Showing posts with label bantuan biasiswa. Show all posts
Showing posts with label bantuan biasiswa. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

McDONALD's TERUS MENABUR BAKTI , BERI BIASISWA KEPADA PELAJAR MISKIN YANG BERPOTENSI



Kita sudah biasa mendengar pelbagai cemuhan dan fitnah yang menyerang McDonald's,  namun tidak sekali pun McDonald's patah semangat atau melayan kerenah mereka. Bahkan McDonald's terus bergerak  kehadapan memperjuangkan haknya menangkis segala fitnah dan cerita pembohongan. Tak kisahlah apa pun orang nak kata, asal kita terus buat baik - insya Allah pekara yang benar akan diketahui juga.  

Boleh jadi ramai rakyat Malaysia yang tahu bahawa McDonald's Malaysia banyak memberi bantuan kepada rakyat Malaysia ? Mungkin sebab itulah , tak ramai yang tahu pekara baik, yang mereka ingat cuma pekara-pekara yang buruk sahaja. Sebenarnya McDonald's juga memberi bantuan biasiswa kepada pelajar yang layak. Ini merupakan usaha mereka dalam memberi bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan bantuan. Bantuan ini dinamakan Biasiswa RMHC Tunas Wawasan.

Biasiswa RMHC Tunas Wawasan peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada 2001 dan juga telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap tahun pelajar di seluruh negara dianugerahkan biasiswa ini. 

Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar pintar dari keluarga yang berpendapatan rendah bagi membantu mereka meneruskan pelajaran serta mengalakan lagi mereka untuk berlajar dengan lebih cemerlang. Pelajar-pelajar dari Sekolah-sekolah Menengah di seluruh negara dipilih menerima biasiswa
yang mengandungi perbelanjaan seperti buku-buku atau bahan-bahan bacaan, pakaian seragam, alatulis serta pengangkutan. Bantuan biasiswa ini adalah bermula dari pelajar ini berada di tingkatan 1 sehinggalah tamat tingkatan 5.
Kategori Biasiswa
Berikut adalah kategori biasiswa RMHC untuk tahun 2016:
Kategori 1Tingkatan 1 & 2Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 50 x 12
Jumlah setahun : RM960.00
Kategori 2Tingkatan 3 & 4Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 70 x 12
Jumlah setahun : RM1,200.00
Kategori 3Tingkatan 5Permulaan sekolah* : RM360 x 1
Bulanan : RM 80 x 12
Jumlah setahun : RM1,320.00
* Jumlah ini akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pada bulan Disember sebelum seisi persekolahan bermula. Keperluan perbelanjaan sekolah dalam setahun seperti berikut :
PerkaraRM
Pakaian seragam sekolah40.00
Kasut & beg sekolah70
Buku-buku tulis & bacaan200
Lain-lain keperluan50
Jumlah360.00

Kriteria Pelaiar Yang Berkelayakan

Mestilah berada di tingkatan 1 Sekolah Harian pada tahun 2016. Murid di Sekolah Berasrama Penuh tidak layak dicalonkan.
Pendapatan/gaji pokok ibubapa perajar adalah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
Pelajar mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Sekurang-kurangnya memperolehi 4,A’ dalam UPSR.
Pelajar haruslah aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
Pelajar mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tertib oleh pihak sekolah adalah tidak layak.
Pelajar tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi lain.
Pembayaran Biasiswa

Wang biasiswa dikreditkan ke dalam buku akaun simpanan CIMB Bank Berhad yang akan dibukakan khas untuk setiap penerima biasiswa. Buku akaun akan disimpan oleh Guru Pengelola Biasiswa di sekolah masing-masing.

Pada akhir tahun iaitu bulan Disember, sejumlah RM360.00 (perbelanjaan permulaan sekolah) akan dikreditkan ke dalam akaun CIMB pelajar. Manakala bayaran bulanan (mengikut Kategori Biasiswa) akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pada setiap 3 bulan.

Biasiswa RMHC Malaysia ini akan berterusan sehingga pelajar tamat persekolahan menengah.

