Showing posts with label hari Guru McDonald's. Show all posts
Showing posts with label hari Guru McDonald's. Show all posts

Friday, May 27, 2016

SABIL KERJA UNTUK BANTU KELUARGA, TERIMA KASIH McDONALD's



Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga kaya atau senang. Ada yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada yang dari kanak-kanak lagi sudah diajar mencari rezeki. Bagi mereka yang dari keluarga yang senang, melihat kanak-kanak yang bekerja membanting tulang seperti mendera mereka.

 Bagi kebanyakkan masyarakat Melayu terutama di kawasan luar bandar, kanak-kanak lelaki dari seusia awal sembilan ke sepuluh tahun sudah diajar bertanggungjawab membuat kerja yang lebih mengunakan fizikal. Manakala yang perempuan pula diajar mengemas dan memasak. Pekara seperti itu sudah menjadi amalan biasa dikawasan luar bandar. Admin bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.

Namun dalam cabaran dunia hari ini, kita berhadapan dengan dunia persaingan. Siapa yang lemah dan lambat akan ketinggalan. Demi untuk meneruskan kehidupan ini ada yang sanggup membuat dua kerja bagi menampung kehidupan mereka.  Pekara ini berlaku kepada adik Muhammad Nur Sabililah bin Kaharudin yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) tahun ini. Dia bekerja sambilan untuk menampung kehidupan dan persekolahannya.



Seperti remaja lain setiap pagi Muhammad Nur Sabilillah Bin Kaharudin atau nama singkatan Sabil akan ke sekolah bersama rakan-rakannya yang lain. pelajar SMK Dato' Onn, Batu Pahat ini perlu lebih beri tumpuan kepada pelajaran kerana tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan yang penting, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Biasanya remaja lain pulang sahaja dari sekolah biasanya mereka akan berehat atau tidur. Biasalah penat dan panas balik dari sekolah. Namun bagi Sabil inilah masanya untuk dia mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah kerana selepas asar dia perlu bersiap sedia untuk pergi bekerja. Apakan daya waktu rakan lain seronok bergembira dengan pelbagai akitiviti lain, dia perlu meneruskan kehidupan dengan bekerja membantu keluarga.

Siapa sangka seorang remaja seperti Sabil yang baru berusia 17 tahun mengalas tugas mencari sesuap nasi untuk menampung kehidupan. Syukurlah ada tempat kerja seperti McDonald's menerima remaja sepertinya bekerja. Sabil memilih bekerja di McDonald's Batu Pahat kerana McDonald's sebuah organisasi yang kukuh dan stabil. Lagipun McDonald's memberi jadual masa yang sesuai untuk pelajar sepertinya bekerja. Keprihatinan McDonald's amat menyentuh hatinya.

Sabil pernah melibatkan diri dengan khidmat sosial yang dijalankan McDonald's antaranya memberi minuman kepada pengunjung di kawasan reakrasi, tasik dan ada membuat outing ke Sunway membersih Rumah Orang Tua. 

Sabil seorang pelajar yang mempunyai prinsip hidupnya sendiri. Anak kedua dari tiga beradik ini amat bertanggjawab orangnya. Setiap kali sesi baru persekolah dia akan membawa adiknya membeli pakaian sekolah dan kelengkapan sekolah yang lain. Anda boleh membaca kisah seterusnya disini . Melihat kehidupan Sabil , teringat admin semasa remaja dulu. Admin pun pernah bekerja  jual ikan di pasar untuk mendapatkan wang saku ke sekolah. Tabahlah Sabil, masa depanmu akan lebih cemerlang, percayalah. 

Terima kasih kepada McDonald's kerana memberi peluang kepada seorang anak kepada seorang ibu, seorang abang kepada seorang adik dan seorang anak bangsa kepada ibu pertiwinya mencurah bakti keringat kepada keluarga, dirinya dan negaranya dalam mengejar cita-citanya. 

Terbukti McDonald's banyak memberi bantuan kepada masyarakat kita selama ini. 

"Dimana ada jalan, disitu ada McDonald's"





Sunday, February 28, 2016

SUMBANGAN McDONALD's KEPADA MASYARAKAT SEPANJANG TAHUN 2015


Sebagai sebuah syarikat yang dekat dengan masyarakat, McDonald's tidak pernah melupakan khidmatnya kepada masyarakat. Sepanjang tahun 2015 sahaja telah banyak aktiviti yang telah McDonald's lakukan kepada masyarakat. Ini menunjukkan McDonald's sentiasa mendekati masyarakat tanpa mengira  kaum, pangkat atau latarbelakang. Dibawah adalah senarai aktiviti kemasyarakatan yang telah dilaksanakan sepanjang 2015.


