Monday, April 16, 2018

PEMANDU TEKSI TIDAK PERLU TUNGGU SELEPAS PRU 14




Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka.

Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di dalam lampiran di bawah. Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.

Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara.

SPAD juga ingin menjawab segala tohmahan di laman media sosial yang mendakwa kononnya “para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya.” Dakwaan terebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 13 April 2018 di MAEPS, Serdang; malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.

Jika dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.

SPAD ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada persatuan-persatuan pemandu dan seluruh pemandu teksi yang telah meluangkan masa untuk hadir pada majlis berkenaan.

Sunday, April 15, 2018

BERITA GEMBIRA BUAT 67,000 PEMANDU TEKSI SELURUH NEGARA



Dunia semakin hari semakin pesat berkembang dengan teknologi terkini. Sikap dan pemikiran manusia pun berubah mengikut perkembangan semasa dunia. Jika ada yang leka dan alpa, mereka akan ketinggalan dan terus terkebelakang. 

Begitu juga dengan perkembangan pengangkutan awam hari ini. Perubahan teknologi dalam pengangkutan awam juga berlaku perubahan yang drastik. Mereka yang masih mengekalkan cara tradisional akan terus ketinggalan dan lenyap ditelan zaman. Begitu juga di negara kita Malaysia, kerajaan begitu amat prihatin terhadap suara rakyat termasuk mereka yang minoriti. 

Belum pernah ada di dalam dunia ini satu kerajaan yang begitu mengambil berat terhadap pemandu teksi seperti mana yang kerajaan kita lakukan. Walau pelbagai kecaman pemandu teksi terhadap kerajaan, namun tidak sedikit pun kerajaan membiarkan pemandu teksi terkontang kanting dalam arus permodenan negara.

Justeru itu kerajaan pimpinan Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang bernilai RM800 setiap orang. 

Apa sebenarnya kegunaan Kad Bantuan ini ? Kad Bantuan Teksi 1Malaysia ini yang bernilai RM800 boleh digunakan untuk mengisi semula tangki dengan petrol atau NGV di seluruh negara. Kad Bantuan Teksi 1Malaysia juga  turut didatangkan dengan perlindungan insurans peribadi dari Mesra-AXXESS yang merangkumi jumlah pampasan sehingga ke RM50,000.


Wednesday, April 11, 2018

ROKET,BUNGA TERKORBAN ATAU DI KORBANKAN ?





Keputusan Gabungan Pembangkang PKR untuk menggunakan logo tunggal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terus menimbulkan persoalan.

Terutamanya bagi DAP, keputusan mereka untuk ‘mengorbankan’ logo roket yang menjadi identiti mereka sekian lama cukup meragukan memandangkan mereka tidak pernah mengambil tindakan sedemikian sebelum ini, termasuklah ketika bersama Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dahulu.


Adakah keputusan ini diambil setelah menilai hasil kajian oleh Institut Kajian Asia Tenggara-Institut Yusof Ishak pada tahun lalu yang menunjukkan hanya lima peratus pengundi Melayu di Johor yang menyokong mereka?

Mengulas perkara tersebut, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad berkata, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan DAP mengambil keputusan tersebut.

Kemungkinan pertama, menurut beliau, adalah sebagai perangkap untuk mengaburi pandangan pengundi Melayu yang sebahagiannya ‘fobia’ dengan logo roket DAP yang sangat sinonim dengan konsep Malaysian Malaysia yang ditolak oleh pengundi Melayu.

“Kedua, mungkin DAP menyedari bahawa penggunaan logo roket tidak selamat untuk mereka melihat kepada persepsi negatif orang Melayu terhadap logo tersebut.

“Ketiga, ini mungkin taktik untuk membersihkan imej mereka yang selama ini didakwa sebagai tidak pro-Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ruhanie berharap supaya pengundi Melayu di negara ini menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memilih parti terbaik dalam PRU-14 ini.

“Pastikan pilihan kita adalah yang terbaik untuk menjamin keselamatan politik dan sosioekonomi kaum Melayu dan Bumiputera selaku bangsa teras di negara ini,” ujarnya. 

Tuesday, April 10, 2018

APA HELAH DAP GUNA LOGO PKR ?




