Monday, June 22, 2015

KERAJAAN BARISAN NASIONAL CAJ UBAT TERMAHAL DI DUNIA...???



Bersyukurlah! Nikmat Tuhan yang mana lagi yang kamu mahu dustakan???

Berikut adalah harga hanya 2 jenis ubat di antara pelbagai lagi yang diambil oleh pesakit saya. Pesakit saya ini bekerja di sektor swasta.
1) Ubat gastrik, Nexium (esomeprazole) 
Harga sekotak RM 33.60
Stok sebulan adalah 4 kotak
Jumlah= RM 33.60 X 4 = RM 135.40
2) Ubat sendi, Fosamax Plus
Harga sebijik RM 27.60
Kekerapan pengambilan seminggu sekali. 
Jumlah kos sebulan: 
RM 27.60 X 4 = RM 110.40
Jumlah kos ubat untuk 2 jenis ubat ini sahaja adalah sebanyak RM 245.80 sebulan!!!
Pesakit saya hanya membayar RM 5.00 sahaja untuk rawatan pakar dan juga ubat-ubatan.
Bayangkan kos untuk setahun? 
Jumlahnya adalah RM 2,949.60!!!!!
Di sinilah mengalirnya wang cukai termasuk GST (dahulunya SST) anda. 
Belajarlah menjadi manusia yg bersyukur wahai rakyat.
Nota: Untuk kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan, bayaran RM 5 itupun dikecualikan. Yes, rawatan pakar dan ubat2an mahal seperti ini adalah PERCUMA!


Dr Abdul Rahman Abdul Kadir

PERMUDAHKAN PENGECUALIAN VISA PELANCONG CHINA

Bagi menarik minat ramai pelancong dari China datang ke Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) disarankan mempercepatkan usaha cadangan pengecualikan visa kepada pelancong dari negara  tersebut yang datang ke Malaysia secara berkumpulan bagi meningkatkan sektor pelancongan negara. Kita perlu bersaing dengan negara-negara asean lain yang berlumba-lumba menarik pelancong dari negara tersebut. Kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.




Kita hanya mempunyai beberapa pejabat Kedutaan Di China, ini menyukarkan mereka yang berhasrat melancong ke Malaysia untuk membuat visa, jarak dan masa menghalang mereka untuk datang ke Malaysia kerana jauh dan mengambil masa yang terlalu lama. 

Saya harap cadangan ini berjaya kerana ejen perlancongan tidak lagi perlu membuat visa di China dan mereka bila-bila masa sahaja boleh melancong ke Malaysia tanpa susah payah lagi, ini sekaligus menambah dan mengalakan kehadiran lebih ramai pelancong dari China ke Malaysia, katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MCA Bahagian Lumut di Kampung Selamat disini hari ini.

Namun begitu menurutnya lagi, pelancong yang datang secara individu wajib mendapatkan visa mengikut prosuder biasa yang sedia ada bagi memastikan mereka pulang ke negara asal dalam tempoh yang ditetapkan. Ini bagi mengelakkan mereka menyalahgunakan tempoh visa yang dikeluarkan. 

Ini adalah satu usaha untuk meningkatkan jumlah pelancong yang datang ke negara kita. Mereka yang datang melalui ejen pelancongan akan keluar dari negara kita secara berkumpulan. Oleh itu keselamatan negara terkawal dan KDN dengan mudah dapat memantau keluar masuk  kerana mereka ini datang berkumpulan, tambahnya lagi.


"Jadi tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan terutama mengenai isu keselamatan kerana mereka datang ke negara kita secara berkumpulan," Liow Tiong Lai.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz  sebelum ini pun dalam mensyuarat jemaah menteri membangkitkan berkenaan cadangan pemansuhan visa terhadap pelancong China agar disegerakan bagi memacu peningkatan jumlah kemasukkan pelancong asing ke Malaysia. 

Oleh itu, diharap KDN dapat menyegerakan pengecualian visa pelancongan kepada rakyat China.
 

Sunday, June 21, 2015

NASIB MELAYU DI BUMI SENDIRI

Seorang sahabat saya berbangsa Melayu yang berniaga peniaga di Low Yatt pernah beritahu saya, jika ingin merasai bagaimana DAP memerintah Malaysia....datanglah berniaga di Low Yatt..


