Wednesday, August 13, 2014
Nilai Pakatan pada berpakat
Oleh : Nasrudin Hassan
1. Tegur menegur dan kritik mengkritik adalah perkara biasa yang mampu mematangkan seseorang khasnya pemimpin jika ia diurus dengan baik dan berhemah. Biar perit menerima teguran, biar sakit menangkis kritikan namun ia lumrah di medan politik. Kritikan di pentas politik bagaikan gossip dalam dunia artis.
2. Biarpun pedas kritikan dan keras teguran, ia tidak merosakkan persefahaman dan persepakatan justeru ia telah menjadi rencah utama dalam dunia politik. Politician akan lebih tabah, matang dan lapang dada dengan fenomena sebegini. Malah tidak keterlaluan jika saya menyebut bahawa pentas politik memerlukan persekitaran yang diperkayakan dengan budaya tegur menegur dan kritik mengkritik selama mana ia dalam pakej tujuan dan matlamat untuk membina dan membangun.
3. Sesuatu pakatan itu terjejas malah retak dan pecah apabila tiada lagi persefahaman dan persepakatan. Sikap besar kepala dan keras hati yang membarah. Tidak boleh ditegur dan dikritik. Rasa hebat dan berkuasa. Lupa jasa orang lain. Mendabik dada membilang pengaruh. Memaksa dan mengugut terima keputusan yang dibuat tanpa musyawarah. Tidak menghormati prinsip kebersamaan kerana mahu berada paling atas.
4. Siapa sahaja boleh bertahan dengan karenah sedemikian, namun hati dan jiwa remuk rendam. Hilang wibawa dan air muka. Saban waktu ditohmah kuda tunggangan. Tiada lagi nilai pakatan dalam situasi sedemikian. Kalau nak berpakat janganlah memaksa. Amalkan mesyuarat bersama sebelum buat keputusan. Sikap bagi kata dua adalah suatu budaya peras ugut politik yang sangat kotor. ( Manakan tidak, setelah membuat keputusan lalu mengugut supaya dipatuhi keputusan tersebut sedang ia tidak dimusyawarah terlebih dahulu.)
5. Polemik di Selangor menjadi ujian besar kepada Pakatan Rakyat. Saya mendoakan agar keadaan kembali pulih dan kembali berjuang dengan cara yang betul. Menilai perkembangan semasa, saya berpendirian :
a) Jangan wujudkan pertembungan dengan pihak istana ( terkini dalam isu perlantikan Menteri Besar ) justeru menghormati institusi Raja juga adalah konsensus Pakatan Rakyat.
b) Tiada pembentukan kerajaan dengan UMNO ( melantik ADUN UMNO sebagai EXCO ) kerana ia mengkhianati semangat pemuafakatan Pakatan Rakyat.
c) Sementara PAS mengamati senario ini sebelum memutuskan tindakannya pada 17 Ogos 2014 nanti, usahlah mengugut dan beri kata dua kepada PAS. PAS bukan parti hingusan di persada politik tanahair untuk dibuli sedemikian rupa.
d) Sementara itu, PAS mesti memberikan sepenuh komitmen untuk menjaga kerajaan negeri sebagaimana yang diamanahkan oleh rakyat. Jangan porak perandakan pentadbiran kerajaan negeri dengan elemen sabotaj dan lainnya.
Semoga Allah swt bersama kalian dan kita semua.
Tuesday, August 12, 2014
PECAT....!!!
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat kesemua Exco PKR dan DAP berkuatkuasa hari ini melalui surat kepada 6 Exco terbabit, kecuali Exco PKR, Rodziah Ismail yang kini berada di luar negara.
Senarai exco dipecat
DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

ANWAR IBRAHIM PUN TAK SANGKA KALI INI TIDAK DAPAT MEMAKSA MB SELANGOR UTK MENDENGAR ARAHANNYA!
GOOD JOB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM! SESIAPA YANG TIDAK MENDENGAR CAKAP SEMUA KASI PECAT!
PAS Has To State Whether They Support UMNO’s Position
Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 12.8.2014.
PAS Has To State Whether They Support UMNO’s Position In Giving Unconditional Support To Tan Sri Khalid Ibrahim To Continue As Selangor Menteri Besar.
August 17th’s PAS central leadership meeting has often been cited as the decisive date for the fate and future of Pakatan Rakyat that comprises PAS, DAP and PKR. If PAS refuses to endorse a change of the Selangor Menteri Besar, by replacing Tan Sri Khalid Ibrahim with PKR’s choice of PKR President Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, this will immediately lead to a break-up and end of PR both in Selangor and nationally.
However PAS can no longer wait until 17 August following the statement by Deputy UMNO President Tan Sri Muhyidin Yassin, that UMNO’s 12 Assemblymen will give full and unconditional support to Khalid to continue as Menteri Besar. Instead PAS has to immediately state whether they support UMNO’s position in giving unconditional support to Tan Sri Khalid Ibrahim to continue as Selangor Menteri Besar.
UMNO’s 12 Assemblymen does not constitute a majority in the 56 person Selangor State Assembly. Only with PAS’ 15 ADUNs together with Tan Sri Khalid himelf, do we have a political stalemate of pro-Tan Sri Khalid and anti-Tan Sri Khalid supporters each having 28 Aseemblypersons.
Any delay in making this declaration is unacceptable because it does not measure up to responsibility of the mandate of Selangor voters who returned 15 PAS ADUNs in the 2013 general elections. Can PAS 15 ADUNs say that they are together or not with UMNO in supporting Tan Sri Khalid as Selangor Menteri Besar?
If PAS says that they are not together with UMNO, this will help to clarify that PAS agrees with replacing Khalid as Selangor Menteri Besar but wishes to wait until 17 August 2014 to decide whether to endorse PKR’s choice of replacement. Failure by PAS to provide clarity will only further erode PR popular support and damage voters’ confidence not only in Selangor but also nationally.
LIM GUAN ENG

