Showing posts with label prk kuala kangsar. Show all posts
Showing posts with label prk kuala kangsar. Show all posts

Monday, June 13, 2016

BERI SOKONGAN KEPADA CALON BN DI SUNGAI BESAR



Itulah gesaan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada masyarakat cina di Sungai Besar. Menurutnya terdapat 7000 anggota parti yang juga pengundi di Sungai Besar pada pilihan raya kecil (PRK) di parlimen ini. 

Di Sungai Besar terdapat lebih 50 peratus pengundi Cina yang rata-ratanya merupakan anggota MCA. Maklumat ini telah dikenal pasti kira-kira 5000 daripada mereka mempunyai alamat sah di Sungai Besar.

Beliau mahu semua ahli yang juga pengundi si Sungai Besar untuk pulang mengundi dan memberi sokongan penuh kepada BN pada PRK kali ini.

Menurut beliau rakyat  hari ini sudah bijak untuk memilih parti mana yang boleh memberi manfaat kepada mereka dan parti mana yang menyajikan janji-janji kosong kepada rakyat. Bukan setakat itu, mereka juga suka memecahbelahkan perpaduan kaum yang sudah lama sedia terjalin. 

DAP dan PKR adalah parti yang suka menghasut rakyat. Lihatlah siapa yang membawa rakyat ke jalan raya, siapa yang menghasut pelajar dan mahasiswa turun ke jalan raya. Tidak ada manfaatnya memilih parti yang tidak membawa kemajuan kepada negara dan kawasan kita.  

"Justeru saya menyeru kepada semua ahli yang juga pengundi di Sungai Besar untuk pulang mengundi dan memberi sokongan penuh kepada BN pada 18 Jun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra bersama Ketua Pemuda Senator Chong Sin Woon dan jentera parti, bertemu pengundi di sekitar pekan Sekinchan petang tadi.

Barisan Nnasional terbukti parti yang mendengar keluhan masyarakat terutama para petani, nelayan dan mereka yang berpendapatan rendah. Ini kerana dasar-dasar kerajaan banyak berkaitan untuk membantu taraf hidup mereka.

"Kami di MCA sentiasa bersedia membantu petani dan nelayan di peringkat Persekutuan dan kami mengalu-alukan rakyat untuk menyatakan segala yang menjadi kerisauan dan masalah mereka. ujar Liow. 

Sebagai contoh Liow berkata kerajaan komited menyelesaikan masalah air yang dihadapi pesawah di sini sebelum ini dan turut menegaskan bantuan pihaknya tidak terhenti di situ dengan hanya menghulurkan bantuan semasa PRK itu sahaja.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu.

Thursday, June 9, 2016

NIZAR BIADAP


 ‘Biadab’. Itu reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Hishammuddin berkata, beliau tidak menyangka Nizar tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, hanya semata-mata sebab politik.

“Saya tengok kalau ayat-ayat begitu diluahkan dalam keadaan sebegini, saya tengok memang, biadablah.

“Sebab saya kenal Datuk Wan Khair-il secara rapat, saya kenal isterinya, saya kenal anak-anaknya,” kata Hishammuddin ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nizar, selepas melawat bazar Ramadan Taman Berkat, di sini hari ini.

Semalam, sewaktu berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Mohammad Nizar dipetik dalam media sosial yang berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar”.

Ketika berucap pada ceramah itu, Mohammad Nizar berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini, Allah memilih supaya Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar.

“Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi Menteri Besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009,” katanya dipetik berkata menerusi laporan sebuah portal berita.

Beliau seterusnya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya kini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah “merampas” kerajaan Pakatan pimpinannya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata berdasarkan keperibadian Nizar, memang sukar untuk membendung beliau daripada mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Justeru, Hishammuddin menyeru pihak lain agar tidak terikut-ikut dengan kenyataan Mohammad Nizar itu yang sama sekali tidak memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Khair-il.

DI KUALA KANGSAR, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar taubat Mohammad Nizar diterima Allah SWT.

Katanya, beliau ‘bersimpati’ dengan Nizar dan berharap agar ahli politik itu berubah.
”Saya tidak terkejut dengan apa yang keluar dari kalam beliau (Nizar), kerana rupanya beliau belum pernah berubah dan belum cukup bertaubat dengan apa yang beliau alami sebelum ini.

Saya syukur kerana beliau berkata demikian, mudah-mudahan taubat beliau segera diterima Allah,” kata Ahmad Zahid dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama pengundi dan masyarakat tempatan di Ulu Kenas.


Sumber : UTUSAN MALAYSIA