Dia antara orang Melayu yang masih dapat bertahan berniaga disana selama15 tahun. 6 tahun pertama bekerja dengan Tokey cina selebihnya dia berusaha berniaga sendiri.
Menurutnya hanya terdapat 2 atau 3 org peniaga Melayu disana. Kini dia terpaksa bersaing dengan Bangla dan bangsa asing lain yang diberi tempat oleh tokey-tokey besar sebagai proksi mereka.


Hari Ahad mereka akan menaikkan harga lebih dari biasa berbanding hari-hari lain. Bagaimana mereka boleh menentukan harga barang....??? mereka ada stok yang di simpan entah berapa kontena. GST yang di perkenalkan kerajaan kini amat menyusahkan mereka.


Wallahualam.

SELAMAT HARI BAPA

Bersempena sambutan Hari Bapa hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi gambar ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein bersama Yang di-Pertuan Agong kelima Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 1970-an dalam laman sosial Twitter dan Facebook miliknya.


Turut dipaparkan gambar Najib dengan Tuanku Abdul Halim setelah baginda dilantik sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 sejak 13 Disember 2011.
"Saya sedang melihat gambar-gambar lama dan menemui ini. Beliau ialah ayahanda yang saya kongsi dengan Malaysia. #Selamat Hari Bapa kepada semua bapa!," catat Perdana Menteri.


Dua keping gambar itu yang dimuat naik oleh Najib memaparkan kedudukan yang sama iaitu beliau dan ayahandanya duduk di sebelah kiri Tuanku Abdul Halim atas sofa yang hampir sama bentuknya dengan masing-masing menggenggam kedua-dua belah tangan.
Tuanku Abdul Halim merupakan Yang di-Pertuan Agong ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Kedua pada 22 September 1970 sehingga 14 Januari 1976, dan baginda sekali lagi dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2011 ketika Najib sebagai Perdana Menteri Keenam.


- BERNAMA

BERITA GEMBIRA BUAT PAKATAN PEMBANGKANG

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perkhabaran gembira kepada 32,238 pekebun kecil Risda, antaranya  pemberian durian runtuh dividen bernilai RM151.1 juta.

Agihan dividen itu berjumlah RM43.9 juta kepada sebanyak 16,080 peserta Rancangan Tanah Baru Kelompok (RTBB) dan RM107.2 juta kepada 16,158 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

"Saya harap pemberian dividen ini dapat membolehkan kita lebih selesa untuk sama-sama sambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya ketika majlis penyampaian dividen Risda 2015 di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (Icam) di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif.  
Najib berkata kerajaan sentiasa komited dalam membantu meningkatkan pendapatan bulanan serta menaik taraf hidup pekebun kecil yang merupakan kelompok B40 yang memperoleh berpendapatan bulanan purata kira-kira RM2,500.

Katanya ini ditambah lagi dengan kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit dalam pasaran dunia pada masa kini berikutan kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia.

Berikutan itu juga, kata perdana menteri, kerajaan mengadakan kerjasama erat dengan negara pengeluar untuk meningkatkan nilai eksport dan memastikan pekebun kecil melaksanakan amalan pertanian baik untuk menambah hasil pengeluaran.

Dalam majlis itu, Najib turut meluluskan Skim Khairat Kematian Pekebun Kecil Risda bernilai RM5.24 juta kepada semua pekebun kecil getah dan sawit yang berdaftar dengan Risda.

Beliau berkata skim itu bertujuan menjaga kebajikan pekebun kecil serta meringankan bebanan mereka apabila berlaku kematian akibat kemalangan dan sakit.

Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk dana permulaan Yayasan Risda.

Beliau berkata penubuhan yayasan itu bagi menyalurkan bantuan atau kemudahan untuk aktiviti pendidikan, sukan, sosial dan kebajikan pekebun kecil, keluarga dan kakitangan agensi itu serta syarikat milikannya.

"Kita akan menambah peruntukan kepada yayasan ini dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan dapat menampung kekurangan hasil negara ekoran penurunan harga minyak dan gas dengan hasil yang diperoleh menerusi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Ini antara sebabnya kerajaan laksanakan GST, bukan tujuan untuk susahkan rakyat tetapi sebenarnya untuk kebaikan dan kebaikan itu orang tidak nampak, malah lempar pelbagai tuduhan," katanya. -  Bernama

RISDA bayar RM151 juta dividen-

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini mengumumkan tiga berita gembira kepada 32,238 pekebun kecil di seluruh negara termasuk bayaran dividen berjumlah RM151.07 juta.