HARAKAH MEMUJI MAHATHIR ...???
Nur Jazlan macam Mahathir muda
SUBKY LATIF | .
DATUK Nur Jazlan, Mempi BN Kulai dilihat seperti Dr. Mahathir muda dulu dan seperti Mempi BN yang dikalahkan PAS di Temerloh dalam PRU yang lalu.
Dia bercakap bebes, tidak terikat sangat dengan sentimen partinya dalam isu yang menguntungkan rakyat sekali pun ia daripada pembangkang atau Pakatan Rakyat. Kenyataannya yang terbaharu ialah - yang baik daripada Pakatan Rakyat mesti diakui seperti sikap Datuk Nazri Aziz yang menyokong pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu menyekat tukang masak asing di gerai-gerai dalam tempoh tahun melawat Malaysia.
Padanya, sokongan Nazri akan pendirian Lim Guan Eng betul. Tukang masak tempatan mesti diutamakan daripada pendatang asing. Sikap Nazri telah dikritik oleh sekutu BN, kerana menteri pelancongan itu dikatakan memihak kepada Pakatan Rakyat.
Pada Nur Jazlan, BN dan penyokong mesti berfikiran terbuka, menyokong apa yang baik untuk rakyat dan negara sama ada ia datang daripada kerajaan Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
Sekalipun Jazlan menang tipis dengan Salehudin Ayub daripada PAS dalam PRU 2013, tetapi ia tidak mempengaruhinya tidak terbuka tentang yanag baik daripada parti lawannya.
Sikap sama ditunjukkan oleh Dr. Mahathir ketika mula-mula menjadi penyokong kerajaan di Parlimen tahun 1964 dulu dan demikian juga sikap Saifudin Abdullah MP BN dari Temerloh dulu. Mereka Umno, tetapi bersikap terbuka atas perkara yang dikira baik oleh semua.
Sekali pun sikap itu tidak menjadi Mahathir tahun 1969 dan Saifudin kalah tahun 2013, ia tidak mengganggu sikap Nur Jazlan untuk berkata baik kepada Pakatan kiranya ia adalah baik.
Memang Kelantan banyak membuat yang baik yang ditiru oleh Putrajaya seperti cuti hujung minggu dua hari, cuti bersalin dua bulan bagi pekerja wanita dan seminggu cuti bagi suami yang isteri bersalin. Umno/BN mengkritik kencang tindakan Kelantan itu dengan bermacam-macam dalih, tetapi dalam diam-diam telah menirunya.
Kelantan memberi kata dua pada semua bank untuk menarik simpanan kerajaan bagi disimpan dalam perbankan ISLAM saja, menyebabkan semua bank menyegerakan kaunter perbankan Islam masing-masing. Semua negeri menikmat tumbuh pesat perbankan. Ternyata bank untung dengan perbankan itu.
Kelantan membuat tuntutan yanag baik, minta Petronas memberi royalti minyak dari perairan Kelantan yang digelapkan oleh Putrajaya selama ini. Tuntutan itu baik untuk rakyat dan negeri Kelantan tetapi menteri Umno dan Umno mengatakan Kelantan tidak berhak. Ia bukti Umno tidak mengakui apa yang Kelantan tuntut itu baik.
Sebaliknya beberapa cawangan Umno Kota Kinabalu sekarang menyokong cadangan memberi royalti yang lebih atas minyak dan gas dari negeri itu seperti yang disuarakan oleh Pakatan Rakyat. Apa jua cawangan Umno menyokong perkara itu sesuai dengan pandangan Jazlan supaya Umno menerima apa yang baik daripada pembangkang.
Selangor bercadang untuk memberi air percuma bagi bil yang kurang dari 20 meter padu tetapi kerajaan BN telah menyulitkan usaha Selangor yang baik itu.
Tidak ramai MP Umno/BN yang boleh berfikiran bebas seperti Nur Jazlan dan Saifuddin Abdullah. Parlimen, rakyat dan negara akan beruntung jika ramai pemimpin terbuka seperti mereka. Sekalipun Mahathir tidak mengaku yang Kelantan ada buat yang baik, dalam diam-diam dia tiru.
Dengan sikap itu mereka pernah kalah, maka Jazlan yang menang tipis baru-baru tidak mustahil kalah dengan pendirian terbuka itu, tetapi kalah pun dikira mulia kerana bercakap benar itu lebih mulia dari menang tapi tidak bercakap benar. – HARAKAHDAILY 11/8/2014

