Thursday, March 23, 2017

UMNO PUJI, PAS BERANI AKUI KESILAPAN




Tindakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengakui  kesilapan kerajaan Pas Kelantan dalam perjanjian dengan syarikat pemaju Liziz Standaco Sdn Bhd bagi pembangunan Lembah Sireh harus dipuji.


Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pihaknya menghormati  pengakuan Mohd. Amar yang menerima hakikat dan mengakui kesilapan yang dibuat sebelum ini.

"Sebelum ini saya sudah menegur mengenai hal ini namun apa yang saya tegur tidak diendahkan. Sekarang, mereka sudah mengakui kesilapan.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kerana beliau berani mengaku salah dan orang yang paling berani di dunia adalah orang yang mengaku salah," katanya di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Amar telah mengakui melakukan kesilapan dalam perjanjian projek pembangunan Lembah Sireh di sini sehingga menyebabkan tujuh projek yang dijanjikan syarikat pemaju Liziz Standanco Sdn. Bhd. tidak dilaksanakan.

Dalam perjanjian projek itu, Kerajaan Pas Kelantan perlu menyerahkan kawasan seluas 400 hektar dengan bayaran premium RM1 juta kepada Liziz Standaco.

Sebagai timbal balas syarikat itu berjanji untuk membina sebuah masjid bernilai RM20 juta; membangunkan jambatan penghubung Kampung Cina di sini dengan Palekbang Tumpat sebanyak RM150 juta; membina jambatan berkembar bersebelahan Jambatan Sultan Yahya Petra (RM160 juta); membina sebuah stadium tertutup wanita (RM25 juta) dan memasukkan wang ke dalam tabung perumahan sebanyak RM15 juta .

Namun sehingga hari ini kesemua janji tersebut tidak dilaksanakan walaupun tempoh yang diberikan sudah tamat.- UTUSAN ONLINE


ROSMIZAN RESDI


Wednesday, March 22, 2017

KIT SIANG MAHU UMAT ISLAM TINGGALKAN PENDIRIAN ISLAM ?




“Saya bersetuju adalah sangat sukar untuk menyingkirkan UMNO dan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya.

“Ini terutama apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) seorang muslim kekal sebagai Perdana Menteri jauh lebih penting berbanding isu lain dalam Malaysia,”

DAP tidak habis-habis dengan sikap anti-Islamnya. Macam-macam cara mereka menunjukan sikap mereka yang jelas anti Islam walaupun mereka tidak menafikannya. 

Antara contohnya mereka pernah berkata, jika mereka menguasai negara, parti yang berteraskan agama dan kebangsaan akan di hapuskan, dengan kata lain UMNO dan PAS akan diharamkan. Selain itu salah seorang MP  pernah berkata Pusat Pengajian Pondok tempat tumbuh suburnya benih pengganas.

Mereka juga pernah mencuba menghapuskan tulisan jawi di papan tanda jalan. Tulisan jawi merupakan antara satu-satunya medium umat Islam belajar agama Islam.  

Mereka juga pernah mempertikai jumlah peruntukan yang kerajaan UMNO/BN peruntukan kepada Masjid dan surau di seluruh Malaysia. Bahkan mahu agama lain pun disama tarafkan dengan Islam di Malaysia dan peruntukan yang diberikan kepada masjid juga perlu sama dengan peruntukan kepada kuil dan tokong. 

Dan banyak lagi perkara yang jelas menunjukkan mereka anti Islam. Jelas sekali jika mereka berjaya memerintah Malaysia PAS dan UMNO antara parti yang akan diharamkan oleh mereka.

Lim Kit Siang juga berkata, jika pakatan dalam pembangkang kuat berpendirian Islam dalam politik, UMNO sukar ditumbangkan. Ini jelas menunjukkan DAP mahu orang Islam dalam pembangkang jangan mengamalkan ajaran Islam dalam politik. 

Politik bagi mereka perlu dipisahkan daripada Islam. Islam sebagai cara hidup tidak boleh diamalkan dalam politik. Lawan politik perlu diserang tanpa memikir dosa dan pahala. Saudara atau pun sahabat handai. 

