Thursday, February 20, 2020

TOMMY SRBENARNYA BANTU BN MENANG

BN PERLUKAN TOMMY UNTUK MENANG

BN sangat-sangat memerlukan kebodohan yang di miliki oleh AG Pakatan Harapan ini.

Selama mana dia berada di kerusi AG, selama itulah pengaruh BN akan semakin berkembang di kalangan orang Melayu.

Kebodohan dia berbahasa Melayu di mahkamah merupakan satu kelebihan besar di pihak BN dan DS Najib.

Selama mana PH mengekalkan dia di kerusi AG, BN boleh mengambil kesempatan diatas kebodohan nya itu.

Kerana kebodohan dia jugalah Statut Rom gagal dilaksanakan di Malaysia. Seharusnya BN berterima kasih kepada PH kerana melantik orang sebodoh ini di kerusi AG.

Dia juga meneruskan kecemerlangan kebodohannya apabila gagal mendakwa pembunuh Mohammad Adib sehingga sekarang. Ini menyebabkan orang Melayu mula marah dan menyebabkan PH tumbang di lima PRK dengan rekod TKO 15k di Tanjung Piai.

Banyak lagi kalau nak tulis jasa AG kepada BN, tapi cukuplah itu dulu buat masa ni. Nanti kalau ada ilham lagi, Pak Su sambung tulis....

Mak Su dah panggil minum petang. Assalamualaikum

Terima Kasih AG.

PH SEMAKIN TERTEKAN : MASIH GAGAL KALAHKAN NAJIB

KENAPA TOMMY MENGELETAR KETAKUTAN?

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak mendakwa pasukan pendakwaan membuat “pusingan U” dalam pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Najib didakwa mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pertuduhan hari ini berbeza dengan kenyataan dilaporkan sebelum ini yang Najib didakwa meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB selepas ia siap.

Beliau berkata, sekiranya anak guamnya mengarahkan laporan itu dipinda, ia bermakna laporan itu sudah siap dan sedia dibentangkan kepada PAC

Ini kerana, katanya, pindaan hanya boleh dilakukan terhadap laporan akhir yang sudah siap, bukannya dalam proses draf.

“Pihak pendakwa raya sekarang berkata Najib tidak lakukan perkara itu, tetapi membuat beberapa arahan semasa laporan itu masih di peringkat draf.

“Bekas ketua audit negara yang menyediakan laporan itu sebelum ini berkata, tiada siapa yang arah beliau buat pindaan itu.

“Nampaknya, pendakwa raya membuat pusingan U dalam pertuduhan terhadap Najib dan kini kata beliau hanya membuat pindaan ke atas laporan draf itu,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini

HOTEL-HOTEL YANG DI JUAL TAK PERNAH RUGI



PH kata hotel-hotel Tabung Haji dijual kerana rugi dan tidak memberi pulangan.

Tetapi semakan dari rekod SSM mendapati semua hotel-hotel itu merekodkan keuntungan pada masa BN.

Cuma untuk tahun 2018 selepas PH ambil alih, syarikat utama TH Hotel & Residence Sdn Bhd mengalami kerugian RM5 juta akibat Hotel TH Kuching telah siap tetapi tidak dibenarkan untuk bermula operasi.

Pada tahun 2017, syarikat TH Hotel mengumumkan keuntungan sebanyak RM103 juta - mungkin kerana bangunan-bangunan TH Hotel dinilai semula setelah 10 tahun.

(Itu satu kelebihan industri perhotelan kerana hartanah akan meningkat nilai setiap tahun. Hampir semua hotel-hotel TH dekat dengan airport. Tak naik nilai setiap tahun ke?)

Tabung Haji cuma ada 6 buah hotel sahaja, iaitu:

1. TH Hotel & Convention Centre Alor Setar
(Telah dijual dan hotel akan ditukar nama)

2. TH Hotel Kota Kinabalu
(Telah dijual dan hotel akan ditukar nama)

3. TH Hotel Penang
(Telah dijual dan hotel akan ditukar nama)

4. TH Hotel & Convention Centre Terengganu
(Telah dijual dan hotel akan ditukar nama)

5. TH Hotel & Convention Centre Kuching
(Sudah siap sejak tahun 2018 tetapi tidak dibenarkan untuk memulakan operasi tanpa apa-apa sebab. Kalau tak dibenarkan untuk buka, bagaimana akan ada pulangan?)

6. TH Hotel Kelana Jaya
(Posting Mujahid yang berkongsi tulisan blogger bahawa hotel ini juga telah diluluskan untuk dijual)

Nampaknya selepas ini, jenama "TH Hotel" akan pupus dan menjadi nota sejarah.

Nak tanya PH, mana kerugian teruk TH Hotel sehingga semua hotel-hotel mereka terpaksa dijual?

Friday, July 26, 2019

BODOH TAK BOLEH DI IKUT

Ini yang dimaksudnya peribahasa "penny wise, pound foolish".

Untung Secupak Rugi Segantang.

Maksudnya, pemikiran yang sempit dan tak berpandang jauh.

Pada April 2017, kerajaan BN dahulu bersetuju untuk beli 4 kapal pesisir tentera laut yang canggih dari negara China dengan harga RM1.17 bilion.

Kita berunding dengan mereka dan semua pihak bersetuju bahawa 2 kapal akan dibina di negara China dan 2 lagi dibina di Malaysia oleh syarikat Boustead Naval Shipyard.

Tapi pada bulan Oktober 2018, Menteri Kewayangan dengan persetujuan Mat Sabu telah mengarahkan bahawa keempat-empat kapal itu akan dibina di China.

Dengan ini, mereka dapat menjimat RM122 juta kerana kos kontrak akan turun ke RM1.048 bilion.

Pandai tak Menteri Kewayangan dan Mat Sabu ini?

Telah jimat RM122 juta wang rakyat.

Pandai apa?

Syarikat Boustead ini milik siapa?

Milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Jika dua kapal itu dibina di Malaysia, anak tempatan akan dapat kerja.

Ada perpindahan teknologi. Kita boleh belajar.

Kita mampu membuat penyelenggaraan dan naik taraf kapal pada masa hadapan.

Tak bayar bayar begitu banyak kepada pihak asing lain kali.

Tak perlu semua berganttung kepada negara China.

Syarikat Boustead dapat keuntungan dan membayar dividen kepada LTAT.

LTAT pula boleh bayar dividen kepada ahli-ahli.

Ada limpahan ekonomi dan ada kitaran wang dalam negara kita yang berkali-kali ganda lebih besar berbanding RM122 juta yang kononnya dijimat.

Sekarang limpahan ekonomi dan kitaran wang semua ada di negara China.

Kita pengguna sahaja. Perlu bergantung penuh kepada negara lain.

Boustead kehilangan peluang. LTAT dan ahli-ahli mereka tak mendapat.

Pandai apa Mat Sabu dengan Menteri Kewayangan itu?

Takkan benda-benda simple macam ini pun dia tak tahu?

Saya pasti negara China kini bergelak tertawa atas langkah kerajaan PH kita.

Tuesday, May 14, 2019

AKUILAH KITA BERMASALAH

Bull Run yang terjadi masa pasca 2008 adalah wayang . Pelabur diulit dengan wayang kerajaan bahawa ekonomi Malaysia berada pada paras terbaik .

Adakah ini benar ?

Jom kita tengok satu persatu .

Pasca subprime krisis - 2008-2014 .

Time ni , Federal Reserve menurunkan interest rate sampai ke paras sifat . Ini untuk stimulate ekonomi US yang terkesan teruk akibat daripada subprime krisis .

Bila interest rate 0 , duit literally jadi murah . Bila duit murah pelabur ambil kesempatan dengan membeli segala macam jenis aset . Akibat dia semua aset naik harga gila2 dan pasaran saham Malaysia tidak terkecuali .

Pasaran saham Malaysia mencatatkan “ World longest bull run “ . Adakah ini disebabkan pelabur tertipu dengan wayang kerajaan terdahulu ? Tidak . Kerajaan pada masa itu telah memperkenalkan pakej stimulan ekonomi berjumlah lebih RM60billion untuk merangsang balik pertumbuhan ekonomi . Time ni kerajaan berbelanja banyak . Banyak mega projek diperkenalkan time ni . So pelabur luar nampak outlook company Malaysia cerah disebabkan perbelanjaan kerajaan .

