Showing posts with label residensi kerinci. Show all posts
Showing posts with label residensi kerinci. Show all posts

Thursday, March 23, 2017

NURUL IZZAH TINGGALKAN MEREKA DIKALA KESUSAHAN



MUKADIMAH 


SELEPAS Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, DATUK SERI RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), beliau tetap berkhidmat kepada penduduk Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Meskipun tiada jawatan lagi dalam kerajaan, beliau percaya pengundi dan rakyat di dalam dan luar Lembah Pantai mampu menilai khidmat yang mereka terima daripada wakil rakyat PKR di situ, Nurul Izzah Anwar dalam tempoh dua penggal ini.

Raja Nong Chik ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia ZULK IFLI JALIL di ibu negara semalam yang turut disertai Ketua Penerangan UMNO bahagian itu Datuk Mohamad Sazali Kamilan, menarik perhatian isu-isu yang pernah disensasikan oleh PKR di Lembah Pantai. Ini termasuklah isu hangat membabitkan 34 penduduk Kampung Kerinchi yang ‘berputih mata’ gagal menduduki rumah berharga hampir setengah juta ringgit di Residensi Kerinchi.

Apa sebenarnya berlaku di sebalik cerita 34 penduduk flat empat tingkat Kerinchi yang gagal menduduki rumah baharu di Residensi Kerinchi?


RAJA NONG CHIK: Ini semua berlaku kerana hasutan ahli Parlimen di situ. Dia kata dia tidak hasut mereka tetapi kita (UMNO Bahagian Lembah Pantai) ada bukti jelas melalui video bagaimana dia bawa aktivis pelajar dan sebuah pertubuhan alam sekitar Selangor buat onar di Kampung Kerinchi pada waktu itu. Ini sehinggakan dibawa juga masuk orang Cina dengan berseluar pendek ke dalam surau yang hendak dirobohkan (untuk pembangunan). Kalau dia tidak hasut, 100 peratus mereka tidak akan rugi.

Bukankah sepatutnya 34 penduduk ini ikut jejak lebih 400 penduduk Kampung Kerinchi terima tawaran tinggal di rumah baharu?

Sebenarnya banyak manfaat yang mereka peroleh jika tidak termakan hasutan ini. Antaranya, duit sewa kira-kira RM5,000 pun dibayar untuk berpindah (sewa dibayar oleh pemaju). Apabila berpindah balik (ke rumah baharu) pun mendapat amaun sama. Berpindah pun di kawasan bersebelahan sahaja dekat rumah lama (flat empat tingkat Kerinchi).

Apa yang telah disensasikan pembangkang ketika itu?

Bila projek (Residensi Kerinchi) ini sudah hampir siap, mereka masih tidak puas hati sehingga `ukur ’ kenapa projek itu sudutnya tidak tepat berada di kawasan yang diambil alih. Masa itu menjelang PRU-13, mereka main sentimen kerajaan dan tularkan kononnya BN rampas rumah orang Melayu.
 Baki 34 penduduk ini yang enggan berpindah, kemudian tinggal di PPR. Cuma kita persoalkan mengapa projek yang sama dan usia rumah (lama) yang sama dengan flat empat tingkat Kerinchi yang dimajukan PKNS di Datum Jelatek, Taman Keramat, Kuala Lumpur, kerajaan ­negeri PKR Selangor terus pergi ke mahkamah untuk keluar perintah penduduk supaya berpindah. Penduduk tidak dapat rumah pun, sekadar pampasan sahaja. Itulah yang saya kesalkan terhadap Nurul Izzah Anwar. Lebih pelik lagi, selepas 34 penduduk ini terlepas duduki rumah baharu, boleh pula dia `pusing’ kata Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak layak bercakap atau menyentuh isu 34 penduduk ini. Padahal dialah yang tidak layak bercakap lagi.

Barangkali UMNO Lembah Pantai boleh fikirkan cara untuk bantu 34 penduduk ini?