Apa lagi yang nak dibuktikan lagi ? Segala-galanya terserlah kebusukan hati mereka terhadap agama Islam. Apa kah pengundi Islam yang anti UMNO fikirkan lagi ? Adakah anda sanggup gadaikan agama hanya kerana dendam kesumat anda kepada UMNO?  


Sedarlah selama ini UMNO lah yang kuat mempertahankan Islam. Kuatnya Islam di Malaysia kerana kuatnya Melayu yang menyokong UMNO. Itu jelas dan juga diakui oleh PAS sendiri. 

PPBM BOLEH BLAH, PI MAIN JAUH-JAUH !




Pas memuktamadkan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas parti itu sah menyertai pakatan pembangkang yang di­ke­tuai DAP semalam.

Perkembangan itu sekali gus membayangkan Pas berkemungkinan hanya akan bergerak bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dalam blok ketiga pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, parti itu tidak akan meneruskan lagi perbincangan dengan PPBM dan segala rundingan yang dijalankan sebelum ini terbatal.


“Dasar kita, rundingan itu berjalan selagi PPBM tidak sertai pakatan pembangkang, sekarang sudah rasmi sertainya, maka ber­hentilah setakat itu, tidak ada perbincangan, tidak ada lagi rundingan.

“Bila sudah jadi isteri orang (bersama pakatan harapan), tunggu apa lagi, putuslah. Dulu belum jadi isteri orang, kita boleh bersembang-sembang, berbincang, sekarang sudah tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.

PPBM yang diasaskan oleh be­­kas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini sah bergabung dengan parti-parti yang pernah menjadi musuh politik beliau di dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng dan Presi­den PAN, Mohamad Sabu, sekretariat pakatan itu akan me­ngutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut.

Sebelum ini, Pas yang diwa­kili Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala rakan sejawatnya daripada PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengadakan pertemuan serta bercadang membentuk sebuah jawatankuasa tek­nikal untuk memperhalusi draf kerjasama mereka dalam menghadapi PRU-14.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, rundingan antara Pas dengan PPBM sebelum ini hanya berkisar mengenai isu-isu semasa bukan perbincangan yang serius ke arah kerjasama politik.

“Perbincangan itu belum sam­pai ke peringkat serius dan muk­tamad untuk menjalinkan kerjasama. Apabila PPBM sudah masuk pakatan pembangkang maka rasmilah putus,” katanya.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Mohd. Amar memberitahu, pendirian parti itu terhadap hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, akan ditentukan pada muktamar tahunan Pas, akhir bulan depan.




http://www.utusan.com.my/berita/politik/kerjasama-pas-ppbm-putus-1.460183 UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, March 21, 2017

WUJUDKAH MANUSIA DALAM PERUT BUMI ?



Dakwaan aneh ini dikemukakan oleh seorang bekas anggota tentera udara Amerika, Kolonel Billie Faye Woodard.

Menurut Billie, dunia yang terletak di perut bumi itu dihubungkan oleh beberapa buah lohong dan terusan yang dibina oleh penduduk tamadun Lumeria - iaitu tamadun yang pernah wujud ratusan ribu tahun lalu di sebuah benua di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Bagaimanapun, tamadun itu lenyap akibat bencana alam yang dahsyat.

Di dalam perut bumi itulah masyarakat Lumeria membina suatu tamadun baru. Kemudian, penduduk perut bumi itu membina lohong-lohong rahsia ke kutub utara dan Gunung Shasta di California, Amerika Syarikat, untuk membolehkan mereka keluar menggunakan objek tidak dikenali (UFO) dan membawa masuk penduduk bumi ke dalam dunia mereka.

Billie juga mendakwa dia telah beberapa kali masuk ke dalam dunia yang terletak di perut bumi itu.

Kali pertama berlaku ketika dia berusia 12 tahun dan sedang bermain dengan kawan-kawan di sebuah ladang jagung berhampiran rumah bapa angkatnya di Texas.

Kata Billie, sewaktu melintasi ladang jagung tersebut, dia telah didatangi oleh sebuah UFO lalu dibawa terbang merentasi Amerika dan Kanada hingga ke kutub utara.

Makhluk yang 'menculiknya' itu, dakwa Billie, mempunyai tubuh dua kali ganda daripada manusia biasa.

Sampai di kutub utara, Billie melihat kawasan yang diliputi ais itu tiba-tiba terbuka luas, membentuk sebuah lohong.

Dari dalam perut bumi, terpancar cahaya yang terang-benderang menuju ke langit. UFO yang dinaikinya terbang memasuki lohong tersebut.

Cahaya terang itu sebenarnya menurut Billie, datangnya daripada 'matahari' yang terdapat di dalam perut bumi. Ia menerangi kota-kota besar dan indah, tempat Billie hidup selama enam bulan berikutnya.

Disitulah, dakwa Billie, dia bertemu dengan manusia-manusia yang telah lenyap secara tiba-tiba dari muka bumi ini, seperti juruterbang serta anak kapal yang ghaib semasa melintasi Segi Tiga Bermuda.

Billie memasuki dunia lohong itu buat kali kedua semasa dia menyertai tentera udara. Billie mendakwa pada suatu ketika, dia dan beberapa orang pegawai tinggi tentera udara Amerika telah diarahkan menyertai satu operasi rahsia di sebuah padang pasir Nevada, yang dinamakan Area 51. Operasi itu dinamakan, Top Secret.

Tingkap pesawat digelapkan untuk merahsiakan lokasi sebenar operasi. Mereka diturunkan di celah-celah sebuah pergunungan dan kemudian masuk ke dalam sebuah lif. Lif berkenaan membawa mereka memasuki sebuah terowong rahsia menuju ke perut bumi.

Menurut Billie lagi, di perut bumi itu terdapat sebuah tamadun yang cukup hebat, mempunyai kota dan bandar yang cantik. Manusia yang tinggal di sana dua kali ganda lebih besar daripada manusia biasa.

Billie kemudiannya dibawa ke sebuah tempat bernama 'Telos', iaitu sebuah kota suci di bawah Gunung Shasta. Setelah itu barulah mereka kembali semula ke pangkalan.

Dalam tempoh 11 tahun selepas itu, Billie mendakwa dia telah tiga kali memasuki lohong bumi melalui terowong-terowong rahsia.

Dunia lohong itu begitu aman dan cantik. Hanya terdapat sebuah benua dan sebuah lautan saja di sana. Ibu kotanya, kata Billie, bernama Eden, terletak di bawah bumi Arkansas.

Kesemua penghuninya memakan sayur-sayuran manakala haiwan-haiwan yang terdapat di perut bumi jinak serta boleh berinteriaksi dengan manusia melalui telepati.

Billie seterusnya mendakwa, tiada penyakit di sana kerana persekitarannya cukup bersih hinggakan jika kita memasuki dunia itu, segala penyakit akan sembuh dengan hanya menyedut udara.

Dalam kunjungan kali ketiga ke dunia lohong di perut bumi itu, Billie diminta oleh penghuni di sana supaya memberitahu tentang kewujudan mereka kepada penghuni dunia. Billie turut diminta menyampaikan mesej bahawa, penghuni perut bumi adalah makhluk yang sukakan keamanan. Mereka juga ingin sangat bersahabat dengan manusia yang hidup di permukaan planet ini.

Selain itu, Billie mendakwa diminta memberitahu pihak kerajaan dan tentera supaya menghentikan keganasan serta ujian senjata nuklear dan atom yang sering dilakukan dewasa ini.

Selain menyebabkan kerosakan serta pencemaran, ujian senjata itu turut mengancam nyawa manusia yang hidup di perut bumi.

Bagaimanapun, Billie memberitahu mereka bahawa permintaan itu sia-sia sahaja. Kerajaan dan pihak tentera yang ada di planet bumi semuanya keras kepala.

Ego mereka terlalu tinggi dan mereka tidak akan mendengar suara penghuni perut bumi. Lantas Billie mencadangkan agar penghuni perut bumi keluar dan menunjukkan kewujudan mereka. Dari situ barulah manusia yang hidup di permukaan bumi ini terkejut dan mengubah sikap.

Di dalam biografinya yang berjudul World Top Secret Our World is Hollow yang ditulis oleh Rodney M. Cluff pada Julai 2008, Billie memberitahu, dakwaannya bukan cerita rekaan. Billie dengan tegas mengatakan ia adalah suatu rahsia besar kerajaan dan tentera Amerika Syarikat. Dia sendiri telah diberi amaran keras supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada dunia luar.

World Top Secret Our World is Hollow

Dakwa Billie lagi, kejadian sebuah lohong terbuka di kutub utara telah berlaku pada tahun 1986 dan dilihat sendiri oleh seorang juruterbang yang membawanya ke sana.

Bagaimanapun, dua buah jet pejuang Amerika yang berpangkalan di Alert Air Force Base, Kanada telah memintas sebelum mereka sempat memasuki lohong tersebut. Mereka diberi amaran supaya berpatah balik.

Boigrafi itu seterusnya mencatatkan, Billie terpaksa mematuhi arahan tersebut. Ketika berpatah balik, muncul tiga buah UFO dari lohong berkenaan. UFO itu kemudiannya menghubungi radio di dalam pesawat yang dinaiki Billie, memberitahu, "Billie, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia kami. Kami minta maaf atas apa yang berlaku. Anda tidak dapat melakukannya sekarang, tetapi perjalanan anda seterusnya akan menemui kejayaan. Auf wiedersehen!"

Benarkah dakwaan Billie ini? Walaupun ramai yang menyanggah, namun Billie tetap mempertahankannya. Malah, Billie mengaku dia bukan manusia biasa. Dia sememangnya berasal dari perut bumi dan dilahirkan bersama adik perempuan kembarnya yang bernama Zuria. Mereka mempunyai kedua-dua organ seks.

Billie mendakwa masih ingat lagi bagaimana dia berbual dengan ibu bapanya ketika masih bayi dan kemudian ibu bapanya meninggalkan mereka dua beradik di sebuah taman di Texas pada 18 September 1951. Disitulah dia diambil oleh pasangan Red Indian, ibunya dari suku Apache, manakala bapanya dari suku Cherokee.

Billie juga mendakwa, suatu ketika dahulu dia dan adiknya mampu bertutur dalam bahasa Lumeria. Adiknya, Zuria, bagaimanapun telah berpindah ke dalam dunia lohong itu. Billie mendakwa telah bertemu Zuria dalam kunjungannya ke sana.

Ramai yang menganggap dakwaan Billie satu cerita karut. Menurut mereka, cerita Billie hanyalah khayalan manusia yang tidak waras. Mereka juga mengaitkannya dengan latar belakang Billie yang pernah mengalami penderaan seks semasa zaman kanak-kanaknya dahulu.

Lumeria Lagend
Gambar hiasan.

Selain itu, Billie turut didakwa terpengaruh dengan gambaran dunia perut bumi yang telah diceritakan dalam pelbagai buku, antaranya oleh nelayan Norway bernama Olaf Jansen dalam Smoky God. Di dalam buku itu, Olaf mendakwa pernah belayar memasuki lohong yang terbuka di kutub utara dan memasuki dunia di dalam perut bumi.

Adakah anda percaya dakwaan Billie tadi? Adakah benar UFO bukan berasal dari angkasa raya, sebaliknya dari dalam perut bumi?

Adakah anda yakin manusia yang hilang di permukaan bumi serta yang lenyap sewaktu melintasi Segi Tiga Bermuda telah disedut masuk ke dalam dunia perut bumi ini?

Benarkah ia suatu rahsia besar kerajaan Amerika?

WEE KA SIONG MELAWAT SURAU



Melawat Surau Kampung Parit Tengah Mukim 8 yang siap dibina dengan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM150 ribu dan dana orang kampung sebanyak RM100 ribu. 

Semoga surau baru ini bukan sekadar menjadi tempat beribadah, bahkan menjadi medan perhubungan masyarakat setempat dan ruang untuk mempereratkan lagi ikatan silaturahim di kalangan penduduk beragama Islam di sini.

Saya turut mengumumkan RM15 ribu bagi menurap halaman surau demi keselesaan orang ramai


SUPERMAN "SKREW MELAYU" KENA TAHAN






Bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau ditahan polis di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini kira-kira pukul 1 petang ini.