Ingat - Govt spending is private income ( Perbelanjaan kerajaan adalah pendapatan swasta ) .

Disebabkan ini Pelabur luar membanjiri pasaran kita . Pelabur membeli sesuatu aset disebabkan future value not current value . So bila pelabur membanjiri pasaran kita , dia tengok kepada future prospect dan future prospect kita cerah disebabkan kerajaan berbelanja .

Harus kita ingat lepas kerajaan banyak berbelanja , Kerajaan memperkenalkan langkah konsolidasi fiscal . Kerajaan berjaya mengurangkan deficit fiskal tanpa perlu mengacau perbelanjaan negara . Langkah ini dipuji oleh banyak pihak termasuk bank dunia dan IMF . Apa langkahnya ? Kerajaan bundlekan hutang berharga dan jual kepada pelabur . Beban hutang kerajaan berkurang .

Pada tahun 2014 apa yang terjadi ?

Kejatuhan harga minyak . Bila harga minyak jatuh , pelabur mula risau akan kemampuan kerajaan untuk berbelanja . Ini disebabkan kita adalah negara yang mempunyai kebergantungan yang besar dengan harga minyak sebab itu merupakan antara sumber pendapatan terbesar negara .

Atas sebab kerisauan pelabur tentang kemampuan kerajaan berbelanja , pelabur mula menjual saham2 milikan mereka . Sekali lagi pelabur membeli atau menjual atas sebab future value . Bila kerajaan kurang kuasa berbelanja atas sebab kekurangan pendapatan , outlook Malaysia malap .

- Kerajaan kurang berbelanja , pendapatan swasta berkurang .

Bila pendapatan swasta berkurang , future earning dijangka akan berkurang dan atas sebab itu pelabur mula menjual saham2 milik mereka sebab future value dah tiada .

Ini ditambah lagi dengan Federal Reserve nak naikkan interest rate . Bila Fed Reserve naikkan rate , USD mula mengukuh berbanding MYR . Untuk mengelakkan forex loss , pelabur lagi rancak menjual . Atas sebab itu , Index melakukan terjun tiruk .

Kerajaan menyelesaikannya dengan memperkenalkan GST . Pada 1 April GST diperkenalkan . Bila GST diperkenalkan kantung kerajaan penuh kembali . Bila kantung kerajaan penuh , kerajaan ada kemampuan berbelanja . Bila ada kemampuan berbelanja , pendapatan swasta meningkat . Disini pelabur mula nampak future value . Atas sebab itu pelabur membanjiri kembali market Malaysia . Jadi index naik balik .

2015 - 1MDB .

“Scandal” 1MDB mula meletup time ni . Kenapa meletup ? Sebab ada kemungkinan bond default . Kemelut antara IPIC dan 1MDB . Atas sebab itu pelabur mula menjual aset mereka di Malaysia sebab implikasi bond default sangat besar . Kerajaan pada masa itu memperkenalkan Rationalisasi hutang 1MDB . Pelabur nampak tindakan proaktif kerajaan untuk menyelesaikan hutang 1MDB boleh mengelakkan daripada bond default .

Atas sebab itu 2017 , bull run bermula kembali dan index melonjak ke paras tertinggi 1896 . Time ni banyak juga projek mega diperkenalkan - ECRL , MRT3 , LRT3 ( i stand corrected on this ) . Bila perbelanjaan meningkat , pendapat swasta bertambah . Atas sebab itu pelabur masuk market macam orang gila . Mereka menjangkakan jika kerajaan BN menang akan lebih banyak projek akan diperkenalkan .

Selepas Pilihanraya .

Pasaran saham jatuh , ini normal akibat dari pertukaran pemerintah . Bila kerajaan bertukar , polisi berubah . Jadi pelabur mula menjual pegangan mereka dan tunggu apa dasar yang ingin dibuat . Index jatuh sampai bulan 7 . Lepas bulan 7 index naik bila pelabur mula nampak apa yang kerajaan nak buat . Langkah fiscal tightening , penjimatan kos dan sebagainya .

