Desak tindakan tegas terhadap Irene.
DIA HEBOHKAN NEGARA TIDAK AMAN.....TAPI BOLEH BINA RUMAH DAN HIDUP KAYA DI MALAYSIA....
NIAT JAHAT IRENE PERLU DI BERI PENGAJARAN, JANGAN TERLALU BIADAP. JIKA TAK SUKA TINGGAL DI MALAYSIA ....BOLEH PERGI KE INDONESIA UNTUK TINGGAL....,
TINGGAL DI MALAYSIA TAK KEBULUR TU PUN DAH KIRA CUKUP TUAH. APATAH PULA BOLEH HIDUP SENANG DAN MEWAH BERBANDING ORG MELAYU YANG LAIN.
MCA Selangor mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas. Pergerakan itu yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi ini turut mendesak Irene dikenakan tindakan tegas kerana kenyataannya itu dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Irene itu hanya bertujuan memburuk-burukkan kerajaan seolah-olah tidak mengambil apa-apa tindakan munasabah dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia.
Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif Tenaganita, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memburuk-burukkan negara sendiri di dalam temubual dengan akhbar Indonesia. Tajuk temubual tersebut iaitu, “Malaysia Not Safe For Indonesian Migrant Workers’ yang merupakan lanjutan kepada kes tiga rakyat Indonesia yang disyaki penjenayah ditembak mati oleh PDRM pada Mac lalu, sudah cukup untuk menyatakan segala-galanya.
Irene cuba sedaya upaya menggambarkan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat dengan rakyat yang kejam, polis yang korup dan kerajaan yang zalim. Dia kemudiannya menggesa agar pemerintah Indonesia tidak menyambung usaha menghantar pekerja ke Malaysia. Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala membaca kenyataan Irene, bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi rakyat Indonesia juga. Kita hairan melihat betapa Irene langsung tidak punya semangat patriotik terhadap negaranya sehingga sanggup memfitnah dan memburukkan segala-galanya mengenai negara sendiri.