Monday, August 27, 2018

KASTAM SAHKAN DUIT TAK HILANG, PEMIMPIN PAKATAN BERBOHONG




Saya telah membaca secara teliti serta mempunyai beberapa pandangan terhadap kenyataan dikeluarkan Jabatan Kastam bagi memberi penjelasan tentang ‘kehilangan’ RM18 bilion baru-baru ini”

1. Pihak kastam mengesahkan kutipan GST tidak dicuri, dirompak atau disalurkan ke mana-mana akaun tidak sah, sebaliknya didepositkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan kerajaan yang kemudiannya membayar kepada akaun tuntutan GST secara berkala.

2. Tempoh yang disebut adalah sehingga 31 Mei 2018. BN hilang kuasa pada 9 Mei 2018. Ini bermakna, permintaan untuk menyalurkan dana ke akaun amanah tuntutan GST bagi bulan April dan Mei 2018 adalah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

3. Jumlah tuntutan adalah berdasarkan kepada borang GST-3, di mana ia diisi oleh pemilik perniagaan untuk membuat tuntutan. Ia kemudiannya bergantung kepada berapa jumlah yang sudah diaudit atau diluluskan pihak kastam. Ia adalah jumlah kasar dan bukan jumlah yang sudah diluluskan. Berapa jumlah tertunggak yang sudah diaudit, ditolak atau diluluskan oleh kastam sebelum membuat permohonan dana dipindahkan ke dalam akaun amanah tuntutan GST?

4. Tuntutan yang dibuat selepas PRU14 bagi GST input untuk bulan April dan Mei kemungkinan pada jumlah yang sangat besar kerana pada bulan berikutnya adalah GST sifar dan perniagaan boleh menuntut kesemua cukai input GST bahan mentah mereka serta merta menyebabkan sama ada mereka membuat jualan atau sebaliknya.

Berapa jumlah daripada RM19.4 bilion ini adalah dari tuntutan baharu berikutan daripada pensifaran GST?

5. Biarpun mengambil kira tuntutan GST bagi April dan Mei yang amat tinggi di mana ia bukan lagi di bawah kerajaan BN, masih lebih 76 peratus daripada tuntutan GST sudah dibuat oleh kerajaan BN dan menunjukkan tidak berlaku langsung rompakan seperti dituduh.

6. Saya tidak pernah menuduh kerajaan PH menggunakan kesemua RM18 bilion dalam masa 3 minggu sahaja tetapi untuk masa 3 bulan ini. Ini jawapan yang tidak masuk akal dari Lim Guan Eng. Soal pokok ialah mengapa Menteri Kewangan mengambil masa sehingga 3 bulan untuk menyedari terdapat tunggakan tuntutan sebanyak RM18 bilion dan kini berkata kerajaan tidak boleh membayarnya kerana wang itu sudah ‘dirompak?’ RM18 bilion bukan angka yang kecil.

Apa yang saya lihat, kerajaan PH sebenarnya tidak menjangka peningkatan mendadak tuntutan GST sebaik ia disifarkan.

Pengecualian cukai GST selama 3 bulan di mana kerajaan tidak lagi memperolehi pendapatan dari GST atau SST turut bermakna wang di dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang sepatutnya disalurkan, mungkin sudah digunakan bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

Diburukkan lagi dengan kutipan SST yang lebih rendah berbanding GST, kerajaan dijangka tidak memiliki dana untuk membayar tuntutan GST tertunggak itu. Ini akan memberi kesan kepada pelabur yang risau bahawa janji Guan Eng bahawa kerajaan PH akan mencapai defisit bajet 2.8 peratus tidak akan dapat ditunaikan.

Tidak mencapai sasaran janji defisit bajet turut akan mengurangkan keyakinan pelabur dan akan menyebabkan penarafan kredit negara ini diturunkan.

Apapun, hasil siasatan PDRM, SPRM dan PAC yang difailkan oleh beberapa pemimpin BN sendiri akan pasti menunjukkan siapa yang bercakap benar dan sebaliknya, sama ada berlaku ‘rompakan’ sebagaimana dituduh oleh Guan Eng.