Ramai yang tertanya kenapa DAP begitu mudah kali ini mengalah untuk tidak menggunakan lambang partinya ROKET dalam PRU ke 14 kali ini. Yang bermasalah ialah PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) yang telah digantung pendaftarannya sementara. 

Habis kenapa pula DAP yang perlu berkorban ? Apa ke hal ? Ini yang pelik kita nak fikirkan. Entah apalah yang Tun Mahathir buat sampai berjaya melenturkan parti paling Chauvinis dan keras menentangnya dahulu. 

Tapi bila dikaji dan difikir-fikiran, ada logik kenapa DAP sanggup melepaskan logo roketnya dan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat. Sepanjang tahun ini DAP terlibat dengan pelbagai kontroversi dan masalah. Dari masalah pemilihan parti sendiri CEC, masalah Lim Guan Eng dengan kes rasuah, salah guna kuasa, dan kes terowongnya dan juga sentimen orang Melayu yang tidak suka dan cukup anti dengan lambang roket DAP. 

Sebab itulah tidak hairan DAP sanggup  mengadaikan maruah mereka dengan mengunakan logo PKR. Jelas sekali peranan Tun Mahathir cukup kuat dalam PAKATAN HARAPAN. DAP kali ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat menumbangkan Barisan Nasional. 

Boleh ke kita percaya dan yakin dengan mereka yang tidak yakin dan peraya dengan kekuatan sendiri. DAP ini sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat undi Melayu. Mereka sedar tidak selamanya mereka boleh menipu, jadi ini adalah peluang mereka untuk mempergunakan Tun Mahathir sepenuhnya. 

INDIVIDU 93 TAHUN PEROSAK NEGARA




Ramai yang tergejut dengan kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ). Tidak sesiapa menyangka TMJ akan membuat kenyataan seperti demikian. Tunku bertitah kepada rakyat negara ini untuk buka mata dan jangan lagi tertipu dengan apa yang diperkatakan oleh individu yang sudah berusia 93 tahun. 

Dalam kenyataan panjangnya di halaman Facebook Johor Southern Tigers pada Sabtu malam, beliau berkata, tanpa mengira parti yang memerintah atau pembangkang, rakyat perlu bijak menilai apa yang terbaik untuk negeri ini dan negara.

Tunku Ismail mahu rakyat buka mata dan jangan lagi tertipu dengan individu berumur 93 tahun yang ingin sekali lagi menjadi Perdana Menteri. Inilah masanya untuk pulihkan negara dari dirosakkan oleh individu tersebut.

Tunku menjelaskan bahawa individu inilah yang telah cuba membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886. Individu tersebut juga mahu menarik kuasa Sultan Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia. 

Titah Tunku Ismail ini patut dijadikan sebagai pedoman kepada rakyat Malaysia agar negara kembali keadaan aman dan bersatu padu. Rakyat tidak perlu diporak perandakan oleh individu yang gilakan kuasa. 

"JANGAN KITA BERPECAH BELAH DAN MUDAH DIPERMAINKAN DENGAN ANASIR LUAR YANG MAHU MENGHANCURKAN KEDAULATAN NEGERI INI" Tunku Ismail. 


Monday, April 9, 2018

TIGA TERAS UTAMA SENJATA MCA PRU 14



MCA selalu menjadi bahan kecaman DAP di dalam parlimen, kononnya MCA ini seolah-olah budak suruhan UMNO, pak turut UMNO, tak berani menentang UMNO dan sebagainya. Tuduhan dan cercaan DAP ini jelas menunjukkan wajah sebenar DAP yang tidak ikhlas dalam PAKATAN mereka sendiri. Mana mungkin seorang yang berfikiran begitu mampu membentuk kesepakatan yang ikhlas dan ingin menyelamatkan Malaysia. 

Justeru itu tuduhan dan kecaman DAP hanya membuka pekung di dada mereka bahawa mereka kini sedang memperbudak-budakan PAN. PKR dan PPBM. Jelas sekali apa saja agenda PAKATAN  ianya mestilah diredhai oleh DAP. 

Sebab itulah PAS yang tidak sekata dengan DAP tidak boleh bertahan dalam PAKATAN RAKYAT yang telah terkubur dalam PRU 13 yang lalu. 