PAS TERENGGANU AMAT KECEWA HADI DI HINA DAN DI TOHMAH PKR
KUALA TERENGGANU - Muslimat Pas Terengganu kecewa dengan pelbagai tohmahan dan serangan ke atas peribadi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tetap berpegang teguh dengan keputusan bersama mesyuarat lalu untuk mengekalkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, pihaknya yakin ketegasan Presiden Pas adalah bagi menggalas amanah rakyat yang memberi sepenuh kepercayaan kepada PR pada PRU13 lalu.
Menurutnya, Abdul Hadi sewajarnya tidak bersetuju dengan cadangan PKR, yang secara melulu mencadangkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
“Saya menyarankan ahli Pas dari pelbagai peringkat untuk memberi thiqah (kepercayaan) dan wala’ (ketaatan) kepada kepimpinan yang dipilih. Sesungguhnya, pimpinan tertinggi inilah mewakili suara ahli Pas keseluruhannya, bukan hanya mewakili pandangan peribadi pimpinan.
“Ketahuilah, tiada kepimpinan tanpa ahlinya dan tiada ahli tanpa ketaatan. Kita berdoa agar segala caci-maki, dakwaan dan kata nista akan dihapuskan.
“Berpegang teguhlah pada ikatan jemaah Islam demi menjaga kesucian perjuangan ini. Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hikmah di atas segala ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
Sementara itu, Pas Kawasan Dungun memutuskan agar Jawatankuasa Disiplin Parti mengenakan tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berikutan tindakannya mengkritik kenyataan Presiden Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor.
Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, kenyataan Mohamed Hanipa dalam satu program pada 5 Ogos di Selangor, baru-baru ini, memberi kesan kepada kepercayaan ahli terhadap Presiden Pas.
Kata beliau, seorang ahli jawatankuasa Pas Pusat tidak sewajarnya membuat kritikan terbuka dan rakaman video hingga tersiar secara meluas di media sosial.
“Demi menjaga kelangsungan wala’ (ketaatan) dan keharmonian Pas dalam menghadapi pelbagai mehnah (ujian), desakan Pas Kawasan Dungun sewajarnya diberi perhatian serius oleh Jawatankuasa Disiplin Parti.
"Satu surat kepada Setiausaha Agung Pas Pusat di e-mel sejurus keputusan Pas Kawasan berkait perkara ini dan penyerahan terus surat ini akan dibuat hari ini (semalam). Kita terima apa jua tindakan yang bakal diambil dan berharap keharmonian Pas diteruskan sebagai parti Islam tunggal di negara ini,” katanya.

PAS SELANGOR TAAT PADA PRESIDEN BUKAN KEPADA ANWAR
SELAYANG - Pas Selangor menyokong penuh pendirian Presiden Pas, Datuk SeriAbdul Hadi Awang mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Ketua Penerangan Pas Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, pandangan Abdul Hadi dilihat bertepatan dengan fiqah dalam Siasah Syar’yah iaitu segala tindakan pemimpin kepada rakyat adalah untuk kebaikan rakyat itu sendiri.
Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan beberapa kali dengan memanggil pimpinan Pas Selangor untuk menilai prestasi Abdul Khalid sebelum keputusan mengekalkannya dibuat.
“Pas Selangor bersetuju dengan pandangan Abdul Hadi bahawa segala masalah yang dibangkitkan tidak langsung melibatkan integriti, khianat dan pecah amanah, sebaliknya bersifat ruang penambahbaikan bagi memperkukuhkan lagi Kerajaan Negeri Selangor untuk terus memantapkan sokongan rakyat negeri ini kepada PR.
“Pendirian ini telah banyak menghurai kemelut kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor khususnya dalam menetapkan pendirian dan menyatakan sikap ahli-ahli Pas Selangor,” katanya.
Katanya, beliau berharap semua pimpinan dan ahli Pas Selangor mampu fokus kepada gerak kerja parti dan khidmat bakti untuk masyarakat tanpa terganggu dengan mana-mana isu dan polemik.

ANWAR CARI HADI AWANG ...???
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimmengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini.
Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.
"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di pekarangan sebuah
Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor.
Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.
PKR telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.
Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai menteri besar.
“Menurut artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.
“Parti Pas sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco akan bersama kerajaan negeri dan saya.
“Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). - Bernama
Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.
"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di pekarangan sebuah
hotel
di Kuala Ibai di sini.Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor.
Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.
PKR telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.
Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai menteri besar.
“Menurut artikel 53 2 b undang-undang tubuh negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.
“Parti Pas sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco akan bersama kerajaan negeri dan saya.
“Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)