Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Wednesday, January 24, 2018

SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA (MyDeposit)


SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA (MyDeposit) Permohonan baru Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) akan dibuka mulai 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018. LATAR BELAKANG Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia. SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut : • Warganegara Malaysia • Berumur 21 tahun dan ke atas • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK. • Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000 KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN Kriteria Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut : • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK DOKUMEN SOKONGAN Senarai dokumen (mandatori) yang perlu dimuatnaik dalam Sistem MyDeposit (format: .pdf) • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan • Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan) • Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian • Akuan Bersumpah pengesahan bujang • Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak bekerja • Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Maklumat diperlukan: status perkhidmatan/ perkerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan • Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan • Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan • Surat tawaran /pengesahan terkini pembelian rumah daripada pemaju perumahan berlesen • Surat sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan • Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini PERTANYAAN Melalui emel : Pertanyaan Skim MyDeposit: mydeposit@kpkt.gov.my Masalah Aplikasi: ict_jpn@kpkt.gov.my Melalui Telefon : 03-8891 4025/ 4026/ 4051/ 4057

Friday, December 23, 2016

RUMAH KETUA MCA DI REMPUH




Rumah Ketua MCA Hulu Langat, Datuk Lee Ban Seng dirempuh sebanyak dua kali oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut yang menggunakan kereta Audi dan Nissan Fairlady dikatakan di bawah pengaru dadah telah merempuh pagar rumah beliau sebenyak dua kali. 

Datuk Lee ketika kejadian itu tiada di rumah kerana beliau dikatakan berada di luar negara.

Suspek yang berusia 40 an turut merempuh kereta Audi milik Datuk Lee yang  diletakkan di dalam kawasan rumah. Kejadian berlaku kira-kira jam menghampiri 5 petang. 

Menurut Asisten Komisioner Othman Nanyan, Ketua Polis daerah, beliau berkata, pada mulanya suspek merempuh pagar dan melanggar kereta mangsa menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi berwarna putih.  Kemudian suspek  keluar dan menaiki teksi ke syarikat kereta terpakai di Sungai Chua sebelum datang semula menggunakan kereta Nissan Fairlady untuk merempuh rumah mangsa sekali lagi.

Selepas polis membuat semakan ke atas kereta SUV Audi yang ditinggalkan lelaki tersebut, mereka mendapati kereta tersebut telah didaftarkan atas nama sebuah syarikat kereta terpakai di Kampung Baru Sungai Chua. Hasil dari siasatan mendapati kereta ini tidak mempunyai sebarang rekod hilang atau lain-lain kes melainkan cukai jalan tamat tempuh.


Menurut polis, suspek yang menyerang rumah Datuk Lee sebenarnnya mempunyai dua rekod jenayah lampau. Dia juga seorang yang positif dadah jenis Methamphetamine. Namun motif serang ini masih tidak diketahui puncanya. 

Pihka polis juga mendapati terdapat sebuah lagi kenderaan jenis Nissan Fairlady kuning yang ada berhampiran rumah mangsa. Pihak polis percaya kereta tersebut ditinggalkan suspek. Menurut siasatan polis, kereta tersebut telah didaftarkan di bawah syarikat yang sama serta tiada rekod hilang. 

Dalam siasatan tersebut juga pihak polis menemui kesan empat cap jari, tiga di pintu kanan dan satu cap jari pada pintu sebelah kiri SUV Audi. Pihak polis terpaksa merampas kedua-dua kereta tersebut untuk siasatan lanjut.

Pihak polis akan menerus siasatan dengan menahan suspek selama empat hari bagi mengenal pasti motif kejadian tersebut. Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 447 dan 427 Kanun Kesesksaan.