Wednesday, December 20, 2017

STATUS ECRL - DAIM KELIRU ATAU CUBA MENGELIRUKAN ?

EST COST RAIL LINK atau ECRL merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membina laluan kereta api yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang. Ianya akan memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara terutama penduduk di Pantai Timur. Ia juga merupakan sebahagian daripada pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam usaha memacu pembangunan yang seimbang antara Pantai Barat dan  Pantai Timur. 

Tuduhan Tun Daim Zainuddin kononnya projek ECRL ini bukan pelaburan tetapi pinjaman  kerana kerajaan perlu membayar semula pembiayaannnya. Kerajaan telah berulang kali menjelaskan ECRL telah distruktur sebagai pelaburan domestik yang dibiayai pinjaman mudah dari China melalui Export-Import Bank Of China (EXIM). 

Ada sebab kerajaan tidak menggunakan kaedah pelaburan langsung asing kerana melalui pinjaman mudah, ECRL akan dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya anak syarikat Kementerian Kewangan. Anak Syarikat inilah yang akan membayar semula pinjaman mudah berkenaan apabila rangkaian ini mula berolerasi. 

Kerajaan tidak mahu menggunakan kaedah era zaman Tun Dr Mahathir yang mengunakan pelaburan langsung asing, ini kerana pihak asing akan memiliki dan mengendali rangkaian keretapi ini. Ini hanya akan menguntungkan negara mereka bukan kita! 

Tengok dulu apabila Tun Dr Mahathir dan Tun Daim banyak meminjam dari Jepun. Apabila yen meningkat tinggi berbanding ringgit - kita terpaksa membayar berganda-ganda kepada Jepun. Ini akan merugikan negara. 

Perdana Menteri Malaysia dari awal-awal lagi sudah memaklumkan bahawa Malaysia mendapat syarat pembiayaan menarik dengan 85 % dibiayai pinjaman mudah 3.25 % daripada China Exim Bank, dengan tempoh moratorium 7 tahun sementara 15 % lagi dibiayai program sukuk yang diuruskan bank-bank pelaburan tempatan. Kerajaan menetapkan syarat sekurang-kurangnya 30 % kontraktor Malaysia terlibat ECRL dan pelajar Malaysia yang mengikuti latihan industri ECRL diambil bekerja.

No comments:

Post a Comment