PAKAR SAHKAN TEROWONG DASAR LAUT BAIK JANGAN BUAT !
Apa kepakaran Lim Guan Eng ? Dia tahu ke bab-bab engineer ni ? Tak ada langsung. Jika nak banding pengatahuan dia dengan Dato Seri Ir. Dr Wee Ka Siong bagaikan langit dan bumi.
Atas sebab kebodohannya jugalah berlaku banjir luar biasa di Pulau Pinang dan tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa. Mahukah kita beri lagi tempat kepada pemimpin yang bodoh dan menyusahkan rakyat ?
Menurut beberapa pakar kejuruteraan tempatan, projek kerajaan DAP Pulau Pinang membina terowong dasar laut yang menghubungkan Bagan Ajam ke Persiaran Gurney hanyalah satu pembaziran besar-besaran yang tak ada manfaat langsung bahkan memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
Pada mereka projek berkenaan hanya akan menambahkan lagi kesesakan di bahagian pulau. Tak akan berlaku pengurangan kesesakan lalu lintas seperti mana kenyataan pemimpin Kerajaan negeri pimpinan DAP Pulau Pinang.
Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya menyediakan satu analisis manfaat kos sebelum meneruskan pembina terowong dasar laut itu. Analisis tersebut perlulah merangkumi kos sosial dan kos alam sekitar. Ianya bagi memastikan pembinaan laluan ketiga itu relevan dengan keperluan semasa dan jangka panjang sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 tahun lagi. Itulah yang di perjelaskan oleh Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ahmad Fuzi Arshad.
Menurut beliau lagi, analisis itu juga perlu mengenal pasti permukaan bentuk muka bumi negeri tersebut kerana tanah di Pulau Pinang tidak mempunyai sifat jeleketan atau cohesive iaitu tidak melekat dan ini tidak sesuai untuk digali bagi tujuan pembinaan terowong.
“Cerunnya terdiri daripada pasir berlodak bercampur batu-batu besar dan ini menyebabkan binaan mudah gelincir.
“Walaupun analisis ini akan menelan belanja yang tinggi tetapi kerajaan negeri perlu menyediakannya kerana sudah tentu penduduk Pulau Pinang tidak mahu kemudahan itu akan membebankan mereka pada masa akan datang,
Pakar kejuruteraan terowong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof. Dr. Othman Che Puan menegaskan, kerajaan negeri sepatutnya memastikan kapasiti penggunaan jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang kini pada tahap 50 peratus ditingkatkan dan bukannya membina projek berkenaan.
Beliau yang juga Dekan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM berkata, pembinaan terowong dasar laut adalah rumit malah banyak projek seumpamanya di luar negara bukan sahaja mengambil masa yang lama untuk disiapkan malah menelan perbelanjaan yang besar berbanding membina jambatan.
“Saya bagi contoh pembinaan terowong dasar laut di Istanbul yang menghubungkan sebelah Eropah dan Asia bandar raya itu, walaupun jaraknya hanya lima kilometer (km), lebih pendek daripada apa yang hendak dibina di Pulau Pinang namun ambil masa lima tahun, kira-kira setahun untuk setiap km.
“Justeru, bukankah lebih baik kerajaan negeri meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam seperti feri dan bas, selain bekerjasama dengan syarikat penerbangan tempatan bagi menambah bilangan penerbangan ke negeri tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini yang menyenaraikan empat sebab kenapa tidak perlu membina terowong dasar laut di Pulau Pinang termasuk pemberian tender sedekad lebih awal kepada kontraktor.
Menurut Othman, kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelbagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang bukan hanya bergantung sepenuhnya dengan membina terowong dasar laut.
“Jika memang perlu ada laluan ketiga dan keempat untuk masuk ke Pulau Pinang ia perlu mengambil kira jenis laluan tersebut sama ada jambatan atau terowong, bergantung pada peruntukan kewangan dan kesan atau impak terhadap ekosistem,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ahmad Fuzi Arshad berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ” katanya.
Perdana Menteri yang menyampaikan ucapan takziah menerusi akaun Twitter beliau semalam turut mengimbau kembali pertemuannya bersama Addi Asyraaf dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya masih ingat pada April 2016, saya berpeluang bertemu dengan Addi Asyraaf, cukup gembira dia hari itu.
“Ibunya kata memang impian Allahyarham mahu berjumpa dengan saya. Takziah kepada keluarga, saya doakan roh Addi Asyraaf dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya.
Pada 24 April 2016, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melawat Addi Asyraaf, 8, di kediamannya di Kampung Bintawa Tengah, Kuching, Sarawak selepas permintaan kanak-kanak itu untuk berjumpa dengan Perdana Menteri menjadi tular di sosial media.
Addi Asyraaf dikatakan menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pemimpin nombor satu negara sejak berusia empat tahun lagi.
Dalam pertemuan itu, Addi Asyraf tidak melepaskan peluang untuk mencium pipi Najib yang selama ini hanya dikenali melalui gambar dan televisyen.
Sementara itu di KUCHING, ibu kanak-kanak tersebut, Zurina Jamil, 39, menerima dengan reda pemergian anaknya.
“Reda pemergian adik, daripada lihat tahan sakit begini, mak sayang adik tapi Allah lagi menyayangi mu,” luahnya menerima akaun Facebook miliknya.
Sementara itu ketika dihubungi Zurina berkata, anaknya yang lebih mesra dengan panggilan A’am itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.15 malam tadi, sebaik sahaja suaminya selesai membacakan surah al-Fatihah sebanyak tiga kali.
Dalam pada itu jelas Zurina, anaknya itu memang menyayangi Perdana Menteri yang selalu dilihat menerusi Facebook dan televisyen.
“Dia pandai guna Facebook saya, sejak A’am jumpa dengan Perdana Menteri, macam pengubat, kerana dia tidak jatuh sakit,” katanya cuba menahan sebak mengenangkan anak kesayangannya itu.
Menurut Zurina, anaknya itu pada mulanya demam sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan susulan kelmarin.
“Dia terus di bawa ke zon kuning Hospital Umum Sarawak untuk diperiksa dan kemudian dimasukkan ke wad.
“Kira-kira pukul 10 malam, mulutnya meleleh darah dan kemudian terus tersembur lalu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
“Pada pukul 5.30 pagi semalam pula, doktor memberitahu buah pinggang sudah tidak berfungsi dan mungkin tak dapat diselamatkan,” ujarnya.
Kenapa rakyat semakin muak dan menyampah dengan pembangkang ? Banyak cara persoalan ini yang boleh dijawab tapi kesimpulannya tetap sama - PEMBOHONG !
Perkara ini dijelaskan oleh Presiden MCA sendiri, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Rakyat sudah muak dan meluat dengan tindakan pembangkang yang tidak habis-habis menyebarkan cerita bohong serta memanipulasi maklumat dan menyebarkan cerita tidak benar.
Mereka sudah penat melayan karenah pemimpin-pemimpin pembangkang yang gilakan kuasa tak habis-habis. Muak dan jemu. Dahulu mereka bersama-sama pembangkang melancarkan REFORMASI menentang Tun Mahathir, kali ini mereka pula diajak bersama-sama menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Apa jenis gila yang di bawa oleh pemimpin pembangkang ini ?
Sehinggakan ada sesetengah rakyat berpendapat untuk menyertai kempen undi rosak. Jelas sekali rakyat memang bengang dengan retorik, fitnah dan propaganda pembangkang yang semakin melalut tidak ketahuan butir.
Semua ini gara-gara sikap pemimpin pembangkang yang tidak konsisten dalam perjuangan. Rakyat akhirnya nampak perjuangan pembangkang hanyalah semata-mata kerana kuasa, duit dan pangkat. Gila nak jadi Perdana Menteri.
Rakyat kini sudah sampai ke tahap tepu dengan segala pembohongan pembangkang. Banyak sangat menabur fitnah menggunakan teknologi yang ada. Mereka sudah bosan dengan segala fitnah yang tak sudah-sudah. Nampak jelas sangat pembangkang terlalu obses untuk berkuasa sehingga sanggup berpakat dengan kuasa luar demi mencapai cita-cita ke Putrajaya.
“Sampai bila mahu menipu rakyat? Sampai bila mahu mempergunakan mereka untuk kepentingan peribadi? Kerana tidak tahan itulah, kempen sebegini dilancarkan. Semua ini salah pembangkang,” kata Liow Tiong Lai.
Silap pembangkang sendiri kerana melampau-lampau sangat. Tiap-tiap hari kalau tak tabur fitnah mereka macam tak puashati. Bila fitnah itu terbongkar dan rakyat dapat tahu kebebarannya mereka terkial-kial nak menjawab. Akhir rakyat hilang kepercayaan kepada mereka. Itu adalah salah mereka sendiri.
Yang menjadikan rakyat lebih meluat, orang yang mereka lawan dahulu iaitu Tun Mahathir tiba-tiba diangkat sebagai wira dan pejuang. Hanya kerana mereka idamkan kerusi Perdana Menteri di Putrajaya. Jelas sekali tiada keikhlasan dalam perjuangan -tiada konsisten....semuanya demi kuasa.
Fikir dan renunglah sedalam-dalammya, apakah mereka mampu membina negara yang aman jika dalam parti mereka sendiri kucar kacir dan tidak aman. "Adalah lebih baik mengundi untuk kerajaan yang kuat dan stabil demi masa depan anda. Itu lebih baik daripada tidak mengundi langsung atau undi rosak. Ianya hanya akan merugikan negara,” Kata Liow .
Kempen undi rosak pada PRU ke-14 dikatakan dibuat pihak tertentu sebagai tanda protes terhadap pembangkang dan BN, selepas gabungan pembangkang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan empat yang lain, hari ini berjaya membatalkan saman pemula yang difailkan oleh pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waytha Moorthy bersama-sama 18 individu lain di Mahkamah Tinggi di sini.
Saman pemula itu antaranya menuntut perisytiharan bahawa pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik, sebagai suatu ancaman terhadap keselamatan negara dan dilarang daripada memasuki Malaysia.
Peguam Adnan Seman yang mewakili Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selaku pihak pencelah dalam tindakan tersebut memberitahu pemberita, Hakim Datin Azizah Nawawi memutuskan demikian selepas mendapati penceramah terbabit tidak dijadikan sebagai salah satu pihak dalam saman tersebut dan saman pemula itu, remeh serta menyusahkan.
“Salah satu alasan dalam saman pemula ialah untuk mengisytiharkan Dr. Zakir sebagai seseorang yang mengancam keselamatan, harmoni dan keamanan negara ini. Dr. Zakir juga didakwa sebagai individu berbahaya yang boleh mencetuskan keganasan di negara ini.
“Dr. Zakir bagaimanapun tidak dinamakan sebagai pihak dalam tindakan ini. Perlu diingatkan, dakwaan yang dibuat amat serius dan mahkamah berpendapat Dr. Zakir sepatutnya dijadikan sebagai pihak dalam saman pemula ini bagi menjawab kesemua dakwaan itu. Oleh itu, hakim berpendapat saman pemula itu adalah remeh dan menyusahkan,” kata Adnan.
Dalam saman difailkan pada 1 Mac tahun lalu, Waytha Moorthy bersama 18 yang lain terdiri daripada ahli politik, peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selaku pihak plaintif menamakan Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan sebagai pihak defendan.
Dalam keputusan yang dibuat di kamar hakim itu, mahkamah memerintahkan kesemua defendan membayar kos sebanyak RM5,000.
Dalam permohonan tersebut, mereka menuntut perintah perisytiharan bahawa penceramah terkenal itu merupakan ancaman kepada ketenteraman rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dan perlu ditangkap serta-merta.
Mereka turut mendakwa Dr. Zakir telah menggalakkan keganasan, dihalang memasuki beberapa negara kerana disyaki bekerjasama dengan beberapa kumpulan pengganas selain memberi dorongan kepada warga asing yang berada di negara ini untuk mengganggu ketenteraman awam.
Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang hadir mewakili pertubuhan itu menyatakan kesyukuran dengan keputusan mahkamah hari ini.
“Kita bersyukur mendengar keputusan hari ini dan sekali gus membuktikan bahawa Dr. Zakir merupakan seorang penceramah yang bersih yang selama ini digembar-gemburkan oleh pihak tertentu dengan gambaran yang buruk. Seolah-olah ceramah Dr. Zakir memberikan rangsangan kepada golongan pengganas dan ini tidak benar sama sekali,” katanya.
Beliau juga berharap dengan keputusan tersebut, penceramah agama itu dapat bergerak dengan bebas tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.
ISBSF telah diwujudkan pada tahun 2012 oleh kerajaan bagi membantu menampung kos operasi harian syarikat bas, bagi menampung kerugian yang dialami disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan.
Kerajaan sedar tentang masalah ini, laluan yang terletak di luar bandar perlu juga diberi perkhidmatan bas kerana penduduk masih memerlukannya untuk meneruskan aktiviti harian.
Justeru itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meluluskan permohonan 61 syarikat perkhidmatan bas bagi menyertai Skim Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF).
Sebenarnya dana ISBSF ini, telah banyak membantu syarikat bas meneruskan operasi mereka di kawasan luar bandar agar pengguna di kawasan ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam ini. Fikirlah sendiri jika tanpa dana ini bagaimana syarikat bas nak menampung operasi ini, tentu sulit untuk mereka meneruskannya.
Gopi Travel Tours(GTT) merupakan sebuah syarikat yang beroperasi di Simpang Pertang di Jelebu, adalah syarikat ke- 61 yang diluluskan SPAD bagi menyertai skim ini.
Dengan skim bantuan ini membolehkan syarikat mereka membuka semula laluan dari Simpang Pelangai- Bentong- Batu Kikir yang ditamatkan 15 tahun lalu.
Bayangkan jika tanpa skim bantuan ini daripada kerajaan, bagaimana penduduk di luar bandar dapat menikmati perkhidmatan ini dengan harga yang murah dan berpatutan. Kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, mahukan semua rakyat merasai nikmat pembangunan negara sama ada dibandar mahu pun diluar bandar.
GEMAS - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman (STAR) Gemas maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput yang sedang menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nur Afini Roslan,14, disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.
Traktor mesin rumput yang menyebabkan nyawa seorang pelajar melayang.
Manakala, dua lagi pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.
Pelajar lelaki turut mengalami kecederaan.
“Mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.
Seorang pelajar darjah satu sebuah sekolah kebangsaan di Lenggeng, Negeri Sembilan, melecur pada bahagian bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.
Kejadian berlaku sekitar Isnin lalu, sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu dari empat beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng.
Ibu kanak-kanak terbabit, Nurul Dahlia Jaafar, berkata kejadian berkenaan disedarinya ketika dia mengambil anaknya dari rumah adik bekas suaminya, 12.30 tengah hari, Jumaat lalu.
"Semasa saya hendak menjemputnya bercuti di rumah, saya dapati terdapat kesan melecur di seluruh bahagian bibir anak saya.
"Apabila saya bertanyakan punca kesan lecur itu, anak saya memberitahu dia dipaksa minum air panas yang sedang menggelegak," katanya ketika ditemui di Institut Pedriatrik, Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, dia terkejut dan tidak menyangka anaknya akan diperlakukan seperti itu.
Nurul Dahlia berkata, dia kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada hari sama sebelum membuat laporan polis.
"Hati ibu mana yang tidak sayu apabila anak kandungnya sendiri diperlakukan sedemikian rupa oleh individu yang tidak bertanggungjawab selain tidak dapat memberikan kasih sebagai seorang ibu.
"Sebelum ini, apabila saya membawa anak ketiga dan bongsu (mangsa) ke rumah, mereka akan berasa sangat gembira, tapi ketika hendak menghantarnya kembali ke rumah suami, semua anak-anak saya menangis dan minta tidak dihantar kembali ke sana," katanya.
Nurul Dahlia berkata, dia berpisah pada tahun 2011 dan menyerahkan hak penjagaan kepada bekas suaminya itu selepas mengalami masalah kewangan, namun selepas bekas suaminya mendirikan rumah tangga pada Disember 2016, banyak perubahan berlaku ke atas empat anak perempuannya, termasuk yang sulung berusia 14 tahun, 13 (berada di asrama), 8 tahun dan 7 tahun.
"Pada masa ini isu tuntutan hak penjagaan anak sedang berjalan di Mahkamah Syariah. Kes ini mengambil masa untuk selesai, Saya saya cuma khuatir sesuatu lebih buruk akan berlaku ke atas anak-anak saya.
"Saya pernah bawa anak tinggal bersama, tetapi pihak polis akan menghubungi saya dan mengarahkan anak saya dihantar pulang ke Lenggeng, malah saya pernah ditahan di lokap selama tiga hari atas kesalahan berkenaan.
"Apabila saya membuat laporan polis, tiada tindakan susulan atau penyelesaian dicapai kerana mereka menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga," katanya.
Guru sebuah sekolah agama ini juga berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan segera bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.