Showing posts with label guan eng. Show all posts
Showing posts with label guan eng. Show all posts

Monday, September 18, 2017

PECAT LA ANAK HANG DULU !



Sikap buruk pembangkang yang langsung tidak ada sensitiviti terhadap sesuatu musibah cukup mendukacitakan. Dalam kita bersedih diatas kematian 23 orang termasuk 21 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Lim kit Siang pula sibuk bermain politik kotornya apabila mangaitkan kejadian ini  dengan Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Kit Siang dalam blognya mahukan Noh meletakkan jawatan Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kononnya tidak memahami fungsi, tidak serius dan tidak sesuai dengan portfolionya.

Nampaknya Kit Siang sudah lupa yang anaknya tu lebih layak untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana telah didakwa  di mahkamah. Cepat sangat dia melupakan segala salah laku anaknya yang kini masih lagi tak malu mahu memegang jawatan Ketua Menteri. Sebelum nak cabar orang lain, Kit Siang perlu menasihati anaknya dulu letak jawatan. Nampak sangat cetek betul pemikiran Penasihat DAP ini. 

Sikap mengambil kesempatan diatas sesuatu peristiwa ini memang sudah menjadi kelaziman pembangkang. Mereka tidak pernah berhenti dari mencari kesalahan orang lain. Kuman di seberang laut nampak sangat, padahal  anak sendiri buat hal depan mata boleh buat tak nampak. Itu belum lagi menguasai kerajaan persekutuan, sikap buruk double standard pembangkang sudah jelas. Mereka langsung tiada integriti. 

Apa masalah di pulau Pinang yang tidak berkaitan dengan anaknya ?  RM305 juta yang ‘dibuang’ begitu sahaja hanya semata-mata untuk menyediakan kertas kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut yang dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan kajian yang mendalam.

Salah laku gunakuasa dalam pembelian banglo mewah di bawah harga pasaran malah turut dikaitkan dalam salah guna kuasa penjualan tanah Taman Manggis.Pemilihan CEC yang penuh dengan unsur penipuan, kes Kilang haram yang dibenarkan beroperasi dan macam-macam hal lagi. 

Jadi Kit Siang sepatutnya minta anaknya letak jawatan dahulu sebelum nak sibuk perihal kerja orang lain yang tidak ada kena mengena dengannya. Pendek kata "Pecat la anak hang dulu !





Tuesday, June 13, 2017

SUDAHLAH KAKI RASUAH, MENFITNAH PULA !





Dirinya terpalit dengan skandal rasuah, penjualan tanah tanpa tender terbuka, dikatakan tamak membolot 14 jawatan, menghabiskan wang rakyat beratus juta hanya untuk kononnya dibuat FEASIBILITY STUDY (Laporan kebolehupayaan) projek jalan raya di Pulau Pinang dan bermacam-macam lagi masalah yang dibawanya sejak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Namun lelaki tak ada maruah dan tak tahu malu ini masih lagi ingin menfitnah kononnya kerajaan Barisan Nasional semasa menerajui Pulau Pinang telah menjual tanah pada harga RM1 dan RM20 sekaki persegi. Ini semua adalah ingin mengalihkan perhatian rakyat terhadap segala penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinannya. 

Guan Eng tak perlu nak bersandirwara dengan rakyat, jika betul apa yang didakwanya itu, silalah dengan segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindakan Guan Eng membangkitkan perkara tersebut hanya ingin mengelirukan pemikiran rakyat yang mula mempertikai segala tindak-tanduknya dalam pentadbiran negeri apatah lagi apabila terbongkarnya skandal penjualan tanah secara rundingan terus  kepada pemaju swasta. Kelihatan keputusan itu seperti diputuskan oleh satu orang, namun seperti biasa Guan Eng menafikan dan mendakwa ianya keputusan semua exco. 

Semua yang didakwa oleh Guan Eng tiada langsung bukti atau dokumen-dokumen sokongan, cuma dakwaan mulut dan lidah yang tak bertulang. Jika dia jujur dan amanah, dia perlu mengemukakan sekali dengan dokumentasi sahih kerana rakyat juga ingin mengetahui kebenarannya. Bukannya sekadar dakwaan kosong. Jika pemimpin DAP masih lagi berjiwa pembangkang, maka layaklah tinggalkan kerusi Ketua Menteri dan berikan kepada yang lebih layak.

Tindakan Guan Eng yang berterusan membangkitkan isu itu tanpa me­nunjukkan sebarang bukti hanya mengelirukan penduduk negeri ini apatah lagi dakwaan tersebut dibantah parti Gerakan negeri.

“Segala dakwaan yang dibuat Guan Eng itu perlu dikemukakan dengan dokumentasi sahih kerana penduduk negeri ini berhak mengetahui perkara sebenar memandangkan melibatkan tanah rakyat.

“Sehubungan itu, beliau perlu berani membawa perkara tersebut kepada SPRM supaya satu siasatan telus dapat dijalankan, bukan setakat membangkitkannya di media semata-mata,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan, Datuk Baljit Singh berkata, pihaknya mempertimbangkan untuk menyaman Guan Eng yang berterusan mengelirukan rakyat dengan menyeleweng fakta berhubung projek tambak laut Seri Tanjung Pinang dan Lebuh Raya Jelutong di sini.

Menurut Baljit, dakwaan Guan Eng kononnya tanah itu dijual pada harga RM1 dan RM20 sekaki persegi memberi persepsi buruk kepada kerajaan BN terdahulu sedangkan transaksi tersebut merupakan satu bentuk konsesi tambakan laut.

Sementara itu, Rahmad turut mengalu-alukan tindakan undang-undang yang mahu diambil Gerakan terhadap Guan Eng berhubung isu terbabit yang disifatkan mampu menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

Menurut beliau, pertikaian isu terbabit perlu dimuktamadkan menerusi saluran mahkamah dengan segera bagi mengelak tanah rakyat terus dijadikan modal ‘sandiwara’ politik.

“Sedangkan pada akhirnya, penduduk negeri ini juga yang terpaksa menanggung kerugian kerana sedikit demi sedikit, tanah yang sepatutnya memberi manfaat kepada mereka dinikmati oleh pemaju swasta,” katanya.