Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Saturday, December 2, 2017

KONSPIRASI KHINZIR DAN USTAZ MUSANG BERJANGGUT



Sebelum Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan oleh konspirasi jahat DAP, PKR dan beberapa ekor ustaz musang berjanggut, mereka memujinya sebagai MB Selangor yang Amanah, bertanggungjawab dan Cekap.

Oleh sebab itulah Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan konspirasi jahat Pakatan DAP untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid. 

Namun nafsu DAP dan pakatannya yang melihat duit Selangor berbilion- bilion menyebabkan mereka sanggup menyusahkan rakyat untuk laksana satu lagi pilihanraya kecil. 

Akhirnya niat jahat mereka berjaya dan Azmin Ali dinobatkan sebagai MB Besar Selangor. Bagi membuktikan dia seorang MB yang baik bagi rakyat Selangor, Azmin menghadiahkan rakyat Selangor dengan memberi kenaikan gaji kepada ADUN , EXCO dan MB Selangor dengan kenaikan gaji yang tidak pernah dibuat oleh Pentadbiran Barisan Nasional dulu. 

Tidak pernah lagi gaji seorang MB dinegeri lain lebih tinggi dari seorang Perdana Menteri kecuali MB Selangor. Tahniahlah rakyat Selangor dengan kenaikan gaji MB, ADUN dan Exco telah meningkatkan pendapatan rakyat Selangor keseluruhannya. Sebab itulah mereka dengan gembiranya sanggup membayar duit plastik 20 sen dengan harapan selepas PRU ke 14 nanti gaji MB Selangor lebih tinggi dari sekarang. 

Apalah sangat 20sen tu berbanding keseronokkan mereka nembeli belah di shopping kompleks. Beratus-ratus riggit boleh habis ..  takkan 20sen tak boleh bayar, kata seorang Bangladesh yang bekerja di Selangor. 

Kekayaan MB dan anak saudaranya melambangkan kejayaan pentadbiran PKR di negeri Selangor.

Thursday, November 23, 2017

SALAHGUNA KUASA, AZMIN DI SAMAN PNHB


Inilah apabila dikatakan bodoh sombong tak boleh terima, padahal buat kerja menyusahkan rakyat. Kononnya demi kepentingan rakyat - padahal nak sembunyi kebodohan sendiri menguruskan air di Selangor. 

Akhirnya apa jadi ? Kena saman dengan Puncak Niaga Holdings (PNHB) yang berjumlah RM14 bilion terhadap kerajaan Negeri Selangor, termasuklah Azmin sebagai Menteri Besar dengan dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan rancangan pengstrukturan  semula industri air negeri. 

Ingat sikit ke 14 bilion tu? mana datangnya duit ini ? Semuanya duit rakyatlah yang kena bayar. Yang rugi rakyat negeri Selangor juga.

Inilah saman ganti rugi yang tertinggi pernah difailkan leh syarikat swasta dalam sejarah pentadbiran negeri. Bahkan saman ini melebihi jumlah rizab Selangor pada tahun ini yang berjumlah RM3 bilion. 

Puncak Niaga dalam satu kenyataan menyatakan writ saman berkenaan diserahkan kepada Abdul Khalid melalui peguamnya pada 2 November, Mohamed Azmin dan Kerajaan Selangor pada 6 November lalu. Dalam kenyataan tersebut, Mohamed Azmin dan Abdul Khalid didakwa menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengancam untuk menyebab, memohon atau cubaan untuk menyebabkan kerajaan Persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambilalihan industtri perkhidmatan di negeri ini.

Bukan itu sahaja, PNHB juga turut menuntut rugi, faedah ganti rugi serta kos perbezaan nilai PNSB Water Sdn. Bhd. da Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) diantara RM2.08 bilion hingga RM2.35 bilion.  Selain itu, PNHB menuntut pertimbangan pembelian sebenar pada RM1.55 bilion di bawah perjanjian pembelian saham bertarikh 11 November 2014 antara Puncak Niaga dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Selain itu, PNHB turut menuntut ganti rugi kehilangan peluang perniagaan dalam dan luar negara berjumlah RM13.49 bilion. Pengurusan kes itu ditetapkan pada 28 November ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pengurusan kes saman itu akan disebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 November ini.


Saturday, December 24, 2016

RAKYAT "SERANG" PUSAT JUDI MAKSIAT


Adakah Jemin Jamban akan mengerakkan penyagak, samseng atau ahli kongsi gelap yang memiliki rumah-rumah urut dan pusat judi haram untuk membalas dendam terhadap tindakan Jamal menyerbu "saluran"kewangan haram mereka....

Sesetengah bijak pandai dan pakar undang-undang menyatakan tindak Jamal ini tidak bijak,  namun tidak ada satu pun tindakan bijak yang mereka buat. 

Sudah dua penggal Pakatan Haram PKR. DAP dan PAN memerintah negeri Selangor, apa satu tindakan mereka telah buat ? Haprak satu pun tak jalan. Jadi sebelum nak komplen orang, cerminlah diri sendiri dulu.

Usaha Jamal ini juga menunjukkan bahawa UMNO Selangor perlu sedar bahawa mereka adalah pembangkang di Selangor. Bangunlah dari tidur, jangan lena dengan janji-janji kemewahan Jemin Jamban. 

PBT Selangor pun tak pernah berubah. Ada saja kes rasuah yang melibatkan mereka. Tak guna jika hanya bertukar kerajaan, tapi rasuah makin menjadi-jadi.  Ini bukan pakatan rakyat, ini pakat-pakat makan rasuah.  



Saturday, April 6, 2013

NURUL IZZAH SANGKAL ANWAR IBRAHIM


Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.


"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.
"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.


"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau pastinya tahu mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.
Kenyataan Dr. Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan, Dr. Wan Azizah tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.
Katanya, Wan Azizah akan menjelajah ke seluruh negara untuk memancing undi kaum wanita.


Dalam pada itu, Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.
"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.
"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.


Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.
Mengenai pembahagian kerusi PKR dan Pas di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.
Sementara itu di BUKIT MERTAJAM, Anwar malam ini menamatkan teka teki mengenai kononnya beliau akan berpindah kawasan parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13.


Dalam ceramah di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi parlimen itu atas sokongan rakyat di kawasan tersebut.
Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana, tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.


"Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini.
"Kerana terhutang budi dan jasa penduduk di sini, saya dengan ini mengumumkan untuk mempertahankan kerusi parlimen ini," katanya.