Showing posts with label grab. Show all posts
Showing posts with label grab. Show all posts

Tuesday, March 27, 2018

PENYUSUNAN SEMULA RAPID KL DI SEPANJANG MRT SBK



Sudah terbukti Rapid Bus Sdn Bhd, yang menyediakan perkhidmatan bas diseluruh Lembah Klang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Pekerjanya berdisiplin, kemas dan profesional telah mengangkat nama Rapid sebagai sebuah syarikat pengangkutan awam yang berjaya.

Rapid Bus juga menyediakan perkhidmatan bas perantara untuk setiap stesen MRT dengan kekerapan 10 ke 15 minit setiap satu. Kali ini Rapid Bus Sdn Bhd akan menyusun semula laluan basnya di sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK Line).

Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Bus bahawa langkah itu adalah untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan, kesalinghubungan dan mobiliti untuk pelanggannya mulai 1 April 2018.

"Beberapa laluan bas peringkat Rapid KL akan diserahkan kepada perkhidmatan bas pengantara MRT untuk meningkatkan dan mengoptimumkan penggunaan aset dan meningkatkan kesalinghubungan dan mobiliti," katanya.

"Ini akan menjadi kali ketiga perkhidmatan bas pengantara MRT mengambil alih laluan yang dikendalikan oleh perkhidmatan bas peringkat Rapid KL sejak pelancaran Fasa Dua rangkaian bas pengantara MRT pada Julai tahun lepas," kata kenyataan itu.

Inisiatif yang akan dijalankan di bawah penstrukturan semula adalah:

* Menamatkan laluan bas Rapid KL 301 (antara Hub Sri Nilam dan Taman Midah), T771 (antara Subang Bestari dan Subang Perdana) dan T800 (antara Pelangi Damansara dan Bandar Utama) dari 1 April.

* Laluan T305 (di antara MRT Taman Midah dan Hub Sri Nilam) akan dijadikan perkhidmatan bas pengantara baru di stesen MRT Taman Midah untuk menggantikan laluan bas Rapid KL 301. Laluan ini akan dilanjutkan ke Entrance B, Stesen MRT Taman Midah.

* Laluan T803 (antara MRT Kwasa Sentral dan Subang Suria) akan disesuaikan untuk menampung laluan yang disampaikan oleh laluan Rapid KL T771 (antara Subang Bestari dan Subang Perdana) dan diperluas ke Subang Perdana.

* Pelanggan yang melancong di Laluan T800 boleh memilih laluan bas Rapid KL 780 (antara Kota Damansara dan Pasar Seni) atau 802 (LRT Kelana Jaya dan Kota Damansara) ke Bandar Utama selepas laluan berhenti beroperasi dari 1 April.

* Penyusunan semula kecil ke Laluan T104 (antara MRT Kampung Selamat dan Kg Baru, Sungai Buloh) untuk menampung kawasan perindustrian di sepanjang Jalan Baru, Sungai Buloh untuk memenuhi keperluan pelanggan.

* Laluan bas Rapid KL T402 (antara LRT Salak Selatan dan HUKM) dan T772 (antara Bukit Subang dan Lapangan Terbang Subang) akan disambungkan untuk menghubungkan Entrance A dari Stesen MRT Taman Midah dan stesen MRT Kwasa Sentral selepas laluan diberikan kepada pemancar MRT perkhidmatan bas.

Pelanggan yang ingin ke Lapangan Terbang Subang boleh menaiki laluan bas Rapid KL 772 (antara Subang Suria dan Pasar Seni) atau T804 (antara MRT Kwasa Sentral dan Subang Perdana) dari Subang Perdana.


Tambang bas dan waktu operasi kekal tidak berubah.

Thursday, June 15, 2017

BUTANG SOS WAJIB UNTUK SEMUA GRAB DAN UBER


Keselamatan penumpang sememangnya menjadi agenda utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Sejak awal kemunculan perkhidmatan Uber dan Grab ramai yang risau dengan tahap keselamatan penumpang. Ini kerana SPAD tidak mempunyai sebarang rekod tentang pemandu Uber dan Grab ini. Kita tidak tahu siapa pemandu Uber dan Garb ini, adakah mereka mempunyai rekod jenayah atau tidak ?

