Thursday, March 28, 2013

BERANI MENGAKU KESALAHAN : CN ALAFGANI DI PUJI

Rupa-rupanya, bukan kita sahaja yang terkejut benar apabila kita dengar ada rancangan untuk membunuh ayahanda Dr Mahathir pada tahun 1988. Percaya atau tidak, Dr Mahathir sendiri terkejut apabila beliau mendengarnya, tetapi sepertimana yang kita tahu, beliau sedia memaafkan CN Afghani (penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata di Bumi Memali).

Pendapat saya, CN Afghani sepatutnya lebih matang dalam hal ini. Beliau tidak patut terpengaruh dengan amanat sesat Presiden PAS, yang telah labelkan UMNO sebagai kafir. Kalau apa yang saya tahu itu benar, beliau telah berjuang di Afghanistan semasa Perang Soviet di Afghanistan, dan pada masa yang sama, kalau apa yang saya baca itu benar, beliau memiliki ilmu sehingga jet Soviet ‘tidak nampak’ bandar sasaran mereka.

Tetapi cukup spekulasi, pendapat saya kuat bahawa kita tidak boleh taksub kepada mana-mana pihak, termasuk Allah sekali. Kerana ketaksuban akan membawa kita ke jalan yang salah. Sayangi Allah, cintai Allah, ikut seruan Allah melalui ajaran Rasulullah SAW, tetapi jangan kita taksub sehingga kita mengabaikan ajaran sebenar
.


Tetapi, Alhamdulillah saya ingin mengucapkan tahniah kepada CN Afghani kerana mempunyai ‘kelelakian’ yang cukup untuk meminta maaf. Yang sudah itu sudah. Tahniah, CN Afghani.

Sepertimana yang Dr Mahathir kata, bukan budaya Malaysia untuk memilih jalan keganasan walaupun terlibatnya persengketaan atau perbezaan politik.

“Ini bukan budaya kita. Dalam negara kita, kita tidak bunuh membunuh kerana perbezaan pendapat politik. Saya benar-benar terkejut apabila say abaca kenyataan beliau dalam media.” – Tun Dr Mahathir.

TUDUHAN VIDEO SEKS NIK AZIZ : KERJA PEMBANGKANG ALIH ISU SEKS ANWAR


Aku rasa ada org buat kerja gila bila tuduh Nik Aziz ada skandal seks , yang pasti ini bukan kerja UMNO. Terbukti dari dulu hingga kini....kerja2 seks ini didedahkan oleh pembangkang sendiri.
Anwar - kisahnya didedahkan oleh Mat Sabu karpal Singh .
Azmin aiscream - oleh puak2 pakatan sendiri.
Elizebeth Wong - oleh pak we dia sendiri.
Skandal pemimpin PAS dalam gerabak keretapi - oleh ustaz saidi sendiri. 

Tuduhan ini sengaja di buat agar kaitan dengan Video Anwar di lihat sebagai kerja UMNO. 
Mereka terpaksa buat cerita karut yg tak boleh dipercayai agar org lain tak percaya video Anwar.

AKU RASA , RAJA PELIWAT YANG BUAT KERJA GILA NI...!!!

Wednesday, March 27, 2013

ANCAMAN TERBESAR NEGARA


LANGKAWI 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 dengan mengimbau peristiwa pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah yang disifatkan ancaman terbesar negara sejak berakhirnya pemberontakan komunis pada 1989.
Sambil menyatakan rasa kesalnya kerana terpaksa merasmikan pameran pertahanan terkemuka itu ketika insiden pencerobohan tersebut masih berlaku, Perdana Menteri berkata, pasukan keselamatan pernah dihantar ke misi keamanan di luar negara tetapi operasi di Sabah adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara.

"Ini pertama kali pasukan keselamatan dikerah bertugas di bumi Malaysia sendiri sejak 1989," katanya semasa merasmikan LIMA 2013 di sini hari ini.
Najib berkata, sebagai bekas Menteri Pertahanan, beliau pernah terlibat dalam membuat keputusan besar menghantar tentera Malaysia ke Bosnia, Somalia dan Lebanon untuk operasi dan misi keamanan tetapi situasi di Sabah berbeza kerana untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.


"Bagi pihak seluruh rakyat Malaysia dari Langkawi ke Lahad Datu, saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang berkhidmat di Sabah, menggunakan kecekapan dan profesionalisme mereka untuk menamatkan apa yang boleh menjadi peristiwa diplomatik.
"Saya menyeru lelaki dan wanita yang ketika ini bertugas di Sabah untuk terus berwaspada dan sabar, doa kami sentiasa bersama anda," katanya.


Najib berkata, beliau pernah beberapa kali berucap dalam pameran tersebut tetapi ini adalah kali pertama menyampaikan ucapan dalam keadaan pasukan keselamatan sedang menangani pencerobohan pengganas dalam negara.

Sementara itu, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan pasukan keselamatan diberikan kelengkapan terbaik untuk menangani situasi tersebut dan dalam masa sama memastikan setiap jasa anggota yang terkorban tidak disia-siakan.
Sehubungan itu, beliau melahirkan setinggi-tinggi penghormatan kepada pasukan keselamatan yang gugur semasa bertugas demi memastikan ketenteraman negara.


Rundingan Damai dengan MILF di tangguh


MANILA 26 Mac - Presiden Filipina, Benigno Aquino III berkata, meskipun laporan undang-undang berkaitan tuntutan ke atas Sabah telah diperolehi, tetapi beliau tetap mahu dokumen itu diteliti dan dirundingkan terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Laporan itu perlu melalui beberapa proses. Agensi-agensi berkaitan perlu mengemukakan pendapat masing-masing terlebih dahulu," kata Aquino kepada wartawan ketika menghadiri ulang tahun kelima penubuhan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina di Pasay City, hari ini.
Satu panel diketuai Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menghantar laporan kepada beliau mengemukakan cadangan dari sudut undang-undang berhubung tuntutan tersebut.
Namun Aquino berkata, beliau masih belum melihat laporan itu.
De Lima berkata, dia telah menghantar laporan itu ke Istana Malacanang pada Jumaat, lalu.
Menurut Aquino, buat masa ini beliau menumpukan perhatian kepada perkara penting lain seperti pelantikan pegawai di agensi kerajaan yang tamat pada 29 Mac ini, selain kajian semula atau harapan menandatangani 290 rang undang-undang yang diluluskan oleh Kongres.
Sementara itu, Aquino mengarahkan rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) ditangguhkan ke bulan depan, tetapi menegaskan bahawa rundingan itu masih berterusan meskipun berlaku pencerobohan ke atas Sabah.
Rundingan itu dijadual diadakan di Malaysia semalam, namun beliau mengarahkan supaya rundingan rasmi kali ke-37 itu ditangguhkan ke bulan depan bagi membolehkan kerajaan meneliti baki isu-isu pemilikan dalam perjanjian damai itu.
Kerajaan Filipina dan MILF bersetuju mengadakan rundingan itu pada minggu kedua bulan depan.
Kedua-dua pihak setakat ini hanya mengadakan 'mesyuarat khas', menurut satu kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi Panel Damai Filipina, Miriam Coronel-Ferrer dan rakan sejawat daripada MILF, Mohagher Iqbal.
"Mesyuarat khas itu berakhir dengan komitmen kedua-dua pihak untuk terus berunding secara cekap dan pantas," kata kenyataan itu yang dipetik agensi berita Xinhua, hari ini.
Dalam rundingan pada bulan depan, kedua-dua pihak dijangka membincangkan penubuhan Pasukan Pemantau Pihak Ketiga (TPMT), Suruhanjaya Bebas bagi Pengawalan (ICP), persidangan Suruhanjaya Peralihan dan Bidang Tugas Pasukan Petugas Sajahatra Bangsamoro. - AGENSI


SENARAI CALON PAKATAN


SENARAI calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri.
calon pr
Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.
Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai ‘agen’ di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.
Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim.
Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.
“Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?
“Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?” soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.
Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.
Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.
Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.
Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.
BERIKUT ADALAH SENARAI CALON PR YANG TELAH DI KEMASKINI SETAKAT SEMALAM
SENARAI CALON PKR
  • Sembrong – Onn Abu Bakar
  • Johor Bharu – Jen (B) Md Hashim Hussein
  • Pasir Gudang – Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
  • Segamat – Chua Jui Meng
  • Batu Pahat – Syed Hamid Ali
  • Selayang – William Leong Jee Ken
  • Kuantan – Fuziah Salleh
  • Azan Ismail – Kemaman
  • Padang Serai – N Surendran
  • Kulim Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail 
  • Sungai Petani – Johari Abdul
  • Pandan – Rafizi Ramlii
  • Sabak Bernam – Dr Abdul Aziz Bari
  • Bagan Serai – Dr Muhammad Nur Manuty
  • Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
  • Wangsa Maju – Dr Tan Kee Kwong
  • Setiawangsa – Ibrahim Yaacob
  • Lembah Pantai – Nurul Izzah Anwar
  • Bukit Katil – Shamsul Iskandar Md Akin
  • Batang Lupar – Zulkifli Abang Engkeh
  • Saratok – Ali Biju
  • Hulu Rajang – Abun Sui Anyit
  • Baram – Roland Engan
  • Limbang – Baru Bian
SENARAI CALON DAP
  • Gelang Patah – Lim Kit Siang
  • Kluang – Liew Chin Tong
  • Ipoh Timur – Thomas Su
  • Ipoh Barat – Wong Kah Woh
  • Batu Gajah – V Sivakumar

Tuesday, March 26, 2013

Dr. Uthman El-Muhammady meninggal dunia


Dr. Uthman El-Muhammady meninggal dunia

DR. UTHMAN EL-MUHAMMADY
KUALA LUMPUR 26 Mac - Tokoh Maal Hijrah 2005 yang juga pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr. Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam tadi di kediamannya di Persiaran Duta di sini.
Menurut anaknya, Ahmad El-Muhammady, 35, bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang dihidapi sejak hampir setahun lalu.
Beliau berkata, bapanya sedang membaca di bilik bacaan sebelum ibunya menyedari Allahyarham tidak menunjukkan tindak balas ketika sedang berehat.
Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini.


SIAPA KIRIM DUIT KEPADA PENGGANAS


LAHAD DATU 26 Mac - Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.
Beliau berkata, perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.
Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata, seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.
Beliau berkata, 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.


Dalam pada itu, Khalid berkata, 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.
Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.
Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.

"Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap," katanya. - BERNAMA