak dapat mentadbir dengan baik. Hinggakan meragut 11 nyawa  yang tidak berdosa. 

Dahulu dengan megah dan sombong sekali mendabik dada kononnya mereka dapat menyelesaikan masalah banjir jika di beri mandat. Guan Eng pada 15 Disember 2013 dengan sombong dan angkuh menyatakan masalah banjir ini akan diselesaikannya dalam satu penggal sahaja. 

Nampaknya bukan bertambah baik, tapi semakin buruk pula banjir yang melanda. Nampaknya negeri yang digelar negeri bukan Taliban oleh Guan Eng semakin penuh dengan air yang berwarna kuning, sesuai sangatlah dengan gerakan Kuning "BERSIH" yang mereka lancarkan dulu di Kuala Lumpur. Cuma kali ini Kuning yang datang ini tidak mengira sesiapa, semuanya dilanda tanpa belas kasihan. 

Annuar membidas kepimpinan klepet pembangkang bahawa mereka harus belajar daripada BN bagaimana untuk berjiwa besar dan jangan hanya berpolitik setiap masa.




Berikut antara fakta kegagalan DAP mentadbir Pulau Pinang;

▪Berkaitan penarahan bukit, banyak pihak termasuk NGO telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang kerakusan kerajaan negeri dalam menarah bukit juga pembinaan rumah di lereng-lereng bukit namun ia tidak dipedulikan.

▪Tanah di negeri itu habis digadai. Ada tanah dijual tanpa tender dan kepada syarikat kroni. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan perolehan yang Guan Eng dapat menerusi jualan tanah, 2008 hingga 2015 adalah sejumlah RM1.22 billion. Sejak 2008, aset dan tanah yang Guan Eng jual dan gadai sudah bernilai RM37 billion.

▪Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi.
Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.

▪ Pelaburan makin kurang. Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Pulau Pinang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.

▪Kerajaan Pulau Pinang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet berjumlah RM667 juta. Bajet defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun.

▪Pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang lembab. Purata gaji pekerja di Pulau Pinang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Pulau Pinang adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isirumah rakyat Pulau Pinang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia.

▪Pelbagai caj dikenakan kepada rakyat. Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Penang. Satu-satunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang. Cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Inilah padah yang rakyat Pulau Pinang dapat.

▪Ini adalah antara bukti jelas menunjukkan DAP telah gagal tadbir Pulau Pinang. Guan Eng telah jadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal sepenuhnya.

Wednesday, November 8, 2017

BAGAI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT, DAP HASUT RAKYAT BENCI BN



Perangai pemimpin DAP dan pengikutnya memang paling celaka, macam melepaskan anjing yang tersepit. Sudah di tolong mereka boleh lagi menghasut membenci Barisan Nasional dan Perdana Menteri. Memang DAP ni jenis manusia haprak tak boleh dibuat kawan.  

Dalam parlimen seorang pemimpin DAP, Tan Kok Wai MP Cheras menuding jari kepada kerajaan kononnnya tidak memberi amaran awal hujan lebat di sebelah utara. Sedangkan kerajaan melalui siaran televison dua kali memberi amaran peringkat kuning. Kenyataan ini diperjelaskan oleh Dr Abu Bakar Mohammad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 

Selain itu mereka membuat cerita fitnah dan meyebarkan pelbagai mesej di media sosial kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional tidak memberi bantuan dan enggan menolong mangsa banjir sehinggalah Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang menalifon meminta pertolongan.  Bahkan mereka menuduh bantuan yang dihulurkan tidak mencukupi dan ianya sengaja dibauat begitu.

Begitu sekali celaka pemimpin dan pengikut DAP yang tak pernah habis menyerang pemimpin-pemimpin Islam UMNO. Sikap mereka tidak pernah berubah, sentiasa menanam kebencian rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional. 

Semua orang tahu seawal jam 1 pagi lagi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah mengarahkan anggota tentera ke Pulau Pinang untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri. Guan Eng telefon Timbalan Perdana Menteri pun sudah jam 3 pagi, padahal gerakan bantuan lebih awal pada tu. 

Perdana Menteri semalam turut mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk projek Tebatan Banjir yang mana 150 juta telah disalurkan serta merta. Katanya negeri yang kaya dan pandai mentadbir lebih baik dari BN, tapi bantuan kewangan  nak juga. Kerajaan kena pantau sendiri projek tebatan banjir ini, risau duit yang banyak ni hilang entah  kemana pula nanti. 

Sebenarnya pemimpin DAP risau dengan sambutan rakyat terhadap kehadiran Perdana Menteri dan barisan kepimpinan Barisan Nasional. Jelas sekali rakyat gembira dan mahukan kerajaan persekutuan turun membantu mangsa banjir. 

Mereka sudah tidak ada keyakinan terhadap kerajaan Negeri pimpinan DAP yang rakus dan tamak haloba. Entah kemana disebatnya wang yang sepatutnya digunakan untuk projek tebatan banjir. Macam ini nak pimpin negara ? Hancurlah jawabnya.