Sekali lagi satu pasukan penyiasat Malaysia dihantar ke Mozambique bagi mengenal pasti tiga serpihan pesawat yang ditemui baru-baru ini adakah berasal dari pesawat MH370 milik Malaysia Airlines System (MAS).
Serpihan-serpihan yang ditemui mempunyai persamaan dengan rangka bahagian kanan pesawat menambah keyakinan Malaysia bahawa kesemua serpihan yang ditemui adalah dari Boieng 777 MAS.
Pekara ini dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa berdasarkan laporan awal beliau yakin, serpihan yang ditemui ini adalah MH370. Sebelum ini kesemua serpihan yang ditemukan dulu adalah disahkan bahagian kanan pesawat MH370.
Ini dibuktikan melalui siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabansa (ICAO) berdasarkan penemuan nombor siri pada bahagian sayap salah satu serpihan yang ditemukan dan juga melalui analisis kimia.
Sementara itu Menteri Pengangkutan Australia dalam satu laporan akhbar menyatakan penemuan tiga lagi serpihan ini menjadikan semuanya berjumlah lapan serpihan.
Kehilangan pesawat MH370 sehingga kini menjadi satu misteri yang dibicarakan diseluruh dunia. Pelbagai teori dan versi cerita berkenaan kehilangan pesawat ini oleh masyarakat.
Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing, China, membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada pagi 8 Mac 2014, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Hampir pasti milik MH370 ! Itulah yang disahkan oleh pakar berkenaan dua serpihan pesawat yang ditemui di Afirka Selatan dan Pulau Rodrigues yang dikata milik MH370 yang hilang lebih dua tahun yang lalu.
Setelah sekian lama Pasukan Keselamatan ICAO Annce 13 Malaysia dan pakar dari antarabangsa membuat pemeriksaan dan siasatan , hari ini mereka berani mengesahkan bahawa serpihan tersebut konsisten dengan panel pesawat Malaysia Airlines Mh370.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hasil dari pemeriksaan Mac lalu dengan keputusan kali ini adalah adalah selari. Ini mengesahkan serpihan pesawat yang dijumpai di Mozambique juga berkemungkinan besar berasal dari MH370.
Pemeriksaan yang dibuat oleh pakar dari Australia ke atas serpihan yang ditemui di Pulau Mauritius dan Afrika Selatan. Dua serpihan tersebut adalah sekeping enjin "cowling" dengan separa logo Roll Royce dan sekeping panel dalaman daripada kabin pesawat telah selesai diperiksa.
Hasil pemeriksaan yang menyeluruh yang telah buat, Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICOA) Malaysia membuat kesimpulan kedua-dua serpihan itu konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.
Jesteru itu pasukan penyiasat tersebut mengesahkan bahawa kedua-dua serpihan hampir pasti kepunyaan pesawat MH370.
Menurut, Tiong Lai, kerajaan Malaysia, China dan Australia akan terus berkerjasama dan bersungguh-sungguh dalam pencarian pesawat MH370. Sehingga kini kawasan pencarian telah meluas sehingga 105,000 kilometer persegi.
Dalam kenyataan yang sama juga, Mmenteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga serta amat menghargai segala usaha yang dibuat oleh Biro Keselamatan Ppengangkutan Australia (ATSB) Geosains Australia dan Boeing diatas segala usaha dan bantuan yang tidak berbelah bagi kepada Malaysia sepanjang proses pemeriksaan dan penilaian ini berjalan.
Terima kasih juga diucapkan kepada kerajaan Afrika Selatan, Mozambique dan Mauritius di atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan kepada Malaysia selama ini.
Agaknya sudah mejadi kebiasaan warga dunia hari ini setiap kali terjumpa serpihan kapal terbang sahaja semuanya menjurus kepada penemuan #MH370. Ini berikutan terjumpa satu lagi objek oleh warga Amerika yang tertulis "NO STEP" di Terusan Mozambique.
Objek itu dikatakan penyambung antara sayap dan ekor pesawat. Bagi membuktikan ia adalah serpihan dari MH370 ianya akan memakan masa yang lama kerana banyak prosuder yang perlu dijalankan. Bukan satu pekara yang boleh dibuat secara tergesa-gesa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, proses siasatan ini akan mengambil masa yang panjang. Kerajaan akan menghantar pasukan penyiasat yang terdiri dari DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS. Pasukan penyiasat khas MH370 juga akan turut serta ke Australia untuk menyiasat serpihan ini.
Pasukan penyasiat kita akan bekerjasama dengan dengan penyiasat dari kerajaan Australia yang selama ini sentiasa memberi komitmen mereka yang terbaik. Serpihan itu akan dibawa ke Australia untuk disiasat dengan menyeluruh. Walaupun begitu, penyiasat kita akan memantau keseluruhan proses siasatan ini secara terperinci.
Anggota DCA akan berjumpa dengan ketua pengarah DCA Mozambique untuk berbincang dan membawa pulang serpihan objek yang ditemui itu.
Jesteru itu selagi belum disahkan oleh kerajaan, jangan ada sesiapa yang cuba membuat spekulasi tentang penemuan serpihan kapal terbang tersebut. Biarlah siasatan terperinci dijalankan terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Datuk Seri Liow juga menasihatkan semua waris MH370 agar membuat tututan terhadap MAS sebelum 6 mac ini. Ini bagi mengekalkan hak perundangan mereka berdasarkan Konvensyen Montreal.
Sehingga kini sudah 60 kes sudah diselesaikan berkenaan tuntutan oleh waris MH370.
Berdasarkan Perkara 35 Konvensyen 1999 mengenai Penyatuan Tertentu dengan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Konvensyen Montreal) hak untuk ganti rugi terhadap MAS akan terhapus jika tiada tindakan dilakukan dalam tempoh yang dua tahun dari tarikh di mana pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 8 Mac 2014.