Sunday, June 29, 2014

ALTEL KEPUNYAAN TAN SRI SYED AL -BUKHARY CUBA DI SABOTAJ KOMUNIS



Saturday, June 28, 2014
( KISAH BENAR) Strategi Cina Halang Perniagaan Telco line Altel Milik Melayu
Telco line Altel milik Melayu, internet dan line diceruk kampung juga tiada masalah. Kalau korang terer baca sampai habis. Kalau terer lah. LIKE PAGE >> Boikot Barangan Cina Dap ORI
**cerita diambil dari fan BBCD yang inbox**
(1)PENGENALAN
Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.
Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai 'Wira Dermawan'. Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia.
Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia. Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini.
Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma. Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi.
(2)PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD
So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip 'lokasi altel'. Lalu keluar linkwww.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:
Effective Marketing
Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
03-21455281
Broadband Solution Sdn. Bhd.
Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
013-3376668
Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:
Aku: "Kawan, sim card Altel ada? I mau beli".
Cina: "Mana you tau ini kedai?" (muka terkejut)
Aku: "I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!"
Cina: "aaa..aaa...(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada"
Aku: "You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel" (aku bengang)
Cina: "Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan"
Aku: "I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!"
Cina: "Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang"
Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)
Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku:
Aku: "Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor"
Cina: "Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?"
Aku: "Who is customer? Do you know customer is always right?"
Cina: "Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil"
Aku: (10 minit tunggu)
Aku: (20 minit tunggu)
Aku: (30 minit tunggu)
Aku: (40 minit tunggu)
*kesabaran yang tinggi perlu ada*
Cina: "alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor"
Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli)
Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan)
Aku: "hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor"
Cina: "huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888"
Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap)
Aku: "Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?"
Cina: "hmmm, rm14 saja, satu rm7"
Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)
(3)TAHAP KELAJUAN INTERNET DAN COVERAGE LINE ALTEL
Bila habis beli, aku terus pergi 7-eleven nak beli topup, sekali yang jaga cashier tu Manager cakap, sini Altel susah masuk lah bang, Tan Sri Vincent Tan kenakan macam macam syarat untuk Altel masuk topup dalam 7eleven. Aku pun panas sekali lagi, lalu aku google dan cari senarai tempat tempat beli topup Altel adalah Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
Legalah aku sebab stesyen minyak Shell, Petron, Esso, Caltex, Aeon Big dan Jusco memang bersepah-sepah. Aku pun beli dengan jayanya topup rm30 dan terus aktifkan internet RM28 - 1GB. Ada juga pilihan RM48 - 2GB, tapi aku pilih 1GB je sebab dah cukup untuk aku pakai sebulan.
Aku nak cuba kelajuan internet Altel ni tapi tak sempat sebab aku kena pergi terus ke Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai je aku dekat Jemapoh, aku pun cuba kelajuan internet dia. Ya Allah, Wallahi, demi Allah yang memegang urat jantungku, aku bersumpah sepanjang aku pakai line Maxis dekat jemapoh memang tak boleh surfing langsung. Bila aku pakai line Altel ni, dia tunjuk icon line coverage +Hs (High Speed). Punya laju aku pakai line ni, sampai dalam kampung jemapoh yang aku tau memang tak ada line pun Altel boleh akses siap High Speed?
Aku pun cuba surfing cari info kenapa Altel boleh dapat coverage HighSpeed yang Maxis tak pernah dapat dalam Kampung Jemapoh ni. Akhirnya selepas aku caru info di google, baru aku tau bahawa Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan "4G LTE". Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Sudahlah boleh akses call dimana mana sahaja, tambahan dalam ceruk kampung pun internet HighSpeed laju gila? Seminggu selepas tu. Keluarga aku 10 orang terus tuka nombor kepada Altel dan kawan kawan aku dah 6 orang tukar line kepada Altel tetapi nombor asal mereka kekalkan.
Dengan ini aku bagi korang kesimpulan tentang Altel
1.Altel milik melayu
2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung
3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain
4.Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
5.Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48
6.Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal.
7.Tempat beli simcard Altel: www.altel.my/en/where-to-buy
Dah baca panjang-panjang ni jom CLICK SHARE supaya kawan korang yang lain terkena baca sampai habis macam korang, dan mana tau dia berminat tukar Altel? Korang mungkin rasa tak nak tukar lagi, tapi kalau korang CLICK SHARE mungkin kawan korang tukar. Dapat bantu Syed Mokhtar Bukhary pecahkan monopoli telco yang dipegang cina dan india.
Senarai alamat sim card Altel dijual:
http://altel.my/en/where-to-buy
Bukti Syed Mokhtar dikategorikan sebagai Wira Dermawan:
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/syed-mokhtar-wira-dermawan-1.294066

Saturday, June 21, 2014

HENDAK JADI APA KITA INI ...???


