Showing posts with label IMF. Show all posts
Showing posts with label IMF. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

Perdana Menteri Yakin BN Akan Menang 2/3 Majoriti Pada PRU 13


RAMAI yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini.
PRu-13
Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Masakan tidak, selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan masyarakat yang semakin berkurangan.
Contoh paling ketara, sekiranya sebelum ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.
Namun mutakhir ini, angka itu menunjukkan jumlah kemerosotan yang ketara dengan anggaran kehadiran hanya sekitar 1-1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa. Berbanding program Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang melonjak sekitar 10-15 ribu.
Mungkin berdasarkan faktor itu di tambah dengan beberapa faktor lain, Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas dan yakin akan kemampuan BN/Umno untuk meraih 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13).
Malah sebelum ini laporan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, telah meramalkan BN akan memenangi PRU-13.
Ia berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda transformasi Perdana Menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang dilihat semakin berjaya.
Terbaru Financial Times dan Reuters juga turut melaporkan keyakinan mereka, akan kemenangan BN/Umno yang mampu meraih memenangi majoriti 2/3 di dalam di dalam pilihanraya ini.
Ia turut disebabkan keyakinan para pelabur asing dengan keupayaan Perdana Menteri dalam memacu dan menjana ekonomi negara.
Contohnya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada bulan April 2009 jelas menunjukkan keupayaan kerajaan merangka dan merealisasikan semua perancangan yang telah disediakan itu.
Program tersebut juga dilihat telah berjaya memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua.
Sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
Menurut pemerhati antarabangsa juga, keputusan pilihan raya yang akan datang sudah semakin jelas menunjukkan bahawa BN akan menang, berbanding pakatan pembangkang yang hanya mampu membuat ‘janji lumayan’ untuk mendapatkan kuasa.
Pakatan pembangkang juga dilihat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
Di Selangor sebagai contoh populisme pakatan pimpinan Anwar kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal kerana melaksanakan hanya 15% daripada 31 janji pilihan raya yang lalu.

Thursday, March 21, 2013

ANWAR MENTERI KEEWANGAN TERBAIK


Dear Sukarelawan ,
Hari ini kita melihat perbandingan kadar pasaran bursa Malaysia semasa tiga pemimpin bertindak sebagai Menteri Kewangan - Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Di bawah disertakan graf kita sama-sama nilai perubahan pasaran Bursa Malaysia semasa ketiga-tiga individu ini menjadi Menteri Kewangan - dari segi turun-naik pasaran.

1. Anwar Ibrahim


Kadar bursa Malaysia pernah mencecah paras terendah dalam sejarah negara yakni 261.33 semasa Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Malaysia. Ketidakpercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim mentadbir kewangan negara merupakan faktor utama menyebabkan jumlah pelaburan semakin berkurangan seterusnya mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh menjunam sehingga paras terendah dalam sejarah negara.

Namun tindakan Anwar Ibrahim yang mahu menyelamatkan keadaan dengan mencadangkan pinjaman wang daripada sekutunya, International Monetary Fund (IMF) mendapat tentangan Tun Mahathir Mohamad  (Dato' Seri ketika itu) kerana dikhuatiri akan menyebabkan negara ini "terjajah" di bawah IMF. Maka Tun M terpaksa bertindak memecat Anwar dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan negara.


2. Tun Dr. Mahathir Mohamad


Pada 1 September 1998, Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam sejarah negara, 261.33 disebabkan kurang kepercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan juga turut disumbangkan oleh kegagalan Anwar menangani krisis ekonomi dunia bermula 1997.

Maka pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dan Tun Dr. Mahathir (ketika itu, Dato' Seri) telah mengambil alih semula kementerian kewangan untuk mengembalikan kepercayaan pelabur kepada Malaysia. Hasilnya, berlaku peningkatan jumlah pelaburan dalam pasaran Bursa Malaysia menyebabkan Bursa Malaysia terus meningkat dan meningkat.


3. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak


Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan di saat krisis ekonomi global ppada tahun 2008 masih terasa. Walaupun begitu, ternyata paras terendah Bursa Malaysia sepanjang Dato' Seri Najib bertindak sebagai Menteri Kewangan ialah 801.27 berbanding paras terendah Bursa Malaysia semasa zaman Anwar sebagai Menteri Kewangan, 261.33.

Malah graf pasaran Bursa Malaysia terus melonjak semenjak Dato' Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri kerana beberapa inisiatif kerajaan ternyata berjaya menarik golongan pelabur untuk membuat pelaburan di negara ini, disamping kepercayaan pelabur dengan kondisi ekonomi negara yang stabil.

Hasilnya peluang pekerjaan terus meningkat dan pendapatan negara mampu dijana dengan baik.


Kesimpulan

Adakah anda mahu memilih Menteri Kewangan TERBURUK dalam sejarah sebagai Perdana Menteri? 

Anda sudah mampu menilai sendiri daripada graf Bursa Malaysia yang telah diberikan. Anda boleh lihat dan pertimbangkan, siapakah lebih layak untuk meneraju negara demi memastikan keadaan ekonomi negara terus stabil dan aman. Apa-apa pun, tepuk dada tanya iman. Wak sudah membuat pilihan, anda pula bagaimana?