Thursday, March 15, 2018

KENAPA KERAJAAN TAK TUNTUT RM430 JUTA DARI SWITZERLAND ?


Ada usaha-usaha dari pihak pembangkang Malaysia yang mencuba mempengaruhi atau melobi Ahli-ahli Parlimen SDP agar membentangkan usul di Parlimen Switzerland dan mendorong campurtangan kerajaan Switzerland ke atas wang sebanyak RM430 juta yang dikatakan milik 1MDB. 

Selama bertahun-tahun  mereka telah berusaha tetapi tetap gagal memberikan bukti-bukti yang boleh dijadikan asas atau dipertanggungjawabkan bagi memulakan prosiding jenayah yang membabitkan 1MDB.

Justeru itu penolakkan Usul RM430 Juta Parlimen Switzerland sangat memberi kesan kepada serangan pembangkang.  

Kita mulakan dengan usul ini dibawa oleh Ahli Parlimen Carlos Sommaruga dari Parti Sosialis Demokrat (SDP of Switzerland). 


Sommaruga diketahui mempunyai hubungan dengan beberapa tokoh pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Anti Kerajaan. SDP merupakan anggota International Socialist yang juga dianggotai oleh Democratic Action Party (DAP), Malaysia dan parti yang memerintah Israel kini. 


Wan Azizah dan Kiat Siang dikatakan memain peranan menimbulkan persepsi berita palsu seolah-olah wang RM430 juta adalah hak 1MDB. Mereka menggesa Ahli-ahli Parlimen Swiss memulangkan wang itu, yang didakwa daripada hasil kutipan 1MDB, yang disita oleh kerajaan Switzerland.

Mengulas usul Repatriation of Corruption Funds to the Robbed Populations bertarikh 16 Jun 2017 yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga di Majlis Kebangsaan, 1MDB menjelaskan, ia dinyatakan secara umum dan menyebut nama pelbagai syarikat dan negara.

Wang berjumlah RM430 juta yang sedang dipertimbangkan oleh penggubal undang-undang Switzerland untuk dipulangkan tidak boleh dituntut oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke­rana wang itu bukan milik mereka.

1MDB dalam satu kenyataan mengulangi sekali lagi bawa mereka tidak kehilangan wang.Menurut 1MDB, Pihak Berku­asa Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA) sendiri menyatakan bahawa hanya mereka yang `terjejas secara langsung’ oleh tindakan perantara kewangan di Switzerland sahaja yang boleh menuntut sebahagian daripada denda itu dan tuntutan tersebut hanya boleh dibuat melalui pro­ses undang-undang.

Kenyataan itu adalah merujuk kepada surat yang dihantar oleh Ahli Parlimen pembangkang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada ahli-ahli Perhimpunan Persekutuan Switzerland berhubung usul yang dibahaskan dalam Majlis Kebangsaan (Dewan Rakyat) Perhimpunan Persekutuan.



Semua ini adalah kerja-kerja pengkhianat yang mengesa ahli-ahli parlimen Swiss memulangkan wang tersebut yang sememangnya ianya sengaja didakwa sebagai hasil daripada kutipan 1MDB yang disita oleh kerajaan Switzerland. Siapa lagi jika bukan Wan Azizah dan Kit Siang.

Permintaan 72 Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang Malaysia kepada Setiausaha Antarabangsa SDP, Peter Hug agar Ahli-ahli Parlimen Switzerland menyokong usul tersebut menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tertentu terhadap dana tersebut kerana semua pihak sudah sedia maklum bahawa 1MDB dan kerajaan Malaysia akan menafikan bahawa duit tersebut milik mereka.


Mengulas usul Repatriation of Corruption Funds to the Robbed Populations bertarikh 16 Jun 2017 yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga di Majlis Kebangsaan, 1MDB menjelaskan, ia dinyatakan secara umum dan menyebut nama pelbagai syarikat dan negara.


“Ia bukan usul khusus mengenai 1MDB atau Malaysia. Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan Switzerland mengeluarkan analisis terperinci tentang usul itu dan Kabinet Swiss mencadangkan usul ditolak,” katanya.


Kenyataan itu antara lain, turut memberitahu, CHF104 juta dipegang di Perbendaharaan Persekutuan Switzerland.


“Jumlah itu sebenarnya mewakili jumlah yang diperintahkan sebagai penyerahan kembali keuntungan oleh FINMA terhadap bank-bank tertentu kerana dakwaan melanggar undang-undang Switzerland. Oleh itu, CHF 104 juta itu adalah hasil denda oleh FINMA terhadap bank-bank tertentu,” katanya.


