Showing posts with label TMJ. Show all posts
Showing posts with label TMJ. Show all posts

Thursday, March 23, 2017

TSAM TARIK DIRI, RAKYAT DAN UMNO LEBIH UTAMA



Tan Sri Annuar Musa (TSAM) mengumumkan penarikan dirinya daripada pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di satu sidang media di Parlimen hari ini. Ini memberi makna DYTM Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal Presiden FAM.  

Keputusan itu dibuat setelah  TSAM menimbang semua perkara antaranya termasuklah kesibukan beliau dalam melaksanakan amanah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada dirinya sebagai ahli parlimen Ketereh. Bahkan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga merupakan dorongan untuk beliau menarik diri daripada pemilihan ini. 



TSAM juga berpendapat adalah lebih baik beliau menumpukan untuk kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan  dalam meningkatkan lagi program bola sepak dari akar umbi bagi melahirkan lebih ramai lagi pemain berbakat daripada kalangan anak negeri. 

Keputusan ini dibuat sebagai satu tanda penghormatan kepada DYTM Tengku Mahkota Johor (TMJ) agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding. Keputusan ini sebenarnya telah lama beliau suarakan kepada baginda sendiri untuk memberi kemenangan tanpa bertanding kepada baginda. 

TSAM juga menjelaskan keputusan ini dibuat tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, kata beliau "ia merupakan keputusan saya sendiri yang saya lakukan secara jujur dan ikhlas demi kebaikan masa depan FAM dan Bolasepak Malaysia".  

Monday, March 20, 2017

ANTI ISLAM, RASIS, DIKTATOR






Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengulangi kata-katanya bahawa Lim Kit Siang seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik sambil mencabar Penasihat DAP itu mendakwa­nya di mahkamah sekiranya dakwaan itu tidak benar.

Beliau berkata, dakwaan tersebut dibuat berdasarkan pada beberapa fakta termasuk daripada ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengakui Penasihat DAP itu me­rupakan seorang yang rasis.

Tambahnya, beberapa tin­da­kan Kit Siang termasuk anaknya, Lim Guan Eng mene­rusi ucapan di Parlimen menunjukkan mereka me­nentang pelaksanaan undang-undang Islam serta cadangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355).


“Pada saya menentang sesuatu yang dilaksanakan ke atas orang Islam dan bertepatan de­ngan hukum Islam terutamanya dalam hal ehwal mahkamah syariah juga bersifat anti-Islam.

“Saya ulang, Lim Kit Siang adalah seorang anti-Islam dalam tindakan-tindakannya dan ini bercanggah dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana Islam merupakan agama rasmi bagi negara dan perlembagaan telah membenarkan sistem mahkamah syariah.

“Sistem mahkamah syariah itu telah ada, cuma RUU 355 adalah tindakan untuk mengemaskinikan sahaja. Jadi, apabila seorang bukan Islam menentang sebegitu rupa pada saya ia menunjukkan sikap menentang undang-undang Islam atau pun bersikap anti-Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meras­mikan Persidangan UMNO Wa­nita, Pemuda, Puteri dan Cawangan-cawangan Bahagian Bagan Serai di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar turut mendakwa Kit Siang sebagai seorang diktator politik paling lama berkuasa iaitu lebih 50 tahun.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah menukar lima Perdana Menteri tetapi beliau masih lagi merupakan satu-satunya orang yang menjadi pemimpin de facto dan menguruskan DAP melalui satu dinasti iaitu Dinasti Lim.

“Beliau adalah seorang diktator yang memecahkan rekod Robert Mugabe, Saddam Hussain dan Kim il-Sung di Korea,” katanya.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Kit Siang bagi mendapatkan komen beliau mengenai dakwaan ini gagal.



Monday, November 7, 2016

ADAKAH TUN MAHATHIR RESTUI PENDERHAKA INI ?



Derhaka titah Sultan Johor, Syed Saddiq didesak mohon maaf

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didesak memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan biadabnya yang didakwa tidak menghormati titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Desakan itu yang dibuat Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia (Gapema) Johor juga mahukan Syed Saddiq memohon maaf kepada rakyat negeri ini selain menasihatkannya membaca sejarah Johor dan memahami ikrar taat setia sebagai Bangsa Johor.

“Sebagai rakyat Johor kita perlu faham dan jelas konsep Bangsa Johor yang menekankan permuafakatan, kesepakatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam apa jua bidang.

“Kenyataan biadap beliau seolah-olah ingin mengajar baginda dan memperlihatkan Sultan Ibrahim tidak tahu langsung tentang perundangan dan peraturan negara,” ujar Pengerusi Gapema Johor, Muhammad Suwarno dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam Syed Saddiq dalam satu kenyataan mendakwa, hak untuk berdemonstrasi secara aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan selain diiktiraf udang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.

Kelmarin meneusri Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang, dekat sini, Sultan Johor dalam titahnya menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi di negeri ini.