Monday, April 20, 2015

TERIMA KASIH KERANA MEMBAYAR CUKAI


Syukurrrr... Alhamdulilah, saya ucapkan terima kasih kepada Rakyat Malaysia yang sudi membeli belah di pasaraya-pasaraya  BESAR seperti Giant , Tesco, Jasco, Jackel dan lain-lain kerana sambil anda membeli belah anda juga telah membayar cukai GST kepada kerajaan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang membawa famili makan-makan di Restoran-restoran makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut, Ayamas dan lain-lain lagi restoran makanan segera kerana sambil menjamu selera anda sebenarnya sudah menyumbang cukai GST kepada kerajaan. 



Kami orang miskin dan berpendapatan rendah ni tak dapatlah nak pergi shopping dan makan di restoran mewah selalu macam tuan-tuan.

Anda sedar ke tidak ....??? Ramai yang tidak sedar kerana "shopping" dan makan adalah  pekara yang cukup diminati dan menjadi hobi  oleh sebahgian dari rakyat Malaysia,  lagipun cukai GST ini tidaklah membebankan sangat seperti cukai SST dulu. 

Sebenarnya kemana perginya duit cukai GST dan lain-lain cukai  yang anda bayar tu...???

1- KOLEJ / UNIVERSITI DAN SEKOLAH-SEKOLAH.

Untuk pendidikan anak-anak tuan dan puan, kerajaan dalam bajet 2015 telah memperuntukan RM56 Bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.

Sejak saya bersekolah awal tahun 80an sehingga kini,  saya belum lagilah terpaksa  membeli kesemua buku teks atau membayar gaji guru-guru sekolah. Cikgu sekolah pun tak pernah meminta duit gaji mereka dar ibubapa saya tiap-tiap bulan, melainkan duit yuran PIBG setahun sekali. 

Entahlah berapa duit Yuran PIBG dahulu ibubapa saya bayarkan, saya pun  tak tahu, tapi  sekarang ni ada lah dalam 50 ke 60 ringgit. Jika seseorang itu membelanjakan wangnya untuk membeli rokok yang berharga RM10 sekotak dalam sehari. Maka rasanya dia mampu untuk bayar Yuran PIBG sekolah untuk setahun. Yuran itu pun akan dikembalikan kepada anaknya dalam bentuk program-program bimbangan pelajar dan program sukan sekolah. 

Jika msih tidak mampu sangat nak bayar Yuran Sekolah yang tak sampai RM100 tu, kerajaan tetap  MEMBANTU ibubapa dengan memberi Bantuan KHAS Sekolah untuk setiap orang anak yang bersekolah. 

Andai anaknya 3 orang yang bersekolah yg sama, hanya diwajibkan membayar yuran PIBG untuk seorang anak sahaja, dua orang lagi "FOC". Maka ibubapa dapat mengunakan wang selebihnya untuk membeli keperluan sekolah yang lain-lainnya. 

Selain daripada itu saya juga mendapat maklumat bahawa kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TEVT). Bahkan kerajaan telah meluluskan RM100 juta dengan serta-merta kepada Kementerian Pendidikan untuk menempatkan 10,000 pelajar di kolej-kolej teknikal dan vokasional swasta. Dikhabarkan juga MARA pun mendapat peruntukkan RM50 juta untuk progrm TEVT ini. 

Yang kerajaan tak beri peruntukkan ialah peruntukkan untuk belanja beli handphone baru, peruntukkan belanja awek tengok wayang dan perbelanjaan makan kat kedai mamak.








FELDA TEGUH BERDIRI BERSAMA PERDANA MENTERI






"Taatlah kepada pemimpin selama mana ia tidak menyuruhmu kepada perbuatan maksiat dan mungkar"

Berpegang kepada prinsip dan kata-kata inilah warga FELDA berdiri teguh mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dari serangan dan asakan pelbagai pihak daripada dalam dan juga dari luar kepimpinan beliau.

Itulah Ikrar Pengerusi FELDA Tan Sri Isabin Abdul Samad bersama-sama warga FELDA akan berdiri teguh mempertahankan dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Barisan Nasional.

Tidak mungkin warga FELDA melupai jasa ayahanda Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang begitu dekat dihati peneroka dan warga FELDA. Atas usaha bersugguh-sungguh ayahanda Perdana Menterilah hari ini wajah FELDA telah berubah menjadi sebuah badan yang dihormati bukan sahaja di Malaysia bahkan terkenal didunia.

Walaupun ada pergesaran dan pencangahan pendapat Perdana Menteri dan Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad, FELDA tetap teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri. Ini dinyatakan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa bin Abdul Samad bersama 11 kepimpinan Wilayah Tanah Rancangan FELDA dalam perjumpaan khas di FELDA Keratong 3, Rompin baru-baru ini.

Jasa dan pengorbanan Perdana Menteri dalam meneruskan legasi membela peneroka-peneroka FELDA dari kepimpinan terdahulu amat dihargai dan sanjung tinggi oleh warga FELDA. semoga FELDA dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri menjadi lebih maju dan terbilang. 

Thursday, April 16, 2015

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

KERAJAAN MENERBITKAN SUKUK GLOBAL US$1.5 BILION
US$1 bilion 3.043% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2025 US$500 juta 4.236% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2045
Pada 15 April 2015, Kerajaan Malaysia telah berjaya menetapkan harga bagi Sijil Amanah bertempoh matang 10 tahun sebanyak US$1 bilion dan Sijil Amanah penanda aras bertempoh matang 30 tahun sebanyak US$500 juta (kedua-duanya “Sukuk”). Jumlah keseluruhan bagi Sukuk yang diterbitkan adalah US$1.5 bilion. Terbitan Sukuk bertempoh matang 30 tahun ini merupakan terbitan sukuk yang mempunyai tempoh matang yang terpanjang dalam sejarah sesebuah kerajaan.
Transaksi ini terlebih langganan dan telah menarik minat pelabur dengan langganan melebihi US$9 bilion daripada jumlah keseluruhan pelabur yang melebihi 450 akaun. Sukuk bertempoh matang 10 tahun terlebih langganan hampir 7 kali dan sukuk bertempoh matang 30 tahun pula terlebih langgan hampir 6 kali. Sukuk tersebut diterbitkan melalui sebuah syarikat bertujuan khas iaitu Malaysia Sovereign Sukuk Berhad dengan menggunakan struktur berlandaskan komoditi patuh Shariah, aset pajakan dan aset bukan fizikal yang menjana pendapatan (dalam bentuk hak ke atas penglibatan dalam pemberian perkhidmatan). Kerajaan Malaysia merupakan negara pertama yang menerbitkan Sukuk seumpamanya.
Terbitan ini merupakan Sukuk dalam denominasi USD yang keempat bagi Kerajaan Malaysia berikutan kejayaan penerbitan Sukuk global pada tahun 2002, 2010 dan 2011. Hasil daripada terbitan Sukuk ini akan digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan am yang patuh Shariah, khususnya untuk penebusan Sijil Amanah 1Malaysia Sukuk Global Berhad berjumlah US$1.25 bilion yang akan matang pada Jun 2015 serta bagi membiayai perbelanjaan pembangunan.
Menurut Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Kerajaan berasa bangga dengan pencapaian sebagai negara pertama yang memperkenalkan struktur Sukuk ini kepada pasaran kewangan Islam yang pesat berkembang dan amat berpuas hati dengan kejayaan transaksi ini serta keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kedudukan kredit Malaysia. Sukuk tranche (bahagian) 10 tahun telah diagihkan kepada pelabur Timur Tengah (24%), Asia (50%), Eropah (16%) dan Amerika Syarikat (10%), sementara Sukuk tranche (bahagian) 30 tahun telah diagihkan kepada pelabur Timur Tengah (2%), Asia (50%), Eropah (19%) dan Amerika Syarikat (29%). Transaksi ini berjaya ditetapkan pada tahap terendah dalam julat panduan harga yang disemak semula mencerminkan keyakinan pelabur, kedudukan sektor luar Malaysia yang kukuh, kewangan yang fleksibel, kedudukan fiskal yang kukuh serta ekonomi yang pelbagai dan berdaya saing. Sukuk ini dijangka diberi penarafan kredit A- oleh Standard and Poor’s Rating Services dan A3 oleh Moody’s Investors Services Limited. Penetapan harga transaksi ini berjaya dilaksanakan setelah siri jelajah bagi mempromosi sukuk di peringkat global diadakan merentasi pusat kewangan utama, meliputi Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapura, Abu Dhabi, Dubai, London dan New York. CIMB Investment Bank Berhad, The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited dan Standard Chartered Bank merupakan Joint Bookrunners dan Joint Lead Managers bagi terbitan Sukuk ini. Kementerian Kewangan Malaysia 16 April 2015

Wednesday, April 15, 2015

CHOUPETTE PUN PAKAI JET PERIBADI



Choupette menjana pendapatan sebanyak 2.18 juta pound (RM11.90
Choupette menjana pendapatan sebanyak 2.18 juta pound (RM11.90 juta) dengan hanya terlibat dalam dua iklan tahun lepas. AGENSI

Memiliki dua orang pembantu dan sering mengembara menggunakan jet peribadi, Choupette, seekor kucing siam milik seorang pereka fesyen di sini, diiktiraf sebagai haiwan paling kaya di dunia.

Mail Online melaporkan, pemilik kucing berkenaan yang merupakan ketua pereka fesyen rangkaian jenama Chanel, Karl Lagerfeld berkata, sepanjang tahun lalu, Choupette menjana pendapatan sebanyak 2.18 juta pound (RM11.9 juta) dengan hanya terlibat dalam dua iklan.
“Choupette dipilih menjadi model dalam iklan kereta buatan Jerman, Opel dan produk kecantikan Jepun, She Uemura. Ini sesuatu yang unik. Choupette terlibat dalam kempen mempromosikan kereta jenama Opel bersama dua supermodel terkenal iaitu Kate Moss dan Naomi Campbell.

“Dia terlalu `hebat’ dan unik untuk terlibat dalam mana-mana iklan produk makanan kucing. Saya boleh katakan Choupette merupakan kucing paling terkenal dan kaya di dunia,” jelas Lagerfeld.

Tambah Lagerfeld, Choupette yang turut memiliki akaun laman sosial Twitter dan Instagram hidup dalam keadaan serba mewah dan sentiasa mendapat rawatan terbaik bagi menjaga penampilannya.

“Dia memiliki dua orang pembantu yang akan membersihkan bulu dan matanya setiap hari, Choupette juga tinggal di hotel mewah dan makan makanan yang berkualiti tinggi,” ujarnya.

MUSTAFA ALI BAYAR RM100 RIBU KERANA MENFITNAH FELDA



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".


Keghairahan PAS yang kononnya ingin membela nasib peneroka akhirnya menjadi igauan buruk kepada parti yang berlebel Islam. Keebenaran akhirnya menjadi milik FELDA apabila Setiausaha PAS Pusat Datuk dan empat lagi lagi diperintah membayar ganti rugi RM100,000 kerana disabit kesalahan oleh mahkamah menfitnah FELDA. Pemimpin-pemimpin PAS ini bukan sahaja merosakkan imej PAS bahkan nama Islam yang mereka bawa melalui parti PAS. Sebaiknya kerajaan "cabut" sahaja perkataan Islam pada parti perosak umat itu.


Sebelum ini mereka begitu ghairah menuduh FELDA dan kerajaan Malaysia menjalankan urusan jualan minyak dengan Israel. Sedangkan Setiausaha Agong PKR,  Datuk Saifuddin Nasution sendiri terpaksa menarik "hand break" mengakui dan menerima hakikat bahawa FELDA tidak pernah berurusan dengan Regim Israel. FELDA hanya berurusan dengan negara Palestin, FELDA tidak pernah  menghantar minyak sawit atau menjalan urusan perniagaan dengan mana-mana syarikat di Israel. Lupa ke yang negara Palestin ini dijajah oleh Israel...???


Kejayaan FELDA membuktikan ia tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Lee Heng Cheong mendapati dua artikel dari akhbar rasmi PAS HARAKAH menfitnah FELDA dan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan keistimewaan bersyarat serta komen yang adil.


Bukan sahaja Mustafa yang dikenakan tindakan saman, turut "mengiringi" beliau adalah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, pengarangnya, Taufik Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak, Angkatan Edaran Ent Sdn. Bhd. Kesemua mereka diperintah membayar kos RM30,000 kepada plaintif.

Saya yakin fitnah terhadap FELDA ini tidak akan berhenti walaupun segala tindakan mahkamah telah diambil. Pebangkang akan terus menerus menaburkan fitnah terhadap kejayaan kerajaan Barisan Nasional membangunkan tanah rancangan FELDA dan mengubah hidup peneroka.

Semoga kejayaan ini membuka mata rakyat terhadap usaha kerajaan Barisan Nasional membela nasib mereka dan jangan mudah terpedaya dengan segala fitnah yang dibuat oleh pembangkang.

sumber rujukan.
http://www.bnbbc.my/?p=12840








Thursday, April 9, 2015

AIDANA ULANGI TRADEGI IBU-utusan

KUALA LUMPUR 8 April – Takdir yang meragut nyawa Aidana Baizieva, 25, wanita warga Kyrgyzstan dalam kemalangan helikopter di Semenyih Sabtu lalu, umpama mengulangi tragedi ngeri 17 tahun lalu yang membunuh ibunya.

