Saturday, July 28, 2018

MELAYU ADALAH PENDATANG ?

Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.

Menteri Sumber Manu­sia itu juga mendakwa, masya­rakat Hindu telah mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.

Dakwanya, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemukan di sana.

“Kebanyakan orang telah lupa, orang Hindu mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, ke­semua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.

“Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka, merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang! Kita dan Melayu adalah setaraf. Ini tanah air kita!” dakwanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam Youtube di sini baru-baru ini.

Kula Segaran dikatakan melakukan dakwaan demikian di dalam bahasa Tamil pada satu program di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.

Dakwanya, guru di sekolah telah mengajar anak-anak murid tentang sejarah asal usul orang Hindu yang menetap di negara ini sejak 100 tahun lalu sahaja.

“Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini! Pergi beritahu kepada semua, kenya­taan ini keluar dari mulut saya, Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2,500 tahun yang lepas.

“Kita seharusnya perlu sebarkan kepada semua supaya hak kita tidak akan tertindas. Ini adalah tanah air kita,” dakwanya.

Usaha Utusan Malaysia mendapatkan komen Kula Segaran gagal berikutan beliau menutup telefon bimbitnya dan mesej WhatsApp yang dihantar kepadanya juga tidak dibaca.

Friday, July 27, 2018

GURU STRESS : BEBAN KERJAYA PUNCA UTAMA

Golongan guru paling ramai dikesan mengalami gejala stres berban­ding kerjaya lain di negara ini yang punca utamanya akibat beban kerja yang terlampau banyak.

Bekas Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Prof. Dr. Nor Zuraida Zainal berkata, sebab itu, tidak menghairankan apabila kajian sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati kira-kira 71.1 peratus guru di Kuala Lumpur dan Sela­ngor me­ngalami stres.

Malah katanya, kajian lapan tahun lalu itu juga mendedahkan satu pertiga daripada guru yang stres itu berhadapan masalah kemurungan.

“Ikut pengalaman saya sendiri, guru yang stres ini kerana terpaksa melakukan kerja tambahan, mereka bukan sekadar mendidik tetapi perlu melakukan tugas pentadbiran yang sepatutnya dilakukan oleh kerani.

“Dan bilangan guru wanita yang stres adalah dua kali ganda lebih ramai berbanding lelaki dengan kebanyakannya dalam lingkungan usia 25 hingga 30 tahun kerana sukar menyesuaikan diri dengan rea­liti alam pekerjaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak yang menyifatkan masalah kemurungan dalam kalangan guru cukup serius terutama membabitkan mereka yang bertugas di bandar besar dengan baru-baru ini di Ipoh, seorang guru wanita yang mengalami kemurungan ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah pasar raya.

Menteri Pendidikan, Dr. Mas­zlee Malik juga sebelum ini mendedahkan kekurangan guru di bandar besar adalah serius berikutan ramai yang memohon kembali bertugas di kampung masing-masing.

Sementara itu, kata Nor Zuraida, guru muda juga sering tertekan kerana terpaksa berhadapan dengan kerenah pelajar, gangguan daripada ibu bapa pelajar serta mengalami masalah peribadi termasuk perkahwinan jarak jauh.

Selain itu, beliau memberi­tahu, sebahagian pesakitnya dalam kalangan guru kembali menghadapi stres ketika berusia 55 tahun kerana tekanan di tempat kerja.

“Setiap orang mengalami stres yang berbeza cuma bagaimana cara kita mengawalnya, jika stres tidak dikawal kemurungan akan berlaku dan sekiranya dibiarkan pesakit akan berfikiran negatif dan akhirnya membuat keputusan mengikut perasaan.

“Berdasarkan pengalaman, belum ada pesakit yang sampai mengalami tahap gangguan mental. Setakat ini, rawatan stres lebih kepada kaunseling, kalau kemurungan baru makan ubat dan satu pertiga daripada pesakit bergantung pada ubat dalam tempoh enam hingga sembilan bulan manakala dua pertiga pula perlu makan ubat secara berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Exco MPA, Dr. Ahmad Rostam Md. Zin menjelaskan, beliau pernah merawat guru yang menghadapi masalah kemurungan dan antara faktor yang dapat membantu guru sembuh adalah sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah.

“Jika kemurungan tidak di­rawat, individu tersebut akan hilang kefungsian diri. Mereka perlukan sokongan, tanpa soko­ngan keadaan akan jadi lebih rumit,” katanya.

SUMBER : UTUSAN 

TUN MAHATHIR SEORANG NEGARAWAN YANG BIJAK, HEBAT DAN MASYHUR, KENAPA ?

Kenapa dahulu Tun Mahathir di dalam UMNO kelihatan seorang yang hebat, bijak dan digelar negarawan bangsa.

....kerana dibelakangnya terdiri daripada pemuda-pemuda yang hebat dan berani seperti DS Najib, DS Zahid Hamidi, DS Mustapha Mohamed, DS Jamil khir Baharom, DS Azeez, DS Hisyamuddin Tun Hussain dan lain-lain lagi.

Mereka individu yang menjaga solat hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia.

Kenapa sekarang Tun Mahathir di dalam Pakatan selalu tersilap, tersalah, buat keputusan terburu-buru, kacau bilau pentadbirannya?

Tengoklah siapa mereka di belakangnya. Lim Guan Eng (ada kes Rasuah dan salah guna kuasa), Anthony Loke, Sivarasa, Tony Pua (penfitnah 1MDB), R.S.N Rayer (MP Jelutong), Ram Karpal Singh, Gobind Deo Singh dan lain-lain.

Bab solat tak payah tanyalah....

Jadi macam mana pentadbiran Tun nak dapat bantuan Allah jika ramai dibelakangnya orang-orang tak solat dan tidak beriman kepada Allah.

Kepada siapa kita nak harapkan bantuan dan pertolongan selain daripada Tuhan Semesta Alam?

Fikir fikirkan...

Mohammad Firdaus Hasnel 

Tuesday, July 24, 2018

KENAPA AKTIVIS PENGGANAS LTTE MASIH LAGI BEBAS ?

Utusan: Mengapakah Datuk bersungguh-sungguh membantah perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)?

LTTE sama seperti organisasi pengganas yang lain. Kita boleh membacanya dalam banyak laporan di peringkat antarabangsa tentang keganasannya. Sebab itu, kita merasa susah hati kerana kewujudan aktivis mereka di negara ini.

Ada yang mengaitkan bahawa isu LTTE ditimbulkan, tidak lain untuk membalas bantahan pihak tertentu terhadap pendakwah bebas Dr. Zakir Naik. Apa komen Datuk?

Ini bukan soal Zakir Naik. Ini soal keselamatan negara. LTTE te­lah membunuh umat Islam de­ngan kejam. Kebencian LTTE terhadap umat Islam dibuktikan dengan serangan bom di masjid-masjid.

Apa komen Datuk terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dalam isu Dr. Zakir Naik.

Ramasamy pernah membantah kerajaan untuk mengekstradisi anggota LTTE ke Sri Lanka apabila ditahan di sini (pada 2014). Tetapi dalam soal Zakir Naik, beliau menyuruh pendakwah itu diekstradisi pula ke India. Ini menunjukkan sikap beliau yang memberi layanan berbeza. Malah saya dapat melihat sikap anti-Islam yang ada pada Ramasamy, mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam perjuangan LTTE.

Ramasamy iaitu individu yang dikaitkan dengan LTTE, telah menafikan pembabitannya. Apa komen Datuk?

Walaupun Ramasamy cuba menafikan pembabitannya, te­tapi bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan beliau adalah seorang aktivis LTTE. Ini termasuk gambar sembahan kepada senjata AK-47 (yang dikaitkan dengan ritual LTTE) dan ucapan-ucapan beliau dalam majlis-majlis LTTE yang dihadirinya. Ramasamy juga pernah membela anggota LTTE yang ditahan di negara ini selain menjemput anggota LTTE sebagai tetamu dalam majlisnya. Banyak lagi kenya­taan beliau yang tidak boleh dinafikan mempunyai hubung kait dengan LTTE dan perkara ini mestilah disiasat oleh pihak polis kerana berbahaya. Kita lihat ada individu yang hanya memiliki beberapa buah buku berkaitan ISIS telah dihukum (didakwa) kerana disabitkan dengan keganasan. Bagaimana pula individu seperti Ramasamy yang sehingga hari ini belum diambil tindakan (oleh pihak berkuasa) sedangkan pembabi­tannya (dengan LTTE) jauh le­bih jelas jika dibandingkan orang yang memiliki buku (Daesh).

Apa komen Datuk terhadap DAP yang sehingga hari ini masih membisu dalam isu ini?

Saya merasa dukacita dan hairan dalam hal ini kerana tiada pimpinan DAP yang bersuara. Saya tidak pasti adakah kerana mereka hendak menunggu siasatan polis atau bagaimana. Namun, sekurang-kurangnya saya berharap bahawa pemimpin DAP dapat meminta supaya polis menyiasatnya (pembabitan Ramasamy dengan LTTE). Saya juga meminta semua rakyat negara ini tanpa mengira agama, latar belakang dan parti politik supaya menggesa agar satu tindakan tegas dan siasatan mesti dilakukan terhadap Ramasamy.

KENAPA AKTIVIS LTTE MASIH LAGI BEBAS ?

Tuesday, July 17, 2018

KOS ECRL RM55 BILION TERLALU MAHAL, BOLEH BUAT SATU LAGI PROJEK KERETA API SELURUH SEMENANJUNG

Saya mengambil maklum perkembangan terbaru dalam jawapan bertulis Jabatan Perdana Menteri (JPM) bahawa Kerajaan China telah mengemukakan tawaran pakej kewangan yang menarik dan memberi kelebihan kepada Malaysia dalam pelaksanaan Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

1. Bagi saya kos ECRL yang akan dibina mulai Julai 2017 dan dijangka siap pada 2024 ini terlampau tinggi. Sedangkan pada 26 Julai lalu, laman pendedah maklumat Sarawak Report (SR) telah melaporkan bahawa kos sebenar projek berkenaan hanyalah RM27 bilion. Namun SR mendakwa kosnya sengaja ditingkatkan bertujuan mengumpul dana bagi membayar hutang-hutang 1MDB.

Pendedahan SR itu dilengkapi 'leaked documents' yang menunjukkan anggaran kos projek serta memaparkan jadual pembayaran hutang 1MDB. Dalam hal ini timbul persoalan, adakah rakyat Malaysia dipaksa berhutang dengan bank China bagi menutup hutang 1MDB?

2. Projek tersebut yang menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat di Kelantan dianggarkan sejauh 600 kilometer. Jika kos ECRL dikaji secara kasar, yang mana RM55 bilion dibahagikan kepada 600 kilometer maka kos per kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta.

Sedangkan kos pembinaan landasan paling mahal adalah RM36 juta per kilometer (projek kereta api paling sukar dibina, Yi Chang-Wanzhou Railway). Sekiranya anggaran itu digunakan kepada ECRL maka kerajaan boleh membina 1,527 kilometer atau 2.5 kali ganda lebih panjang daripada projek asal.

Dengan ini, kerajaan tidak perlukan ECRL dan projek keretapi laju ke Singapura (HSR). Dengan baki lebihan bajet itu juga kerajaan mungkin boleh menaiktaraf servis KTMB.

3. Projek ECRL juga menimbulkan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan Malaysia berhubung lantikan kontraktor dan sub kontraktor yang diragui dipilih dalam kalangan syarikat tempatan.

Juga, apakah jaminan kerajaan bahawa pekerja-pekerja projek ini adalah warga tempatan? Adakah benar pekerja asing dari China akan dibawa masuk semata-mata kerana kos buruh yang lebih murah?

4. Sehubungan itu, saya bercadang merangka satu polisi mengenai pengangkutan awam sebagai alternatif kepada projek-projek BN yang menggunakan kos melampau.

Mengikut pandangan Pakatan Harapan, bajet besar yang digunakan BN tersebut membolehkan negara membangunkan industri pengangkutan awam bersepadu yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Pakatan Harapan juga komited untuk meningkatkan peratusan perbelanjaan pembangunan (termasuk pengangkutan awam) dalam Bajet Kerajaan Persekutuan sekiranya memerintah selepas pilihan raya umum ke 14 kelak.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu

Pakatan Harapan

sumber : https://www.facebook.com/PakatanHarapanRasmi/photos/a.725275934302918.1073741828.725215580975620/740662819430896/?type=3&theater

Sunday, July 15, 2018

KAMI GAGAL KERANA NAJIB - PEMIMPIN PAKATAN

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menghentikan mengunakan alasan semua salah 'Najib' setiap kali gagal mentadbir dengan baik atau gagal menunaikan janji manis manifesto, tegas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, adakah kerajaan Pakatan Harapan akan mengunakan alasan ‘semua salah Najib’ sebagai prosedur standard operasi (SOP) sepanjang pemerintah mereka selama lima tahun akan datang.

Bekas Presiden UMNO itu mengulas dakwaan Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bahawa pihak yang yang mengajukan keresahan terhadap pelantikan Yang Dipertua Speaker  hanya mensensasikan isu tersbeut bagi  mengalih perhatian terhadap penindasan politik terhadap beliau.

"Saya bukan lagi Perdana Menteri atau berada dalam kerajaan yang mentadbir, maka kenapa pula saya dipersalahkan terhadap isu perlantikan Speaker ini?

"Seperti cerita hutang negara RM1 trilion kerajaan PH bersandarkan definisi sendiri yang tiada negara lain dalam dunia gunakan, nama saya terus diperalatkan sebagai alasan serta dipersalahkan setiap kali kerajaan Pakatan gagal mentadbir dengan baik atau gagal menunaikan janji manis manifesto mereka," kata Najib dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Jelas bekas Perdana Menteri, Alasan ‘semua salah Najib’ yang digunakan oleh kerajaan PH adalah tidak adil bagi rakyat. Ini lebih-lebih lagi mereka mengharapkan yang lebih baik dari kerajaan baharu.

Sementara itu, Najib berkata, mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat nama Speaker Dewan Rakyat yang dicadangkan perlu dikemukakan kepada sekretariat Parlimen sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sesi Parlimen bermula.

"Pada ketika ini, hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Parlimen bermula, identiti Tuan Yang Dipertua masih lagi belum dikenal pasti dan ini menjurus kepada pelbagai debat awam terhadap siapakah yang akan mengisi jawatan itu.

"Parlimen adalah badan tertinggi negara ini. Adakah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini dipatuhi? Jika tidak mampu mematuhi peraturan badan tertinggi negara, bagaimana mahu mengakui bahawa kerajaan baharu ini mentadbir berasaskan kepada kedaulatan undang-undang?" tanya Najib.-UTUSAN ONLINE