DS Najib Razak

SALAH LAGI DUA TITIK PERPULUHAN ? BUKAN 300,000 TAPI 3,853






Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Deputy Home Minister Mohd Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di Malaysia ialah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin PH sebelum ini.

Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu.

Saya sentiasa memberi keutamaan supaya untuk bertindak adil terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kita tidak pernah mengabaikan hak-hak mereka jika mereka benar-benar layak untuk mendapat kewarganegaraan.

Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimipin PH kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000.

Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.

Kini, ramai dari pemimpin-pemimpin PH yang memainkan isu ini telah dilantik menjadi menteri dalam kerajaan baru.

Dengan pendedahan kerajaan PH mereka sendiri tentang jumlah kes yang benar, adakah pemimpin-pemimpin PH ini akan meminta maaf kerana telah" tersalah kira" dua tempat titik perpuluhan?

DS Najib Tun Razak 

Thursday, August 16, 2018

JAWAB TIGA SOALAN - GUAN ENG




Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menjawab tiga soalan berkaitan kehilangan RM19.25 bilion dalam tabung bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan telah menjejaskan sebanyak 121,429 syarikat dan individu.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bagi soalan pertama, Najib perlu menyatakan sama ada beliau telah meluluskan agar pembayaran balik GST tidak dilakukan dalam masa dua minggu seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang.


“Soalan kedua, Najib perlu menjelaskan sama ada beliau telah memberi kebenaran kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah untuk tidak memindahkan keseluruhan jumlah RM82.9 bilion seperti diminta Jabatan Kastam Diraja Malaysia tetapi hanya memindahkan RM63.5 bilion sejak 2015, yakni kekurangan pemindahan dana sebanyak RM19.25 bilion kepada tabung bayaran balik GST ?

“Soalan ketiga pula, adakah Najib memberikan kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalikan sejak 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di bangunan Parlimen, hari ini.

Pada 11 Ogos lalu, Najib mempersoalkan mengapa Guan Eng hanya menye­dari terdapat tunggakan tuntutan bayaran balik GST selepas tiga bulan dilantik sebagai Menteri Kewangan.


Guan Eng menambah, walaupun Mohd. Irwan Serigar bertanggungjawab terhadap kegagalan pembayaran balik GST itu, perkara tersebut masih perlu kelulusan Menteri Kewangan ketika itu.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Guan Eng menambah, kerajaan akan membuat pembayaran balik mulai tahun hadapan.

“Walaupun pembayaran balik GST melibatkan jumlah yang begitu tinggi, kerajaan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan komited membuat pembayaran balik mulai tahun depan bagi jumlah dana yang telah ditahan secara salah atau ‘haram’ oleh kerajaan terdahulu,” katanya.


Tuesday, August 14, 2018

TAHU KE TAK TAHU, TITIK PERPULUHAN ...???!!!




BAGAN ! tahu ke tak tahu .... titik perpuluhan boleh menukarkan angka Juta kepada bilion ?

Saya nak tanya, BAGAN Tahu ke tak tahu ? Tahu ke tak tahu....cakaplah ! Apasal diam ???

Kalau tak tahu cakap lah tak tahu ! Boleh saya minta PONTIAN dan REMBAU Sekolahkan.

Jangan pula belajar dengan JELUTONG ...., dia tahu sebut "kepala bapak" saja.



Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memohon maaf dalam sidang Dewan Rakyat hari ini kerana tersilap lapor mengenai jumlah sebenar baki dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan minggu lalu.




Beliau berkata, baki tabung itu adalah RM148.6 juta dan bukannya RM1,486 juta (RM1.48 bilion) seperti yang dinyatakannya sebelum ini.


Ahli Parlimen Bagan itu memberitahu, kesilapan yang tidak disengajakan itu berpunca daripada ke­salahan yang dilakukan pegawai di pejabatnya yang tersalah meletakkan titik perpuluhan.

“Jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah lebih besar berbanding dilaporkan sebelum ini.

“Ini bermaksud jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah RM19,248 juta (RM19.24 bilion) dan bukannya RM17,911 juta (RM17.91 bilion),” katanya dalam sesi penerangan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Minggu lalu, Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Cukai Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 melaporkan bahawa baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah RM1.48 bilion.

Selain itu, beliau mendakwa kononnya dana sebanyak RM19.4 bilion dalam tabung tersebut telah ‘dirompak’ oleh kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN).

Guan Eng menambah, menerusi rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang di­sahkan jumlah tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST lebih daripada dua minggu adalah RM19.4 bilion sehingga 31 Mei lalu.

Beliau berkata, tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai Kerajaan Persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran yang berleluasa dan pertambahan hutang yang besar.

“Saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang Dipertua atas kesilapan ini.

“Akan tetapi, adalah lebih baik kami telus, jujur dan berterus-terang dengan dewan yang mulia ini daripada menyembunyikan perkara sebegini seperti kerajaan yang lalu,” katanya.

MAAF, SALAH TITIK PERPULUHAN

GST: Guan Eng silap lapor


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memohon maaf dalam sidang Dewan Rakyat hari ini kerana tersilap lapor mengenai jumlah sebenar baki dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan minggu lalu.



Beliau berkata, baki tabung itu adalah RM148.6 juta dan bukannya RM1,486 juta (RM1.48 bilion) seperti yang dinyatakannya sebelum ini.


Ahli Parlimen Bagan itu memberitahu, kesilapan yang tidak disengajakan itu berpunca daripada ke­salahan yang dilakukan pegawai di pejabatnya yang tersalah meletakkan titik perpuluhan.

“Jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah lebih besar berbanding dilaporkan sebelum ini.

“Ini bermaksud jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah RM19,248 juta (RM19.24 bilion) dan bukannya RM17,911 juta (RM17.91 bilion),” katanya dalam sesi penerangan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Minggu lalu, Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Cukai Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 melaporkan bahawa baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik GST adalah RM1.48 bilion.

Selain itu, beliau mendakwa kononnya dana sebanyak RM19.4 bilion dalam tabung tersebut telah ‘dirompak’ oleh kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN).

Guan Eng menambah, menerusi rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang di­sahkan jumlah tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST lebih daripada dua minggu adalah RM19.4 bilion sehingga 31 Mei lalu.

Beliau berkata, tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai Kerajaan Persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran yang berleluasa dan pertambahan hutang yang besar.

“Saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang Dipertua atas kesilapan ini.

“Akan tetapi, adalah lebih baik kami telus, jujur dan berterus-terang dengan dewan yang mulia ini daripada menyembunyikan perkara sebegini seperti kerajaan yang lalu,” katanya.


Saturday, August 11, 2018

DRAMA PAKATAN UNTUK FITNAH NAJIB


Bekas Pesuruhjaya SPRM dedah Najib, Rosmah disabotaj isu cincin RM24 juta


Pendedahan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berhubung kemasukkan cincin berlian bernilai RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan isu itu hanyalah satu ‘drama’ untuk menjejaskan reputasi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Video berdurasi tujuh minit 21 saat itu dipercayai dirakam pada tahun 2011 ketika Abu Kassim masih mememang jawatan nombor satu SPRM. Namun demikian, video berkenaan hanya dimuat naikkan di laman YouTube pada 25 Julai lalu.


Beliau yang juga Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) mendedahkan bekas Perdana Menteri itu terpaksa menolak permintaan Kesatuan Kastam untuk bertemu dengannya berhubung siasatan ke atas 62 pegawai kastam yang ditahan dalam Operasi 3B melibatkan kes pengubahan wang haram atas arahannya.

Sebelum itu, katanya, kesatuan ada bertemu dengan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memujuk beliau agar menggugurkan dakwaan terhadap pegawai kastam yang disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang itu.

“Saya yang nasihatkan beliau (Najib) agar jangan berjumpa kerana kita perlu pertahankan integriti dan tindakan kita dalam siasatan terhadap kastam (melalui Operasi 3B),” katanya.

“Tiada siapa dalam negara ini akan tahu (tentang cincin itu) jika pegawai kastam tidak mengambil dokumen tersebut dan edar kepada pihak lain,” katanya dalam satu majlis ucaptama yang dihadiri oleh pegawai SPRM.

Sebelum ini syarikat yang memiliki cincin itu sendiri telah menjelaskan secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah sebaliknya hanya untuk ditontonkan dan diterbangkan kembali ke New York.

Abu Kassim menjelaskan, tidak puas hati dengan Najib, pegawai kastam membocor serta mengedarkan borang kastam 1 yang menunjukkan barang masuk ke dalam negara tetapi tidak mendedahkan borang kastam 2 iaitu untuk barang yang keluar daripada negara.

“Dalam siasatan kita, kedua-dua borang itu ada, tetapi yang dihebahkan hanyalah borang kastam 1. Niatnya untuk membalas tindakan Perdana Menteri (ketika itu) kerana membiarkan SPRM mengambil tindakan tegas terhadap kastam,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE



Saturday, August 4, 2018

ARUL TERIMA RM 5 JUTA, TAK TAHU KE ?




BAWA USUL POTONG GAJI LIM GUAN ENG RM10.

Kerajaan PH masih berterusan dengan amalan politik bocor dan dedah maklumat “separuh masak”. Separuh masak bermaksud pendedahan itu tidak terperinci, tiada salah laku dan ada muslihat lain. Semua ini bertujuan untuk mengalih parhatian rakyat daripada janji yang dicapati.

Terbaru pendedahan oleh Lim Guan Eng di Dewan Rakyat mengenai elaun RM5 Juta yang di terima oleh Arul Kanda untuk tempoh 6 bulan. Hakikatnya ia adalah elaun secara “pakej” atau lump sum. Maksudnya, dia tidak boleh claim benefit bulanan yang lain. Apa yang tidak djelaskan, beliau menerima elaun yang kurang berbanding semasa bekerja dengan Bank di UAE sebelumnya.

Dia mengambil alih tanggungjawab itu daripada pengurusan sebelumnya demi negara. Ia ada misi khas dan bersyarat. Dia menunaikannya kerana berjaya mengurangkan hutang 1MDB daripada RM50 Bilion kepada RM30 Bilion. Tidak ada salah laku dalam pembayaran elaun itu. Kerajaan sekarang sepatutnya mengarahkan 1MDB melunaskan baki RM2.5 juta lagi yang Arul belum terima.

Arul Kanda tidak menyalahkan pengurusan sebelumnya. Dia tidak macam Menteri PH termasuk Lim Guan Eng. Sudahlah janji tidak ditunaikan tetapi suka menyalahkan orang lain pula. Sepatutnya Lim Guan Eng tidak terima elaun Menteri kerana harga minyak masih tidak turun sampai sekarang.

Kalau Lim Guan Eng suka menyalahkan orang lain melalui pendedahan separuh masak di Parlimen maka dia patut berani membersihkan dirinya melalui proses mahkamah. Jangan jadi pondan iaitu berharap kesnya digugurkan untuk membersihkan diri. Lim Guan tetap akan dilihat tidak bersih kerana tidak berani membersihkan dirinya melalui perbicaraan.

Justeru, wajar ahli Parlimen pembangkang membawa usul di Dewan Rakyat supaya gaji Menteri Kewangan di potong RM10 sahaja kerana makan gaji buta sedangkan harga minyak tidak turun, tol tidak dihapuskan dan ringgit yang terus merudum. Dia mainkan isu hutang negara RM 1 Trilion tetapi secara senyap menambah hutang negara dalam tempoh 3 bulan kerana menerbitkan Bon sebanyak RM22 Bilion.k


Dr Fuad Zarkashi