Aktiviti-aktiviti Untuk Pemegang Biasiswa

Tidak hanya menganugerahkan biasiswa, RMHC turut menganjurkan aktiviti untuk mereka. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

Disetiap negeri  RMHC akan mengadakan Majlis perjumpaan bersama para pelajar. Majlis ini akan diadakan di salah sebuah restoran McDonald’s terpilih di setiap negeri.

Setiap pelajar RMHC akan diberi peluang  untuk merasai pengalaman di belakang kaunter dan melihat sendiri bagaimana sebuah restoran McDonald’s beroperasi. Dari sini, pelajar akan didedahkan dengan perkara seperti komunikasi, koordinasi, semangat kerjasama seperti sebuah pasukan, kualiti & nutrition dan sebag ainy a yang dijalankan di McDonald’s. Dalam masa yang sama McDonald's telah mendidik pelajar-pelajar ini bagaimana kebersihan amat dittik beratkan di dalam setiap hidangan termasuk pekerja itu sendiri. 

Majlis Perjumpaan ini juga memberi kesempatan kepada kesemua para pelajar RMHC ntuk berkumpul dan bertemu di antara satu sama lain. Pada masa yang sama mereka dapat bertukar-tukar fikiran seterusnya dapat memupuk kemesraan di kalangan mereka. Tambahan pula aktiviti-aktiviti sebegini memberi peluang kepada para sukarelawan RMHC untuk bertemu, menyampaikan nasihat dan dorongan kepada para pelalar supaya bersungguh-sungguh dalam mengejar ilmu. 

Malah dapat mengeratkan lagi hubungan di antara para pelajar dengan para sukarelawan RMHC.




"DIMANA ADA JALAN, DISITU ADA McDONALD'S"























Monday, April 18, 2016

SITI NURAISYAH ANAK ANGKAT McDONALD's TERIMA BIASISWA




Alhamdulillah, syukur diatas kurniaan Allah. Adik Siti Nuraisyah Sahrin yang sepasang kakinya putus  digilis oleh sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang Januari lalu hari ini telah diambil oleh McDonald's sebagai anak angkat. 


Nuraisyah atau lebih mesra sebagai Ecah telah menerima biasiswa pembelajaran selama 5 tahun dari tingkatan satu hingga tingkatan lima  yang berjumlah RM5000 dari Persatuan Kebajikan Ronald McDonalds (RMHC) Malaysia. 



Sebagai menambah motivasi kepada Ecah, McDonald's juga telah sudi menyumbangkan wang tunai berjumlah RM2000. Tidak lupa juga buku rujukan dan ulangkaji bernilai RM300 serta baucer tunai McDonald's  yang berjumlah RM400 selama setahun. Ini merupakan satu tanggunjawab sosial yang McDonald's hulurkan kepada adik Ecah untuk membantunya terus bersekolah.



Wang tunai tersebut akan terus dimasukkan kedalam akaunnya manakala buku rujukan dan baucer tunai diserahkan dalam majlis meraikan kepulangannya  ke Sabak Bernam. Majlis menyambut kepulangannya itu telah dihadiri lebih 40 orang dari kalangan rakan sekolah,ahli keluarga, guru dan kakitangan McDonald's Sungai Besar. Bagi McDonald's majlis ini merupakan salah satu dari tanggungjawab sosial mereka. 


Ecah pun sudah kelihatan semakin sihat dan ceria. Semoga adik Ecah terus tabah dan bersemangat dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Diharapkan majlis ini dapat memberikan dorongan dan semangat baru kepada Ecah terus bangkit dengan yakin untuk berhadapan dengan apa jua cabaran yang mendatang.



Ecah juga melahirkan rasa syukur dan terima kasihnya yang tidak terhingga terhadap sokongan moral yang diberikan oleh McDonald's Malaysia dan RMHC. Baginya sokongan moral ini amat bermakna buat dirinya dan menguatkan semangat untuknya terus mnaju kehadapan dan berjaya. "Nampaknya saya tidak bersendirian dalam menghadapi hari-hari mendatang". 



Sama-samalah kita rakyat Malaysia memberi sokongan moral untuk adik Ecah untuk terus maju dan bersemangat sehingga berjaya. Jangan lupa teruskan memberi sokongan kepada McDonald's dan RMHC agar sumbangan anda itu dapat memberikan senyuman kepada rakyat Malaysia.


Terima Kasih McDonald's.