Amat malang bagi seorang insan yang di bekalkan dengan pelbagai bekalan yang maha lengkap dalam perjalanannya, namun dia meninggalkan segala bekalan tersebut.

 Lantas meraba-raba mencari bekalan ganti yang tidak seberapa. Dia meninggalkan makanan lazat berkhasiat yang di bekalkan, lalu mencari serpihan makanan di tepi-tepi jalan .

Dia meninggalkan bekalan cahaya yang di sediakan, lalu berpandu rabaan tongkat dalam kegelapan.
Demikianlah hal umat Islam pada hari ini.

 Bekalan ajaran Islam yang disediakan oleh Allah dan Rasul-Nya begitu indah dan hebat.
Namun kita mencampaknya ke tepi.


Kita mencari hidup dengan panduan baru . Maka kita bukan sahaja tidak cemerlang , bahkan sentiasa kelihatan ketinggalan dalam dunia persaingan. 

Sebabnya orang lain walaupun tanpa panduan wahyu telah lama berfikir dan mengasilkkan pelbagai pekara dalam mengharungi tamadun hidup berdasarkan kefahaman mereka. Sedangkan kita baru hendak bermula.

Monday, June 2, 2014

Mengutip cukai adalah haram?


SETIAP kali hujung bulan April setiap tahun, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) penuh sesak dengan pembayar cukai. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, semua yang mempunyai pendapatan di Malaysia wajib mengisytiharkan pendapatan bercukai mereka.
Namun begitu, ada pihak mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat. Mereka berhujah dengan sebuah hadis Nabi SAW: "Pengutip cukai tidak akan masuk syurga." (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad).
Hadis itu seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan adalah haram dan zalim. Sebenarnya hadis itu perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan.
Pada asalnya, Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi di antara orang miskin dan orang kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada lapan kumpulan (asnaf) sahaja dan ia tidak boleh disalurkan kepada perkara lain, selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Tawbah[6:60]).
Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi urus tadbir negara seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan lain-lain.
Berbeza dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti Jizyah: cukai kepala kepada golongan bukan Islam, Ghanimah: harta rampasan perang, Khumus: 1/5 daripada keseluruhan Ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul dan Fi': harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran.
Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada Khumus kepada pengurusan negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya Futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam.
Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil 'Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), 5 peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta' Malik & Sunan al-Bayhaqi).
Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.
Mekanisme cukai yang dibuat oleh Umar adalah untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak. Berpegang kepada zahir hadis yang menyatakan "pengutip cukai tidak akan masuk syurga" tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan Saidina Umar masih lagi jahil sunnah Nabi dan tidak akan ke syurga.
Kenyataan itu ternyata bercanggah dengan sebuah hadis yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Sunan Abu dawud, al-Tirmidhi, Musnad Ahmad). Ia juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafa' al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah & Musnad Ahmad).
Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat, hadis yang mencela pengutipan cukai itu sebenarnya didatangkan dalam konotasi negatif iaitu (Sahib Muks). Ia merujuk kepada cukai yang dikutip untuk menambah kekayaan pemerintah zalim dan kuncu-kuncunya serta menindas rakyat.
Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya, jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah sudah biasa mengutip cukai sebegini.
Menurut majoriti ulama, pengenaan cukai oleh pemerintah berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai Masalih al-Mursalah iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Dengan perkataan lain, pengenaan cukai oleh pemerintah menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga mereka.

ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ
ialah Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

MOHON BANTUAN



Ziarah adik Wafiq berumur 12 tahun yang menghidap sakit kanser di belakang mata dan otak.
Telah menjalani pembedahan namun pihak hospital hanya mampu membuang sekitar 20% kansernya dan telah diminta untuk pulang ke rumah.
Kos menjaga perubatan dan makan minum pakainya hampir mencecah RM2 ribu sebulan.
Saya dengan rendah diri memohon kepada sesiapa yang ingin memberi bantuan kepada keluarganya dapatlah menghubungi saudara Hairol di talian berikut:
016 3074747
Kepada yang ingin membantu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih semoga Allah SWT membalas jasa baik anda.