Showing posts with label King Salman. Show all posts
Showing posts with label King Salman. Show all posts

Tuesday, February 28, 2017

Pengalaman yang amat manis – Fathul Bari




UTUSAN: Bagaimana Datuk terpilih sebagai penterjemah?

FATHUL BARI: Saya secara tidak langsung bersama Wisma Putra membuat persediaan menyambut kedatangan ba­ginda ke sini. Mungkin sudah selesa dengan saya, pihak Istana Negara mencadangkan saya sebagai penterjemah. Pemilihan saya telah dimaklumkan kepada pihak Arab Saudi dan mereka bersetuju.

Apa perasaan Datuk apabila terpilih?


Ini merupakan penghormatan kepada saya untuk terlibat dalam detik bersejarah ini. Pe­ranan diberikan amat besar ke­rana dapat mendekati pe­mimpin Islam utama dunia. Ini pengalaman yang amat manis dalam hidup saya.

Apa persediaan Datuk selaku penterjemah?

Persediaan dilakukan de­ngan sebaik-baiknya kerana saya perlu menterjemahkan apa yang dibualkan oleh orang lain. Saya mendalami budaya Arab dan meningkatkan pengetahuan mengenai hala tuju kedua-dua negara agar dapat berperanan sebagai penterjemah yang baik.

Bagaimana Datuk melihat lawatan baginda ke Malaysia?

Sangat penting kerana Arab Saudi dianggap sebagai ketua kepada negara-negara di rantau Arab manakala Malaysia adalah negara Islam paling berkembang pesat di Asia. Lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan sesama negara Islam serta pe­mimpin antara kedua-dua negara secara peribadi.

Boleh Datuk gambarkan ke­peribadian baginda?

Baginda sangat merendah diri dan tidak meletakkan kedudukan sebagai penghalang untuk beramah mesra dengan individu di sekelilingnya. Ba­ginda juga sangat meminati sejarah dan serius apabila berbicara mengenai kepentingan umat Islam.

Friday, February 24, 2017

LAWATAN RAJA SALMAN BAWA IMPAK BESAR : WEE KA SIONG



Sebagai Ahli Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, saya mengalu-alukan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tidak lama lagi dengan tangan terbuka dan penuh kesyukuran.

Saya yakin lawatan Raja Salman kali ini akan membawa impak besar kepada seluruh rakyat Malaysia dan dijangka akan mempertingkatkan lagi hubungan diplomatik, ekonomi, dan kebudayaan di antara kedua-dua buah negara.

Lawatan Raja Salman ini lebih bermakna berikutan keputusan Kerajaan Arab Saudi mengembalikan semula kuota jemaah haji Malaysia kepada 27,900 untuk musim haji 2017 berbanding hanya 22,230 jemaah yang dibenarkan sejak 2013.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas pengembalian semula kuota haji yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, memandangkan Kerajaan Arab Saudi hampir selesai melaksanakan projek pembangunan mega di sekitar Masjidil Haram, saya juga berharap Kerajaan Arab Saudi dapat mempertimbangkan peruntukan kuota tambahan kepada umat Islam negara ini, bagi membantu memendekkan lagi tempoh penggiliran haji.

Saya percaya penambahan kuota ini dapat juga membantu ribuan umat Islam Malaysia yang sekarang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadat.

















Y.B Datuk Seri Ir. Dr.  Wee Ka Siong
Member of Parliament for Ayer Hitam, Johor
MINISTER IN THE PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
Deputy president of the Malaysian Chinese Association (MCA)