1. Ronald McDonald Charities House (RMHC)
Salah satu sumbangan terbesar McDonald's kepada masyarakat datangnya daripada RMHC. Untuk tahun 2015  sumbangan masyarakat dari tabung derma berjumlah RM813,440. Sebahagian besar sumbangan ini digunakan dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan didalam RMHC antaranya :
1- Ronald McDonald House
2- Ronald McDonald Sensory Room
3- Ronald McDonlad Gift of Smile
4- Ronlad McDonald Scholarship Programme 
Sebahagian sumbangan ini juga digunakan untuk membantu mangsa banjir dan juga gempa bumi di Sabah. 


2.Bantuan Banjir
Hasil kutipan dari tabung derma RMHC pada bula Januari dan Februari 2015 telah digunakan untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur Malaysia. Dana yang berjumlah RM425,000 telah digunakan untuk membantu 34 buah sekolah antaranya membina semula laluan baru untuk pejalan kaki, membaiki surau, mengantikan kerusi meja yang rosak dan juga membeli komputer baru.

Antara sekolah yang menerima bantuan tersebut ialah dari daerah Kuala Krai, Manik Urai dan Dabong di Kelantan serta sekolah di daerah Kemaman, Dungun, dan Kuala Terengganu di Terengganu. 



3. Bantuan Gempa Bumi di Sabah
Sebahagian dari sumbangan Tabung Derma RMHC jug digunakan untuk membantu mangsa gempa bumi di Sabah. Wang yang dikumpulkan dari jualan minuman sejuk beku dan tabung derma yang berjumlah RM100,000 digunakan bagi membantu empat keluarga Malim Gunung Kinabalu yang menjadi korban semasa gempa bumi. 

Manakala Malim Gunung yang terjejas sementara pendapatan mereka juga diberi bantuan. Selain itu tiga buah sekolah di Ranau yang terjejas teruk turut sama mendapat bantuan.



4. Hari Sarapan Negara
Setiap tahun McDonald's mengadakan Hari Sarapan Negara di seluruh dunia. Pada tahu lepas McDonald's telah mengadakannya pada 13 April 2015. Apa yang menarik ia turut sama disertai oleh 11,650 tenaga pendidik yang terdiri dari kalangan guru-guru sebagai tanda menghargai jasa dan pegorbanan mereka mendidik anak-anak Malaysia. Sebanyak 230,000 Egg Muffins telah diedarkan bagi meraikan mereka.


5. Menaja Moreh kepada Masjid 
Sempena bulan ramadhan, McDonald's juga telah menyumbangkan dalam menyediakan 'moreh' kepada masjid dan surau sekali dalam setiap minggu. Sebanyak 265 rangkaian restoran McDonalds telah terlibat dalam meraikan umat Islam di bulan ramadan dan ini merupakan kali kedua McDonald's mengadakannya. 



6. Sumbangan Hari Raya
Dalam suasana menyambut hari raya, ada insan yang kekurangan yang tidak berkemampuan menyediakan kelengkapan hari raya. Atas rasa tanggungjawab kemasyarakatan McDonald's memilih mereka yang layak dari kalangan kurang berkemampuan untuk dibawa membeli-belah pakaian hari raya sambil mengajak mereka berbuka puasa di restoran McDonald's. Inila salah satu cara McDonald's menyelami kehidupan mereka yang tidak berkemampuan.


7. Sambutan Hari Guru
Dalam menghargai jasa guru, McDonald's telah menjemput guru-guru dari 25 buah sekolah yang telah terpilih untuk diraikan bersama McDonald's di restorannya dalam suasana kemeriahan McDonald's. Mereka juga diberi kupon McChicken percuma untuk mereka nikmatinya pada hari tersebut.


Inilah sebahagian sumbangan McDonald's kepada masyarakat khususnya di Malaysia. Di McDonald's, anda sebenarnya bukan sekadar menjamu selera, kerana setiap sen yang anda hulurkan juga telah menyumbang kepada masyarakat.

Seharusnya rakyat Malaysia yang dermawan turut sama membantu dengan terus menyumbang kepada Tabung Derma MDonald's kepada kerana setiap bantuan kecil yang anda hulurkan sebenarnya dapat membantu kehidupan ramai manusia.


Terima kasih McDonald's, Terima kasih rakyat Malaysia.