Menurut 1MDB, Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer, berkata, bank-bank yang berkaitan telah membantah tindakan FINMA dan merayu tindakan berkenaan di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.


Menurutnya, Majlis Kebangsaan Switzerland juga berhak membahaskan sebarang usul yang dibentangkan dan membuat keputusan yang difikirkan bersesuaian oleh anggota-anggotanya.


“Ini kerana usul tersebut dinya­takan secara umum dan membabitkan pelbagai syarikat dan negara. Ia bukan satu usul khusus mengenai 1MDB atau Malaysia,” katanya.


Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan menjelaskan, selepas beberapa siri audit dijalankan melibatkan agensi penguatkuasaan Malaysia termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, Peguam Negara dan agensi berkaitan menunjukkan tidak berlaku atau mengesan sebarang kehilangan dana daripada 1MDB.


“Jadi, adalah sukar bagi pihak kementerian untuk mengambil sebarang tindakan bagi membuat tuntutan daripada kerajaan Switzerland kerana wang tersebut bukan milik rakyat Malaysia seperti didakwa Wan Azizah dan Kit Siang dalam surat mereka kepada Ahli Parlimen Switzerland,” katanya.



SAYA MENGALAH !


“Saya mengalah. Saya tak mahu lagi mengawal dan buat keadaan seperti biasa lagi. Kalau anda hendak buat apa yang anda rasa okay, teruskanlah. Tak mengapa, saya percaya kepada Allah.”

Itu luahan pelakon, Elfira Loy, 24, beberapa jam yang lalu menerusi laman sosial Instagram miliknya.


Luahan itu dipercayai merujuk kepada spekulasi dan pelbagai dakwaan yang tersebar berikutan episod putus tunangnya dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 18 Februari lepas.

Namun, ada juga pihak yang mendakwa luahan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Sufian baru-baru ini di platform media.

Bagaimanapun, maksud sebenar luahan tersebut hanya diketahui dan dapat disahkan oleh pelakon wanita itu sendiri.- UTUSAN ONLINE

WANITA BERUMUR LEBIH MUDAH DI SERANG BARAH


Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM), mendedahkan seorang daripada empat wanita yang hayatnya mencecah usia 70 tahun dikesan berisiko diserang tiga jenis barah.

Tiga jenis kanser paling kerap dialami wanita kanser payudara, kolorektal (kanser kolon dan rektum) dan serviks.

Ketua Klinik Saringan Kanser dan Kesihatan NCSM, Dr Dalilah Kamaruddin berkata, kanser payudara adalah paling tinggi dikesan, iaitu mencatat 31 peratus, diikuti kolorektal (11 peratus) dan kanser serviks (tujuh peratus).

Katanya, lebih membimbangkan 60 peratus daripada wanita hanya menyedari mereka mempunyai kanser apabila memasuki tahap ketiga dan keempat.

Bagi pesakit yang lewat mengetahuinya, kebarangkalian untuk sembuh sebanyak 30 peratus berbanding 90 peratus bagi yang membuat pemeriksaan awal.

"Perkara itu jelas menunjukkan tahap kesedaran wanita tempatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesan tiga jenis kanser utama itu masih rendah.

"Setiap tahun statistik kanser meningkat dan pentingnya mewujudkan kesedaran mengenai penyakit ini adalah lebih ketara berbanding sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Hari Kanser Wanita : Kesedaran, Pencegahan dan Rawatan, di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, kelmarin.

Program sehari disertai kira-kira 500 pengunjung itu mengetengahkan pelbagai aktiviti interaktif antaranya pemeriksaan kesihatan, ceramah dan perkongsian maklumat berkenaan kanser.

Sesi forum berkenaan kanser dihadiri Pakar Radiologi (Kanak-Kanak) Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Faizah Mohd Zaki; Pensyarah Kanan Pusat Citra UKM, Dr Abdul Salam Yusuf dan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, UKM, Dr Mohammad Zaini Yahaya serta Pengarah program Hari Kanser Wanita, Dr A'dawiyah Ismail.

Dr Dalilah berkata, kanser juga boleh berlaku pada sesiapa saja kerana laporan perubatan menunjukkan 80 peratus pesakit kanser tidak mempunyai sejarah keluarga manakala 20 lagi adalah faktor genetik.

Katanya, contohnya statistik kanser payudara menunjukkan hanya 21 peratus penyakit itu berjaya dikesan pada peringkat pertama, 37 peratus pada peringkat kedua dan selebihnya dikesan pada peringkat ketiga serta keempat.

"Kanser payudara bukanlah penyakit yang baru dikesan di dunia dan menjadi kebimbangan setiap perempuan kerana sesiapa saja mempunyai risiko menghidap penyakit pembunuh nombor satu wanita itu.