Kes yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini dimana pemandu Uber dipukul oleh 10 individu kerana dituduh cuba mencabul penumpang warga Vietnam sangat membimbangkan, ini cukup jelas bahawa perkara ini perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan. Walaupun belum terbukti siapa yang bersalah, namun ia perlu tindakan segera.

Bagi memenuhi piawaian keselamatan ini, maka SPAD telah mengarahkan semua syarikat perkhidmatan kenderaan Uber dan Grab bagi melengkapi aplikasi kenderaan mereka dengan butang SOS bagi menjamin keselamatan penumpang.  

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah yang mana telah menjelaskan butang SOS ini mempunyai akses terus ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Jika penumpang kenderaan awam ini terasa terancam, mereka boleh memberi amaran dengan menekan butang tersebut.

Menurutnya lagi "sistem" ini telah pun digunakan oleh perkhidmatan Uber di Negara India. Sistem ini baik untuk kedua-dua pihak samaada pemandu atau penumpang. Masing-masing perlu peka pada keselamatan. Disebabkan oleh beberapa kes yang diadukan oleh penumpang, maka sistem ini diperkenalkan.

Perkara ini juga disambut baik oleh pihak Uber dan mereka memberi persetujuan untuk memperkenalkan butang SOS. Selain itu mereka juga akan membuat saringan pemeriksaan yang ketat terhadap tingkah laku dan rekod jenayah setiap pemandu.

Maklumat dan kerjasama dari pihak pengguna juga penting kerana merekalah yang akan menggunakan perkhidmatan ini.

Semoga dengan adanya butang SOS ini kes-kes jenayah seperti ini dapat dielakan disamping dapat memberi keyakinan kepada penumpang dan juga keselamatan pemandu itu sendiri.




Tuesday, September 27, 2016

TITP : PEMANDU TEKSI DISARAN AGAR DAFTAR SEGERA


Masanya sudah tiba untuk pemandu teksi membebaskan diri mereka dari belenggu yang menjerut leher mereka hari ini. Pemandu teksi yang telah bebas menjelaskan bayaran teksi mereka, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengalakkan mereka mendaftar dengan SPAD.

Mereka boleh mendaftar untuk proses memohon mendapatkan permit persendirian / individu. Pekara ini ditegaskan sendiri oleh CEO SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah. 

Inilah langkah yang diperkatakan dahulu oleh kerajaan bagi  membantu pemandu-pemadu teksi  di bawah Program Tranformasi Industri Teksi (TTIP). Inilah satu usaha kerajaan bagi membebaskan pemandu teksi dari terbelenggu bekerja untuk orang lain. 

Selama ini pemandu teksi sering terbeban untuk membayar sewa harian yang tinggi  dan membebankan. Ini juga yang menjadi punca rungutan mereka selama ini. Inilah masanya untuk mereka membebaskan dari belenggu pemilik teksi permit teksi yang membelit mereka selama ini.

Jika dahulu pemandu teksi perlu membayar RM55 ke 60 sehari ( kereta proton Pesona) kepada syarikat pengusaha teksi, bermakna pemandu teksi telah membayar dua kali ganda dari pasaran kereta tersebut. Jika pemandu teksi ingin meneruskan teksi tersebut setelah memiliki kenderaan tersebut, dia perlu membaya RM30 sehari kepada syarikat yang mempunyai lesen operasi. Ia bermakna pemandu teksi tersebut perlu membayar RM900 sebulan yang mana ia tetap membebankan pemandu teksi. 

Kerajaan telah membantu pemandu teksi dengan menganjurkan program 'seed money' sejumlah RM 5,000 untuk membantu pemandu teksi membeli kereta baru untuk dijadikan teksi. Walau apapun kenderaan yang dipilih ia mesti mempunyai 3 bintang sejajar denhan peraturan New Car Assessment Program (NCAP)." kata Azharuddin lagi

Dengan kaedah baru ini diyakini dapat memberi kelegaan kepada kira-kira 63% pemandu teksi yang terikat dibawah sistem pajak.


Selepas dengan bermacam-macam bantuan yang kerajaan berikan ini pemandu teksi yang "banyak bunyi" lagi maka lebih baiklah pergi cari kerja lain. Hidup ini kenalah berusaha  bukan nak mengharapkan bantuan sahaja. Jika orang lain boleh berjaya dengan menghadapi pelbagai rintangan kenapa tidak anda ?