Misi terakhir dalam pencarian pesawat penerbangan Malaysia MH370 bakal bermula. Kapal tunggal, MV Fugro Equator telah bergerak meninggalkan pelabuhan Fremantle di barat Australia dalam misi terakhir pencarian di Lautan Hindi.
Apakah misteri yang menjadi igauan penduduk dunia dapat dirungkai kali ini. Adakah pesawat tersebut berada dikawasan pencarian yang dikenalpasti sebelum ini ?
Laporan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Australia (ATSB), misi pencarian yang meliputi kawasan seluas 120,000 persegi setakat ini masih lagi tiada sebarang petunjuk baru ditemui.
Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dalam mengenal pasti lokasi pesawat tersebut, kerajaan Malaysia akan menggunakan laporan ATSB sebagai panduan. Kerajaan berharap dengan laporan tersebut pesawat itu dapat mengesan lokasi spesifik pesawat terbabit
Menurut beliau lagi, laporan yang membentangkan analisis terperinci mengenai usaha mencari MH370 itu dilihat dapat membantu pasukan mencari untuk mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac 2.
Dalam satu akhbar West Australian Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester berkata, ini merupakan misi yang penting dan kami amat berharapa untuk menemukan pesawat ini. Beliau membuat kenyataan itu sebaik sahaja pertubuhan yang mewakili penumpang dan kru pesawat, Voice370, mengumumkan penamatan pencarian serpihan pesawat di pantai Madagascar yang dibiayai secara persendirian.
Jika pencarian kali ini masih gagal menemukan pesawat MH370 maka pencarian itu akan ditamatkan pada bulan Januari atau Februari tahun depan tetapi Australia, Malaysia dan China telah bersetuju untuk menyambung operasi itu jika memperoleh maklumat yang menyakin.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hasrat untuk menemukan lokasi terletaknya MH370 tidak pernah diabaikan dan setiap keputusan yang diambil sentiasa berpandukan semangat kerjasama dalam kalangan ketiga-tiga negara itu."
"Harapan dan doa kami sentiasa mengiringi keluarga dan orang tersayang yang ditinggalkan penumpang serta anak kapal MH370."
-Liow Tiong Lai
No comments:
Post a Comment