"Hakikatnya, lebih awal kanser itu dikesan lebih besar peluang rawatannya berjaya dan pesakit mampu meneruskan kehidupan sama seperti individu sihat lain," katanya

Dr Dalilah berkata, wanita perlu mengambil tahu setiap perubahan berlalu pada tubuh mereka seperti mana rutin penjagaan wajah.

"Seperti penjagaan payudara, wanita digalakkan untuk melakukan pemeriksaan sendiri di rumah setiap hari untuk memastikan tiada ketulan luar biasa atau perdarahan di bahagian puting.

"Bagi kanser sukar dikesan seperti pangkal rahim wanita boleh dapatkan suntikan vaksin untuk mencegah kanser," katanya.

Sementara itu, A'dawiyah berkata program diketengahkan itu bagi memberikan kesedaran kepada pelajar dan pengunjung mengenai kepentingan penjagaan gaya hidup dan kesihatan selain pencegahan awal kanser.

Katanya, program buat julung kali itu juga membuka peluang jalinan kerjasama antara industri, kementerian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan universiti bagi memupuk kesedaran mengenai bahaya kanser dalam kalangan wanita.

"Masyarakat perlu tahu lebih awal kanser akan memudahkan rawatan selanjutnya dan mengurangkan risiko kematian.

"Ramai wanita ada kesedaran mengenai penyakit itu, namun jumlah individu yang bertindak dalam amat rendah dan ini membimbangkan kita," katanya.

sumber : Berita Harian 


Wednesday, March 14, 2018

SALAH POLIS PULA DAH !



Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai individu yang tidak bertanggungjawab selepas menuduh pihak polis mendorong beliau untuk memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 atas kesalahan rasuah dan liwat.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa, beliau mendengar sendiri bagaimana bekas Perdana Menteri itu pernah berkata bahawa dirinya telah menemubual mangsa-mangsa pada ketika itu, dan langsung tidak pernah menyebut tentang campur tangan polis berhubung kes berkenaan.

Jelas beliau, pada masa itu semua pihak mempercayai Dr. Mahathir kerana mana mungkin beliau berbohong tentang sesuatu perkara yang serius dan berat seperti itu.

“Saya nak timbulkan sesuatu, kalau tak silap semalam Dr. Mahathir cuba mengubah persepsi, dia kata yang tangkap Anwar ini, yang pergi dakwa Anwar ini semua (adalah kerja) polis bukan dia, jadi terang-terang depan rakyat satu Malaysia ini.

“Kita ini (saksi) semua hidup lagi. dia kata dulu, saya dengar sendiri dia kata pasal kes Anwar, dia kata dah panggil semua mangsa-mangsa dan temu bual sendiri mangsa. Macam mana dia boleh buat macam ini, ini bukan benda kecil, seluruh pasukan polis dan bekas ketua polis macam mana sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam forum Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Memahami Mahathirism di Facebook UMNO Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tuesday, March 13, 2018

MEMALUKAN - BEKAS PM NAK PAKAI LAMBANG DAP




Adalah sesuatu yang amat memalukan orang Melayu terutama parti PPBM apabila seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang gah namanya seantero dunia terpaksa tunduk kepada DAP semata-mata untuk bertanding di dalam pilihanraya menentang UMNO / Barisan Nasional. Inilah satu sejarah yang paling memalukan negara. 

Dahulu inilah orangnya yang menentang habis-habisan DAP. Segala apa yang dilakukan DAP baginya hanyalah untuk menjahanamkan bangsa Melayu dan Umat Islam. Malangnya hari ini insan tersebut terpaksa menagih simpati dari pada DAP untuk menggunakan lambangnya bagi bertanding dalam pilihanraya ke 14 nanti.

Apakah tidak ada parti lain dalam pakatan ? Bukankah ada PKR dan PAN ? Kenapa tidak mahu menggunakan kedua-dua lambang pasti tersebut ? 

Sudah tentulah kerana kedua-dua parti tersebut  ada sejarah dan kisah masing-masing. Mungkin Tun M tidak mahu dilihat tunduk kepada seteru ketatnya dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Takkan nak jilat balik ludah sendiri....ye tak ye jugak !

Apa pun inilah manusia yang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk sebuah kerusi Perdana Menteri yang sudah dilepaskannya seketika dulu. 

Tun Mahathir tidak boleh menyalahkan sesiapa diatas kemelut dalaman parti PPBM. Kita tidak tahu samaada AGM mereka wujud atau tidak !

