Showing posts with label mca. liow. Show all posts
Showing posts with label mca. liow. Show all posts

Thursday, December 7, 2017

MCA, UMNO RAKAN SEPERJUANGAN SEJAK SEBELUM MERDEKA



DAP bukan sahaja musuh UMNO, MCA atau MIC - yang sebenarnya DAP adalah musuh kepada PERPADUAN, KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA. DAP adalah musuh  rakyat Malaysia. Segala yang diusahakan DAP hanyalah untuk  memecah-belahkan kaum dan memusnahkan perpaduan dan persaudaraan rakyat Malaysia. Hasilnya timbul rasa curiga dikalangan rakyat pelbagai kaum. Ianya semakin meningkat sejak DAP mula mendapat sedikit kuasa di Pulau Pinang dan Selangor. 

Sudah banyak kemusnahan yang telah DAP ciptakan, selain membangkitkan permusuhan antara kaum, DAP juga bermusuh dengan alam sekitar. Kerosakan alam sekitar di Pulau Pinang berada di tahap paling teruk dalam sejarah. Belum pernah lagi Pulau Pinang dilanda banjir lumpur sehingga mengorbankan nyawa manusia. Begitu juga dengan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa rakyat yang tak bersalah. Malangnya Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha DAP boleh buat bodoh dan menyalahkan kerajaan Persekutuan diatas kerosakkan yang mereka ciptakan. Yang paling memalukan, DAP meminta bajet untuk projek tebatan banjir, padahal Bajet 2018 mereka juga yang menolaknya. 

DAP selalu mencari masalah dengan orang Melayu dengan menghina Raja-Raja Melayu dan Islam sehinggakan menimbulkan kemarahan orang Melayu, natijahnya apabila orang Melayu bertindak terhadap mereka, DAP menyerang dan menuduh UMNO dan orang Melayu rasis dan pelampau - sedangkan yang memula angkara adalah DAP. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri telah mengingatkan kaum Cina bahawa DAP dalam setiap ceramah mereka sering memainkan sentimen bahawa UMNO dan orang Melayu memusuhi kaum Cina, padahal merekalah punca kepada bibit-bibit permusuhan ini. Merekalah yang mengapi-apikannya. Sedangkan sejak  sebelum Merdeka lagi UMNO dan orang Melayu bersama-sama membangunkan negara ini dalam suasana harmoni dan bersatu hati. 



Menurut Liow lagi, UMNO dan MCA telah berkerjasama sejak sebelum merdeka lagi bagaikan abang dan adik. Bersatu hati berusaha memerdekakan negara ini dari gengaman penjajah. Waktu itu DAP belum wujud dalam persekutuan Tanah Melayu. Justeru itu permusuhan antara kaum tak wujud lagi. 

Walaupun UMNO dan MCA itu parti yang berasaskan kaum, namun kedua-duanya tidak mengamalkan sikap rasis yang melampau. UMNO, MCA dan MIC merupakan parti teras kepada perpaduan dalam Barisan Nasional. Berbanding dengan DAP, dalam pakatan mereka sendiri pun DAP bertindak bagaikan Ketua Samseng.  Hingga dasar parti rakan mereka sendiri pun DAP mahu masuk campur. 


Ini berlaku kepada parti PAS yang mana DAP cuba mengubah dasar perjuangan PAS sehinggakan PAS mengugurkan negara Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka.  Akhirnya PAS dan Pakatan Rakyat hancur berkecai - semua ini adalah angkara DAP yang terlalu keras bermusuhan dengan Dasar perjuangan Islam PAS. 

Presiden MCA juga mengingatkan kaum Cina bahawa DAP bukanlah parti yang memperjuangkan nasib kaum Cina, mereka terdiri daripada kelompok dan golongan yang rakus ingin berkuasa dan mahu membolot kekayaan negara ini hanya untuk golongan tertentu. Pernah dengar DAP bina rumah untuk rakyat miskin ? Tidak pernah langsung, bahkan pemimpin-pemimpin mereka hidup kaya raya dengan rumah yang serba mewah. 

