Monday, October 10, 2016

BENARKAH BERSIH ADA KAITAN DENGAN ZIONIS ???

Bersih – Agenda Yahudi Hancurkan Negara Islam

Nama asal Bersih adalah Joint Action Committee for Electoral Reform yang ditubuhkan pada July 2005 oleh 3 NGO iaitu :

a) SUARAM – dana daripada NED sebanyak USD 85,000
b) Women’s Development Collective – dana drpd Open Society
c) Writers Alliance for Media Independence (WAMI) – ditaja NED

Selepas 2-3 tahun, barulah Bersih menyerap masuk NGO yang lain. Kini Bersih merupakan sebuah gabungan 81 buah NGO di mana 60 daripadanya adalah haram dan tidak didaftarkan.

Ambiga Sreevenasan telah mengaku dalam The Malaysian Insider pada 27 Jun 2011 bahawa BERSIH ~2.0 ditaja oleh dua badan dana yang berpengkalan di Amerika iaitu National Democratic Institute (NDI), salah satu cabang daripada NED dan Open Society Institute (OSI.

NED milik Carl Gershman, NDI milik Madeline Albright, manakala OSI pula milik George Soros. Ketiga-tiga orang berbangsa Yahudi ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hubungan yang terjalin semasa Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ini bukan sekadar tuduhan atau fitnah yang dilemparkan untuk mengaibkan Anwar Ibrahim.

Laporan Maxim News melaporkan bahawa Anwar Ibrahim adalah Ahli Majlis Eksekutif International Crisis Group (ICG). Anwar difahamkan telah dilantik pada sekitar June 2006 iaitu 2 tahun selepas Anwar dibebaskan daripada penjara

Sesuatu yang harus diberikan perhatian di sini ialah semua ahli ICG termasuk George Soros dan pengasas ICG Mark Malloch Brown adalah berbangsa Yahudi, kecuali Anwar Ibrahim.

Antara mereka ialah Bekas Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat, Morton bramowitz, Kenneth Adelman Pengerusi Kawalan Senjata Api Amerika, dan Zbignew Brzezinsk Bekas Penasihat Pertahanan Negara President Amerika Syarikat.

Penglibatan Anwar dalam organisasi seperti ICG dan NED tidak harus diambil ringan. Analisa penglibatannya adalah penting untuk mengaitkan tujuan dan motif sebenar penubuhan BERSIH.

Ada muslihat di sebalik setiap demonstrasi BERSIH. Lihat di bawah :

BERSIH 1 : JUMPA AGONG.

Serahkan memorandom yang mengemukakan 4 permintaan iaitu (dalam B.Inggeris) :

Clean up of the electoral roll
Use of indelible ink
Abolition of postal voting for military and police personnel
Free and fair access to mass media for all parties

BERSIH 2 : the Walk for Democracy (demonstrasi jalan raya dalam erti kata lain)

Serahkan memorandom yang mengemukakan 8 permintaan (dalam B.Inggeris)

Clean up of the electoral roll
Reform of postal ballot
Use of indelible ink
Minimum 21 days of campaign period
Free and fair access to mass media for all parties
Strengthening of public institutions
No corruption
No dirty politics

BERSIH 3 : Duduk Bantah (Percubaan untuk lakukan Arab Spring)

Kali ini, demonstrasi tetap dilakukan walaupun 7 daripada 8 permohonan yang dikemukakan oleh BERSIH telah dipersetujui untuk diimplementasi oleh Parliament Select Committee(PSC). 1 permintaan yang tidak dapat ditunaikan ialah tempoh kempen di Sabah dan Sarawak untuk 21 hari tetapi permintaan tersebut juga masih dibincangkan.

Namun, demonstrasi tersebut dijalankan atas alasan BERSIH khuatir dan tidak mempercayai perlaksanaan permintaan mereka. Adakah ini satu alasan yang berbaloi?

HAKIKATNYA BERSIH 3 TERPAKSA DIJALANKAN WALAU DENGAN APA JUA CARA KERANA IA MERUPAKAN AGENDA TERAKHIR PERANCANGAN UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN.

Rancangan tersebut dirancangkan oleh Maureen Aung (seorang ahli OSF). Rancangan tersebut merangkumi

Tujuan BERSIH 1 memberi memorandom kepada YDP Agong agar apabila penggulingan kerajaan berlaku, rakyat tidak boleh tuduh ianya satu penderhakaan terhadap Raja. Alasan yang bakal digunakan ialah memorandom tersebut diserahkan kepada Agong. Namun Agong tidak mengambil sebarang tindakan.

Langkah ini sememangnya bijak kerana walaupun mengikut Perlembagaan, Agong yang melantik Pengerusi serta Pegawai-pegawai SPR, namun dalam secara realiti YDPA sekadar MENGIKTIRAF perlantikan atas nasihat Perdana Menteri

Asas inilah yang mendorong BERSIH (atas nasihat Maureen) untuk menggunakan WARNA KUNING, iaitu WARNA DIRAJA. Sebagai simbol Kuasa Rakyat telah memenangi Kuasa Raja.

Ini adalah Modus Operandi, cara dan kaedah yang sememangnya telah digunakan oleh NED dan Open Society di beberapa buah negara yang lain.

Gelaran Operasi tersebut ialah ‘REVOLUSI WARNA’

Freedom House, National Democrat Institute, International Republican Institute, CIA, MOSSAD, USAID, CIDA, Albert Einstein Institution dan Open Society Institute telah mengaku penglibatan secara langsung melalui dana, pengaruh media asing dan latihan untuk membuat rusuhan di beberapa negara sebelum ini.

Antaranya negara yang menjadi mangsa campur tangan badan-badan asing ialah:

Georgia (Rose), Nicaragua, Ukraine (Orange), Kyrgyzstan (Tulip), Pakistan (Black), Occupied Palestine, Lebanon (Cedar), Kuwait (Blue), Myanmar (Safron), Tibet (Crimson) dan Iran (Green)

Yuktes Vijay (Bekas Peguam Anwar ibrahim).

MALBATT I : PENYELAMAT TENTERA AMERIKA DI SOMALIA



Taat setia ungkapan pahlawan yang menjunjung tinggi nilai-nilai kesultanan Melayu. Semangat keperwiraan Hang Tuah inilah yang sentiasa mengalir dalam darah setiap anak-anak Melayu yang menganggotai Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD).

Antara negara yang pernah RAMD mencurah khidmat mereka adalah seperti Congo, Namibia, Bosnia, Somalia dan Kemboja . Anak-anak Melayu ini telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi keamanan sejagat walau sehingga ke hujung dunia mereka di tugaskan.

Tanggal 18 Jun 1993, untuk kesekian kalinya pengobanan mereka ditagih sekali lagi di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Seramai 52 pegawai dan 818 anggota lain-lain pangkat dari Batalion ke 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja telah membentuk MALBATT I untuk menyertai misi United Nation Operation di Somalia.

Somalia ketika itu adalah sebuah negara di Benua Afrika yang sedang bergolak dengan perang saudara, sebuah negara yang begitu asing bagi perajurit-perajurit Melayu. Kering, tandus, kebuluran dan keganasan yang sentiasa mengintai disetiap penjuru ruang negara yang bergolak disebabkan oleh perebutan kuasa.

Setiap saat di bumi gersang ini, mereka sentiasa terdedah dengan dentuman mortar dan desingan peluru yang tidak bermata, namun sedikit pun tiada rasa gentar terhadap ancaman dan cabaran yang bakal merek hadapi.

Dengan berbekalkan semangat yang kental dan keberanian yang tinggi anggota-anggota MALBATT I telah mempamirkan tahap profesialisme ketenteraan yang begitu cemerlang dan amat membanggakan negara.

Pada tanggal 3 Oktober 1993, Bazar Bakara menyaksikan pasukan MALBATT I menyertai operasi menyelamat Anggota US Rangers yang terperangkap bersama-sama juruterbang pesawat "Black Hawk".

Dengan semangat yang tinggi, anggota-anggota MALBATT I yang terdiri dari sebelas pegawai serta 113 anggota lain-lain pangkat ini meredah hujanan peluru dan roket demi menyempurnakan misi yang telah di beri.

Pasukan MALBATT I telah bertempur dengan hebat dengan semagat setiakawan tanpa mengendahkan latarbelakang dan perbezaan bangsa dan negara demi keamanan sejagat.
Dengan bepegang kepada pepatah Melayu "berpantang maut sebelum ajal" yang tersemat disanubari perajurit negara dalam mengharungi hujanan peluru yang bersimpang siur.
Hasil dari semangat perjuangan yang kental serta darah pahlawan Melayu yang mengalir di dalam setiap anggota telah mengukir satu mercu tanda anak bangsa di dalam sejarah Angkatan Tentera Malaysia.

Sesungguhnya kejayaan misi menyelamat tentera Amerika ini jelas memperlihatkan kematangan latihan yang dijalani walaupun agak kurang dari pengalaman bertempur. Keberanian anggota MALBATT I amat disanjung tinggi oleh pelbagai pihak terutama dari US Rangers.
Demi maruah negara pengorbanan anak-anak Melayu ini akan tercatat dengan tinta emas dalam lipatan sejarah bangsa yang akan dikenang dan di sanjung generasi demi generasi. Sesungguh tiada yang lebih mulia dari pengorbanan anak-anak bangsa dalam perjuangan demi menegakkan sebuah keamanan.

TAHNIAH PERWIRA NEGARA

Sumber : https://www.facebook.com/friendsofkedaulatan/

PEMALAS BANTU PRESIDEN ....ADA HATI NAK JADI KETUA


Kepada yang bakal bertanding Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian ....jika tidak mampu dan malas untuk mempertahankan Presiden sendiri baik tak payah jadi KETUA , elok jadi je Ketuat....

Cubalah untuk mencontohi Ketua-ketua Bahagian UMNO sekarang ni, semuanya sedang bersusah payah mempertahankan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bersungguh-sungguh sehingga lupa diri sendiri.

Makan tak tentu hala, tidur entah dimana, badan makin menyusut....masuk balai keluar balai seperti Dato Jamal Yunos. 

Melawat dan menjengok rakyat setiap hari seperti YB Budiman, 

Berdepan dengan pembangkang seperti saudara Arman,

 Memberi penerangan kepada rakyat seperti saudara KP Muhammad Nazri Mohd Amin
Tegas dan berani seperti KP Saudara Razlan 


 dan ramai lagi yang tidak sempat disebut disini.....

Oleh itu jika masih lagi bermalas-malasan dan asyik mengkritik parti sendiri tanpa memberi bantuan kepada Presiden Parti, maka tak payahlah berfikir nak bertanding jadi Ketua.
NAK RELEKS PERGI KOMPLEKS

Sunday, October 9, 2016

MENDEPANI KONFLIK LAUT CHINA SELATAN




Perseteruan antara China dan US dalam percubaan mereka untuk menguasai Laut China Selatan nampaknya semakin hari semakin meruncing. Sehingga kini tidak ada tanda-tanda menunjukkan perseteruan ini kembali positif. Malahan perseteruan kedua-dua negara ini semakin agresif, masing-masing bersedia menunjukkan kekuatan ketenteraan mereka. 

Konflik di Laut China Selatan berpotensi besar untuk  berlakunya perang nuklear antara China dan US. Kedua-dua negara yang mempunyai senjata pemusnah besar-besaran tersebut kini sama-sama mula mengeluarkan senjata dan armada perang tercanggih mereka di Laut China Selatan.

US ketika ini sedang giat mengarahkan armada tentera mereka masuk ke perairan Laut Cina Selatan. US dikatakan telah meletakkan jet-jet pengebom strategik di pengkalan di Australia.  China telah pun siap sedia membina pengkalan tentera di kepulauan Paracel sejak beberapa tahun lepas, mereka telah menempatkan peluru berpandu permukaan bumi ke udara antaranya ‘HQ-9 anti-air missiles’ dan menghantar semula jet pejuang ke pulau berkenaan yang mana telah mencetuskan bantahan  bahawa Beijing dengan menenterakan Laut China Selatan.

Kedua-dua kuasa besar tersebut seolah-olah sudah bersedia untuk menghadapi apa-apa jua kemungkinan berlakunya pertembungan ketenteraan dalam usaha mereka untuk menguasai Laut China Selatan. 

Presiden US, Obama pada Persidangan Khas Pemimpin (Special Leaders’ Summit) US-ASEAN di Sunnylands pernah menyatakan bahawa US akan memainkan peranan yang lebih meluas dan mendasar di rantau Asia Pasifik, termasuklah di Asia Tenggara. Menurutnya lagi, hubungan US dan negara-negara di Asia Tenggara sangat penting kerana rantau tersebut mewakili satu pertiga daripada ekonomi dunia serta merupakan rakan dagang US yang keempat terbesar. Perdagangan dan perkhidmatan dengan negara-negara ASEAN (eksport dan import) berjumlah USD$ 36 bilion pada 2013. Eksport berjumlah USD$ 22 bilion; import perkhidmatan adalah USD$ 14 bilion. Lebihan perdagangan US dengan negara-negara ASEAN adalah $ 7 bilion pada 2013.

Di dalam sebuah penerbitan CFR (Council on Foreign Relations) berkenaan pertembungan antara US dan China di Laut China Selatan, pertembungan secara bersenjata atau secara ketenteraan disebut sebagai sebuah situasi yang tinggi kemungkinannya untuk berlaku.

Berdasarkan situasi sedia ada,  terdapat sekurang-kurangnya tiga teori pertembungan bersenjata yang dikatakan ada  kemungkinan berlaku. Sebarang kesilapan kecil boleh mengakibatkan malapetaka yang besar di Laut China Selatan. 

Pertembungan antara US dan China merupakan pertembungan yang paling bahaya dan mempunyai peratusan kemungkinan boleh berlaku.  Berdasarkan perkembangan sekarang, sebarang kesilapan kecil atau salah faham di peringkat politik boleh menjadi punca untuk pertembungan ini meletus. Krisis politik yang besar boleh terhasil dan seluruh rantau ini akan menerima implikasi secara ketenteraan.

Pertelingkahan antara China dengan Filipina mungkin tidak dapat dielakan. Filipina yang juga merupakan pengkalan besar US di Asia Tenggara dilaporkan ingin meneroka sumber gas asli di kawasan Reed Bank, tidak jauh dari Palawan. China sentiasa  memandang penuh curiga setiap pergerakan Filipina terutama apabila melibatkan kawasan pentindihan di Laut China Selatan. Jika Filipina berkeras untuk meneruskan usaha penggalian ini tidak mustahil China akan memberikan respon balas yang agresif. 

Manakala Vietnam pula dilaporkan turut berhasrat menggali minyak di perairan Laut Cina Selatan, khususnya di kawasan yang sedang dipertikaikan. Jika China memberi amaran kepada Vietnam dan amaran ini tidak dihiraukan, kemungkinan besar akan berlaku serangan ke atas Vietnam oleh China.

Namun di sebalik keangkuhan AS dalam menyebarkan pengaruhnya di seluruh pelosok dunia, hakikatnya negara tersebut kini berada dalam keadaan yang secara relatifnya sangat lemah. Bahkan negara tersebut ternyata masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 2008. Malahan, kesan perang di Afghanistan dan Iraq yang berpanjangan serta isu Korea Utara yang masih tidak kunjung padam telah menambah buruk lagi keadaan. Keadaan ini telah membuka ruang kepada beberapa buah negara kuasa besar lain untuk mencabar hegemoni AS, seperti tindakan yang diambil oleh Rusia dan China di Ukraine, Syria dan rantau Asia Tenggara.

Tindak tanduk provokasi kedua-dua negara kuasa besar sangat memberi tekanan kepada  Malaysia, terutamanya China yang semenjak beberapa tahun lepas mengambil pendekatan yang lebih ‘physically provocative’ dalam isu di Laut Cina Selatan. Dikhabarkan terdapat seratus bot yang berdaftar dengan China dikesan berada di kawasan perairan Malaysia yang terlibat dalam pertikaian hak di Laut China Selatan.

Sebagai sebuah negara yang terlibat secara langsung dalam mempertahankan hak ke atas sebahagian kawasan Laut China Selatan Malaysia perlu bersiap siaga untuk berhadapan dengan sebarang krisis ketenteraan andai berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.

Di Malaysia, orang Melayu-Islam adalah kelompok yang paling banyak menerima kesan kerana secara sosio-sejarah bangsa ini tidak pernah memberikan kesetiaan selain daripada tanah air mereka sendiri. Berbeza dengan rakyat berbangsa lain yang memiliki sejarah kesetiaan kepada kuasa di tanah air mereka seperti bangsa Cina misalnya. Bahkan sehingga kini jika diteliti dalam lanskap politik negara, terdapat parti-parti politik yang terang-terangan lebih menjayakan agenda kuasa besar seperti US dan China berbanding menjayakan pembinaan negara dan integrasi nasional yang berkesan.

Justeru itu, negara kita juga mungkin akan menyaksikan timbulnya pertembungan dan perpecahan antara rakyat yang akhirnya akan membuka laluan kepada kuasa luar campur tangan dalam melakar rupa bentuk baru kepada negara dan menyusun cengkaman baru ke atas negara, khususnya dalam bentuk penguasaan hasil bumi (seperti minyak dan gas asli) serta penguasaan politik dan ekonomi.

DI MANA BUMI DI PIJAK, DISITU LANGIT DIJUNJUNG.

#NegarakuBerdaulat
#MyDaulat 
#4UMalaysia

Friday, October 7, 2016

SIMPOSIUM PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2016 ANJURAN SPAD





Sekali lagi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengadakan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016yang bertemakan "Pengangkutan Awam: Mentransformasikan Negara" (Public Transport: Transforming the Nation). Siposium ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 17 Oktober 2016 (Isnin). 

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak akan menyempurnakan perasmian Simposium tahunan ini. Beliau juga akan turut menyampaikan ucaptama mengenai Perjalanan 5-tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat – Impak dan Pencapaian’ dan dengan sekali gus melancarkan Buku Laporan Perjalanan 5-tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat.

Pelbagai pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam akan dipamerkan kepada orang ramai. Mereka juga boleh melihat perancangan pengangkutan awam pada masa hadapan. 

Disamping itu Simposium ini juga menampilkan pelbagai peluang pekerjaan didalam industri pengangkutan awam darat, ianya terbuka kepada semua orang awam. 

Apa yang menarik, pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk orang ramai antaranya seperti tiket bas dan tren, kad Touch n Go dan barangan elektronik yang bernilai sehingga RM100,000. Memang rugi siapa yang melepaskan peluang untuk datang ke Simposium Tahunan ini.

Ramai wakil-wakil daripada pihak berkuasa, pengubal dasar, peracang bandar, pengendali pengangkutan awam darat dari Malaysia dan dirantau asean ini akan menghadiri Simposium kali ini. 

Oleh itu bawalah keluarga dan rakan anda untuk datang ke Simposium SPAD kali ini. 

Program tentatif bagi 17 Oktober 2016 adalah seperti berikut:



LPT Symposium & Anugerah Industri



Jom, ramai-ramai sertai Peraduan Instagram#5TahunLPT #SPAD. Hadiah ekslusif jam tangan TimeTraveller beserta cip Touch 'n Go mungkin menjadi milik anda. 

Peraduan ini bersempena Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat. http://bit.ly/5TahunLPTSPAD



PENCERAMAH  
Bertema “Public Transport: Transforming the Nation”, Simposium tahun ini akan membawa pelbagai perbincangan menarik mengenai peranan LPT dalam  memangkin pertumbuhan sosioekonomi serta memandu mobiliti untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai. Pemimpin-pemimpin daripada industri pengangkutan awam darat, penggubal-penggubal dasar serta pakar dalam pengangkutan awam darat dan pembangunan bandar akan berkumpul untuk meneroka, mempertimbangkan dan membincangkan isu-isu yang penting untuk mengorak langkah ke masa hadapan demi memajukan industri pengangkutan awam darat.
Sebagai pejuang utama dalam transformasi pengangkutan awam darat Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia akan menyempurnakan perasmian Simposium 2016 dengan menyampaikan ucaputama dalam majlis ini.  

Pameran Transformasi Pengangkutan Awam Darat

LPT Simposium 2016 ini juga akan mengadakan sebuah pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat yang dibuka secara percuma kepada orang awam pada 17 Oktober. Pameran ini akan mengilustrasikan sedikit sebanyak sejarah serta kesalinghubungan masa kini dan perancangan masa depan di Malaysia. Selain itu, sebuah pameran kerjaya akan turut diadakan untuk mempamerkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran percuma ini.


Terdapat beberapa laluan untuk ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur :

Peta ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di google map klik sini.
Laluan darat :
Jika anda menggunakan teksi, arahkan laluan anda ke tengah Jalan Pinang dan belok kiri untuk ke pintu masuk utama (selepas Hotel Mandarin Oriental) untuk turunkan penumpang.
Jika anda memandu, berikut adalah pilihan tempat letak kereta anda:
  1. Ambil kiri pertama selepas Hotel Mandarin Oriental dari Jalan Pinang sehingga jalan untuk mengakses tempat letak kereta di tingkat bawah tanah (Basement).
  2. Letakkan kereta di tempat letak kereta Suria KLCC dan susur keluar ke aras Concourse Centre Court. Arahkan laluan anda berdekatan dengan pasar raya Cold Storage ke arah Farmasi Guardian di mana terdapat laluan pejalan kaki berbumbung. Gunakan lif untuk ke tingkat bawah di mana anda akan diarahkan ke kawasan pendaftaran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Dengan perkhidmatan rel :
Gunakan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan turun di stesen KLCC. Belok kiri selepas keluar dari stesen dan menuju ke pusat membeli-belah Suria KLCC  aras Concourse Centre Court. Belok kiri dan arahkan laluan anda berdekatan dengan pasar raya Cold Storage ke arah Farmasi Guardian di mana terdapat laluan pejalan kaki berbumbung. Gunakan lif untuk ke tingkat bawah di mana anda akan diarahkan ke kawasan pendaftaran Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.
Dengan berjalan kaki :
Dari aras bawah Suria KLCC, sila ambil laluan keluar ke Taman KLCC dan belok kanan. Ikut laluan menghala ke Hotel Mandarin Oriental dan kemudian ambil jalan sekitar pinggir taman ke arah pusat bangunan itu dan masuk melalui pintu masuk utama Pusat Konvesyen Kuala Lumpur.

Jika anda seorang pengguna atau peminat pengangkutan awam darat, sertailah Peraduan #5TahunLPT Instagram SPAD dari 30 September hingga 10 Oktober!
Anda hanya perlu mengambil gambar atau video diri anda dengan sebarang pengangkutan awam darat di Malaysia, lengkapkan slogan dengan kreatif “Perubahan pengangkutan awam darat sepanjang 5 tahun ini memudahkan ...” dan muat naik ke akaun Instagram anda. Jangan lupa #5TahunLPT #SPAD
Peluang untuk memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM2,000 termasuk jam tangan eksklusif ‘TimeTraveller’ menanti anda!
Peraduan #5TahunLPT SPAD ialah sempena sebuah pameran transformasi pengangkutan awam darat untuk mengetahui perkembangan industri ini. Malah, pelbagai aktiviti serta hadiah-hadiah bernilai sehingga RM100,000 menanti anda!
Pameran percuma ini juga akan memberi anda peluang untuk menerokai pelbagai kerjaya dalam bidang yang dinamik ini.
Sertailah pameran percuma ini pada 17 Oktober 2016http://bit.ly/5TahunLPTSPAD



MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK LINK DIBAWAH :
http://www.spad.gov.my/ms/lpt-simposium#! 

Saturday, October 1, 2016

Pertukaran dan penyelarasan 10 pegawai kanan PDRM



KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 10 pegawai kanannya berkuat kuasa 1 November depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, senarai tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk A. Thaiveegan yang dinaikkan pangkat sebagai Komisioner Polis.


Menurutnya, Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan dan Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Azham Othman ditukarkan kepada Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan dan Perundangan) dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.


“Ketua Penolong Pengarah (Risikan dan Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Senior Asisten Komisioner Kang Chez Chiang dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJN dengan memangku pangkat Deputi Komisioner manakala Ketua JSJN Johor, Asisten Komisioner Zulkifli Ali mengisi kerusi lamanya dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.


“Ketua JSJK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong D5 Pendakwaan dan Undang-undang, JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Asmawati memberitahu, Pegawai Turus E6B, Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahmad Fawzan Mohamed menyandang jawatan Penolong Pengarah Siasatan Intelligence dan Analisis/Tatacara Perundangan (E6) Cawangan Khas dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.


Ujarnya, jawatan Ahmad Fawzan akan diambil alih Superintenden E6E1, Cawangan Khas Bukit Aman, Superintenden Mohd. Zahari Sidik dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.


Jelasnya, Timbalan Ketua JSJK (Jenayah Korporat dan Kewangan) Selangor, Superintenden Mohd. Luthfi bertukar ke Kuala Lumpur dengan memegang jawatan sebagai Ketua JSJK dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.


“Turut ditukarkan ialah Pegawai Turus E4, Cawangan Khas Kuala Lumpur, Superintenden Izan Bakri, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.


“Ketua JSJN Sarawak, Superintenden Lukas Aket pula ditukarkan ke Johor sebagai Ketua JSJN dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” ujarnya.



NAZWIN NAZRI : UTUSAN MALAYSIA