Tun M sebelum ini menyalahkan ROS sebagai punca masalah yang timbul didalam partinya. Namun siapa yang sepatutnya di persalahkan ? Bukankah parti ini diuruskan oleh Mukriz Boboy dan Muhyiddin Yassin....carilah mereka dan tanyalah kenapa mereka gagal. 

Menuduh ROS sebagai memilih kasih hanyalah satu sandiwara untuk mengalihkan kesalahan ini kepada ROS. Lihatlah sendiri dari mana punca masalah ini timbul. 

Tuduhan mereka kononnya UMNO juga melanggar perlembagaan tidak boleh diterima sama sekali. ROS telah menjawab berkenaan penangguhan pemilihan UMNO. 

Dakwaan itu sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai khususnya ahli-ahli Umno dan para penyokongnya selain usaha pihak tertentu untuk memburukkan parti,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa Pemilihan Umno yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019. 


“Ini selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) . Ini adalah merujuk kepada Seksyen 13 A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat.

BARU 4 HARI KL SPECIAL FORCE KUTIP RM4.7 JUTA




Empat hari memasuki panggung, filem KL Special Force membuktikan kehebatan apabila berjaya mencatat kutipan RM4.7 juta mengatasi kutipan filem pecah panggung, Abang Long Fadil 2 dalam tempoh yang sama sebelum ini.


Salah satu adegan dalam KL Special Force yang menampilkan lakonan Syamsul Yusof dan Fattah Amin.
Produsernya, Datuk Yusof Haslam berkata, beliau sudah menjangka filem arahan Syafiq Yusof itu bakal menggegarkan panggung namun tidak menyangka sehebat itu.


Malah, beliau juga meletakkan harapan yang tinggi kepada filem yang menampilkan gandingan hebat Syamsul Yusof, Datuk Rosyam Nor dan Fattah Amin itu.

“Alhamdulillah, setakat semalam, kutipan melebihi catatan sejarah Abang Long Fadil 2 dengan berjaya mengutip RM4.7 juta. Satu perkembangan yang sangat baik untuk sebuah filem.

“Memang ada tanda-tanda mahu pecah panggung tetapi kita tunggu dan lihat. Saya sendiri sebagai ayah, kagum dengan kemampuan pengarahan Syafiq,” katanya kepada UTUSAN ONLINE di sini hari ini.

Dalam pada itu, filem KL Special Force juga mendapat reaksi positif pengguna media sosial yang menyifatkan filem itu sebagai satu tanda aras baharu bagi industri perfileman tempatan. - UTUSAN ONLINE

LINDA, EDRY KEMBALI BERSAMA



Bekas anggota kumpulan Elite iaitu Linda Rafar, 40, mengambil masa selama empat tahun untuk menerima suratan takdir hidupnya selepas kehilangan anak sulung, Rezaimen Keiflin Keifli pada 2014.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar memberitahu, dia telah mengeluarkan sebuah single berjudul Satu Lagi demi memperingati pemergian anaknya yang meninggal dunia akibat ketumbuhan barah dalam perut.


“Lagu ini telah lama dihasilkan tetapi saya masih belum cukup kuat untuk menerima hakikat bahawa Memen (panggilan untuk Rezaimen) telah tiada.

“Diakui, sukar untuk saya ‘move-on’. Bagaimanapun, dengan semangat yang diberikan suami, saya gigihkan juga untuk merakamkan lagu ini sebagai simbolik pemergiannya,” katanya kepada Utusan Online.

Menurut Linda, selain ingin memperingati kehilangan anak kedua hasil perkahwinan pertamanya pada 1999 dengan pelumba kereta Keifli Othman itu, dia juga mahu mendedikasikan lagu tersebut kepada semua kaum ibu yang senasib dengannya.

Tambah Linda, Satu Lagi akan dilancarkan serentak di platform digital pada 28 Mac ini dan merupakan karya ciptaan sepenuhnya Edry Abd. Halim dengan kerjasama KRU Studios sebagai pengedar.

“Pada masa yang sama, saya juga dalam proses menerbitkan novel kedua Menunggumu Di Pintu Syurga.

“Saya harap, lagu dan novel ini dapat menjadi inspirasi serta kekuatan kepada semua penghidap kanser dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Linda bakal menjalani penggambaran di Maghribi serta Jepun kerana terbabit mengacarakan dua buah program televisyen terbitan TV Alhijrah dan juga Astro.

“Alhamdulillah, rezeki tahun ini agak memberangsangkan. Terbaharu, saya dilantik sebagai duta produk Umairah Uzma dan berharap permulaan yang baik untuk kembali aktif dalam bidang seni,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE