Saturday, May 9, 2015

Kebocoran dokumen Tabung Haji disiasat ikut Akta Rahsia Rasmi - KPN

Kebocoran dokumen kertas cadangan urusan pembelian tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) seperti dilaporkan sebuah laman blog akan disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.
Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, polis telah membuka kertas siasatan bagi kes itu sejurus laporan polis dibuat semalam.
“Kebocoran maklumat di peringkat pe­ngurusan Tabung Haji itu kita akan siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi. Itu sememangnya bidang kuasa polis.
“Apabila ada laporan polis kita akan melakukan siasatan segera untuk menentukan siapa yang terlibat,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang menyaksikan Pengarahnya, Datuk Zubaidah Md. Ismail bersara wajib.
Ditanya sama ada terdapat beberapa individu penting akan dipanggil bagi membantu siasatan, Khalid berkata, kemungkinan itu ada sejurus siasatan dilaksanakan nanti.
“Setakat ini kita siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi dan jika ada isu lain, kita mungkin akan buka kertas siasatan mengikut kesalahan yang lain,” jelasnya yang turut merujuk kepada laporan polis oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Semalam, Lembaga Tabung Haji menerusi Timbalan Pengarah Urusannya, Datuk Johan Abdullah membuat laporan polis terhadap sebuah laman blog yang membocorkan kertas cadangan pelaburan itu.
Menurut Johan, pembocoran maklumat sulit oleh blog itu adalah kesalahan yang serius dan pihaknya kesal kerana banyak fakta telah dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Antara kandungan laporan polis itu adalah pelaburan Lembaga Tabung Haji sudah melalui proses dalaman, menurut peraturan de­ngan mendapat kelulusan yang betul dan teratur.
Malah, Johan turut menyangkal dakwaan pembelian tanah seluas 0.63 hektar (1.56 ekar) bernilai RM188.5 juta adalah untuk menyelamat atau bail out 1MDB selain menafikan beliau ditekan atau menerima panggilan telefon daripada sesiapa dalam membuat keputusan itu.

Friday, May 8, 2015

Politik Dungu



1.Kita agak kesal dan berasa lucu dengan  banyak  pihak termasuk pemimpin politik daripada  BN dn PR yang mengelirukan orang ramai dan rakyat dengan membuat tanggapan bahawa kerajaan telah mengambil wang deposit pencarum tabung haji utk membeli hartanah 1MDB.

Perbuatan menipu rakyat dan mengelirukan orang ramai adalah 1 perbuatan yg amat keji dan jijik dan juga menyerlahkan kebodohan dan kedunguan pihak pihak itu.

2.Hakikatnya.,1 sen pun wang pencarum tabung haji tidak diusik ataupun digunakan oleh Tabung Haji untuk membeli hartanah1MDB.

Ia kerana ,sejak 35 tahun lalu ,lembaga urusan tabung haji luth telah menubuhkan bnyk syarikat pelaburan utk melabur dlm pelbagai sektor ,

Oleh kerana aktiviti ekonomi yang dijana LUTH melalui anak syarikat mereka ini ,maka pencarum tabung gaji mendapat faedah dividen sebanyak 8 % setahun .

Dan oleh kerana itu juga hasil drpd pelaburan LUTH melalui anak syarikat mereka ,maka perkhidmatan dn kemudahan haji malaysia adalah yg terbaik di dalam dunia .

Segala kemudahan latihan ,penerbangan ,hotel dn pengangkutan dn kemudahan dn perkhidmatan kesihatan yg diberikan utk kegunaan bakal haji malaysia adalah yg terbaik dlm dunia.

Tidak ada negara dalam dunia ini yang memberikan layanan perkhidmatan sebaik dan sebagus seperti mana Malaysia berikan sediakan kepada bakal haji kita.

3.LUTH melalui anak syarikat nya iaitu TH properties (THP) telah selama ini melabur dlm pelbagai sektor termasuk sektor hartanah ,dn yg terbaru ialah dgn membuat pelaburab dgn membeli hartanah 1 mdb dgn harga sedikit bwh pasaran di dlm kuala lumpur.

Pelaburan tersebut ialah spt mana pelaburan TH properties selama ini dn sebelum ini dn pasukan ekonomi TH props telah mengkaji keuntungan drpd pelaburan tersebut dn mendapati ianya sgt viable dn mendatangkan keuntungan.

4.Sangat malang apabila wujud pertikaian tdk logik tentang harga yg dibyr THP yang dikatakan sangat mahal sdgkan ianya adalah harga pasaran semasa.

Mereka mengatakan 1MDB telah mendapatkan tanah tersebut dgn harga murah drpd kerajaan dn 1MDB tdk sepatutnya menjual mahal kpd THP,

Pertikaian yg tidak logik ini sangat melucukan kerana aktiviti komersial antara 1 mdb dn TH props adalah 1 aktiviti perniagaan dan amat tidak logik kita menjual barangan kita dgn harga murah walaupun kita mendapatkannya secara murah kerana kita menjual mengikut harga pasaran.

Soal apa kos kita untuk dapatkan hartanah tersebut sebelum dijual kepada pembeli bukanlah soal pembeli,apa yg penting ialah pembeli tdk rugi dlm pelaburan tersebut.

Ke 2 syarikat  1MDB dn THP ialah milik kerajaan dn masing masing bertaraf sebuah syarikat perniagaan spt mana syarikat syarikat perniagaan yg lain.

5.THP yang telah wujud 30 tahun lalu dan telah terlibat dgn pelbagai aktiviti sektor perniagaan mempunyai modal sendiri untuk membuat pelaburan ,dan mereka tdk perlukan apa jua dana daripada LUTH ataupun menggunakan duit pencarum untuk pelaburan mereka.

THP sebuah syarikat yg besar, kaya dan kuat dn terlibat dlm projek prestige juga memiliki hartanah dikawasan segi tiga emas kuala lumpur.

Mujurlah ,syarikat kerajaan seperti THP diberi peluang untuk mendapatkan hartanah 1MDB , daripada ianya dibeli oleh syarikat asing ataupun syarikat bukan bumiputra.

TMX

TABUNG HAJI DI SERANG FITNAH

JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI,BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH
Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.
Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.
Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?
THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.
Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?
Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.
Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?
Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.
Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.
Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.
Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.
Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?
Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.
Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli.
Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.
Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.
Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka.

Thursday, May 7, 2015

PRESS STATEMENT BY YB MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS ON THE MALAYSIAN STUDENT FOUND GUILTY ON POSSESSION OF INDECENT IMAGES AND VIDEOS OF CHILDREN

PRESS STATEMENT BY YB MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS ON THE MALAYSIAN STUDENT FOUND GUILTY ON POSSESSION OF INDECENT IMAGES AND VIDEOS OF CHILDREN

I refer to the recent reports about the case of Nur Fitri Azmeer Nordin, a Malaysia student who was found guilty of possession of paedophile materials in the UK and was sentenced to 5 years imprisonment.
I wish to state unequivocally that the Government of Malaysia views this matter gravely. We do not condone these acts particularly as they are considered as crime against young children.
I also wish to stress that Malaysian students have a duty to focus on their studies and to uphold the good name and image of the country. Malaysian students as well as citizens are expected to abide by the laws of the countries in which they are domiciled.
Under no circumstances should our Malaysians abroad imagine that the Government of Malaysia would step in to save them if they commit crimes abroad.
Do not confuse consular services and the preservation of basic human rights with a right to be saved when committing an act deemed as a very serious and inhumane crime, especially one related to children.
As a committed member of the international community, I think that it is high time for the Government of Malaysia to consider establishing a register of convicted paedophiles that would be made publicly known so that parents and communities with young children will feel safer. I believe that this will act as a strong deterrent against such crimes.
YB DATO’ SRI ANIFAH HAJI AMAN
MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS, MALAYSIA
PUTRAJAYA
7 May 2015

Wednesday, May 6, 2015

KPDNKK siasat 642 kes berkaitan harga barang

Sebanyak 642 kes sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 hasil pemeriksaan Ops Catut ke atas 223,834 premis perniagaan sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sebanyak 35 kes pula sedang dalam peringkat akhir siasatan dan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Dalam sidang akhbar berkaitan GST di sini hari ini, beliau berkata, lapan kes telah mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan termasuk satu kes yang telah dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam semalam.
Semalam, Trendcell Sdn. Bhd. yang memiliki Jaya Grocer Supermarket menjadi syarikat pertama di Malaysia dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 atas dakwaan menaikkan margin keuntungan penjualan sekilogram kacang bendi sebanyak RM6.60, iaitu daripada RM3.10 pada 1 Januari lepas kepada RM9.70 pada 3 Januari hingga 20 Januari lepas di premisnya di Bangi.
Alias berkata, Ops Catut yang dilaksanakan KPDNKK melibatkan semua jenis perniagaan di kawasan bandar dan luar bandar dan tidak hanya melibatkan beberapa kawasan seperti yang didakwa sesetengah pihak. - BERNAMA

AHLI UMNO KENA BERUSAHA MENCARI JALAN KELUAR

Jika satu Bahagian UMNO berjumlah 3000 orang ahli dan setiap orang ahli UMNO tersebut menyumbang 10sen bermakna wang yang dikumpul berjumlah RM300. Itu jika 10sen, jika RM1 dah RM3000.

Apa yang boleh dibuat dengan RM300 dan RM3000 ...???

Tahukah anda kemerdekaan negara bermula dengan pengorbanan wang ringgit dan harta benda pejuang-pejuang UMNO terdahulu.

Ahli UMNO hari ini sudah lupa untuk memberi dan menyumbang, apa yang kebanyakkan mereka buat ialah meminta. Apabila UMNO sudah tidak dapat memberi manfaat kepada mereka, mulalah mereka berpaling tadah dan menikam UMNO dari belakang.

Yang ingin saya tekankan disini bukan wang ringgit, tetapi ekonomi. UMNO kena bersatu padu kembalikan penguasaan ekonomi umat Islam di Malaysia walau apa jua cabaran yang datang. Berkorbanlah sedikit hari ini agar generasi kita tidak merempat dikemudian hari.

Kita mungkin tidak akan dapat menikmati apa yang telah kita korbankan hari ini. Namun kelangsungan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair ini akan dapat dinikmat oleh generasi kita akan datang.

MENJADI KAYA DAN KUAT ITU JUGA JIHAD. DIRIKAN SOLAT DAN TUNAIKAN ZAKAT.

PENGUNDI PERMATANG PAUH BERSEDIA MEMBENAMKAN KEANGKUHAN DAP DAN PKR


SETELAH kemenangan BARISAN NASIONAL di Rompin, jentera BN mula bergerak ke PERMATANG PAUH bgi membantu calon BN "Abang Mie membenamkan keangkuhan DAP dan rakan sekutunya PKR. Namun begitu PAS yang kelihatan agak keliru teragak- agak untuk membantu PKR dan DAP. 

Bahkan ada segelintir pemuda PAS menentang PKR dan DAP terang-terangan kerana menentang perlaksanaan hudud di Kelantan serta mencalarkan imei Tuan Guru Haji Hadi Awang dengan gelaran "PENGKHIANAT" kepada pakatan mereka. 

"Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini adalah satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan Pakatan, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS atau sebaliknya melihat Pakatan Rakyat berpecah," Lim Guan Eng.

Hasil dari kenyataan ini, dua PDM yang mejoritinya pengundi cina telah u-turn kepada calon BN Datuk Hassan Ariffin. Ini satu peringatan bahawa tanpa bantuan DAP, PAS tidak akan mampu menandingi Barisan Nasional. Oleh itu PAS perlu mendapat restu dari DAP untuk berkuasa. 

Ahli dan penyokong PAS di Permatang Pauh sewajarnya membalas penghinaan dan pengkhianatan DAP dalam PRK di Rompin. Inilah masanya PAS mengajar DAP dan PKR  tentang kekuatan jentera PAS. Tunjukkan jalan pulang kepada Wan Azizah dan Lim Guan Eng.


KEKALAHAN PKR adalah kemenangan PAS mempertahankan HUDUD.

Salam Perjuangan.....