Ibunya terbabit dalam kemala­ngan ngeri apabila dirempuh kereta api di tanah airnya pada tahun 1998, ketika Aidana baharu berusia 8 tahun dan tarikh 4 April 2015 pula menjadi saksi gadis cantik itu maut di bumi Malaysia.

Menurut Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov, ha­kikat itu menyebabkan bapa Aida­na sukar untuk menerima hakikat bahawa anaknya itu sudah mati, sebaliknya masih mempercayai gadis tersebut masih hidup.

“Kami sudah pun memaklumkan kepada keluarganya di Kyrgyzstan. Bapanya juga sudah dimaklumkan, tetapi sukar baginya menerima berita itu, sebaliknya percaya Baizieva masih hidup. Aidana merupakan anak tunggal.

“Apa yang kami tahu ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 8 tahun dalam kemalangan keretapi di Kyrgyzstan. Sebab itu bapanya, tidak dapat menerima hakikat apa yang berlaku,” katanya sebagaimana dipetik daripada portal.

Dalam pada itu, Kylychbek menambah, kali terakhir Aidana bertemu dengan bapanya ialah tiga bulan lalu ketika beliau datang melawat Kuala Lumpur.

Mengenai status hubungan Ai­dana dengan Kapten Clifford Fournier, beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, gadis itu memang kenalan rapat kepada juruterbang helikopter jenis AS365 Dauphin tersebut.

Wednesday, April 8, 2015

ANGKA BUKAN PENGUKUR KEJAYAAN, MEJORITI BUKAN ASAS KEBENARAN



Manusia memilih angka sebagai satu takrifan mereka kepada kemenangan atau kelebihan mereka dalam sesuatu pekara, contohnya,

apabila mendapat markah yang tinggi didalam peperiksaan, 
apabila dipilih menjawat sesuatu jawatan kerana mendapat undi mejoriti,
apabila mendapat gaji / upah yang tinggi,
apabila ukuran tingginya melebihi orang lain,
apabila memiliki umur yang panjang dari orang lain,
apabila mempunyai jumlah pengikut yang ramai,
dan pelbagai lagi angka-angka yang mereka cipta untuk mengembirakan hati mereka.

Itulah indikator mereka dalam mentakrifkan sesuatu kelebihan mereka miliki. Pada mereka jika ramai orang bersetuju dengan pendapat mereka bermakna mereka brada dipihak yang benar. 

Pembangkang di Malaysia menyatakan bahawa jumlah undi popular yang mereka perolehi 52% menunjukkan mereka mereka menang dan berada di pihak yang benar. Mereka mendesak diberi tampuk pemerintahan kerana jumlah undi popular mereka lebih dari Barisan Nasional, walaupun sistem pengundian di Malaysia tidak mengamalkan cara undi popular. Namun pada mereka, mereka lah juara sebenar.

Saya mempunyai banyak hujah untuk menyanggah pendapat ini dalam pelbagai cara, namun saya yakin mereka tidak akan menerimanya. Bukan kerana apa yang saya sampaikan itu tidak benar, tetapi kerana keegoan dan ketaksuban mereka kepada ideologi yang mereka yakini.

Saya suka mengambil contoh dalam peperangan Badar, tentera Islam hanyalah berjumlah 313 orang sahaja berbanding dengan tentera musyrikin Mekah yang berjumlah 1000 orang. Jika mengikut dalam kertas, logiknya tentera Islam kalah. Namun kehendak Allah berbeza.

Begitulah juga adalah kurang tepat andai kita mentakrifkan kebenaran itu berdasarkan  mejoriti manusia mengangkat kita sebagai pemimpin mereka. Ini kerana Nabi Nuh a.s mempunyai pengikut paling sedikit walaupun usaha dakwahnya menghampiri seribu tahun ...???

Nabi Allah Lut a.s juga mempunyai kisah yang hampir sama, mejoriti kaumnya yang lelaki lebih suka seks sesama jenis. Adakah kerana mejoriti memilih untuk seks sesama jenis mereka boleh dianggap betul...??? sudah tentu tidak. Suara Mejoriti tidak menjadikan ianya benar.

Adakah kemenangan Amerika ke atas Iraq membuktikan mereka benar ? Sehingga hari ini setelah membunuh beratus ribu rakyat Iraq, senjata pemusnah besar-besaran yang dicanangkan mereka kesantero dunia masih tidak kelihatan. Kejayaan mereka menumbangkan Regim Saddam Hussain di Iraq tidak membuktikan mereka di pihak yang benar. 

Wallahualam,