Kuan Yau yang turut dikenali dengan gelaran Superman ditahan bersabit satu laporan polis yang dibuat di Kulai, Johor dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Peguam­nya, RSN Rayer berkata, Kuan Yau akan dibawa ke Johor malam ini bagi mendapatkan pe­rintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi esok.


Menurut beliau, pihaknya difahamkan Kuan Yau ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi, namun tidak dinyatakan seksyen.

“Saya difahamkan siasatan polis dibuat berhubung status beliau di Facebook tetapi tidak ada maklumat lain,” katanya kepada pemberita di pekarangan IPD Timur Laut.

Pada 13 Mac lalu, Kuan Yau menerusi status Facebook miliknya memuat naik poster filem animasi Disney, Beauty and The Beast yang turut disertakan dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada Julai tahun lalu, beliau mengumumkan keluar parti selepas kenyataannya menyokong Beijing menuntut Laut China Selatan dikecam pelbagai pihak.

Beliau diserang netizen selepas memuat naik status di laman Facebook dengan menyatakan Laut China Selatan adalah milik China dan melabelkan penentang tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan sebagai antikomunis.


Monday, March 20, 2017

DAP MAHU BONEKA SEBAGAI PERDANA MENTERI



Dah tahu sangatlah kenapa DAP beria-ria benar nak meletakkan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri mereka jika menguasai kerajaan selepas PRU 14 akan datang. 

Siapa lagi yang boleh DAP cucuk hidung kalau bukan Wan Azizah. Jika Wan Azizah yang dilantik menjadi PM, ia bermakna yang menjadi PM adalah Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng. Wan Azizah hanyalah pupet yang hanya akan menurut perintah kedua-dua baranak ni. 

Tapi kita sedia maklum sekutu terbaru DAP, Tun Dr. Mahathir sudah pasti akan menentang calon ini. Kita sedia maklum hubungan Tun dengan Wan Azizah tidak berada dalam kondisi yang baik. Masing-masing ada sejarah lama dan dendam itu mungkin sukar untuk dipadamkan dalam masa yang terdekat ini.  

Namun siapa dapat menghalang DAP dari bertindak secara uniteral. Segala keputusan Pakatan Harapan biasanya mendapat restu dari DAP. Jika DAP belum bersuara. PKR, PAN dan PPBM tidak boleh membuat keputusan. 

Dalam pada itu Penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar) berkata, meskipun Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahukan anaknya, Mukhriz dilantik untuk jawatan tersebut, dengan hanya satu kerusi, bekas Perdana Menteri itu sudah tentu tidak layak membuat keputusan.

“DAP dijangka menang pa­ling banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang dengan PKR di tempat kedua. PPBM pula terpaksa berhempas pulas dan hanya menang lima kerusi walaupun dibantu pengundi Cina.

“Dr. Mahathir harus akur dengan realiti ini. Politik adalah permainan angka. Hanya de­ngan angka paling banyak, anda adalah juara.  Sebenarnya DAP sudah pun memutuskan yang Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan bakal Perdana Menteri apabila membenarkannya terus menjadi Ketua Pembangkang.

Dalam erti kata lain, jelasnya, DAP sudah pun menentukan dan memutuskan yang Wan Azizah ialah bakal Perdana Menteri, bukannya parti lain.

“Justeru, jika anda menganggap Wan Azizah lembab, maka Mukhriz adalah lebih lembab,’ ujarnya.

Beliau memberitahu, jika PPBM menang 35 kerusi (termasuk Mukhriz) pada PRU-14 manakala PKR (30) dan DAP (40), maka baharulah Dr. Mahathir layak untuk menuntut supaya anaknya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun ketika itu Dr. Mahathir hanyalah seorang pengikut, bukan lagi pemimpin tertinggi.

“Tapi dengan satu kerusi, PPBM bukan pada kedudukan untuk membuat sebarang tuntutan. Apatah lagi PPBM hanya ada 10,000 ahli, tidak seperti UMNO yang ada 3.5 juta ahli. Ini juga bukti yang Dr. Mahathir dan PPBM tiada sokongan kuat.