Bayaran dividen tersebut me­rangkumi 16,080 peserta Ranca­ngan Tanam Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM43.9 juta dan 16,158 peserta Tanam Semula Ko­mersial (TSK) RM107.1 juta bagi tahun ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited meningkatkan taraf hidup pekebun kecil yang merupakan antara kelompok B40, iaitu berpendapatan bulanan purata kira-kira RM2,500.


Beliau berharap pemberian dividen berkenaan dapat membantu meringankan beban kewa­ngan mereka khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi berikutan penurunan harga getah dan sawit di pasaran dunia.
“Semoga pemberian dividen ini membantu pekebun kecil lebih selesa menyambut hari raya,” katanya dalam Majlis Penyampaian Dividen RISDA 2015 di Dewan Seri Perdana, Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) di sini hari ini.


Yang hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Ketua Pengarah RISDA, Datuk Seri Wan Mohamad Zuki Mohamad dan Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.


Najib berkata, kerajaan me­ngambil beberapa langkah bagi menangani penurunan harga getah dan sawit pada masa ini termasuk mengadakan kerjasama erat de­ngan negara pengeluar dan memastikan pekebun kecil mengamalkan amalan pertanian baik.


Kata beliau, selain bayaran dividen berkenaan, semua pekebun kecil getah dan sawit yang berdaftar dengan RISDA secara automatik dicarum dan dilindungi Skim Khairat Kematian Pekebun Kecil Berkelompok RISDA bernilai RM5.24 juta.
Menurut beliau, skim itu bertujuan menjaga kebajikan mereka dan meringankan beban apabila berlaku kematian.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebanyak RM2 juta diperuntukkan sempena penubuhan Yayasan RISDA yang antara lain bagi menyalurkan bantuan atau kemudahan untuk aktiviti pendidikan, sukan, sosial dan kebajikan pekebun kecil, keluarga dan kakitangan agensi itu serta syarikat milikannya.


“Insya-Allah kita akan menambah peruntukan kepada yayasan ini dari semasa ke semasa,’’ ujar beliau.
Sementara itu, beliau berkata, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) membolehkan kerajaan meluaskan punca kewa­ngan agar tidak hanya bergantung kepada sumber minyak dan gas yang mengalami kejatuhan harga kebelakangan ini.

“GST diperkenalkan untuk kebaikan kita bersama. Cuma kebaikan itu orang tidak nampak dan dilempar pelbagai tuduhan. Tujuan kita murni demi kebajikan rakyat,’’ katanya.


Saturday, June 20, 2015

SELIDIK IMAN SENDIRI

Mutakhir ini, dikalangan sesama umat Islam kita sering melebel-lebel siapa yang lebih Islamnya dan siapa yang diterima Islamnya. Seolah-olah kitalah penentu kepada seseorang itu beriman dan Islam atau tidak.

Namun pernahkah kita bertanya, betulkah Iman kita? benarkah Islam kita? Seseorang mukmin yang sebenar, dia mesti berada didalam ketakutan dan kebimbangan. Iaitu bimbang dan takut pada masa yang telah berlalu. Bimbang dan takut-adakah amalan baiknya diterima oleh Allah. Bimbang dan takut adakah amalan buruknya sudah diampunkan Allah.


Syukur kepada Allah dinegara ini kita tidak dihalang untuk berbuat amalan yang baik dan amal soleh. Bersolatlah, masjid dan surau disediakan. Bersedekahlah, kepada anak Yatim dan orang-orang yang memerlukan. Berdakwahlah, segala medium dan tempat telah disediakan.

Jangan kerana ingin merebut sekelumit kuasa yang tersisa dibumi ini kita sanggup menidakkan keislaman saudara kita. Kita pisahkan persaudaraan yang telah sekian lama terjalin. Ingatlah...ingatlah azab Allah amatlah berat dan kita akan dipersoal satu persatu.

LEBIH BAIK KITA MEMPERSOALKAN IMAN DIDALAM DIRI KITA, BIMBANG IANYA TIADA BERNILAI DISISI ALLAH.


Semoga beroleh manfaat.
Laksamana Sunan.