Sekali lagi rakyat Malaysia digejutkan dengan insiden melibatkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang terjejas berpunca daripada sebuah keretapi kargo tergelincir berdekatan Kampung Bakap. Kedua-dua laluan terlibat iaitu dari Padang Besar-Gemas, kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan dan diangka pulih selepas 48 jam.
Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan bekerja tanpa henti untuk mengalihkan semua gerabak yang tergelincir dengan segera bagi memulihkan segera bekalan elektrik yang melibatkan jarak 35 kilometer.
Pekara ini ditegaskan sendiri oleh Ketua Komunikasi Korperat KTMB, encik Ridhwan Arshad. Lebih 12,000 penumpang yang telah membeli tiket yang dijadualkan pada hari tersebut terkandas.
Kebanyakkan antara mereka adalah yang telah bercadang bercuti di kampung sempena Hari Depavali dan cuti persekolahan.
Kejadian dikatakan berlaku antara jam 3 pagi yang mana tren kargo dua enjin lokomotif yang membawa 40 gerabak tergelincir dalam perjalanan dari Kuang, Selangor ke Tasek untuk mngambil muatan simen.
Dalam pada itu pihak KTMB berharap penumpang bertenang dan mereka boleh menebus kembali tiket yang telah di beli dengan menghubungi di talian 03-22671200.
KTMB juga menyediakan bas perantara secara percuma bagi memudahkan penumpang ETS untuk ke ke stesen yang tidak terjejas bagi meneruskan perjalanan.
“Penumpang dari Gemas dan KL Sentral ke Padang Besar akan transit di Stesen KTMB Kampar sebelum dibawa dengan bas perantara ke Stesen KTMB Ipoh untuk meneruskan perjalanan.
“Bagi penumpang dari Padang Besar ke KL Sentral dan Gemas, mereka akan transit di Stesen KTMB Ipoh sebelum dibawa dengan bas perantara ke Stesen KTMB Kampar untuk meneruskan perjalanan masing-masing.
Penumpang yang telah membeli tiket jangan bimbang kerana KTMB sedia memulangkan semula bayaran tiket bagi penumpang yang terjejas dan mahu membatalkan tiket yang telah ditempah. Mereka dapatkan semula wang mereka di stesen KTMB yang berdekatan.
KTMB bersama pihak polis akan menyiasat puna sebenar kejadian dan akan memberi laporan penuh berkenaan kes ini.
Satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat dalam meningkatkan pengangkutan awam di seluruh negara. Projek Landasan keretapi berkembar elektrik (ETS) Gemas ~ Johor Bahru dikatakan bakal melonjakan pembangunan ekonomi terutama di negeri Johor. Projek landasan kereta api ini akan melalui empat daerah bertujuan untuk menaik taraf prasarana pengangkutan .
Dengan membelanjakan RM100 juta, landasan yang sepanjang 197 kilometer ini dibina dan dijangkakan akan beroperasi pada tahun 2021. Kereta api ini dikatakan mempunyai kapasiti had laju reka bentuk sehingga 160km / jam dengan had laju operasi yang dibenarkan 140km / jam.
Laluan kereta api ini akan melalui 11 stesen yang merangkumi tiga stesen utama iaitu Segamat , Kluang dan Kempas Baru. Manakala enam lagi stesen kecil iaitu di Genuang, Labis, Paloh, Mengkibol, Layang-Layang dan Kulai dan dua perhentian di Bekok dan Renggam. Dan di masa hadapan stesen akan ditambah lagi di Tenang, Chambek dan Senai.
Stesen keretapi ini juga akan dilengkapi dengan sistem yang canggih seperti Sistem Persemboyanan, Sistem Komunikasi dan Sistem Elektrifikasi.
Sistem persemboyanan dwi-arah adalah automatik sepenuhnya berdasarkan pergerakan tren yang dikawal oleh lampu rona tiga aspek. Ia juga menyediakan sisem perlindungan tren automatik (ATP), sistem persemboyanan dan kuncikait yang moden. Landasan ini juga akan dilengkapi dengan tambahan sistem kawalan di Pusat Kawalan dan Penyelenggaraan Tren di KL Sentral dan Gemas merangkumi Sistem Pengenalan Tren (TDS) dan Sistem kawalan laluan automatic (ARSS).
Laluan kereta api ini juga akan dilengkapi dengan Sistem Transmisi Optik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Ia juga dilengkapi dengan Sistem PABX, Sistem Maklumat dan Maklumat penumpang di setiap stesen dan perhentian.
Bagi meningkatkan lagi keselamatan awam, CCTV akan sediakan disetiap lokasi strategik di setiap stesen. Sistem Kawalan juga akan disediakan di pintu masuk disetiap stesen dan perhentian.
Landasan ini juga akan dilengkapi dengan sistem elektrifikasi 25kV setiap satu fasa bekalan kuasa ulang alik serta integrasi dengan sistem eektrifikasi yang sediaada .
Apabila siap kelak landasan ini akan mampu menyediakan perkhidmatan Electric Train Set (ETS), Perkhidmatan Pengangkutan Penumpang bagi perkhidmatan antara bandar (Intercity), Perkhidmatan Ulang - Alik (Shuttle Services), Perkhidmatan ETS dan Pangangkutan Kargo.
Jangkaan bilangan penumpang jika berdasarkan 8 perkhidmatan ekspress, 6 perkhidmatan shutlle dan 8 prkhidmatan ETS pada pada tahun 2020 mampu mececah 1.45 juta penumpang. Anggaran kekerapan pula ialah 22 perkhidmatan sehari merangkumi perkhidmatan antarabandar (Intercity), perkhidmatan ulang alik dan perkhidmatan ETS.
Landasan keretapi berkembar elektrik ini akan menjadi pelengkap kepada jaringan landasan berkembar elektrik dari Padang Besar hingga ke Johor Bahru. Ia juga akan membantu menyediakan sistem pengangkutan awam berasaskan rel kepada penduduk serta meningkatkan jaringan sosial dan juga ekonomi.
Selain itu ia juga meningkatkan kapasiti lanndasan serta bilangan perkhidmatan dapat dipertingkatkan disamping dapat mengurangkan tempoh perjalanan dan hadlaju perkhidmatan dapat ditingkatkan sepenuhnya.
Oleh kerana ia mengunakan tenaga elektrik maka perkhidmatannya lebih mesra alam. Mereka yang ingin selalu terjerat dengan kesesakan jalanraya dan ingin lebih selesa dalam perjalanan boleh mengunakan perkhidmatan kereta api. Selain dapat menjimat petrol ia juga lebih selamat.
Selamat menikmati perjalanan yang selesa dan mesra.