Segala jentera MCA Johor sudah bersiap sedia menghadapi "peperangan" Pilihanraya Umum PRU ke 14 nanti. Berkenaan calon MCA Johor sudah dari awal-awal lagi sudah ada senarai dan mengenal pasti calon yang layak untuk diketengahkan untuk bertanding.
Semua senarai calon telah dihantar, kita hanya menunggu pengumuman rasmi oelh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika ditanya oleh wartawan.
Menurutnya, MCA telah bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah rakyat terutama isu tempatan, termasuklah dikawasan pembangkang seperti parlimen Gelang Patah yang ditinggalkan sepi oleh Lim Kit Siang tanpa apa-apa pembelaan.
Kali ini MCA yakin calon-calonnya mampu diterima oleh rakyat setelah mereka tertipu dengan lakonan pembangkang seperti DAP. Pemimpin DAP yang angkuh hanya mementingkan diri dan parti mereka sahaja.
Antara calon yang dikenal pasti ialah Naib Presiden MCA Datuk Dr. Hou Kok Chung yang bertanding di Parlimen Tebrau dan Datuk Tan Cher Puk akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya. Mereka telah memberi perkhidmatan yang terbaik dan banyak berusaha membantu rakyat tempatan walaupun mereka pernah tewas. Ini cukup membuktikan mereka sebenarnya ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat dan sewajarnya diberi peluang membuktikannya.
"Saya yakin Datuk Tan (Cher Puk) untuk sekali lagi tolong kita bagi menawan semula Johor Jaya kerana dia adalah calon yang paling layak. Saya kagum dengan komitmen beliau yang memahami isu setempat di kawasan Johor Jaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis MCA Bersama Rakyat Tebrau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chih, Taman Desa Cemerlang di sini sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment