Showing posts with label samseng. Show all posts
Showing posts with label samseng. Show all posts

Sunday, April 22, 2018

SAMSENG DAP TAKUTKAN RAKYAT HANTAR MEMORANDUM





DAP sejenis makhluk yang tak ada adap dan budi pekerti mulia. Sudah beberapa kali mereka mengeluarkan kata-kata kesat mengherdik dan mencaci pihak lawan. Nga kor Meng pernah mengelarkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamri Abdul Kadir sebagai Hitam Metalik. Pernah dalam satu ceramah dia menyebut pemimpin UMNO ini "Melayu Pukimak". Mereka Mengelar pemimpin MCA sebagai penakut, budak suruhan UMNO dan sebagainya bagi menyakiti hati kaum Cina.

Bagitulah sedikit sebanyak berkenaan dengan perangai buruk pemimpin DAP yang tidak pernah membuat provokasi buruk dan jelik. 

Bagitu juga yang berlaku apabila Setiausaha MCA Cheras, Prof. Datuk Dr. Toh Kian Kok dengan beberapa penduduk tempatan dan peniaga berhimpun di hadapan Pusat Khidmat DAP Cheras bagi menyerahkan memorandum yang janji yang di taburkan Kok Wei selama 31 tahun menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut. 

Kira-kira 15 penyokong DAP menyerbu Kian Kok bagi menghalang beliau beredar meninggalkan himpunan. Mereka membawa sepanduk yang menghina MCA seperti parkataan "Tak Tahu Malu", "Dalam luar bukan Manusia" dan "muka babi". 

Mereka begitu angkuh, biadap dan kurang ajar dengan membawa dua bingkai cermin dan meminta Kian Kok mencerminkan diri sama ada beliau layak atau tidak menegur DAP. Dalam lain kata DAP parti yang tidak boleh ditegur. 

Macam-macam kata-kata kesat dikeluarkan kepada mereka kepada Kian Kok namun beliau tidak terikut dengan provakasi itu. Bagi Kian Kok beliau cukup tergejut dan rasa amat takut dengan sikap ala samseng yang ditunjukkan oleh pengikut DAP yang begitu extreme. 

Tak boleh nak dibayangkan andai DAP menguasai negara, tentulah rakyat akan lebih takut jka mereka diugut oleh samseng-samseng. 

Sunday, May 15, 2016

GANGSTER TEMUI JALAN PULANG SETELAH BERMIMPI KIAMAT


GARA-gara mimpi hari kiamat seorang gengster dari negara jiran yang dikenali dengan nama 'Abang Long Fadhil' atau nama sebenarnya Muhd Fadhil, 29 kini memilih untuk kembali ke jalan ALLAH SWT.
Meskipun kehadirannya di masjid mahu pun surau sering mengundang pandangan sinis berikutan penampilannya yang bertatu termasuk di wajah, namun tekad sudah dibulatkan dan beliau tidak ambil pusing lagi.
“Pada Januari 2014, saya mimpi hari Kiamat. Dalam mimpi itu saya sedang berhibur di pantai, minum arak dengan kawan-kawan, tiba-tiba ombak tinggi datang dan saya jerit ajak kawan-kawan lari dan saya terus lari. Apabila saya toleh belakang, semua kawan saya tak ada, ombak setinggi lapan tingkat tadi pun tak ada.
“Saya tak keluar rumah sebulan lepas mimpi itu. Saya takut mati. Satu hari kawan telefon tanya nak pergi masjid atau tak. Ketika itu saya tersentak sebab kalau saya keluar rumah saya mati dan kalau saya tidak keluar rumah, saya pasti mati.
“Tapi seminggu, dua minggu saya pergi masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah. Namun masih belum lagi mencari ALLAH dengan sempurna. Selepas genap 40 hari bersama mereka, saya benar-benar yakin Keesaan ALLAH SWT itu,” katanya melalui rakaman video yang disiarkan Ar-Rahman TV.
Fadhil turut memberitahu beliau mengambil masa selama lapan bulan hanya untuk belajar surah al-Fatihah.
“Saya kalau cakap orang tak percaya. Bukan mudah untuk saya hafal. Tapi betullah ALLAH itu benar... susah nak cakap.
“Orang kata hari-hari minum manis boleh potong kaki tapi kemanisan iman yang ALLAH beri itu tak akan potong kaki. Kemanisannya itu dapat dirasai dalam hati... sayunya semacam,” katanya.
Bercerita kisah hidupnya, Fadhil memberitahu, tatu pertama yang dicacah pada tubuhnya seawal usia 12 tahun dan terakhir pada usia 22 tahun iaitu pada wajah dan lehernya.
“Tatu pertama nama saya, Fadhil di tangan. Tapi paling sakit di dahi dan leher ini. Ini semua kawan-kawan tolong buatkan.
“Pertama kali saya ditahan pada usia 12 tahun sebab pukul budak berusia 14 tahun dan mak ayah budak itu membuat laporan polis. Saya anggap masa lalu saya itu sebagai mimpi ngeri dalam hidup saya,” katanya.
Mengakui ramai rakan-rakan lamanya yang berbangsa Cina terkejut dengan perubahannya, namun, mereka masih beri sokongan moral meskipun sudah tidak lagi bersama mereka.
Dalam nada sayu, Fadhil mengakui telah banyak melukakan hati ibunya dan jalan baharu dipilihnya itu selain demi ALLAH, ia juga demi untuk menggembirakan si ibu.
Sementara itu, ibu Fadhil dalam rakaman tersebut memberitahu meskipun anak lelakinya itu memilih jalan hitam namun beliau tidak ‘membuangnya’.
“Saya anggap ini cubaan dari ALLAH untuk melihat penerimaan kita. Sepatutnya kita doakan untuk dia bukan menyumpah seranah.
“Insya-ALLAH akan dimakbulkan tapi bukan dalam masa yang singkat. Lihat sekarang, ALLAH sudah menjawab. Sekarang saya sudah tenang,” katanya mengalirkan air mata.



Gengster bertatu di muka hijrah lepas mimpi kiamat
WARTAWAN SINAR HARIAN
15 MEI 2016
Muhd Fadhil.