Tak lama . Lepas tu pelabur mula perasan kerajaan ni sembang , diorang mula jual balik . Sebab apa ? Sebab perbelanjaan projek kurang , fiscal consolidation tak jadi apa , GDP revise ( direndahkan lagi ) , Current account surplus tapi makin berkurang , tiada proactive measure dalam kerajaan nak absorb global economic climate .

Tidak dinafikan trade war ada bagi kesan juga kepada kejatuhan . Bila iklim pasaran dunia tidak menentu dan ditambah pula dengan keadaan ekonomi lokal yang juga tidak bagus . Index kita kena double blow . Kesan dia ? Index kita jatuh paling teruk dan the only loser dalam Asia .

Kesimpulannya , pelabur tidak tertipu mahupon diulit oleh wayang kerajaan terdahulu . Berhentilah menyalahkan semua pihak . Itu tidak menyelesaikan masalah . Meh sini saya bagi u satu tips macam mana nak selesaikan masalah .

UNTUk MENYELESAIKAN MASALAH KITA KENA MENGAKU YANG KITA ADA MASALAH .

Kalau taknak mengaku kita bermasalah , sampai bila2 masalah itu tidak akan selesai .

KETUA AUDIT NEGARA TIADA KUASA SOAL ?

Nampaknya kuasa Ketua Menteri masa Guan Eng amatlah besar.

Sehingga Ketua Audit Negara pun tak ada kuasa untuk soal.

Hari ini, Menteri Kewayangan dipaksa menjawab lagi di Mahkamah tentang penjualan tanah kerajaan negeri Pulau Pinang di Peel Avenue dengan nilai RM156 juta pada tahun 2017 secara rundingan terus tanpa tender.

Jualan terus yang di buat melalui Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) menimbulkan kontroversi pada masa itu kerana ramai berpendapat bahawa harga jualan RM560 satu kaki persegi adalah jauh di bawah harga pasaran di antara RM1,000 hingga RM1,500 satu kaki persegi untuk tanah-tanah berhampiran.

Oleh itu, harga pasaran sebenar tanah jika dijual melalui tender terbuka didakwa adalah lebih dari RM350 juta berbanding harga jualan RM156 juta.

Ini adalah antara jawapan-jawapan yang diberi oleh dia di Mahkamah sehingga kini:

1. CMI ditubuhkan oleh beliau. Beliau juga dilantik sebagai ketua CMI.

2. CMI yang diketuai oleh beliau mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan perkara yang berkaitan dengan penjualan tanah.

3. CMI tidak perlu diaudit kerana tidak mempunyai akaun atau ahli lembaga.

4. Ketua Audit Negara tak ada kuasa untuk soal CMI.

5. Ya, benar bahawa jualan itu secara rundingan terus tanpa tender.

6. Tetapi penjualan tanah ini bukan pembelian perolehan tetapi jualan itu adalah "pelaburan bernilai tinggi".

Oleh itu, dia kata tidak perlu jual secara tender.

https://www.theedgemarkets.com/article/lim-even-auditor-general-does-not-question-chief-minister-incorporated

Wednesday, February 6, 2019

CLARE FITNAH AMBIGA





DI LONDON, CLARE YANG MINTA SUPAYA KES TIDAK DIPANJANGKAN DAN SELESAI DI LUAR MAHKAMAH, DI MALAYSIA, MELAYU MACAI DAP (PAN) KATA PAS YANG TAKUT DAN MINTA SELESAI LUAR MAHKAMAH!!!

Menjelang PRK Semenyih yang bakal menyaksikan kerjasama PAS-UMNO dilihat berpotensi besar untuk melupuskan PPBM dan Pakatan di kerusi DUN tersebut, semakin kerap dan semakin banyak pula fitnah yang dibuat oleh Melayu-Melayu yang menjadi macai dan orang suruhan DAP.

Dan sudah tentulah sasaran mereka adalah terhadap PAS. Mereka berasakan dan menganggap, kebanyakan orang Melayu khususnya, tidak tahu apa yang berlaku di London membabitkan proses perundangan antara PAS dan Presiden PAS dengan penfitnah tersohor belaan Mahathir, Clare Rewcastle-Brown.