Berbeza dengan parti komponen Barisan Nasional yang mengamalkan hormat menghormati antara satu sama lain. UMNO menghormati perjuangan Orang Cina dalam MCA dan MCA Menghormati perjuangan Melayu Islam dalam UMNO. Sejak sebelum merdeka hingga kini, perpaduan ini menjadi teras kepada kekukuhan Barisan Nasional. Ini resepi keutuhan dan kekuatan Barisan Nasional. 

Sewajarnya rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum sedar akan perkara ini dan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional, kerana BN lah satu-satunya parti yang memperjuangkan agenda rakyat.   


Thursday, September 21, 2017

MCA HORMATI KEPUTUSAN DBKL - TONY PUA GAGAL





Niat Tony Phua untuk mengenakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong dalam isu Pesta Arak yang menjadi kebanggaan pemimpin DAP nampaknya tak menjadi apabila Presiden MCA itu menolak untuk membuat ulasan berkenaan isu tersebut. 

Pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Oktober depan mendapat kecaman orang ramai. Pemimpin DAP sengaja menimbul polimik politik untuk menaguk di air yang keruh. 

Pihak DBKL dengan tegas  menolak permohonan permit untuk mengadakan pesta arak tersebut oleh penganjur. Namun tidak kepada pemimpin DAP yang bertegas tetap mahukan pesta ini diteruskan. Jelas sekali pemimpin DAP mahu menunjukkan sikap keras kepala mereka terhadap kerajaan. 

Yang paling nampak perangai iblisnya ialah Tony Phua yang cuba melibatkan MCA ke dalam kancah pertelingkahan ini. Niatnya tidak lain tidak bukan ialah cuba menimbulkan pertelagahan dan menimpakan semua ini ke atas MCA. Mereka tahu jika ada pemimpin MCA memberi kenyataan tentang isu ini, mereka akan berhadapan dengan tentangan masyarakat dan DAP akan lepas tangan. 

Tony Phua sedar masyarakat Malaysia tidak dapat menerima pesta arak dikhalayak ramai sebagai satu budaya. Tentangan hebat rakyat Malaysia terhadap usaha DAP ini cuba dialihkan oleh Tony Phua kepada MCA. Sememangnya kita sudah boleh agak, sepertimana mereka melakukan apabila RUU 355 diusulkan oleh Tuan Guru Hadi Awang di parlimen tidak lama dulu. 

Akhirnya TonyPhua sangat  tentu kecewa kerana jeratnya tidak mengena apabila Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan menghormati keputusan DBKL yang tidak membenarkan pesta arak yang dirancang oleh mereka yang ada kaitan dengan DAP. 

Tidak ada mana-mana agama pun yang merestui pesta arak yang memabukkan diletakkan satu budaya yang perlu dibanggakan. Oleh itu pendirian MCA ini amatlah tepat dan bijak kerana memahami sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. 

Jika kita lihat usaha membawa perpecahan dan pergaduhan kaum ini lebih di monopoli oleh DAP. Tidak ada satu pun program yang mereka bawa dan sokong melainkan membawa kepada pertelingkahan rakyat. Sedangkan MCA berusaha mendekati rakyat bagi memupuk nilai-nilai baik, persefahaman dan muafakat yang baik antara kaum. 

Pemimpin-pemimpin MCA lebih banyak mendekati masyarakat di bawah dan menyelami masalah mereka, daripada terlibat isu yang kontroversi seperti pesta arak ini. Apakah pesta arak ini memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya ? Apakah peniaga arak sahaja yang perlu di jaga kebajikan mereka ? Adakah pelancong datang ke Malaysia ni semata-mata hendak minum arak ? Ini semua DAP perlu jawab kepada rakyat, bukan pemimpin MCA. 

Contohi pemimpin MCA seperti Datuk seri Liow Tiong Lai dan Dato Seri Wee Ka Siong yang kerap berjumpa dengan rakyat bagi menyelami permasalahan mereka. Itu baru dinamakan pemimpin sebenar. Bukan pemimpin yang mengajak rakyat minum arak sampai mabuk.