Ada kalangan mereka yang datang berjumpa dengan wakil saya mohon bantu mereka dapatkan rumah. Saya akan cuba berjumpa dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kalau diingatkan balik, hampir dua tahun projek (Residensi Kerinchi) ini terpaksa ditangguhkan disebabkan jadi kes mahkamah (berikutan projek dibantah).  Apabila mahkamah putuskan mereka mesti berpindah, kita juga yang dapatkan mereka rumah PPR dan bantu lagi mereka berpindah. Waktu itu Nurul Izzah pun tinggalkan mereka.

Kalau dia sayangkan mereka, mengapa tidak cuba dapatkan rumah baharu untuk mereka di Selangor? Saya kasihan mereka, lagipun mereka ini sudah berumur, ada yang tidak sihat dan impian mereka untuk duduki rumah baharu pun tidak kesampaian. Kalau dapatkan rumah baharu ketika ini, ia tentu suatu hadiah berharga untuk anak-anak dan cucu mereka. Itu yang saya sebak dan kesalkan.

Apa nasihat Datuk Seri kepada orang Melayu di Wilayah Persekutuan termasuk di Lembah Pantai?

Pengundi Melayu merangkumi 40 peratus populasi pengundi ­keseluruhan di Wilayah Persekutuan dengan enam daripada 13 kerusi Parlimen ditandingi oleh UMNO.
 Saya akui peluang untuk BN ambil balik kerusi Lembah Pantai agak sengit. Memang sukar bertempur dengan pihak yang pakar mensensasikan isu. Dia pasti bawa isu-isu nasional dalam kempen PRU-14 nanti berbanding isu tempatan yang banyak diselesaikan oleh UMNO. 
 Saya harap pengundi di Lembah Pantai dapat menilai ­perkhidmatan Nurul Izzah dalam dua penggal ini. Baru-baru ini dia turun beri bunga kepada kira-kira 40 wanita di pasar malam di Lembah Pantai. Itu sahajalah khidmatnya yang menguar-uarkan sesuatu yang populis. Padahal isu-isu pasar malam banyak diperjuang dan diselesaikan BN.
 Oleh kerana 40 peratus daripada kira-kira 76,000 pengundi di Lembah Pantai berada di luar kawasan itu, saya seru mereka agar kembali untuk mengundi nanti. Mereka ini antaranya yang pernah bekerja di KTM, Universiti Malaya, Tenaga Nasional Berhad dan RTM.

Juga, telah mendapat manfaat di situ sejak bermastautin di Lembah Pantai. Mungkin kini sudah balik kampung dan meninggalkan rumah-rumah sewa mereka di kawasan ini. Malah, di rumah PPR hanya 51 peratus sahaja yang benar-benar tinggal di Lembah Pantai. Maka, UMNO dan BN Lembah Pantai seru mereka kembali untuk mengundi nanti.
Semasa PRU-13, saya lihat ramai orang Cina yang tinggal di luar Lembah Pantai termasuklah yang memakai plat kereta dari Pulau Pinang hatta Singapura pun balik mengundi di kawasan ini.

Adakah Datuk Seri yakin pengundi Cina boleh kembali kepada BN di Lembah Pantai?

Sukar saya mahu beri jaminan. Saya bagi contoh yang paling baik. Isteri saya seorang Cina (mualaf). Dia datang dari kampung baharu Cina. Sebelum PRU-13, kami buka pusat khidmat di Taman Seri Sentosa, yang majoriti penduduknya kaum Cina tinggal di rumah kos rendah flat empat/lima tingkat. Perkhidmatan yang diberikan terbaik. Pernah Perdana Menteri pun turun ke situ dalam program mengecat blok rumah di situ. Rumah nampak cantik selepas itu. Daripada harga RM50,000 kini boleh dijual lebih RM100,000. Pusat khidmat pun diuruskan oleh orang Cina. Tetapi apabila tiba pilihan raya, BN kalah teruk di situ.



Tuesday, February 28, 2017

HADIAH ISTIMEWA DARIPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL

DARI FLAT EMPAT TINGKAT KE APARTMENT MODEN RESIDENSI KERINCHI





1. Flat usang didiami semenjak tahun 1971.

2. Projek pembangunan semula atas tapak seluas 2.8 hektar.

3. Sebanyak 472 keluarga penghuni asal flat lama berpindah ke Residensi Kerinchi.

4. Unit di flat lama, ada yang mempunyai 1 bilik dan ada yang tiada bilik namun rumah baru terdapat 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

5. Setiap unit berkeluasan 83.61 meter persegi.

6. Ada kawalan sekuriti, fasiliti padang mini permainan dan kolam renang.

7. Setiap unit rumah dilengkapi dengan mesin basuh dan pengering, 2 dalam 1.

8. Bantuan skim pindah keluar ke rumah transit di PPR Kerinchi sebanyak RM 5,000 dan untuk skim pindah masuk ke Residensi Kerinchi, penghuni diberikan sejumlah RM 8,000 oleh Pemaju.

9. Bantuan persekolahan, mengangkut barang berpindah dan kenduri kendara turut dibantu oleh Pemaju kepada penghuni yang terlibat ketika mendiami di rumah transit selama enam tahun.

10. Kediaman ini sepatutnya siap pada Mac 2016. Sejumlah RM1,250 sebulan untuk tempoh lapan bulan diberikan kepada bakal penghuni disebabkan kelewatan projek.

11. Kos seunit rumah tersebut bernilai RM 350,000 dan RM 400,000 seunit dan kos keseluruhan projek bernilai kira-kira RM600 juta.

12. Residensi Kerinchi dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 27 Feb 2017.

Terima kasih kerajaan Barisan Nasional

#WilayahPrihatin
#KaliIniLah
#BetterNation

sumber :   Rezqeen Hill

RESIDENSI KERINCI 18 TINGKAT : TANPA APA-APA BAYARAN ?



Projek Residensi Kerinchi 18 tingkat yang dibina bagi menggantikan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi dekat sini adalah bukti kerajaan sentiasa berusaha me­ngubah masa depan rakyat ke arah yang lebih baik.

Jika dahulu penduduk flat berkenaan tinggal dalam kea­daan rumah yang tidak terurus dan usang­ dengan berkeluasan hanya 300 hingga 450 kaki persegi sejak 1971, namun kini mereka mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dilengkapi kolam renang, surau serta taman permainan tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep trade-off (tukar ganti).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perbezaan suasana kehidupan penduduk terlibat dahulu dan sekarang umpama siang dan malam.

Beliau turut menggambarkan pembinaan Residensi Kerinchi hasil program pembangunan semula Kementerian Wilayah Persekutuan itu bersifat urban renewal oleh kerajaan dan benar-benar menepati kehendak serta kepentingan rakyat.

“Jika dibandingkan flat yang dahulu sekitar RM50,000 tetapi hari ini nilai residensi ini kira-kira RM500,000 atau setengah juta. Lebih bermakna apabila 472 peng­huni di sini menerimanya tanpa apa-apa bayaran, konsep yang cukup menarik antara kerajaan dengan pemaju.

“Saya difahamkan sepanjang tempoh pembinaan residensi ini penduduk dipindahkan ke lokasi sementara selain mendapat ganti rugi. Ini sebabkan penghuni-peng­huni di sini bersyukur, ini projek yang benar-benar dapat mengubah masa depan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.




Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 penduduk setempat termasuk penghuni Residensi Kerinchi dalam Majlis Perasmian Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Pengerusi Persatuan Penduduk Residensi Kerinchi, Ahmad Rahman.

Dalam pada itu, Najib menzahirkan rasa hairan apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar cuba menggagalkan projek tersebut sehingga membawanya ke mahkamah.

Beliau percaya, tindakan Naib Presiden PKR itu adalah bersifat politik kerana sedar nama serta imej Barisan Nasional (BN) akan meningkat dengan pembinaan projek tersebut.

“Akhirnya beliau gagal di mahkamah, tapi yang jadi mangsa ialah 35 penghuni flat asal kerana terikut-ikut hasutan beliau. Saya percaya mereka menyesal dengan tindakan itu kerana tidak dapat mendiami pangsapuri ini, tetapi ada juga pertimbangan lain.

“Sebab itu, saya ingin tekankan jangan termakan hasutan, mesti menilai sesuatu itu baik atau buruk, beri manfaat kepada kita atau tidak. Ini bukan soal politik, ini soal kepentingan dan kebajikan rakyat, tidak seharusnya kita termakan hasutan mana-mana pihak,” jelas beliau.