Kalau kita rajin mengelebek page-page di Facebook khususnya, terutama sekali yang didominasi oleh puak-puak PAN dan PPBM, mereka sekarang sedang membangkitkan kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah oleh PAS dan Presidennya dengan Clare membuktikan bahawa tuduhan Clare adalah benar. PAS kata mereka tersangat takut dan akhirnya meminta agar penyelesaian tersebut dibuat di luar mahkamah kerana kalau dibicarakan dan diteruskan, banyak temberang dan rahsia besar PAS membantu Najib menyonglap duit 1MDB akan terbongkar.

Hakikatnya, seperti yang disebutkan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri fitnah yang dilemparkan oleh macai-macai dan Melayu-Melayu suruhan DAP itu, terlalu jauh daripada hakikatnya.

Yang meminta kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah adalah Clare Rewcastle-Brown selepas 75% laporan pembelaannya ditolak oleh hakim menerusi penghakiman interlokutori. Clare takkan meminta supaya kes diselesaikan di luar mahkamah kalau dia yakin dia boleh menang. Dia hanya meminta penyelesaian tersebut selepas 75% hujah pembelaannya ditolak. Malahan Clare sendiri mengakui bahawa dia tidak ada bukti selain daripada 'widespread suspicion'.

Kes PAS vs Clare di London kurang mendapat perhatian apabila perhatian di Malaysia lebih terarah kepada berpuluh-puluh pendakwaan dibuat terhadap Najib yang kesudahannya Peguam Negara belum menyiapkan kertas pendakwaan dan kertas siasatan.

Sebenarnya sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Hakim Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 20 April 2018.

Dalam sesi pendengaran tersebut, mahkamah menolak kenyataan pembelaan Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan. Mahkamah kemudiannya memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700.00) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Secara rasminya, mahkamah telah menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare. Atau dalam bahasa yang lebih  mudah, Abdul Hadi Awang mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defendan.

Clare juga secara rasmi telah meninggal-biarkan permohonannya untuk meminta pembelaan 'kebenaran'nya bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas. Defendan kemudiannya memberikan gambaran bahawa dia cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi deraf pembelaan berkenaan rakaman audio yang merupakan cubaan kali ketiga bagi pembelaan 'kebenaran'nya.

Hakim juga turut menolak cubaan melewat-lewatkan perbicaraan oleh defendan apabila defendan cuba memohon perintah mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan yang dikatakannya tidak merujuk kepada Presiden PAS.

Pasukan peguam Presiden PAS menolak cadangan tersebut yang bagi mereka hanyalah bertujuan dan cubaan untuk defendan lari dari isu sebenar kes di dalam perbicaraan.

Perkembangan inilah yang menggambarkan kekalahan awal Clare dan Sarawak Report. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk defendan membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Presiden PAS yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

Hakim kemudiannya menetapkan tarikh pengurusan kes dan tarikh perbicaraan iaitu pada awal April 2019.

Keputusan PAS dan Presidennya untuk melakukan penyelesaian di luar mahkamah dengan Clare seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media oleh Setiausaha Politik Presiden PAS sekarang, Shahir Sulaiman walaupun PAS dan Presidennya mempunyai peluang cerah untuk menang dalam perbicaraan pada April 2019 nanti, tidak lain dan tidak bukan adalah sama seperti ketika Raja Nong Chik menarik balik pertuduhan dan saman ke atas Nurul Izzah untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Dengan kata lain, Clare telah mengakui dia adalah seorang penfitnah dan semua cerita-cerita buruknya tentang PAS dan Presiden PAS tidak lebih daripada cerita dongeng semata-mata. Penghakiman Interlokutori sudah jelas dan terang.

Justeru, tidak perlulah macai-macai DAP dan Melayu-Melayu suruhan DAP berterusan mencipta fitnah kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah tersebut adalah disebabkan PAS takut!

https://theflyingkick.blogspot.com/2019/02/di-london-clare-yang-minta-supaya-kes.html?m=1
👆🏿bg yg masih mencari jawapan kes saman sarawak report