Bagi menjawab tuduhan DAP perlu di ingat bahawa BARISAN NASIONAL  berdiri atas satu permuafakatan kontrak sosial yang telah termaktum dalam perlembagaan sejak sekian lama dahulu lagi. Iaitu sebelum wujudnya si pengacau DAP di dalam Persekutuan Malaysia

Tidak timbul langsung kononnya MCA budak suruhan UMNO atau pak turut UMNO kerana Barisan Nasional wujud atas dasar saling hormat menghormati antara satu sama lain. Dalam Barisan Nasional kita memahami hak dan kepentingan semua kaum berasaskan agenda nasional negara. Begitulah DAP, apa yang mereka buat dekat PKR, PAN dan PPBM mereka ingat perkara yang sama berlaku dalam BN. 

Justeru itu MCA sebagai sebuah parti yang sudah matang dalam politik tanahair tidak perlu ambil pusing semua tohmahan parti pembangkang terutama DAP. 

Dalam menghadapi PRU ke 14 ini parti MCA telah mengariskan TIGA TERAS UTAMA  yang merangkumi hab pendidikan global, pemerkasaan belia dan kesejahteraan sosioekonomi. Di dalamnya terangkup 10 janji MCA dalam PRU ke 14 ini. 

Antaranya MCA berjanji memelihara kesederhanaan dalam kerajaan dan institusi asas negara serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kita sedar bahawa pentingnya sikap toleransi dan kesederhanaan ini. Kejayaan perpaduan dan muafakat sesama kaum dalam negara selama ini adalah hasil dari sikap kesederhaan ini. Justeru itu ianya perlu dikekalkan serta diteruskan lagi dalam kerajaan dan institusi asas negara.

MCA juga mahu memastikan kewujudan semak dan imbang dalam kerajaan sekarang serta memberi keutamaan terhadap agenda permerkasaaan generasi muda dan wanita terutamanya dalam meyediakan peluang pekerjaan, latihan serta pengajian. 

Tak kurang pentingnya juga ialah meningkatkan kualiti pendidikan cina dan melonjakkan pencapaian di pentas pendidikan antarabangsa menerusi pendekatan  pemodenan terutama membabitkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. 


Sunday, April 8, 2018

BERSAMA BN, HEBATKAN NEGARAKU



Bagaikan cacing kepanasan puak-puak Pakatan Harapan apabila Perdana Menteri melancarkan Manifesto Barisan Nasional semalam. Ada yang kata gula-gula PRU, dedak dan rasuah PRU. Lantaklah apa yang mereka nak kata apa pun, Barisan Nasional tidak menjanjikan sesuatu yang mampu di beri, bukannya memberi janji-janji palsu seperti Pakatan Harapan. 

Mereka tak mampu nak buat manifesto macam BN bukan sebab mereka tak boleh, tapi mereka tak mahu duit yang berbilion-bilion jumlahnya diberi kepada rakyat dengan percuma. Mereka hanya tahu kerah duit rakyat tapi tak pernah berfikir untuk memberi khidmat kepada rakyat. 

Manifesto BN yang setebal 220 muka surat mengariskan 14 teras dan 364 inisiatif yang memberi banyak kepada manfaat kepada rakyat di seluruh negara. Najib berikrar, berjanji dan bersumpah akan memastikan semua janji-janji ini dilaksanakan sepenuhnya. 

Barisan Nasional tidak pernah menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal atau mustahil untuk dilakukan. Semua yang diijanjikan sudah tentu di kaji akan kemampuan untuk melaksanakannya. Apa yang penting semua rakyat merasai kemakmuran negara.

Perdana Menteri juga menyifatkan manifesto pakatan pembangkang sebagai satu formula yang akan memusnahkan negara. Masa depan negara tidak sewajarnya diperjudikan kepada mimpi-mimpi yang diciptakan oleh pembangkang. 

Masa depan negara adalah milik bersama seluruh rakyat tanpa mengira etnik, pegangan agama dan kepercayaan serta kedudukan geografi. 

Undi rakyat kepada Barisan Nasional adalah amanah yang perlu digalas dan merupakan mandat untuk menjamin masa depan. 

Benarlah Barisan Nasional bukanlah parti yang tidak ada cacat cela langsung, tapi BN tidak pernah mensia-siakan harapan dan mandat yang telah rakyat amanahkan kepadanya.