Friday, August 21, 2015

IS MERANCANG MENYERANG MALAYSIA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 10 suspek termasuk enam anggota pasukan keselamatan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di beberapa buah negeri di seluruh negara semalam.

Khalid Abu Bakar
Lebih membimbangkan, suspek-suspek yang ditahan itu juga dipercayai merancang untuk membeli senjata api bagi tujuan melancarkan serangan di Malaysia.


Operasi yang dilakukan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawa­ngan Khas Bukit Aman itu dilaksanakan secara serentak di Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang ditahan ialah lapan lelaki dan dua wanita warga tempatan yang berumur antara 24 hingga 42 tahun.


Menurutnya, enam daripada mereka merupakan anggota pasukan keselamatan, dua kakitangan jabatan kerajaan, seorang bekas pereka hiasan dalaman dan juga seorang guru tadika.

“Kesemua mereka ditahan ke­rana disyaki terlibat alam aktiviti mempromosi ideologi kumpulan IS, mengumpul dana serta mengatur pemergian rakyat Malaysia menyertai kumpulan terbabit di Syria.

“Malah, mereka juga dipercayai merancang untuk membeli senjata api bagi melancarkan serangan di negara ini, membantu penyusupan masuk ahli-ahli kumpulan itu kembali dari Syria, merekrut rakyat tempatan menyertai IS serta me­nyembunyikan maklumat berhubung aktiviti IS di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Khalid, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Ringkasan Fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri SeRingkasan Fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor



1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )

2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. (menurut ADUN DAP ).

3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ).

4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri. Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa. ( hanya kepada board of director syarikat ).

5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.

6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.

7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?

8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.
Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.
Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.
Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.
Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat. Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.
Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ? Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ? Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya ?

9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu?

10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata ?langor

DR. MARIAH BARU SEDAR .......

Selepas bertahun-tahun Dr. Mariah di dalam PAS baru dia sedar yang keluar PAS tidak bererti keluar Islam.

Selama ini yang dia dok berkokok tentang perjuangan Islam dengan PAS tu amenda ? 

Inilah penipu-penipu  yang mengunakan nama agama untuk kepentingan peribadi mereka.

Haram Zadee  kata SRK........



AIDCNews – 19/8/15 – Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS kawasan itu melepaskan jawatan masing-masing hari ini untuk bersama Pakatan Rakyat demi untuk menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-14.
“Kami lakukan ini untuk bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam memenangi Putrajaya,” kata Siti Mariah dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Raja, Taman Sentosa Perdana, Klang, jam 5 petang tadi.
Beliau meletakkan jawatan Naib Yang Dipertua PAS Kota Raja untuk menyertai parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan diperkenalkan kepada umum semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini.
Namun, beliau tidak akan melepaskan jawatan Ahli Parlimen Kota Raja jawatan yang dimenangi pada PRU 13 atas tiket PAS.
“Bai’ah itu adalah ikrar. Seperti juga di Parlimen. Kita ada nas dan ijtihad daripada alim ulama. Tetapi, na’uzubillah (minta dilindungi Allah), keluar daripada PAS bukan keluar Islam.
“Ia adalah penghijrahan dari satu pertubuhan kepada satu pertubuhan,” kata Siti Mariah apabila diajukan persoalan itu oleh wartawan, lapor The Malaysian Insider.
Dr Siti Mariah turut menafikan tindakannya itu mengkhianati amanah rakyat yang mengundinya di kawasan itu.
“Saya tidak khianati amanah rakyat. Saya masih dalam perjuangan Islam. Tetapi, pendekatan politik kami sudah berbeza,” katanya.

Thursday, August 20, 2015

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SUMBANG 10 MESIN HEMODIALISIS



Cuci darah atau Hemodialisis (HD) adalah salah satu kaedah rawatan kepada pesakit yang ginjalnya gagal berfungsi dengan baik dimana dalam hal ini fungsi pengubahan darah yang biasanya dilakukan oleh buah pinggang diganti dengan mesin. Dengan mesin ini pesakit tidak perlu lagi melakukan cantuman buah pinggang, pesakit hanya perlu melakukan cuci darah secara berkala dengan jarak masa bergantung dari keparahan dari kegagalan fungsi buah pinggang.

Di Malaysia  terdapat 128 buah hospital Kementerian Kesihatan (KKM) yang menyediakan perkhidmatan hemodialisis dengan sejumlah 1,633 unit mesin hemodialisis. Sehingga kini (statistik 2013) seramai 5,924 pesakit menerima rawatan di hospital KKM. Setiap mesin hemodialisis mempunyai Jangka hayat tertentu. Biasanya sesebuah mesin hemodialisis boleh bertahan selama 8 tahun. Oleh itu Mesin hemodialisis yang lama dan yang mengalami kerosakan perlu diganti dengan seberapa segera. 



Menyedari keperluan ini, Kementerian Pengangkutan melalui menterinya Datuk Seri Liow Tiong lai telah menyumbangkan sebanyak 10 unit mesin Hemodialisis menerusi program khidmat masyarakat bersama pemain industri yang berkaitan kementerian itu.  Menurut  Datuk Seri Liow Tiong Lai, usahasama ini  bagi menyahut seruan kerajaan mengantikan 635 unit mesin hemodialisis secara berperingkat tahun ini. 



Menurutnya lagi, 10 unit mesin hemodialisis yang bernilai RM497,500 itu akan diserahkan kepada klinik Felda Chemomoi, Pusat Hemodialisis Mawar cawangan Yong Peng, Pusat Hemodialisis cawangan Gemas dan Hospital Bentong. 


Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang menyumbang iaitu Lembaga Pelabuhan Kuantan, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Klang, North Port Malaysia Berhad dan Syarikat Jurutera Consult.










Tuesday, August 18, 2015

MAQASID SYARIAH

AKAR-AKAR umbi maqasid syariah adalah nas-nas al-Quran dan Sunnah. Walau bagaimanapun yang dilihat pada nas itu bukan semata-mata hukumnya yang khusus, akan tetapi falsafah dan maksudnya yang umum.


Tumpuan seorang pengkaji maqasid bukan semata-mata kepada perkataan dan ayat pada nas hukum, tetapi matlamat besar (yakni maqasid) yang ingin dicapai daripada pensyariatan hukum berkenaan. Dia tidak hanya bertanya ‘apa’ yang disyariatkan dalam nas tetapi juga ‘kenapa’ disyariatkan.


Hari ini pendekatan hukum berasaskan maqasid dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dikaji secara bersungguh-sungguh dan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah-masalah hukum semasa, bahkan orang politik pun sudah mula bercakap tentang maqasid syariah khususnya tentang betapa hukum Islam itu memberi perlindungan terhadap lima perkara paling asas dalam kehidupan iaitu nyawa, agama, akal, harta dan keturunan.


Di negara kita sendiri, walaupun timbul gesaan yang kuat agar mahkamah syariah diperkasakan, akan tetapi pelaksanaan hukum Islam cuba dibuat oleh pihak berkuasa dengan cara yang amat berhemah, dengan mengambil kira faktor-faktor perlembagaan, politik, serta sensitiviti kaum dan agama. Semua itu adalah polisi yang berasaskan kepada pertimbangan saksama terhadap maslahah dan mudarat.
Dalam keadaan masyarakat umum yang sudah terlalu banyak dikelirukan oleh perkara-perkara cabang hukum, eloklah sekiranya usaha penjernihan kefahaman dilakukan dengan membawa kepada perbahasan tentang perkara-perkara pokok dalam agama.


Istilah agama bagi perkara pokok adalah ‘asl’ (jamaknya usul), manakala cabang kepada pokok itu dinamakan ‘furu’’. Pembahagian ini, kalau difahami dengan baik, sudah dapat meleraikan sebahagian daripada kekusutan kerana kebanyakan kekusutan yang berlaku adalah kerana pengeliruan perkara furu’ dengan usul.
Kata orang Kelantan: ‘apabila ‘ekor’ dan ‘kepala’ sesuatu masalah tidak diketahui’, tidak mungkin masalah itu dapat diselesaikan.


Agama Islam itu ibarat sebatang pokok yang subur bercabang-cabang. Apa yang menjadi cabang, sifatnya adalah bergantung pada batang pokok. Ia tidak boleh berdiri sendiri. Maka, sekiranya ia dipotong mati kekeringanlah ia, sedangkan batang pokok tidak akan mati walaupun tanpa cabang-cabangnya.


Demikianlah juga ilmu-ilmu agama disusun dan ditentukan keutamaannya masing-masing, maka ada ilmu yang dikategorikan sebagai usul dan ada yang dikategorikan sebagai furu’. Ilmu tentang hukum-hakam termasuk dalam furu’ agama, dan ini termasuklah ilmu usul fiqh yang membahaskan bagaimana hukum-hakam itu boleh terbit daripada sumber-sumbernya.


Di sinilah ditemui perbahasan tentang maqasid syariah. Ia adalah falsafah hukum Islam dan perbezaannya dengan falsafah undang-undang yang lain adalah pada punca pengambilannya iaitu nas-nas dan tafsiran al-Quran dan Sunnah.
Pada hakikatnya tentang maqasid syariah itu sendiri masih lagi merupakan perbahasan pada peringkat cabang agama iaitu hukum-hakamnya.


Syariah adalah ‘jalan’ menuju Allah dan lima perkara daruri yang didokong dan dipertahankan oleh hukum agama itu hanyalah ‘alat’ bagi mencapai maksud iaitu penyerahan diri (Islam) yang sebenar kepada Allah.


Yang memberi erti muktamad kepada maqasid yang berbagai itu adalah maksud tertinggi yang satu itu. Itulah sebabnya mengenal Allah itu adalah kewajiban pertama setiap hamba kerana pada-Nyalah tersimpan segala hakikat. Hanya yang kenal Allah akan mengenali rahsia yang tersembunyi di sebalik hukum-hakam-Nya.
Keraguan, ketakutan, kebencian dan penentangan terhadap hukum Islam adalah petanda kurang atau tiada pengenalan terhadap hakikat Islam dan pandangan alamnya. Ini berpunca daripada kejahilan dan kekeliruan kaum Muslimin sendiri terhadap agamanya sedangkan orang lain melihat dan menghukum Islam itu sebagaimana yang terzahir pada perkataan dan amalan penganutnya.


Justeru, keutamaan sebenar kita pada masa ini bukanlah membawa masyarakat berbahas tentang falsafah hukum Islam, sebaliknya mengajak mereka mengenal hakikat Islam dan pandangan alam yang dipancarkannya.


Masalah pokok yang melanda seluruh manusia hari ini adalah kejahilan, keraguan dan salah-faham terhadap persoalan-persoalan dasar dalam kehidupan.


Siapakah aku? Bagaimanakah bermulanya kewujudan? Apakah ada kehidupan selepas mati? Apakah erti kebahagiaan? Apakah erti agama? Apakah erti kebebasan, akhlak, dan keadilan? Persoalan-persoalan inilah yang menjadi asas kesedaran setiap manusia dan rujukan kepada setiap tindakannya dalam kehidupan.

MD. ASHAM AHMAD
PENULIS ialah Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Monday, August 17, 2015

NAJIB SANGAT DIBENCI ISRAEL DAN PROKSINYA DISINI KERANA.....




1-Najib dikatakan berjaya menyatukan antara pemimpin Hamas dan Fatah di Kuala Lumpur hingga mencapai pemuafakatan dalam perjuangan mereka menentang Israel.

2- Najib juga berjaya menamatkan konflik yang berlarutan selama 70 tahun antara Filipina dan pejuang Islam Moro sehingga berjaya melahirkan sebuah wilayah BangsaMoro.

3-Najib juga merupakan pengerak utama sebagai orang tengah dalam mewujudkan perjanjian damai antara Thailand dan pejuang Islam di selatan Thailand.

Proksi Israel disini melihat Najib sebagai musuh utama mereka kerana keberanian dan kebijaksanaannya dalam memartabatkan agama Islam dan membela kepentingan umat Islam.
Ini menimbulkan irihati malahan kemarahan mereka yang khuatir melihat umat Islam kembali kuat di rantau Asia.
Agenda mereka untuk menjatuhkan Najib sejak sebelum PRU ke 13 lagi seringkali menemui kegagalan. Sehingga kini, dengan izin Allah Kerajaan pimpinan Najib masih lagi kekal dan bertambah kuat.
Najib kelihatan lebih yakin dan bersemangat serta dapat menfokuskan perhatiannya kepada pembangunan negara menjelang perlaksanaan Rancangan Malaysia ke 11 ke arah mencapai matlamat negara maju dan berpendapatan tingi menjelang 2020.

Tuesday, August 11, 2015

MH370 : BANTUAN NEGARA SEKITAR REUNON DIPERLUKAN



Selepas 515 hari, misteri kehilangan pesawat MH370 telah terjawab dengan penemuan serpihan sayap kapal terbang berukuran dua meter di Pulau Reunion disahkan milik pesawat tersebut minggu lalu. Tanpa membuang masa, kerajaan telah bertindak membentuk kerjasama seluruh negara-negara berdekatan untuk mencari lebih banyak serpihan pesawat MH370.

Kerjasama semua negara amat diperlukan dalam usaha menjejak serpihan MH370. Kerajaan Malaysia telah memohon kerjasama negara-negara sekitar Pulau Reunion antaranya Maldives, Madagaskar dan Mauritius bagi membantu menjejaki serpihan pesawat MH370. Dalam pada itu kerajaan Perancis telah mengumumkan lebih banyak pencarian sepihan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 diteruskan di Pulau Reunion. 


Domomnique Sorain, pentadbir di Pulau Reunion berkata sebuah pesawat dan sebuah kapal laut telah dikerah  dikawasan berdekatan tempat serpihan pesawat ditemui dalam usaha mencari dan memantau di pulau berkenaan. Selain itu tentera juga diarahkan meronda bahagian timur pulau tersebut dikawasan serpihan pesawat itu di temui. 

Menteri Pengankutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap kerjasama ini dapat membantu mempertingkatkan usaha gerak kerja fasa kedua bagi pencarian pesawat tersebut. "Kita amat berterima kasih kepada Perancis yang telah melancarkan misi udara, laut dan darat  secara besar-besaran dalam usaha menjejaki lebih banyak serpihan begitu juga dengan negara-negara lain yang terlibat dalam misi ini".

Setakat ini, kita telah menyelesaikan 60,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi. Kerajaan banyak bergantung kepada pakar-pakar dalam kumpulan Gerak Kerja Strategi Pencarian (SSWG).

Tiong Lai juga yakin akan menemukan lebih banyak serpihan sekaligus dapat membantu pasukan penyiasat merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 dan penumpangnya. Penemuan ini  telah menyuntik semangat kepada pasukan penyiasat untuk terus berusaha mencari jawapan dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.